makluman media minggu antarabangsa …mrem.bernama.com/nbos/media advisory malay.pdf · pusat media...

7
Page 1 of 7 MAKLUMAN MEDIA MINGGU ANTARABANGSA STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS) 2016 PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC), PUTRAJAYA MALAYSIA 14 20 OGOS 2016 1. PENGENALAN Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dari 14-20 Ogos, 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Bersempena dengan Minggu Antarabangsa NBOS 2016, pelbagai program telah diatur, termasuk enam acara utama antarabangsa, iaitu: i. Hari Terbuka NBOS, 14-20 Ogos 2016; ii. Larian dan Kayuhan NBOS, 14 Ogos 2016; iii. Persidangan Antarabangsa Mengenai Strategi Lautan Biru (ICBOS), 16-18 Ogos 2016; iv. Global Blue Ocean Awards, 16 Ogos 2016; v. Mesyuarat Menteri-menteri Komanwel Mengenai Tadbir Urus & Pembangunan Mapan (Commonwealth Public Service Ministers’ Meeting on Governance for Sustainable Development), 17 Ogos 2016; vi. Mesyuarat Dwi-Tahunan Persatuan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2016, 18-20 Ogos 2016. Antara lain, Persidangan Antarabangsa Mengenai Strategi Lautan Biru bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengetahuan dan idea bagi menyuntik kreativiti dan inovasi dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar negara yang memberi impak kepada rakyat.

Upload: lykhuong

Post on 26-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1 of 7

MAKLUMAN MEDIA

MINGGU ANTARABANGSA STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN

(NBOS) 2016

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC),

PUTRAJAYA MALAYSIA

14 – 20 OGOS 2016

1. PENGENALAN

Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru

Kebangsaan (NBOS) dari 14-20 Ogos, 2016 bertempat di Pusat Konvensyen

Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Bersempena dengan Minggu Antarabangsa NBOS 2016, pelbagai program telah diatur,

termasuk enam acara utama antarabangsa, iaitu:

i. Hari Terbuka NBOS, 14-20 Ogos 2016;

ii. Larian dan Kayuhan NBOS, 14 Ogos 2016;

iii. Persidangan Antarabangsa Mengenai Strategi Lautan Biru (ICBOS), 16-18 Ogos

2016;

iv. Global Blue Ocean Awards, 16 Ogos 2016;

v. Mesyuarat Menteri-menteri Komanwel Mengenai Tadbir Urus & Pembangunan

Mapan (Commonwealth Public Service Ministers’ Meeting on Governance for

Sustainable Development), 17 Ogos 2016;

vi. Mesyuarat Dwi-Tahunan Persatuan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan

Pengurusan (CAPAM) 2016, 18-20 Ogos 2016.

Antara lain, Persidangan Antarabangsa Mengenai Strategi Lautan Biru bertujuan

memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengetahuan dan idea bagi

menyuntik kreativiti dan inovasi dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar negara

yang memberi impak kepada rakyat.

Page 2 of 7

Ini berdasarkan kejayaan Malaysia sendiri dalam mempraktikkan NBOS yang

meletakkan kreativiti dan inovasi sebagai teras strategi pembangunan nasional dan usaha-

usaha ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Kira-kira 3,000 peserta dari seluruh dunia dijangka menghadiri Persidangan ini, termasuk

pemimpin negara dari negara-negara anggota Komanwel, anggota ASEAN, dan anggota

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Semasa Minggu Antarabangsa NBOS 2016, Malaysia sekali lagi akan menjadi tuan

rumah Persatuan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 18-20

Ogos 2016.

Ketua Setiausaha Negara, Malaysia, Tan Sri Dr Ali Hamsa adalah Presiden CAPAM.

Persidangan CAPAM 2016 bertemakan "Innovation: A Public Service Imperative"

dijangka dihadiri oleh lebih 1,000 delegasi dari negara-negara anggota Komanwel.

2. AKREDITASI

Akreditasi diperlukan bagi wartawan/ jurugambar/ penyiar yang membuat liputan

Minggu Antarabangsa NBOS 2016. Media boleh memuat turun borang pendaftaran di

http://mrem.bernama.com/nbos/. Tarikh tutup pendaftaran untuk media Malaysia dan

asing ialah 9 Ogos, 2016.

Setiap pertubuhan media diminta melantik seorang wakil bagi menyelaraskan urusan

permohonan akreditasi dan penginapan. Wakil media perlu melampirkan surat tugasan

yang disahkan oleh agensi masing-masing beserta permohonan mereka.

Media tempatan dan asing diminta mengembalikan surat tugasan/pengesahan secara

langsung kepada Sekretariat Media Minggu Antarabangsa NBOS 2016 di

[email protected].

Akreditasi disediakan kepada wakil-wakil pertubuhan media yang diiktiraf untuk

membuat tugasan liputan Minggu Antarabangsa NBOS 2016.

Semua anggota media yang mengiringi Ketua Negara atau Kerajaan atau Ketua Delegasi

perlu melengkapkan borang permohonan untuk akreditasi, dan surat rasmi daripada

Kerajaan berkenaan, perlu dilampirkan. Senarai nama wakil-wakil media beserta jawatan

dan keanggotaan perlu dilampirkan.

Pas akreditasi dan kit maklumat akan tersedia di Pusat Media Antarabangsa (IMC). Pas

akreditasi perlu dipakai sepanjang masa.

Page 3 of 7

3. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN MEDIA

Pusat Media Antarabangsa (IMC) bagi Minggu Antarabangsa NBOS 2016 akan

ditempatkan di Dewan 3, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

IMC akan menyediakan ruang bekerja yang mencukupi, kemudahan komunikasi dan

perkhidmatan media lain yang berkaitan bagi memenuhi keperluan semua wartawan,

penyiar dan jurugambar.

IMC akan mula beroperasi dari 14 Ogos hingga 20 Ogos, 2016. Waktu operasi dari 8.00

pagi hingga 8.00 malam.

4. PROGRAM LIPUTAN MEDIA

Program Liputan media yang terperinci akan dikeluarkan menjelang bermulanya Minggu

Antarabangsa NBOS 2016. Ia akan juga disediakan di Pusat Media Antarabangsa (IMC).

5. PENGINAPAN

Semua wakil media akan bertanggungjawab ke atas urusan perjalanan dan tempahan

penginapan hotel masing-masing. Anggota-anggota media diminta berurusan secara terus

dengan hotel-hotel yang menjadi pilihan berhubung bilangan bilik, nama tetamu, tarikh

tiba dan pulang, kadar bilik dan prosedur pembayaran.

Penginapan disekitar Putrajaya

- Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Pullman Putrajaya Lakeside

No.2, Jalan P5/5, Presint 5

62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Tel. +60 (3) 8890 0000

Emel: [email protected]

Laman web: http://www.pullmanputrajaya.com/the-hotel/

- Hotel Tan’yaa By Ri-Yaz

Unit G-02, Ground Floor

Block 3520, Jalan Teknokrat 6

Cyber 5, 63000, Cyberjaya

Selangor

Tel: 03-8688 8888

Laman web: http://www.tanyaa-cyberjaya.com/

Page 4 of 7

- Resort & Spa Cyberview

Persiaran Multimedia

63000 Cyberjaya, Selangor

Malaysia

Tel: +60 3-8312 7000

Laman web: http://www.cyberviewresort.com/

- Hotel Everly Putrajaya

No.1 Jalan Alamanda 2

Precinct 1, 62000 Putrajaya

Malaysia

Tel: +60 3-8892 2929

Laman web: http://putrajaya.theeverlyhotel.com/

- Hotel Shangri-La Putrajaya

Taman Putra Perdana Presint 1

Wilayah Persekutuan, Putrajaya

62000, Malaysia

Tel: (60 3) 8887 8888

Faks: (60 3) 8887 8889

Laman web: http://www.shangri-la.com/kualalumpur/putrajayashangrila/

- Hotel Marriot Putrajaya

IOI Resort City

62502 Sepang Utara

Malaysia

Tel: +60 3-8949 8888

Laman web: http://www.marriott.com/hotels/travel/kulpg-putrajaya-marriott-

hotel/?scid=bb1a189a-fec3-4d19-a255-54ba596febe2

- Hotel Dorsett Putrajaya

Dorsett Putrajaya, Malaysia

Precinct 3

62000 Putrajaya, Malaysia

Tel: +603 8892 8388

Faks: +603 8892 8288

Laman web: http://www.dorsetthotels.com/malaysia/putrajaya/index.php

Page 5 of 7

6. FORMALITI KEMASUKAN

Para pelawat perlu mempunyai pasport atau dokumen perjalanan antarabangsa yang

diiktiraf sertas disahkan untuk perjalanan ke Malaysia dan mempunyai tempoh sah

sekurang-kurangnya enam (6) bulan daripada tempoh yang dibenarkan. Harap maklum

bahawa rakyat dari negara tertentu mungkin memerlukan visa untuk memasuki Malaysia.

Sila dapatkan pengesahan mengenai keperluan visa daripada Kedutaan Malaysia yang

berhampiran atau layari http://www.kln.gov.my.

Semua pelawat yang bukan penduduk tetap perlu melengkapkan Borang Deklarasi

Pelancong untuk mengisytiharkan jumlah mata wang asing dan cek kembara yang di

bawa sewaktu ketibaan dan berlepas pulang.

7. KEPERLUAN PELEPASAN KASTAM

Wakil-wakil media yang ingin membawa peralatan ke Malaysia perlu melengkapkan

Borang Pengimportan Kastam dengan menyediakan inventori lengkap termasuk model

dan nombor siri peralatan.

Mereka dikehendaki untuk mendapatkan / bentuk surat yang dipanggil "Carnet" daripada

pihak berkuasa masing-masing. Borang ini akan menunjukkan peralatan yang dibawa

oleh mereka untuk memudahkan liputan di Minggu Antarabangsa NBOS 2016 dan

mereka juga akan kembali ke negara masing-masing dengan peralatan yang sama.

Semasa tiba di Kastam Malaysia mereka hanya perlu menunjukkan borang ini yang

disahkan oleh Kastam di negara asal. Ini adalah untuk memastikan bahawa semua

peralatan yang dibawa mereka akan dibawa kembali ke negara mereka ketika

meninggalkan Malaysia. Borang ini akan mengesahkan senarai penuh kelengkapan yang

dibawa masuk ke Malaysia.

8. PERUBATAN

Pemantauan vector akan dijalankan di semua pelabuhan dan lapangan terbang bagi

memastikan Malaysia bebas daripada nyamuk Aedes Aegypti. Oleh itu, para pelawat

yang tidak memiliki Sijil sah Suntikan Vaksin Demam Kuning yang diluluskan oleh

WHO dan dikendalikan oleh sebuah Pusat Pemvaksinan Demam Kuning yang

diluluskan, akan dikuarantin setibanya di Malaysia. Wakil-wakil media di mana titik

perlepasan mereka ke Malaysia adalah daripada negara-negara Amerika Latin atau Afrika

wajib mempunyai Sijil sah Suntikan Vaksin Demam Kuning.

Page 6 of 7

9. KEMUDAHAN PERUBATAN

Hospital-hospital berkaitan di Kuala Lumpur dan Langkawi, Kedah, Malaysia telah

dimaklumkan untuk menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam.

Perkhidmatan ambulans akan disediakan jika perlu untuk membawa mereka yang sakit ke

hospital. Terdapat doktor dan paramedik untuk memberikan perkhidmatan kecemasan

segera kepada para perwakilan, peserta dan wakil media yang menghadiri Minggu

Antarabangsa NBOS 2016.

Bagaimanapun, mereka yang mendapatkan perkhidmatan perubatan akan

dipertanggungjawabkan sepenuhnya dari segi kos pembiayaan bagi semua perkhidmatan

di luar ruang lingkup klinik termasuk:

- rujukan kepada pakar perubatan

- ujian diagnostik

- bekalan perubatan

- perkhidmatan pergigian

10. MAKLUMAT

Permohonan bagi borang akreditasi dan maklumat tambahan mengenai perkhidmatan dan

kemudahan media boleh dihantar kepada:

Sekretariat Media Minggu Antarabangsa NBOS 2016:

Maklumat Am:

Cik Buveneswary David (Cik Buva)

Tel : 03-2696 2150 / 03 – 2694 1024

Faks : 03 – 2694 1021 / 22

Emel : [email protected]

Akreditasi/Pendaftaran:

Puan Fateha Binti Yusoff (Puan Fateha)

Tel : 03-2696 2120 / 603 – 2694 1024

Faks : 03 – 2694 1021 / 22

Emel : [email protected]

Page 7 of 7

11. LAMAN WEB

Laman web BERNAMA: http://www.bernama.com

Larian dan Kayuhan NBOS : www.howei.com

Persidangan Antarabangsa Mengenai Strategi Lautan Biru (ICBOS): www.icbos.com.my

Global Blue Ocean Awards : www.bosawards.com

Mesyuarat Dwi-Tahunan Persatuan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan

(CAPAM) 2016 : https://www.capam.org/events/

Laman web rasmi Ketua Setiausaha Negara : http://ksn.jpm.gov.my/