majlis sambutan hari kitar semula kebangsaan 2015

41
TEKS UCAPAN YB DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE TIMBALAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA KEBANGSAAN 2015 12 DISEMBER 2015 (SABTU) TAMAN TASIK PERMAISURI CHERAS KUALA LUMPUR

Upload: lyminh

Post on 02-Feb-2017

311 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • TEKS UCAPAN

    YB DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE TIMBALAN MENTERI

    KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

    SEMPENA

    MAJLIS SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA KEBANGSAAN 2015

    12 DISEMBER 2015 (SABTU)

    TAMAN TASIK PERMAISURI CHERAS

    KUALA LUMPUR

  • 2

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

    Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.

    1. Alhamdullillah, segala puji dan syukur

    dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana

    dengan limpah kurnia dan inayahnya maka dapat

  • 3

    kita bersama-sama berkumpul pada hari ini

    bersempena dengan Majlis Sambutan Hari

    Kitar Semula Kebangsaan 2015. Program pada

    hari ini juga disambut sebagai sambutan tahunan

    untuk bersama-sama masyarakat agar dapat

    memberikan komitmen untuk memelihara bumi

  • 4

    dan untuk dinikmati generasi akan datang. Saya

    ingin merakamkan penghargaan dan ucapan

    terima kasih kepada SWCorp yang telah sudi

    menjemput saya untuk merasmikan majlis pada

    hari ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan

    untuk merakamkan ucapan terima kasih juga

  • 5

    kepada para hadirin yang dapat hadir ke majlis ini.

    Sesungguhnya kehadiran YBhg.Datuk/Tuan/Puan

    dan para hadirin telah menzahirkan komitmen

    yang tinggi dan sokongan padu untuk

    merealisasikan hasrat dan agenda negara bagi

    melahirkan masyarakat Malaysia yang

  • 6

    mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi dalam

    aspek penjagaan kebersihan persekitaran dan

    pemeliharaan alam sekitar yang mampan.

    2. Malaysia kini sedang giat mengorak langkah

    untuk mencapai hasrat bagi merealisasikan

  • 7

    Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju dan

    berpendapatan tinggi yang didukungi oleh

    keupayaan modal insan yang mahir dan berfikiran

    minda kelas pertama. Kerajaan yakin modal insan

    yang berkualiti menyumbang kepada

    kelangsungan hidup yang mampan dan lestari.

  • 8

    Walau bagaimanapun pada masa ini, minda,

    sikap, dan tabiat rakyat Malaysia dalam konteks

    penjagaan kebersihan persekitaran dan

    pemeliharaan alam sekitar masih perlu diberi

    perhatian yang amat serius. Realitinya, negara

    kita masih lagi berhadapan dengan isu-isu lama

  • 9

    seperti membuang sampah merata-rata (littering),

    membuang sisa pepejal secara haram (illegal

    dumping), penyalahgunaan kemudahan awam

    (vandalisme), kurangnya penglibatan dalam

    aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain sikap yang

  • 10

    tidak bersesuaian dengan amalan untuk

    mencapai status sebuah negara maju.

  • 11

    Para hadirin yang dihormati sekalian,

    3. Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan

    yang disambut setiap tahun pada 11 November

    adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan

    merupakan salah satu kempen kepada

  • 12

    masyarakat mengenai kepentingan amalan 3R

    (Reduce, Reuse dan Recycle) atau amalan

    mengurangkan, guna semula dan kitar semula

    sisa pepejal seterusnya dapat membudayakan

    amalan tersebut yang merupakan sebagai

    langkah paling penting dan berkesan dalam

  • 13

    menguruskan sisa pepejal secara mapan demi

    generasi akan datang.

    4. Bertepatan dengan tema sambutan Hari Kitar

    Semula Kebangsaan pada tahun ini iaitu hastag

    asingkan (#asingkan) dan selaras dengan

  • 14

    pelaksanaan Pengasingan Sisa di Punca yang

    telah dikuatkuasakan secara mandatori pada 1

    September 2015 yang lalu seharusnya

    masyarakat perlu lebih bijak dalam aspek

    pengurusan sisa pepejal melalui amalan

  • 15

    pengasingan sisa bermula dari rumah mengikut

    jenis yang boleh dikitar semula.

    5. Sejak penguatkuasaan mula dilaksanakan

    pada 1 September 2015 sehingga 9 Disember

    2015, mendapati sebanyak 396 ribu kg sisa

  • 16

    kutipan sisa kitar semula telah berjaya dikutip

    daripada kediaman penduduk dan juga premis

    perniagaan di 7 negeri yang menggunapakai Akta

    Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan

    Awam 2007. Jumlah kutipan yang tertinggi

    mengikut kategori adalah daripada plastik iaitu

  • 17

    sebanyak 155 ribu kg daripada jumlah

    keseluruhan sisa yang dikutip, ini menunjukkan

    penggunaan bahan plastik dalam kalangan

    masyarakat kita adalah tinggi. Manakala hasil

    jualan sisa yang boleh dikitar semula dari bulan

    September hingga 15 November 2015 dilaporkan

  • 18

    mencecah RM 35,414.91 dan ini merupakan

    perkembangan yang positif dalam pelaksanaan

    pengasingan sisa dipunca bagi menuju aspirasi

    negara untuk mewujudkan kelestarian alam

    sekitar dan menjadi di antara 10 negara terbersih

    di dunia.

  • 19

    6. Disamping itu, berdasarkan maklum balas

    kajian soal selidik persepsi berhubung mengenai

    pelaksanaan program membabitkan 20,000 orang

    responden dari Pahang, Melaka, Negeri

    Sembilan, dan Kedah turut menunjukkan respons

    yang baik di mana data sehingga 21 Oktober

  • 20

    2015 menunjukkan lebih 60% responden tahu

    mengenai Pelaksanaan Pengasingan Sisa

    Pepejal Di Punca dan telah melaksanakannya

    serta menyifatkan amalan ini adalah mudah untuk

    dilaksanakan.

  • 21

    7. Pada masa ini, amaun bahan-bahan kitar

    semula yang dibuang ke tapak pelupusan setiap

    tahun dianggarkan sebanyak 2.3 juta tan dengan

    anggaran nilai jika dikitar semula mampu

    mencecah RM900juta. Ini merupakan satu

    pembaziran dari segi penggunaan sumber dan

  • 22

    kerugian dari segi ekonomi negara kerana ia

    berpotensi mewujudkan industri yang memproses

    bahan-bahan kitar semula menjadi barangan

    pengguna.

  • 23

    Para hadirin yang dihormati sekalian,

    8. Bersempena sambutan Hari Kitar Semula

    Kebangsaan 2015 pelbagai program

    kemasyarakatan telah dianjurkan bertujuan

    menyemarakkan lagi semangat mencintai

  • 24

    kelestarian alam sekitar antaranya Program

    Gotong Royong Perdana dan Forum Perdana

    Ehwal Islam. Selain itu bagi memastikan hasrat

    negara agar mempunyai masyarakat yang

    mementingkan penjagaan persekitaran di

    peringkat generasi muda. Kementerian ini melalui

  • 25

    SWCorp telah mengambil pendekatan Strategi

    Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi

    mewujudkan jalinan kerjasama yang erat dengan

    pelbagai agensi antaranya Kementerian

    Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha

    mendidik masyarakat khususnya para pelajar

  • 26

    sekolah agar mencintai alam sekitar. Melalui

    kolaborasi strategik ini sejumlah 3,183 buah

    Kelab Kitar Semula telah berjaya ditubuhkan di

    seluruh Malaysia dan disemarakkan lagi dengan

    aktiviti kesedaran kepada para pelajar terhadap

    kepentingan amalan 3R seperti Pertandingan

  • 27

    Kitar Semula Sekolah-sekolah (PerKISS) yang

    selari dengan matlamat penubuhannya. Jumlah

    kutipan melalui program yang dijalankan bermula

    tahun 2010 sehingga November 2015 adalah 7.51

    juta kg dengan nilai sebanyak RM 32 juta.

  • 28

    9. Seterusnya bagi memastikan kesinambungan

    terhadap pendidikan persekitaran yang bersih,

    indah dan sejahtera dapat diterapkan kepada

    pemimpin generasi akan datang, pihak

    kementerian juga turut bekerjasama dengan

    Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk

  • 29

    melibatkan mahasiswa dan mahasiswi secara

    langsung dalam berbagai aktiviti yang menjurus

    kepada pembentukan budaya amalan kitar

    semula seperti program kesukarelawan, program

    Green Campus dan Pertandingan Pidato Alam

    Lestari Institusi Pengajian Tinggi (PALIPT).

  • 30

    Disamping itu, kerjasama pintar diantara pihak

    KPKT dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

    (KKM) turut diadakan untuk mewujudkan program

    kitar semula di hospital yang melibatkan 148

    hospital kerajaan di seluruh Malaysia adalah satu

    usaha yang bersepadu bagi memastikan sasaran

  • 31

    22% kadar kitar semula negara dapat dicapai

    menjelang tahun 2020 dengan jayanya. Budaya

    mengamalkan 3R di hospital ini bukan sahaja

    dapat menggalakkan amalan tersebut dalam

    kalangan warga kerja hospital malah akan dapat

    memberikan panduan kepada orang ramai yang

  • 32

    berkunjung ke hospital atau pusat kesihatan untuk

    melaksanakan pengasingan sisa melalui kaedah

    yang sepatutnya.

  • 33

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

    10. Kejayaan sesuatu sistem pengurusan sisa

    pepejal yang moden dan mampan bukan sahaja

    bergantung kepada dasar dan program yang

    dilaksanakan oleh pihak kerajaan semata-mata

  • 34

    akan tetapi ianya harus bermula dengan

    sokongan padu dari semua pihak. Oleh itu, bagi

    memastikan persekitaran kita sentiasa bersih dan

    selamat untuk didiami, saya menyeru agar semua

    lapisan masyarakat perlu mengamalkan sikap

    mengambil berat dan memberi perhatian yang

  • 35

    khusus terhadap kebersihan bukan sahaja

    bermula dari rumah malah juga di sekitar

    kawasan sekeliling kita. Seharusnya setiap

    masyarakat perlu mempunyai kesedaran yang

    tinggi dalam menjaga kebersihan, misalnya tidak

    sesuka hati membuang sampah kerana akhirnya

  • 36

    akan membawa kepada masalah-masalah lain

    yang lebih serius dan memudaratkan penduduk

    setempat.

  • 37

    11. Di kesempatan ini juga, saya ingin

    merakamkan ucapan penghargaan kepada

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),

    Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Badan

    Bukan Kerajaan (NGO), Jawatankuasa

  • 38

    Perwakilan Penduduk (JPP) dan tidak lupa juga

    kepada Animonsta Studios Sdn. Bhd. kerana sudi

    bekerjasama dengan pihak kementerian serta

    semua pihak yang telah terlibat dan memberikan

    komitmen yang tinggi dalam membantu usaha-

    usaha pihak kerajaan dalam memastikan

  • 39

    pelaksanaan pengasingan sisa di punca dapat

    dilaksanakan dengan jayanya seterusnya

    menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih,

    indah dan sejahtera setanding dengan negara

    maju lain.

  • 40

    12. Akhir kalam, dengan lafaz

    Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini

    merasmikan Hari Kitar Semula Kebangsaan

    2015.

  • 41

    Sekian, terima kasih.

    Wabillahitaufiq Walhidayah, Wassalamualaikum

    Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.