20171118 sambutan hari kitar semula peringkat …€¦ · sambutan hari kitar semula ... pameran 3r...

5
SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA KEBANGSAAN TAHUN 2017 KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menganjurkan Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) Tahun 2017 di Anjung Floria, Putrajaya pada 18 November 2017. Majlis perasmian sambutan ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Wira Halimah binti Mohamed Sadique (Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Penganjuran Sambutan HKSK pada tahun ini adalah bertemakan #PeluangKedua atau #SecondChance yang bermaksud sisa pepejal dimanfaatkan semula daripada dilupuskan, bumi berpeluang untuk dipelihara dan dipulihara melalui amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) dan masyarakat pula masih berpeluang dan tidak terlambat untuk

Upload: others

Post on 08-Dec-2020

58 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 20171118 SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA PERINGKAT …€¦ · SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA ... Pameran 3R Sculpture Competition 2017 juga turut diadakan semasa sambutan. 3R Sculpture Competition

SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA

KEBANGSAAN TAHUN 2017

KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

(SWCorp) telah menganjurkan Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan

(HKSK) Tahun 2017 di Anjung Floria, Putrajaya pada 18 November 2017. Majlis

perasmian sambutan ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji

Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Wira Halimah binti Mohamed Sadique

(Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan).

Penganjuran Sambutan HKSK pada tahun ini adalah bertemakan

#PeluangKedua atau #SecondChance yang bermaksud sisa pepejal

dimanfaatkan semula daripada dilupuskan, bumi berpeluang untuk

dipelihara dan dipulihara melalui amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle)

dan masyarakat pula masih berpeluang dan tidak terlambat untuk

Page 2: 20171118 SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA PERINGKAT …€¦ · SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA ... Pameran 3R Sculpture Competition 2017 juga turut diadakan semasa sambutan. 3R Sculpture Competition

memulakan amalan 3R. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti telah

diadakan untuk menjayakan sambutan pada tahun ini dan menggalakkan

orang ramai mengamalkan budaya 3R.

Seawal jam 7.30 pagi, YB Datuk Wira Halimah binti Mohamed Sadique

(Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan) telah menyempurnakan pelepasan HKSK Fun Walk. Menariknya

penyertaan dalam acara ini ialah para peserta perlu membawa barangan

kitar semula sama ada 10 unit botol

plastik atau 10 unit tin aluminium atau

10 naskah surat khabar lama sebagai

bayaran penyertaan dan mendapat t-

shirt secara percuma. Hasil

Page 3: 20171118 SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA PERINGKAT …€¦ · SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA ... Pameran 3R Sculpture Competition 2017 juga turut diadakan semasa sambutan. 3R Sculpture Competition

pengumpulan dan jualan barangan kitar semula berkenaan disalurkan ke

Tabung Kemanusiaan Rohingya: Negaraku Prihatin sebagai simbolik

#PeluangKedua bahawa sisa kitar semula berkenaan bernilai dan mampu

menyumbang kepada kebajikan masyarakat Rohingya.

Pameran 3R Sculpture Competition 2017 juga turut diadakan semasa

sambutan. 3R Sculpture Competition merupakan pertandingan mereka cipta

barangan baharu daripada barangan kitar semula yang dianjurkan sebelum

sambutan ini dan menawarkan hadiah-hadiah berjumlah RM80,000.00. Hasil

sculpture atau arca ini dipertontonkan kepada umum sebagai manifestasi

bahawa barangan kitar semula yang sebelum ini dilihat sebagai tidak

bernilai mampu menghasilkan sebuah

arca yang bernilai dan memberi

inspirasi kepada masyarakat dalam

melihat potensi kreatif yang boleh

menjadi sumber ekonomi dan nilai

artistik, sehingga melahirkan usahawan

dalam bidang penghasilan arca

seumpanya.

Pada sambutan HKSK tahun ini, turut diakan Pameran Teknologi Pengurusan

Sisa Pepejal Berteknologi Tinggi melibatkan mesin pengkomposan sisa

makanan dan mesin perawatan sisa makanan menggunakan teknologi

pencernaan aerobic (aerobic digestion). Ini memberi peluang kepada

pengunjung untuk memahami dengan lebih mendalam perawatan sisa

pepejal organik yang boleh dilakukan oleh mereka. Selain itu, pameran ini

memberikan pendedahan kepada pengunjung tentang teknologi

perawatan sisa yang diolah menjadi

tenaga (waste-to-energy) seperti yang

telah dijalankan di negara-negara

Page 4: 20171118 SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA PERINGKAT …€¦ · SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA ... Pameran 3R Sculpture Competition 2017 juga turut diadakan semasa sambutan. 3R Sculpture Competition

maju yang lain. Perawatan sisa pepejal menggunakan teknologi haba

magnetik (magnetic heat) juga dipamerkan yang mana produk sampingan

dari perawatan tersebut adalah abu dan enap cemar (sludge) yang dapat

diguna semula dalam industri simen, tar dan bahan bakar seperti arang.

Para pengunjung juga berpeluang

untuk melibatkan diri dalam Program

Upcycling (mengitar naik) yang mana

pengunjung didedahkan melalui

bengkel membuat barangan

daripada barangan kitar semula ini

yang mengunakan kaedah bertukang

sendiri (Do It Yourself - DIY) melibatkan tiga aktiviti iaitu membuat beg

daripada kemeja-t terpakai, menanam pokok herba dalam tin minuman

terpakai dan membuat batik daripada tisu. Ketiga-tiga aktiviti ini juga

diharap dapat memberi inspirasi kepada masyrakat bagi menghasilkan

bahan kreatif daripada kitar semula.

Bagi pengunjung cilik, aktiviti Waste Art

for Kids bagi menghasilkan kapal

terbang daripada botol plastik dan

kertas terpakai serta membuat kolaj

daripada kertas terpakai disediakan

buat mereka. Kesemua aktiviti ini

dilaksanakan secara percuma dengan

menggunakan barangan terpakai dan

kos yang minimum.

Semasa majlis perasmian, YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan telah menyampaikan anugerah dan hadiah bagi:

Page 5: 20171118 SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA PERINGKAT …€¦ · SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA ... Pameran 3R Sculpture Competition 2017 juga turut diadakan semasa sambutan. 3R Sculpture Competition

i. Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan

(PERKISS) 2017;

ii. 3R Sculpture Competition 2017;

iii. Anugerah Industrial Zero Waste Best Practices 2017;

iv. Appreciation of Best Practices on Solid Waste Management 2017 for

Commercial and Institutional;

v. Pertandingan Treasure Hunt; dan

vi. Pertandingan Lensa Hijau.

YB Menteri turut menyampaikan Watikah Pelantikan Rakan SWCorp dan

menyempurnakan upacara penyerahan Tabung Kemanusiaan Rohingya:

Negaraku Prihatin hasil sumbangan daripada PUSPANITA Cawangan KPKT,

SWCorp dan Kontraktor-kontraktor Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam.

Sumber: Unit Komunikasi Korporat, KPKT