kenyataan media...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan...

13
1 KENYATAAN MEDIA PERBICARAAN LTTE 1. Pada 29 Oktober 2019, 12 lelaki warga Malaysia telah dituduh dengan menyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (“LTTE”). Kesemua tertuduh sejak itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau dikenali sebagai SOSMA, dan akan berhadapan dengan perbicaraan dalam bulan-bulan mendatang. LTTE 2. Ditubuhkan pada Mei 1976 oleh Velupillai Prabhakaran, LTTE terlibat dengan pertempuran bersenjata terhadap anggota keselamatan kerajaan Sri Lanka dan menjelang akhir tahun 1980an merupakan kumpulan militan Tamil yang dominan di Sri Lanka. Sejak 1983, lebih daripada 80,000 orang mati terbunuh dalam perang saudara yang memakan masa selama 26 tahun. 3. Mahinda Rajapaksa, Presiden Sri Lanka telah mengisytiharkan kemenangan ketenteraan ke atas Tamil Tigers pada 16 Mei 2009. Pemberontak- JABATAN PEGUAM NEGARA, MALAYSIA (ATTORNEY-GENERAL’S CHAMBERS, MALAYSIA) NO.45, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62100 PUTRAJAYA Tel. : 03 - 8872 2000 Faks : 03 - 8890 5609 Web : www.agc.gov.my

Upload: others

Post on 01-Mar-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

1

KENYATAAN MEDIA

PERBICARAAN LTTE

1. Pada 29 Oktober 2019, 12 lelaki warga Malaysia telah dituduh dengan

menyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (“LTTE”). Kesemua tertuduh

sejak itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah

Khas) 2012, atau dikenali sebagai SOSMA, dan akan berhadapan dengan

perbicaraan dalam bulan-bulan mendatang.

LTTE

2. Ditubuhkan pada Mei 1976 oleh Velupillai Prabhakaran, LTTE terlibat

dengan pertempuran bersenjata terhadap anggota keselamatan kerajaan Sri

Lanka dan menjelang akhir tahun 1980an merupakan kumpulan militan Tamil yang

dominan di Sri Lanka. Sejak 1983, lebih daripada 80,000 orang mati terbunuh

dalam perang saudara yang memakan masa selama 26 tahun.

3. Mahinda Rajapaksa, Presiden Sri Lanka telah mengisytiharkan

kemenangan ketenteraan ke atas Tamil Tigers pada 16 Mei 2009. Pemberontak-

JABATAN PEGUAM NEGARA, MALAYSIA

(ATTORNEY-GENERAL’S CHAMBERS, MALAYSIA)

NO.45, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62100 PUTRAJAYA

Tel. : 03 - 8872 2000 Faks : 03 - 8890 5609 Web : www.agc.gov.my

Page 2: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

2

pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian

jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa

LTTE, Selvarasa Pathmanathan mengakui kekalahan, menerusi kenyataan di

dalam e-mel, “this battle has reached its bitter end” (pertempuran ini telah sampai

ke penghujungnya yang pahit).

4. Dengan berakhirnya permusuhan, 11,664 ahli LTTE telah menyerah diri

kepada tentera Sri Lanka pada Mei 2009.

5. Pada Ogos 2011, Presiden Rajapaksa membentangkan kepada Parlimen

pembatalan peraturan darurat negara yang keras diperkenalkan pada 2005 untuk

menangani ancaman LTTE. Presiden Rajapaksa memaklumkan Parlimen pada

tahun 2011 bahawa “sejak masa ketika aktiviti pengganas berakhir pada Mei 2009

sehingga hari ini tiada laporan-laporan berkaitan aktiviti-aktiviti pengganas”.

6. Penerbitan bebas dan terkemuka oleh UNHCR, Jabatan Negara AS dan

Janes Defence Weekly mengesahkan bahawa LTTE telah menghentikan semua

aktiviti-aktiviti di Sri Lanka menjelang 2009.

7. Pada Oktober 2014, Mahkamah Keadilan Eropah telah membatalkan

sekatan-sekatan anti-pengganas dan beberapa sekatan-sekatan lain yang

dikenakan oleh Kesatuan Eropah ke atas LTTE pada 2006. Mahkamah mengambil

maklum bahawa keputusan untuk mengharamkan LTTE dibuat berdasarkan

Page 3: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

3

kepada “tuduhan yang berasal daripada media dan internet” berbanding dengan

siasatan langsung aktiviti-aktiviti kumpulan itu, sepertimana yang dikehendaki oleh

undang-undang. Setelah itu, pada Mac 2015, Kesatuan Eropah telah mengenakan

semula sekatan-sekatan dan larangan-larangan tersebut.

8. Pada Julai 2017, LTTE telah dikeluarkan daripada senarai hitam pengganas

Kesatuan Eropah oleh Mahkamah Keadilan Eropah buat kali kedua. Mahkamah

mendapati tiada bukti untuk membuktikan bahawa LTTE menjalankan serangan-

serangan selepas kekalahan ketenteraannya pada 2009.

9. LTTE tidak disyaki mahupun dikaitkan dengan serangan letupan bom baru-

baru ini di Sri Lanka pada hari Easter tahun 2019.

10. LTTE tidak pernah dalam sejarahnya menjalankan serangan-serangan

keganasan di Malaysia.

Kriteria dan Pertimbangan bagi Pendakwaan

11. Sebagai Pendakwa Raya, saya mestilah memastikan kelakuan saya adalah

sebagaimana yang akan menjaga, menggalakkan dan mempertahankan

kepentingan keadilan: Polisi Pendakwaan yang dikeluarkan oleh Pejabat

Pendakwa Raya-Pendakwa Raya Australia pada Ogos 2019 menyatakannya

dengan tepat:-

Page 4: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

4

“Dalam analisis akhir pendakwa bukanlah hamba kerajaan atau individu-

individu – dia adalah hamba kepada keadilan”

12. Ia adalah kewajipan pendakwa bahawa undang-undang diaplikasikan

dengan betul dan mencari keseimbangan antara kepentingan awam yang

bercanggah. Kesungguhan membuat persediaan untuk perbicaraan membuatkan

ianya berbeza daripada penyiasatan oleh polis atau agensi siasatan yang lain.

Para pendakwa hendaklah mengambil kira fakta-fakta yang hanya diketahui

semasa kes berkembang setelah pertuduhan-pertuduhan dikenakan. Kecukupan

bukti untuk membuktikan standard jenayah “melampaui keraguan munasabah”

sentiasa menjadi cabaran. Saya hendaklah berpuas hati bahawa terdapat bukti

yang mencukupi untuk memperolehi prospek yang jelas untuk sabitan terhadap

setiap suspek bagi setiap pertuduhan. Dalam mencapai keputusan tersebut, saya

hendaklah menjalankan budi bicara dengan bertanggungjawab dan saksama.

13. Adalah dimaklumi bahawa 6 tertuduh telah dituduh bagi kesalahan yang

dikatakan berlaku di antara Mac dan Disember 2014. Walau bagaimanapun, para

pendakwa tidak mendapati ianya sesuai untuk menuduh mereka segera setelah

kesalahan-kesalahan yang dikatakan telah dilakukan. Ia adalah bercanggah

dengan kepentingan awam bagi 6 orang ini dibicarakan pada 2020 kini untuk

kesalahan-kesalahan yang dikatakan dilakukan 6 tahun lepas. Peredaran masa

adalah tidak boleh diterima bagi kes seumpama ini.

Page 5: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

5

14. Pertuduhan-pertuduhan berkaitan dengan 6 tertuduh melibatkan kesalahan-

kesalahan yang dikatakan berlaku pada Januari dan Oktober 2019. Namun pada

masa ini, walaupun LTTE masih lagi digazet di bawah undang-undang kita sebagai

kumpulan pengganas, pihak pembelaan akan mencabar bahawa LTTE tidak

bertanggungjawab terhadap keganasan waima dalam negara asalnya, Sri Lanka

pada 2019, inikan pula mempunyai impak ke atas urusan seharian orang-orang

awam di Malaysia. Kaitannya adalah jauh, tidak betul dan lemah. Mudarat kepada

warga Malaysia tidak boleh dibuktikan oleh pendakwaan.

15. Seksyen 95 Kanun Keseksaan memperuntukan berkenaan perbuatan yang

menyebabkan kemudaratan kecil. Ia memperuntukan:-

“Tiadalah apa-apa jua menjadi kesalahan oleh sebab ia menyebabkan atau

ia dimaksud menyebabkan atau ia diketahui mungkin menyebabkan apa-

apa kemudaratan, jika sekiranya kemudaratan itu adalah sebegitu kecil

yang seseorang yang berakal dan berperangai biasa tidak akan mengadu

tentang kemudaratan yang seperti itu.”

[penegasan saya]

16. Seksyen 95 memberi penekanan kepada “kemudaratan”: oleh itu,

kesalahan yang tiada mangsa atau yang tidak “memudaratkan” sesiapa

seharusnya dipertimbangkan dengan berhati-hati oleh pendakwaan.

Page 6: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

6

34 Pertuduhan

17. Pada mulanya fokus adalah pada SOSMA kerana tertuduh telah ditangkap

dan ditahan selaras dengan prosedur-prosedur yang digariskan di dalam SOSMA.

Walau bagaimanapun, memandangkan perbicaraan mereka semakin hampir,

pendakwaan perlu beralih kepada Kanun Keseksaan yang mengandungi

peruntukan-peruntukan yang mana kesalahan-kesalahan yang membentuk asas

pertuduhan dijumpai. 12 orang yang dituduh untuk tindakan-tindakan pengganas

berhadapan dengan 34 pertuduhan, yang mana boleh dibahagikan kepada 5

kategori kesalahan seperti berikut:-

(i) 6 pertuduhan untuk “memberi sokongan” kepada LTTE dalam suatu

majlis;

(ii) 13 pertuduhan untuk “memberi sokongan” kepada LTTE dalam media

sosial;

(iii) 13 pertuduhan untuk “memiliki” bahan-bahan berkaitan dengan LTTE;

(iv) 1 pertuduhan untuk “mengedar” bahan-bahan berkaitan dengan LTTE;

dan

(v) 1 pertuduhan untuk “memaparkan” bahan berkaitan dengan LTTE.

Terma-terma “memberi sokongan”, “memiliki”, “mengedar” dan

“memaparkan” ditakrifkan di dalam Kanun Keseksaan.

Page 7: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

7

18. Seksyen 130J(1) Kanun Keseksaan menjadikan ianya satu kesalahan

sekiranya seseorang “memberi sokongan” kepada–

a) mana-mana kumpulan pengganas;

atau

b) berlakunya perbuatan pengganas.

Seksyen 130J(2) menyenaraikan banyak contoh “memberi sokongan”

termasuklah: “menggunakan media sosial atau apa-apa cara lain untuk–

(i) menyokong atau mempromosikan suatu kumpulan pengganas,

sokongan untuk suatu kumpulan pengganas atau pelakuan

suatu perbuatan pengganas;

atau

(ii) menjalankan atau memudahkan aktiviti suatu kumpulan

pengganas.”

19. Seksyen 130JB(1) Kanun Keseksaan menjadikan ianya satu kesalahan

bagi seseorang yang–

Page 8: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

8

a) mempunyai milik, jagaan atau kawalan;

atau

b) menyediakan, memaparkan, mengedar atau menjual

apa-apa bahan yang berkaitan dengan mana-mana kumpulan

pengganas atau pelakuan suatu perbuatan pengganas.

Apakah itu “Kumpulan Pengganas”?

20. Seksyen 130B(1) Kanun Keseksaan mendefinisikan terma “kumpulan

pengganas” dengan merujuk silang peruntukan di dalam Akta lain, iaitu, Seksyen

66B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan

Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. Seksyen 66B(1) Akta tersebut

memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri, sekiranya beliau berpuas hati

berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seorang pegawai polis,

bahawa “suatu entiti telah dengan disedarinya melakukan, mencuba untuk

melakukan, mengambil bahagian dalam perlakuan atau memudahkan perlakuan,

suatu perbuatan keganasan”, boleh, melalui Perintah yang disiarkan dalam Warta,

mengisytiharkan entiti itu sebagai entiti ditentukan, dan oleh itu kumpulan

pengganas.

Page 9: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

9

21. Walau bagaimanapun, suatu Perintah yang dibuat di bawah Seksyen 66B(1)

oleh Menteri Dalam Negeri bahawa suatu entiti adalah kumpulan pengganas tidak

dimaksudkan untuk kekal dan bertahan selama-lamanya. Parlimen mengiktiraf

bahawa, dengan peredaran masa, satu kumpulan yang menggunakan keganasan

untuk mencapai matlamatnya mungkin bertukar atau menyesuaikan pendekatan

dengan menolak keganasan dan menerima kaedah-kaedah yang aman sebagai

ganti. Sejarah penuh dengan contoh-contoh seumpama itu. Seksyen 66B(9) oleh

itu memperuntukan bahawa Menteri tersebut hendaklah mengkaji semula Perintah

yang dibuatnya “tiap-tiap 6 bulan untuk menentukan sama ada masih terdapat

alasan yang munasabah bagi perintah tersebut untuk terus terpakai bagi sesuatu

entiti tertentu”, dan sekiranya Menteri tersebut menentukan bahawa tidak terdapat

alasan yang munasabah, beliau hendaklah dengan segera membatalkan Perintah

yang dibuatnya sebelum ini.

22. Oleh itu ianya jelas dan nyata bahawa undang-undang menghendaki suatu

Perintah mengisytiharkan sesuatu entiti sebagai kumpulan pengganas hendaklah

dikaji semula setiap 6 bulan oleh Menteri tersebut. Sekiranya tindakan-tindakan

atau kecenderungan kepada keganasan berterusan, Perintah tersebut dikekalkan.

Jika, sebaliknya, tindakan-tindakan sedemikian telah berhenti atau entiti tersebut

telah hampir luput, tidak wujud lagi atau dibubarkan, maka Perintah tersebut

seharusnya dibatalkan. Parlimen telah menggunakan ungkapan “alasan yang

munasabah”, dengan itu menandakan satu standard objektif yang boleh disemak

oleh Mahkamah sekiranya satu tindakan undang-undang diambil. Ia bukanlah

Page 10: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

10

standard subjektif berdasarkan kepada perasaan. Satu contoh domestik dan luar

negeri yang terfikir berkenaan bagaimana organisasi-organisasi

ketenteraan/politik berubah dengan peredaran masa. Sekiranya Parti Komunis

Malaya (“PKM”) diisytiharkan dalam tahun 2020 sebagai “kumpulan pengganas”

di bawah Seksyen 66B(1), perisytiharan tersebut merupakan satu kesalahan

dalam menjalankan kuasa yang diperuntukan oleh statut kerana hakikatnya

adalah Kerajaan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Damai dengan PKM

pada tahun 1989 di Hat Yai, dan PKM telah lama tidak wujud lagi. Di Ireland, Sinn

Fein pada mulanya menyokong IRA dalam matlamat ketenteraannya, namun

dengan peredaran masa menjadi parti politik biasa yang telah berhenti berjuang

menggunakan keganasan untuk mendapatkan kuasa. Sokongan pengundi

daripada peti undi di dalam pilihan raya umum Ireland baru-baru ini sangat

mengagumkan. Apa-apa keputusan oleh Menteri Malaysia pada tahun 2020 untuk

mengisytiharkan Sinn Fein sebagai “kumpulan pengganas” akan begitu juga

adalah satu kesilapan di sisi undang-undang.

23. LTTE telah diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas oleh Menteri Dalam

Negeri melalui Perintah yang digazetkan pada 12 November 2014. Salah seorang

daripada tertuduh telah dituduh memberi sokongan dan mengedar bahan-bahan

berkaitan LTTE pada bulan Mac dan Jun 2014, iaitu sebelum LTTE digazetkan

sebagai kumpulan pengganas. Ia adalah jelas bahawa pertuduhan-pertuduhan

tersebut yang dikenakan ke atasnya tidak boleh dipertahankan kerana pada masa

tersebut LTTE belum lagi digazetkan, yang merupakan elemen yang dikehendaki

Page 11: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

11

untuk kesalahan-kesalahan tersebut. Tambahan pula, pihak pembelaan bagi

setiap tertuduh boleh menghujahkan bahawa perisytiharan bahawa LTTE adalah

kumpulan pengganas pada 12 November 2014 berkemungkinan tidak sah atau

setidak-tidaknya patut dibatalkan selaras dengan kajian semula Perintah di bawah

Seksyen 66B(9).

Apakah itu “Perbuatan Pengganas”?

24. Suatu “perbuatan pengganas” didefinisikan dalam Seksyen 130B(2) Kanun

Keseksaan untuk bermakna suatu perbuatan atau ugutan tindakan dalam atau luar

Malaysia yang bertepatan dengan satu atau lebih kriteria dalam Seksyen 130B(3)

dan yang dengan jelas tidak termasuk dalam pengecualian yang diperuntukan

dalam Seksyen 130B(4). Kriteria yang disenaraikan dalam Seksyen 130B(3)

menjadikan ianya jelas bahawa perbuatan pengganas atau ugutan tindakan yang

difikirkan adalah bersifat berat dan serius. Contoh-contoh termasuklah perbuatan

yang menyebabkan kematian dan penggunaan senjatapi dan bahan letupan.

Pengecualian yang diperuntukan dalam Seksyen 130B(4), sebaliknya,

menunjukkan dengan jelas bahawa perbuatan-perbuatan sokongan, bantahan,

pertentangan pendapat atau tindakan industri yang tidak berniat untuk

menyebabkan kematian, cedera parah atau risiko pada keselamatan awam

bukanlah perbuatan pengganas atau ugutan tindakan. Dengan kata mudah,

perbuatan aman bukan perbuatan pengganas.

Page 12: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

12

25. Pengecualian yang diperuntukan dalam Seksyen 130B(4) mencerminkan

pengiktirafan Parlimen terhadap hak-hak asasi perlembagaan, termasuk hak

kebebasan bercakap dan bersuara dan hak kebebasan untuk berpersatuan dan

berhimpun. Garis pemisah antara perbuatan-perbuatan yang boleh dikatakan

sebagai perbuatan pengganas dan perbuatan yang tidak adalah keseriusan

perbuatan itu: sekiranya perbuatan tersebut menyebabkan atau dengan niat untuk

menyebabkan kematian orang lain, ia adalah perbuatan pengganas. Namun,

sekiranya ia hanya kenyataan atau bantahan, sama ada dalam media sosial atau

sebaliknya, tanpa ugutan keganasan, ia bukanlah perbuatan pengganas.

KEPUTUSAN

26. Ia adalah lazim untuk mempunyai idola yang diagungkan. Ia bukan sekadar

bintang pop, ahli sukan atau pelakon yang dikagumi: personaliti-personaliti sejarah

dan ahli politik adalah subjek yang sering dipuja. Oleh itu, jutaan orang diseluruh

dunia mengagumi Lenin, Stalin, Mao Tse Tung atau Che Guevara, dan

seumpamanya. Mempunyai gambar-gambar mereka dan representasi-

representasi lain yang berkaitan dengan mereka di dalam telefon bimbit atau

akaun Facebook seseorang tidak menukar seseorang menjadi pengganas. Hanya

kerana setiap seorang pemimpin ini menggunakan keganasan atau kekerasan

untuk mencapai matlamat politik mereka tidak bermakna bahawa seorang

penyokong tegar atas talian seharusnya dianggap sebagai seorang pengganas

atau merancang perbuatan keganasan.

Page 13: KENYATAAN MEDIA...2 pemberontak telah menawarkan untuk meletakkan senjata sebagai gantian jaminan keselamatan. Pada 17 Mei 2009, Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa LTTE, Selvarasa

13

27. Itu merupakan tema umum kesemua 12 tertuduh LTTE. Setiap seorang

daripada mereka mempunyai di dalam telefon bimbit atau akaun Facebook

mereka gambar Prabhakaran dan pemimpin-pemimpin lain LTTE yang terbunuh

semasa Perang Saudara di Sri Lanka. Sekiranya perbuatan sedemikian boleh

terjumlah sebagai satu kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke

tempat yang tidak dihormati. Namun walaupun berkemungkinan terdapat elemen-

elemen “perbuatan pengganas” dipihak kesemua atau mana-mana antara 12

tertuduh LTTE dengan memiliki, mengedar atau memaparkan gambar-gambar

tersebut atau Prabhakaran, ia adalah mustahil bagi pendakwaan untuk

membuktikan bahawa mereka tidak termasuk dalam kategori pengecualian

Seksyen 130B(4) Kanun Keseksaan yang mana ia sekadar terjumlah “sokongan,

bantahan atau pertentangan pendapat”.

28. Berdasarkan sebab-sebab tersebut, saya telah membuat keputusan

bahawa tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh

ke atas mana-mana 34 pertuduhan tersebut. Oleh yang demikian, dalam

menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan

Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding-prosiding

terhadap mereka berkuat kuasa serta merta.

Tan Sri Tommy Thomas

Pendakwa Raya / Peguam Negara

21hb Februari 2020