make-a-wish singapore (malay)...memastikan bahawa kami mempunyai semua maklumat yang kami perlukan...

3
“Make-A-Wish Singapore” adalah sebahagian daripada organisasi terbesar di dunia yang mengabulkan hajat dan satu-satunya organisasi sedemikian di Singapura. Organisasi ini diwujudkan kerana hajat mendatangkan kesan-kesan transformasi kepada masyarakat secara meluas dan pengasas kami berjanji untuk 'berkongsi kuasa hajat’. Sahabat kami di Singapura telah memulakan pengembaraan yang menakjubkan ini pada bulan Mac 2002 dan sehingga kini, mereka telah mengabulkan lebih daripada 1,500 hajat. Kami percaya bahawa hajat akan memberi kekuatan kepada kanak-kanak untuk mengatasi keadaan dan batasan mereka, membantu keluarga mengatasi kegelisahan mereka dan berpotensi untuk menggembleng tenaga seluruh masyarakat untuk membina harapan, kekuatan dan kegembiraan kepada kanak-kanak dan juga orang yang disayangi oleh mereka. Yang paling penng, kami percaya bahawa hajat boleh meningkatkan kuali hidup seorang kanak-kanak dan memberi peluang sembuh yang lebih baik. MISI "BERSAMA-SAMA KAMI MENGABULKAN HAJAT KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI PENYAKIT KRITIKAL UNTUK MENGUBAH KEHIDUPAN MEREKA." VISI "UNTUK MENGABULKAN HAJAT SETIAP KANAK-KANAK YANG LAYAK DI SINGAPURA." TENTANG “MAKE-A-WISH” PENGASASAN KAMI Pada tahun 1980, Christopher James Greicius, seorang budak lelaki yang berumur 7 tahun di Arizona yang sedang memerangi leukemia, berhajat untuk menjadi seorang polis. Sekumpulan orang telah bersama-sama mengabulkan hajatnya, dan inilah yang memberikan ilham kepada penubuhan “Make-A-Wish”. Sejak pengalaman yang mengubah kehidupan Chris, “Make-A-Wish” telah mengabulkan lebih daripada 500,000 hajat di seluruh dunia. Seap hajat memberikan kekuatan dan dorongan baru kepada seap kanak-kanak dan keluarga yang menerima perkhidmatan kami.

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • “Make-A-Wish Singapore” adalah sebahagian daripada organisasi terbesar di dunia yang mengabulkan hajat dan satu-satunya organisasi sedemikian di Singapura. Organisasi ini diwujudkan kerana hajat mendatangkan kesan-kesan transformasi kepada masyarakat secara meluas dan pengasas kami berjanji untuk 'berkongsi kuasa hajat’. Sahabat kami di Singapura telah memulakan pengembaraan yang menakjubkan ini pada bulan Mac 2002 dan sehingga kini, mereka telah mengabulkan lebih daripada 1,500 hajat.

    Kami percaya bahawa hajat akan memberi kekuatan kepada kanak-kanak untuk mengatasi keadaan dan batasan mereka, membantu keluarga mengatasi kegelisahan mereka dan berpotensi untuk menggembleng tenaga seluruh masyarakat untuk membina harapan, kekuatan dan kegembiraan kepada kanak-kanak dan juga orang yang disayangi oleh mereka. Yang paling penting, kami percaya bahawa hajat boleh meningkatkan kualiti hidup seorang kanak-kanak dan memberi peluang sembuh yang lebih baik.

    MISI"BERSAMA-SAMA KAMI MENGABULKAN HAJAT KANAK-KANAK

    YANG MEMPUNYAI PENYAKIT KRITIKAL UNTUK MENGUBAH KEHIDUPAN MEREKA."

    VISI"UNTUK MENGABULKAN HAJAT SETIAP KANAK-KANAK YANG

    LAYAK DI SINGAPURA."

    TENTANG “MAKE-A-WISH”

    PENGASASAN KAMI

    Pada tahun 1980, Christopher James Greicius, seorang budak lelaki yang berumur 7 tahun di Arizona yang sedang memerangi leukemia, berhajat untuk menjadi seorang polis. Sekumpulan orang telah bersama-sama mengabulkan hajatnya, dan inilah yang memberikan ilham kepada penubuhan “Make-A-Wish”.

    Sejak pengalaman yang mengubah kehidupan Chris, “Make-A-Wish” telah mengabulkan lebih daripada 500,000 hajat di seluruh dunia. Setiap hajat memberikan kekuatan dan dorongan baru kepada setiap kanak-kanak dan keluarga yang menerima perkhidmatan kami.

  • PENGEMBARAAN UNTUK MENGABULKAN HAJAT

    Pengembaraan untuk mengabulkan hajat ini bermula sebaik sahaja permohonan anak anda diluluskan. Pasukan Hajat kami yang hebat akan bekerjasama dengan kumpulan sukarelawan yang luar biasa dan merancang pengembaraan untuk mengabulkan hajat ini dengan teliti dan pengembaraan ini akan melengkapi rawatan perubatan dan memperbaiki kesejahteraan hidup jangka panjang seorang kanak-kanak. Sebaik sahaja kami mengetahui hajat yang mereka impikan melalui imaginasi mereka, kami akan membawa mereka untuk memulakan suatu pengembaraan yang mengagumkan dan penuh harapan sebelum hajat mereka menjadi kenyataan.

    Sukarelawan “Make-A-Wish” akan mengunjungi setiap kanak-kanak untuk mencari hajat terbesar mereka, iaitu apakah sebenarnya yang diingini dalam hati mereka dan mengapakah mereka menginginkannya. Wawasan yang mendalam ini adalah salah satu sebab yang menjadikan “Make-A-Wish” sebuah organisasi yang unik. Organisasi ini memberikan kanak-kanak ruangan yang sepenuhnya untuk berfikir secara kreatif dan membantu membentuk keseluruhan pengembaraan untuk mengabulkan hajat mereka.

    MENCARI HAJAT

    Imajinasi setiap kanak-kanak adalah unik. Justeru, kami bekerjasama dengan keluarga, sukarelawan dan pasukan perubatan untuk merekabentuk setiap pengembaraan agar dapat memberikan suatu pengalaman yang luar biasa dan yang bersesuaian dengan hajat kanak-kanak tersebut.

    MEREKABENTUK HAJAT

    Sebelum sesuatu hajat dikabulkan, kami akan membawa setiap kanak-kanak ke suatu pengembaraan yang dirancang untuk membina kegembiraan dan mengalihkan perhatian mereka daripada rawatan perubatan. Pengembaraan ini boleh memberikan kekuatan kepada mereka seperti hajat itu sendiri. Pengembaraan ini akan mewujudkan antisipasi dan memberikan kuasa kepada kanak-kanak dengan melibatkan mereka secara aktif dalam membentuk hajat mereka.

    ANTISIPASI HAJAT

    Apabila saat itu tiba pada akhirnya, kanak-kanak dapat merasakan hasrat terbesar mereka menjadi kenyataan seperti apa yang mereka bayangkan dan lebih hebat.

    MENGABULKAN HAJAT

    Kajian impak hajat menunjukkan bahawa hajat seorang kanak-kanak akan bertahan untuk jangka masa yang lama. Apa yang diberikan oleh suatu hajat adalah lebih daripada sekadar harapan. Ia mempunyai kesan yang luar biasa dan berkekalan terhadap kehidupan kanak-kanak yang mempunyai penyakit kritikal, keluarga mereka dan masyarakat secara meluas.

    IMPAK HAJAT

  • PEMBERIAN DERMA SECARA BERKALA DAN BANTUAN KEPADA KAMI UNTUK

    MENGABULKAN HAJAT KANAK-KANAK YANG MEMPUNYAI PENYAKIT KRITIKAL

    Menghulurkan derma biarpun sedikit dapat menginspirasikan harapan dan memberikan kekuatan kepada kanak-kanak yang mempunyai penyakit

    kritikal. Sumbangan anda menjadikan hajat suatu kenyataan dan sumbangan derma bulanan secara berkala akan membantu mengabulkan lebih banyak

    harapan secara berkesan dan tepat pada masanya sepanjang tahun.

    MERUJUK SEORANG KANAK-KANAK

    Bantulah kami mengabulkan hajat kepada setiap kanak-kanak yang layak di Singapura. Kami bergantung kepada rujukan hajat daripada individu yang prihatin untuk membantu kami menjangkau lebih banyak kanak-kanak yang mempunyai penyakit kritikal dan mengabulkan hajat yang akan mengubah kehidupan mereka. Rujukan akan diterima daripada pakar perubatan, ibu bapa / penjaga bahkan kanak-kanak itu sendiri.

    Klik "Merujuk Rujuk Kepada Kami Kanak-kanak" dan berikan maklumat hubungan anda kepada kami dan pasukan kami akan menghubungi anda dan memberikan borang permohonan dan lebih banyak maklumat mengenai kriteria kelayakan kepada anda. Sebelum merujukkan mana-mana kanak-kanak kepada kami, sila dapatkan persetujuan kanak-kanak yang di rujukkan, atau ibu bapa / penjaga kanak-kanak tersebut (jika kanak-kanak tersebut berusia di bawah 13 tahun).

    LANGKAH 1: PERMOHONAN

    Pasukan Hajat kami akan membuat semakan bagi permohonan anda dan memastikan bahawa kami mempunyai semua maklumat yang kami perlukan dan kami akan menghubungi keluarga yang berkenaan.

    LANGKAH 2: SEMAKAN

    Setelah mendapat persetujuan anda, kami akan menghubungi pakar perubatan anak anda kerana mereka mesti memberikan persetujuan kepada permohonan anda sebelum kami dapat meneruskan program ini.

    LANGKAH 3: KELULUSAN PERUBATAN

    Setelah permohonan anda diluluskan, kami akan bekerja rapat dengan anak anda, keluarga anda dan pengabul hajat kami yang berdedikasi untuk mencari hajat dan merealisasikan sebuah pengembaraan hajat yang mengagumkan dan sebuah pengalaman yang seistimewa dan seunik kanak-kanak yang mengimaginasikan hajat tersebut!

    LANGKAH 4: HAJAT BERMULA