kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

29
Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita Pada ,masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara. Kitar semula untuk menjimatkan kos Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain. Kitar semula untuk menjimatkan tanaga

Upload: mooiling

Post on 19-Jun-2015

4.110 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

Pada ,masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya

berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang.

Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat

laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita.

Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi

tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat

mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan

salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan

ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

Kitar semula untuk menjimatkan kos

Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha

menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula

bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan

memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita

Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah

anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk

menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan

buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain.

Kitar semula untuk menjimatkan tanaga

Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan

dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca

menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang

diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Kitar semula untuk menyelamatkan hutan

Untuk mneghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula

kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara

hutan.kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

Page 2: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

kepentingan kitar semula ialah menceriakan persekitaran,menggalakkan daya kreativiti dan

inovasi,memupuk kesedaran pentingnya kitar semula dan mengurangkan pencemaran.

langkah mengatasi ialah:

kempen,gotong-royong,kerjasama dengan pihak berkuasa dan menyediakan kemudahan/pusat

pengumpulan.lain fikir jangan malas.

masalah atau halangan kitar semula:

sikap,kurang pengetahuan,kurang galakan, kurang kemudahan kurang pusat pengumpulan dan

kurang kerjasama.

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan

terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Bahan tersebut sebenarnya masih boleh

digunapakai tetapi perlu melalui proses kitar semula

Apakah bahan yang boleh dikitar semula ? Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca.

KACA

Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman, bekas makanan, botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula berwarna HIJAU

Page 3: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

ALUMINIUM

Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna MERAH

KERTAS

Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.

PLASTIK

Begitu juga semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg membeli-belah, beg pasaraya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun, bekas vitamin dan seumpamanya boleh dikitar semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong kitar semula berwarna KUNING

Page 4: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

Dalam memperkenalkan konsep pengkitaran semula, saya mencadangkan supaya skop

definisi bagi aktiviti tersebut diperjelaskan dalam kontek pengertiannya yang sebenar, ini

kerana kebanyakan orang awam masih memahaminya dalam satu tafsiran yang sempit.

Kebanyakan individu melihat kaedah pengkitaran semula hanya melibatkan barang-barang

boleh diproses semula dengan menggunakan peralatan canggih bagi menghasilkan satu

produk baru yang boleh digunakan untuk aktiviti lain.

Komsep kitar semula ialah aktiviti yang

1. Reduce – PenguranganHanya beli apa yang diperlukan:Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.

2. Beli produk yang boleh diguna semula:Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.

3. Beli pencuci serbaguna:Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.

4. Beli barangan yang kurang bungkusan:Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.

5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.

6. Beli produk tidak bertoksik:Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.

7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

Reuse – Guna Semula

Page 5: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.

2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.

3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.

4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.

5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.

6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.

7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula

1 Kitar semula di rumah: o Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar

semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

o Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.

o Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.

Mengitar semula di laman anda: o Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok

boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.

o Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.

Mengitar semula di sesebuah komuniti:

Page 6: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

o Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.

o Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.

o Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

(Nombor 1) TAJUK :

AMALAN KITAR SEMULA

DI KAMPUNG PARIT RAJA AHMAD

PT SULONG, BATU PAHAT

JOHOR

NAMA                        : MOHD KHAMSULDIN B ABDUL WAHAB

KELAS                      : 3 BAIK

SEKOLAH                 : SMK PENGHULU SAAT, PT RAJA AHMAD 83500  PT SULONG, BT. PAHAT

NAMA GURU           : EN MAMAT

TARIKH HANTAR    : 28 MEI 2010

TANDATANGAN PELAJAR                    TANDATANGAN GURU

     —————————-                         —————————

(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN

Page 7: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

TAJUK                                                                                         HALAMAN

1)    Penghargaan

2)    Pendahuluan

3)    Objektif Kajian

4)    Kawasan Kajian

5)    Kaedah Kajian

6)    Hasil Kajian

7)    Rumusan

8)    Rujukan

9)    Lampiran

10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )

(Nombor 3) PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Penghulu Saat, Pn Hajah Salbiah Bt Hj. Maskan kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En. Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Ahmad Bin Mamat yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Parit Raja Ahmad yang telah sudi memberikan kerjasama

Page 8: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

(Nombor 4) PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Amalan Kitar Semula. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai amalan kitar semula.

Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di kawasan kami mempunyai  pusat kitar semula dan ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan April sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.

(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1)    Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas

2)    Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula

3)    Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula

4)    Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula

5)    Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semula.

6)    Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk  di Kg. Parit Raja Ahmad tentang kepentingan amalan kitar semula.

(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN

Page 9: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Parit Raja Ahmad Parit Sulong Batu Pahat Johor. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 24 kilometer dari Bandar Batu Pahat dan kira-kira 1 km dari pekan  Parit Sulong. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah 40 sen untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 5 minit untuk sampai ke sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah menengah iaitu SMK Penghulu Saat yang mempunyai pelajar seramai 1200 orang. Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang baik.

Kampung Parit Raja Ahmad mempunyai tanah  subur (tanah pamah) yang rata dan ini menggalakkan sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor pertanian iaitu menanam kepala sawit dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan, perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.

PETA KAJIAN

1)    Lukis Peta Daerah / Zon Batu Pahat

2)    Peta Pekan Parit Sulong

3)    Peta Kg. Parit Raja Ahmad

( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan

i)             Tajuk dan Bingkai  [1 m]

ii)            Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

iii)           Simbol Piawai [ 1 m ]

iv)           Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

Page 10: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

1)    Pemerhatian            = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti amalan kitar semula yang terdapat di kawasan kampung saya.

2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar semula. Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.

3)    Soal Selidik               = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik – sila rujuk lampiran )

4)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai amalan kitar semula

(Nombor8) DAPATAN KAJIAN

8.1   Konsep Kitar Semula

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran, dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.

8.2   Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula

Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di kampung saya ialah kertas, plastik dan kaca.

Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung saya ialah MENJUAL bahan-bahan kitar semula ini di pekan Parit Sulong. Kebanyakan daripada penduduk kampung akan membawa sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar semula.

Page 11: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

Terdapat juga penduduk kampung  yang MENGGUNAKAN SEMULA bahan kitar semula ini untuk menjimatkan perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat keceriaan di dalam rumah, menggunakan kedua-dua helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti bunga kertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan.

Selain itu, terdapat penduduk kampung yang sudi bekerjasama MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampung program-program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar semula mempunyai nilai ringgit yang tinggi di pasaran.

Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba untuk MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI KERTAS DAN PLASTIK. Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak menggunakan plastik, polisterin ketika membungkus barang atau makanan. Kertas juga dijimatkan supaya tidak membazir begitu sahaja.

Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.

8.3 Kepentingan Kitar Semula.

1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita

Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?

2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

Page 12: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.

4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga

i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.

ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.

iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapka unsur tanggungjawab dan sayangkan kepada negara seperti peribahasa negara bersih rakyat sihat.

8.4   Masalah /halangan Amalan Kitar Semula

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti.

1. Sikap

Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan bahan kitar semula dibuang ke tempat sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Page 13: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

2. Kurang Pengetahuan

Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampung yang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada mengitarnya semula. Bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

3. Harga Terlalu Rendah

Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dengan harga yang rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 sen untuk I kilogram. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak menguntungkan.

4. Kurang Pusat Pengumpulan.

Di kawasan Taman Perlis hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal di kawasan hujung kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja.  Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk kampung.

5. Kurang Kerjasama

Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana.

Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikan amalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber.

8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

Page 14: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

Langkah tersebut ialah seperti :-

1. Kempen

Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan  program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan.

2. Pendidikan

Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan tersebut.

3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.

Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran.

Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul.

4. Gotong Royong

Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royong untuk membersihkan kawasan kampung. Pastikan penduduk

Page 15: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

kampung mengumpulkan bahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketua kampung memainkan peranan yang penting supaya penduduk  bekerjasama mengamalkan amalan kitar semula ini.

Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.

Bahan Grafik

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik  :-

i)             Jadual

ii)            Graf

iii)           Carta Pai

iv)           Peta  Aliran

- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai

(Nombor 9) RUMUSAN

Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada sebarang ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

(Nombor 10). LAMPIRAN

1. Surat pengenalan diri murid2. Surat kebenaran membuat kajian3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga5. Borang soal selidik6. Gambar / foto yang berkaitan

Page 16: Kitar Semula Untuk Memelihara Ruang Hidup Kita

(Nombor 11). RUJUKAN

Buku Teks

Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd

Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1

Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.

Buku Rujukan

Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5

Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd

Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3

Internet

http://wikimapia.org

Orang Sumber

Jiran-jiran Jalan Seri Satu Taman Perlis ,01000 Kangar Perlis