maklumat

5
Kaya & Beriman Nota-nota kewangan,perniagaan juga tips-tips berkaitan mengawal cara hidup supaya mampu bersara kaya dan beriman.Jika diizinkan,bersara muda,kaya dan beriman. Nota Kewangan & Bisnes

Upload: syamsulnizam-shamsudin

Post on 11-Dec-2015

4 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dadada

TRANSCRIPT

Page 1: maklumat

Kaya & Beriman

Nota-nota kewangan,perniagaan juga tips-tips berkaitan

mengawal cara hidup supaya mampu bersara kaya dan

beriman.Jika diizinkan,bersara muda,kaya dan beriman.

Nota Kewangan &

Bisnes

Page 2: maklumat

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana – mana artikel,

ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara sekalipun,

sama ada secara elektronik, mekanik, fotokopi atau cara lain tanpa kebenaran

bertulis dari Srikandi selaku pemegang hak bersama (boleh dihubungi melalui

emel).

Booklet ini diberi bersekali dengan pakej nota handout

Cik Srikandi.

Sila emelkan ke [email protected] untuk

maklumat lanjut.

Fanpage Srikandi:

https://www.facebook.com/srikandisejarah

BOOKLET INI TIDAK BOLEH DIEDAR

PERCUMA

© 2015 Hakcipta Syah & Srikandi.

Bahan-bahan di dalam booklet ini telah dilesenkan kepada Cik Srikandi sebagai pemegang hak

bersama.

Page 3: maklumat

Assalammualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Biar saya perkenalkan diri dahulu.Nama saya Syah.Saya bekerja dalam sektor perundingan

kewangan di Malaysia.Minat saya dalam bidang ini sejak di universiti lagi apabila membaca

buku-buku Azizi Ali dan Warren Buffett,tak lupa juga Robert T. Kiyosaki.

Saya tidaklah mengaku pandai dalam segala hal berkaitan kewangan.Tetapi saya ada tips-tips

bagaimana memanipulasikan cara kita mengawal wang dalam hidup.

Izinkan saya tunjukkan kepada anda sesuatu.Tetapi perjalanan kita baru bermula.Walau

apapun status anda,anda pasti mahu tahu dan ikut saya dalam perjalanan yang jauh ini?

Okay,saya nak tanya anda.Soalan ini pernah ditanya kepada saya dahulu.

Berapa ramai antara anda di sini yang masih bekerja makan gaji dan ingin memulakan

perniagaan ?

Jika anda berniat begini, teruskan membaca, maklumat ini adalah untuk anda.

Jika benar bekerja keras adalah sesuatu yang membuatkan seseorang itu kaya dan berjaya,

sudah tentu semua buruh-buruh asing dan nelayan sudah menjadi kaya-raya.

Kerana merekalah yang menggunakan masa dan tenaga yang cukup banyak setiap hari untuk

pekerjaan.

Namun dunia tidak berputar begini...

Kita kebanyakkannya dilatih daripada kecil untuk membuat perkaitan antara masa kerja dan

wang. Kita percaya bahawa lebih lama kita bekerja, lebih banyak wang yang kita dapat.

Page 4: maklumat

SEBENARNYA INI SALAH...

Kekayaan yang anda bakal capai tidak bergantung kepada berapa lama anda bekerja. Tetapi

ia bermula dengan bagaimana anda melihat kekayaan terlebih dahulu.

Sebelum anda mengulangi kesilapan anda sebelum ini dengan menunda keputusan anda

untuk mengubah gaya kewangan dan cara hidup anda,kami syorkan anda meletakkan azam.

Sekarang letakkan azam anda yang lebih kuat untuk mencapai tujuan hidup anda.

Sekurang-kurangnya ambillah langkah yang pertama.

Perjalanan 1000 batu bermula daripada langkah yang pertama.

Langkah pertama ini boleh jadi dengan membaca buku berkaitan dengan perniagaan,

menghadiri kursus-kursus perniagaan, mulakan membina laman web perniagaan anda atau

sekurang-kurangnya jumpa rakan-rakan anda yang sedang berniaga.

Daripada aktiviti-aktiviti ini, anda akan menjadi lebih dekat dengan tujuan yang anda ingin

capai.

Meletakkan azam ini adalah untuk setup minda bawah sedar kita supaya ia akan setup pula

seluruh metabolisme dan kognitif kita (ringkasnya sistem badan kita) supaya mereka bekerja

bagi pihak kita secara automatik.

Ingat:

LETAKKAN AZAM DAHULU

APA YANG ANDA INGINKAN

Page 5: maklumat

APABILA FIKIRAN DITEKANKAN KEPADA APA YANG ANDA INGINKAN,IA

AKAN FAHAM DAN BEKERJA UNTUKNYA

KEHIDUPAN AKAN BEKERJA UNTUKNYA

ITULAH RAHSIA DOA

DOA AKAN SETUP KEHIDUPAN ANDA,SEKIRANYA ANDA BERKALI-KALI

BERDOA TANPA JEMU.BERDOA DAN MENINGGALKAN FIKIRAN

NEGATIF=YAKIN AKAN DOA.

ANDA AKAN BERJAYA,INSYA ALLAH.

Rumusan:

Sediakan satu buku nota.Pada mukasurat pertama,tuliskan azam anda untuk mengubah

hidup.Contoh: Azam aku nak mengubah hidup supaya kaya dan beriman!

Letakkan tanda seruan di akhirnya.

Ini tugas pertama anda.

Kita jumpa dalam sesi seterusnya.Semoga Berjaya!

-Syah-

Malim Wang Anda