teks ucapan yb datuk seri rina mohd harun ......teks ucapan yb datuk seri rina mohd harun menteri...

42
TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA KURSUS INDUKSI MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG NEGERI PULAU PINANG DAN PERLIS HOTEL THE LIGHT SEBERANG JAYA, PULAU PINANG 19 MAC 2019 (SELASA) / KETIBAAN YBM: 8.30 MALAM

Upload: others

Post on 21-Mar-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

TEKS UCAPAN

YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN

MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA KURSUS INDUKSI MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI

KAMPUNG NEGERI PULAU PINANG DAN PERLIS

HOTEL THE LIGHT SEBERANG JAYA, PULAU PINANG

19 MAC 2019 (SELASA) / KETIBAAN YBM: 8.30 MALAM

Page 2: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

2

Terima kasih kepada saudara / saudari pengacara majlis Bismillahiirrahmaanirrahiim Assalamu’alaikum Warahmatullhi Wabarakaatuh Salam Bahagia dan Salam Luar Bandar Sejahtera SALUTASI AKAN DILETAKKAN DI ATAS ROSTRUM

Page 3: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

3

1. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan izin dan hidayahNya jua, kita diberi kelapangan masa

untuk mengisi program hari ini yang penting di bawah

kerajaan hari ini dalam memastikan usaha untuk

memperkasakan pembangunan kampung-kampung di luar

bandar dapat dijalankan dengan tersusun. Seterusnya akan

memberi manfaat kepada masyarakat kampung khususnya

dan juga Negara amnya. Semoga kehadiran dan usaha

murni kita ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

2. Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Yang

Page 4: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

4

Berhormat Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman,

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang serta Yang Berhormat

Exco-Exco Luar Bandar Kerajaan Pulau Pinang dan Perlis,

Dr. Afif Bahardin dan Puan Asmaiza Ahmad. Terima kasih

juga kepada Kerajaan Pulau Pinang kerana telah memberikan

kerjasama kepada Kementerian dalam menjayakan Kursus

Induksi dan majlis pada malam ini.

3. Majlis interaksi bersama MPKK adalah inisiatif Kementerian

sebagai satu medium perkongsian ilmu dan pengetahuan

Page 5: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

5

bagi memupuk semangat kerjasama dalam menjayakan

agenda pembangunan komuniti luar bandar.

4. Inisiatif kerajaan ini juga adalah misi kerajaan untuk

Meningkatkan Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar

kepada semua tanpa prasangka politik, latar belakang mahu

pun keturunan. Matlamat kita yang utama adalah untuk

menjadikan desa kita berdaya saing dan mampu membawa

kemakmuran kepada rakyat luar bandar.

5. Saya telah diberitahu pada majlis ini, kita telah dapat

menghimpunkan seramai 1,498 orang MPKK iaitu 740 orang

Page 6: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

6

dari negeri Pulau Pinang dan 758 orang dari Perlis untuk

mengikuti Kursus Induksi selama 2 hari (19 – 20 Mac) anjuran

Institut Kemajuan Desa (INFRA) iaitu pusat latihan di bawah

Kementeria.

6. Kursus di Pulau Pinang ini adalah siri ke-5 selepas

pelaksanaan bagi MPKK negeri Melaka, Johor, Kedah dan

Perak. Selepas ini, kursus akan teruskan kepada MPKK N

egeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Selangor, Terengganu

dan Sabah.

Page 7: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

7

Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian

Kepentingan Latihan Kepada MPKK

7. Kursus Induksi adalah kursus asas yang dilaksanakan oleh

Kementerian bertujuan untuk melatih kepimpinan MPKK

yang baharu dilantik oleh Kerajaan Negeri. Kursus ini perlu

dihadiri oleh semua Pengerusi dan Setiausaha MPKK bagi

mendapat maklumat awal berkenaan tugas dan

tanggungjawab yang perlu dijalankan.

Page 8: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

8

8. Saya yakin MPKK yang dilantik adalah ahli-ahli baharu yang

belum begitu jelas mengenai tugas yang sepatutnya

dilakukan. Sebab itu, latihan asas ini sangat penting untuk

dihadiri bagi melengkapkan MPKK dengan kemahiran urus

tadbir di peringkat kampung.

9. Melalui kursus ini, MPKK dibimbing serta diberi latihan secara

teori dan amali untuk mempersiapkan mereka dengan ilmu

dan kemahiran mengurus, membangun serta memajukan

kampung.

Page 9: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

9

10. Justeru, saya percaya setelah mengikuti kursus ini, MPKK

akan lebih bersedia untuk menggalas tugas dan

tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat dan pentadbir

di kampung masing-masing.

11. Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh MPKK adalah

penyediaan profil kampung yang lengkap untuk tujuan

perancangan masa hadapan.

12. Maklumat ini perlu dikemaskini menerusi Sistem Profil

Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) yang mengandungi

maklumat terperinci kampung dan Sistem iDesa iaitu aplikasi

Page 10: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

10

telefon pintar yang memaparkan maklumat ringkas kampung

kepada masyarakat umum.

13. Dalam hal ini, MPKK akan dibantu oleh jabatan dan agensi

KPLB di peringkat negeri dan daerah supaya maklumat

tersebut dapat dilengkapkan segera pada tahun ini. Maklumat

yang telah dimasukkan dalam sistem perlu dikemaskinikan

dari semasa ke semasa supaya ia menjadi sumber data yang

tepat dan boleh dipercayai.

Page 11: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

11

14. Sebagai pemimpin masyarakat, kepekaan kepada ilmu dan

maklumat adalah antara ciri kepimpinan berkesan. Melalui

latihan dan pendidikan, bermacam pengetahuan dapat

dikuasai. Ia juga dapat membantu pemimpin mengetahui

sesuatu maklumat yang bukan sahaja berfaedah untuk diri

sendiri tetapi juga kepada masyarakat.

15. Usaha pencarian ilmu dan maklumat boleh didapati melalui

pelbagai kaedah selain menghadiri kelas seperti pembacaan,

perbincangan dan rujukan kepada sumber yang boleh

dipercayai. Tambahan, dalam era digital ini, sumber maklumat

Page 12: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

12

hanya terletak di hujung jari dan boleh diakses pada bila-bila

masa atau di mana-mana sahaja.

Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian

Sejarah Pembanguan Luar Bandar

16. Kita sedia maklum, Malaysia mempunyai sejarah

pembangunan luar bandar yang amat panjang.

Pembangunan luar bandar dengan perancangan yang lebih

Page 13: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

13

berstruktur telah bermula selepas negara mencapai

kemerdekaan khususnya selepas penubuhan Kementerian

Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959.

17. Antara strategi perancangan ketika itu ialah melalui Buku

Merah yang diperkenalkan dalam tahun 1960 sebagai Pelan

Dasar Pembangunan Luar Bandar. Pembangunan ini

memberi tumpuan kepada daerah di seluruh negara dengan

perancangan dan pelaksanaan oleh pihak berkuasa negeri

dan daerah.

Page 14: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

14

18. Antara aspek pembangunan luar bandar pada masa itu,

menambah baik sosioekonomi kampung dengan usaha

membasmi kemiskinan yang pada ketika itu kadar kemiskinan

luar bandar berada di tahap 59% di samping menyediakan

kemudahan asas kepada masyarakat.

19. Ketika itu juga telah wujud penyelarasan pembangunan

melibatkan peringkat kampung, daerah, negeri dan

kebangsaan. Hasil usaha pembangunan yang dilaksanakan

secara berterusan, pada hari ini tahap kemiskinan luar bandar

telah menurun kepada 1%.

Page 15: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

15

20. Hal ini menunjukkan, pemimpin kampung dan penduduk luar

bandar telah dilibatkan dalam agenda pembangunan luar

bandar sejak dahulu lagi. Peranan institusi kampung semakin

terserlah apabila institusi kepimpinan akar umbi telah

diwujudkan. (YBM – ni pada tahun 1962 di bawah

Rancangan Pembangunan Negara dan Luar Bandar)

21. Namun, pembangunan luar bandar hari ini perlu melalui

fasa-fasa pembaharuan sejajar dengan perkembangan

semasa terutama perubahan teknologi dan kemajuan industri.

Page 16: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

16

22. Sebab itulah, mulai tahun 2018 institusi kepimpinan akar umbi

telah melalui penambahbaikan dan diberi nafas baharu yang

dikenali kini sebagai Majils Pengurusan Komuniti Kampung

atau ringkasnya MPKK untuk membawa hala tuju baharu

pembangunan kampung yang lebih berdaya saing dan

membawa kesejahteraan kepada semua masyarakat.

23. Bagi menggalas hala tuju baharu ini, kepimpinan kampung

perlu kepada kualiti diri dengan menguasai pelbagai

pengetahuan dan kemahiran terutama kemahiran tadbir urus

desa yang lebih profesional.

Page 17: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

17

24. Sebab itulah, pada hari ini Tuan-Tuan dan Puan-Puan berada

di sini untuk menyahut cabaran yang kita rencanakan sebagai

strategi Pembangunan Modal Insan masyarakat luar

bandar.

25. Kementerian berpendirian, Modal Insan adalah satu

komponen yang amat penting dalam kita membicarakan

pembangunan luar bandar. Justeru, modal insan telah

dijadikan antara Teras dalam Pelan Harapan Pembangunan

Luar Bandar yang telah dilancarkan pada tahun lepas.

Page 18: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

18

26. Terdapat 6 teras di bawah Pelan harapan Pembangunan Luar

Bandar. Teras-teras tersebut adalah Prasarana, Ekonomi,

Keusahawanan, Modal Insan, Wanita dan Sistem

Penyampaian.

Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian

Mengemudi Desa Secara Berhemah dan Bijaksana

27. Personaliti atau keperibadian adalah sifat-sifat atau nilai diri

yang boleh diperhatikan oleh persekitaran kita. Sebab itulah

Page 19: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

19

dalam kehidupan manusia, keperibadian diri sangat penting

dipelihara kerana kesilapan kita bertutur dan bertingkahlaku

boleh membawa sesuatu imej yang tidak baik. Kesannya

tidak hanya kepada diri sendiri tetapi juga kepada organisasi

yang diwakili.

28. Setiap kita adalah pemimpin, sama ada pemimpin sebuah

keluarga atau sebuah komuniti mahupun negeri dan negara.

Kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita pimpin. Baik

dan buruknya kepimpinan itu juga boleh memberi kesan

kepada kehidupan keluarga, masyarakat mahupun negara.

Page 20: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

20

29. Berusahalah kita membawa imej pemimpin yang baik, yang

tidak hanya berilmu tetapi juga mempunyai personaliti yang

disenangi. Sifat ini juga jika dipelihara, dapat menarik

kepercayaan dan keinginan anggota masyarakat untuk

bersama-sama berganding bahu memajukan diri, keluarga

dan kampung.

30. Seorang pemimpin juga perlu mempunyai kebijaksanaan

dalam setiap tindakan. Bekerja secara berorganisasi

memerlukan semangat kerja berpasukan dan menjalinkan

hubungan yang baik dengan pihak lain. Di sinilah kayu ukur

Page 21: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

21

untuk menilai sejauh mana hubungan kerja dengan orang lain

bagi menjayakan setiap program yang dirancang.

31. Sokongan yang diberi oleh anggota masyarakat boleh terbit

dalam bentuk tenaga kerja, sumbangan atau idea pemikiran.

Begitu juga dalam pengurusan kampung, pemimpin

seharusnya bijak menggunakan sumber dan potensi yang

ada di persekitaran kampung untuk dimanfaatkan

sepenuhnya. Misalnya kekurangan kemudahan dan peralatan

untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di

kampung, boleh mencari jalan melalui perbincangan bersama

Page 22: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

22

masyarakat untuk mengenalpasti sumber dan pihak yang

boleh membantu.

32. Oleh yang demikian, MPKK disarankan untuk meluaskan lagi

hubungan kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan di

daerah, wakil-wakil rakyat malah ahli-ahli kariah sendiri untuk

mendapat kemudahan seperti keperluan bilik gerakan,

komputer, kelengkapan pejabat dan lain-lain keperluan untuk

kegunaan masyarakat. Tidak seharusnya semua perkara

disediakan oleh Kerajaan sebaliknya ia juga boleh

dikenalpasti dari sumber-sumber yang lain.

Page 23: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

23

33. Di bawah Kementerian sendiri, agensi-agensi seperti KEMAS,

MARA, PERDA di Pulau Pinang dan pejabat-pejabat KPLB

negeri boleh dihubungi untuk berbincang atau memerlukan

bantuan mengenai program-program kemajuan kampung

yang ingin dilaksanakan seperti mendapatkan bekalan

kemudahan asas jalanraya, bekalan elektrik, bekalan air,

kemudahan seperti dewan, balairaya atau gelanggang sukan

dan juga bantuan-bantuan untuk perniagaan atau latihan

serta kursus kemahiran.

Page 24: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

24

Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian

Peruntukan Khas Bagi Golongan B40

34. Tuan-Tuan dan Puan-Puan sedia maklum, Kerajaan sentiasa

melakukan pelbagai usaha untuk membawa kesejahteraan

kepada rakyat. Setiap tahun pelbagai program dirancang dan

dilaksanakan melalui belanjawan yang dibentangkan oleh

Kerajaan.

35. Bagi tahun 2019 ini, antara program yang disasarkan secara

langsung kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan

Page 25: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

25

rendah (B40) ialah Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Dana

Perlindungan Kesihatan Nasional B40.

36. Program ini disediakan oleh Kerajaan di bawah fokus

Memastikan Kesejahteraan Rakyat. Tuan-Tuan dan Puan-

Puan sebagai pemimpin masyarakat perlu membantu

penduduk kampung untuk mendapat kemudahan yang

disediakan ini. Berilah maklumat dan kefahaman kepada

mereka tentang perkara ini supaya mereka mendapat

manfaatnya.

Page 26: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

26

37. Bantuan Sara Hidup membolehkan golongan B40 mendapat

bantuan sebanyak RM1,000 bagi isi rumah berpendapatan

bulanan RM2,000 dan ke bawah. Isi rumah berpendapatan

RM2,001 hingga RM3,000 menerima bantuan RM750 dan

mereka yang berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga

RM4,000 mendapat RM500. Kemudahan ini dapat memberi

manfaat kepada 4.1 juta isi rumah yang melibatkan

peruntukan sebanyak RM5 bilion.

Page 27: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

27

38. Selain itu, golongan B40 juga boleh mendapat perlindungan

takaful atau insuran bagi menghadapi keadaan kecemasan

seperti mengalami penyakit kritikal.

39. Program ini dinamakan Skim Perlindungan Nasional B40

atau Skim MySalam yang telah dilancarkan oleh YAB

Perdana Menteri. Skim ini telah disediakan oleh Kerajaan

mulai tahun 2019 yang menyediakan perlindungan sehingga

RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian

semasa rawatan di hospital kerajaan pada kadar RM50

sehari atau RM700 setahun.

Page 28: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

28

40. Maklumat ini MPKK perlu menyampaikan kepada ahli-ahli

masyarakat supaya mereka mendaftar dengan skim ini.

Antara syarat yang perlu dipenuhi adalah:

i. Berusia antara 18 hingga 55 tahun;

ii. Golongan B40;

iii. Menerima rawatan di hospital kerajaan; dan

iii. Menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal.

41. Skim MySalam ini dapat memberi faedah kepada kira-kira

3.69 juta rakyat. Tuan-Tuan dan Puan-Puan perlu

Page 29: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

29

mendapatkan lagi maklumat lanjut mengenai skim ini

khususnya daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Skim

ini mula beroperasi untuk pendaftaran permohonan mulai 1

Mac 2019.

Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian

Dana Aktiviti MPKK

42. Saya cukup yakin bahawa MPKK masih belum dapat

bergerak aktif untuk melaksanakan pelbagai aktiviti

disebabkan kekangan sumber kewangan. Kita amat sedar

mengenai perkara ini dan oleh yang demikian Kementerian

Page 30: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

30

mengambil inisiatif menyediakan sedikit peruntukan bagi

membolehkan MPKK menggerakkan masyarakat dan

melaksanakan aktiviti untuk faedah bersama.

43. Dana yang kita namakan Geran MPKK ini tidaklah begitu

besar jumlahnya iaitu RM10,000 bagi setiap kampung tetapi

ia dapat menghasilkan impak yang besar jika dirancang

dengan baik bagi melaksanakan aktiviti menjana pendapatan,

keceriaan dan kesejahteraan kampung.

Page 31: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

31

44. Geran yang disediakan ini dapat membantu kampung

membangunkan sumber-sumber pelbagai prospek seperti

sektor pelancongan desa, perkhidmatan, pertanian,

penternakan, pembuatan dan peruncitan. Keceriaan dan

keindahan kampung juga boleh ditingkatkan menggunakan

geran ini melalui pembinaan lanskap kreatif untuk menjadikan

kampung lebih menarik.

45. Di sini, suka saya mengingatkan bahawa penyediaan Geran

MPKK oleh Kementerianm, dilaksanakan dengan cara yang

profesional tanpa prasangka politik. Kementerian

menyediakan mekanisme yang telus untuk mengendalikan

Page 32: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

32

permohonan Geran ini terutamanya dari aspek penilaian

permohonan geran yang diputuskan melalui jawatankuasa

khas dianggotai oleh pelbagai pihak termasuk UPEN, Pejabat

Pembangunan Negeri dan jabatan/agensi negeri yang

berkaitan.

46. Saya berharap agar Tuan-Tuan dan Puan-Puan tidak

membuat tanggapan yang negatif terhadap kesetiaan dan

keupayaan agensi-agensi khususnya di bawah KPLB yang

mengurus Geran ini.

Page 33: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

33

47. Kita harus sedar, kesejahteraan rakyat di bawah hala tuju

baharu Kementerian adalah untuk semua rakyat

sebagaimana yang saya tegaskan tadi.

48. Saya juga berharap supaya setelah mengikuti Kursus Induksi

ini, apabila balik ke kampung masing-masing, MPKK akan

segera membincangkan program atau projek yang hendak

dilaksanakan dan mengemukakan permohonan kepada wakil

yang telah dilantik.

49. Dalam hal ini, sekiranya terdapat kesulitan dalam

menyediakan kertas cadangan, Tuan-tuan dan Puan-puan

Page 34: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

34

boleh merujuk kepada agensi Kementerian di negeri

khususnya KEMAS yang mempunyai anggota sehingga ke

peringkat kampung.

Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian

Peluang Pembelajaran Sepanjang Hayat

50. Bagi memperkukuhkan kemahiran MPKK dalam menjalankan

tugas, Kementerian menyediakan pelbagai program latihan

yang boleh diikuti oleh MPKK dari semasa ke semasa.

Page 35: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

35

51. Untuk masa yang terdekat ini, INFRA akan menawarkan satu

lagi program latihan di peringkat yang lebih tinggi bagi

meningkatkan profesionalisme MPKK iaitu Diploma

Profesional Pembangunan Luar Bandar.

52. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Kuala

Lumpur (UniKL) dan tawaran dibuka kepada mana-mana ahli

MPKK yang berminat untuk menambah pengetahuan dan

meningkatkan kemahiran dalam pentadbiran kampung. Untuk

itu, apabila tawaran dikeluarkan kelak diharap ramai daripada

kalangan MPKK negeri Pulau Pinang dan Perlis akan

menyambut dan menerima peluang yang kita sediakan ini.

Page 36: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

36

53. Selain program Diploma ini, Kementerian juga menyediakan

latihan berterusan berkaitan tugas mentadbir kampung dan

mengurus masyarakat kepada semua ahli MPKK supaya biro-

biro yang dilantik memahami peranan dan fungsi masing-

masing untuk menjalankan tugas dengan cekap dan

berkesan.

54. Kita mahu lihat institusi kepimpinan akar umbi yang baharu ini

mempunyai hala tuju yang jelas dan lebih proaktif dalam

menggalas tanggungjawab memajukan kampung.

Page 37: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

37

Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian

PENGHARGAAN KEPADA KEPIMPINAN AKAR UMBI

55. Kerajaan amat menghargai peranan Tuan-tuan dan Puan-

puan sebagai pemimpin MPKK. Di kampung kita menabur

bakti, di kampung jugalah kita mewarisi segala harapan dan

cabaran. Bukan mudah untuk mencapai hasilnya tetapi

percayalah dengan komitmen serta semangat muafakat dan

perpaduan, kita boleh membuktikan kampung kita juga boleh

berjaya dan maju.

Page 38: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

38

56. Kita juga memerlukan kerjasama yang padu daripada semua

pihak, baik Kerajaan di setiap peringkat mahupun lapisan

masyarakat, demi membina masyarakat desa yang sejahtera

yang berpegang kepada nilai dan budaya yang baik.

57. Kementerian juga meletakkan keyakinan penuh kepada Tuan-

tuan dan Puan-puan untuk melaksanakan tanggungjawab

besar seperti yang telah saya sebutkan tadi. Insya-Allah jika

kita bekerja dengan amanah dan mengemblengkan pelbagai

sumber yang ada kita boleh mengatasi kesukaran hidup yang

dihadapi oleh masyarakat kita.

Page 39: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

39

58. Di Majlis yang amat bererti ini, saya mengucapkan setinggi-

tinggi penghargaan dan syabas kepada semua kepimpinan

MPKK dari seluruh negeri Pulau Pinang dan Perlis yang

terpilih mengikuti Kursus Induksi MPKK pada tahun ini.

Semoga Tuan-Tuan dan Puan-Puan dapat memberi khidmat

yang terbaik kepada masyarakat di kampung masing-masing.

Page 40: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

40

Dato’-Dato’ dan hadirin sekalian

PENUTUP

59. Sebelum mengakhiri ucapan, saya berdoa semoga segala

ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada kursus ini dapat

dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan tugas yang

telah diamanahkan.

60. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi

terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perlis

kerana memberi laluan dan kerjasama kepada Kementerian

Page 41: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

41

untuk menganjurkan program latihan kepada keseluruhan

MPKK.

61. Harapan agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa

akan datang dalam usaha untuk memacu pembangunan luar

bandar. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua

MPKK yang telah dilantik bagi penggal pertama dan terima

kasih kerana dapat hadir pada kursus anjuran Kementerian

ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat

dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha Tuan-

tuan dan Puan-puan beroleh keberkatan.

Page 42: TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN ......TEKS UCAPAN YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MAJLIS BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SEMPENA

42

62. Dengan lafaz Bismillah, saya merasmikan KURSUS INDUKSI

MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG NEGERI

PULAU PINANG DAN PERLIS.

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

YB DATUK SERI RINA MOHD HARUN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 19 MAC 2019