modul latihan kelab kitar semula sekolah rendah

82
MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM SEKOLAH RENDAH “ SELAMATKAN BUMI KITA AMALKAN KITAR SEMULA ” K EMENTERIAN P ENDIDIKAN M A L A YSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: doanhanh

Post on 11-Dec-2016

404 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHANKELAB KITAR SEMULA

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

SEKOLAH RENDAH

“ SELAMATKAN BUMI KITA AMALKAN KITAR SEMULA ”

KEMENTERIANPENDIDIKANMALAYSIA

KEMENTERIANPENDIDIKANMALAYSIA

Page 2: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

KANDUNGAN

KATA ALU-ALUAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF iPERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN iiKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM AKTIVITI PROGRAM KITAR SEMULA iii

RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELAB KITAR SEMULA iv

PELAJARAN 1 : ASAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL 1.1 Definisi 2 1.2 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal 3 1.3 Komponen Pengurusan Sisa Pepejal 5 1.4 Jenis Sisa Pepejal Terkawal a) Sisa Pepejal Isi Rumah 6 b) Sisa Pepejal Awam 8 c) Sisa Pepejal Import 11 d) Sisa Pepejal Khas 13 e) Sisa Pepejal Institusi 15 f) Sisa Pepejal Komersial 17 g) Sisa Pepejal Pembinaan 19 h) Sisa Pepejal Perindustrian 20

PELAJARAN 2 : 3R

2.1 Definisi 3R 22 2.2 Elemen-Elemen 3R 22 2.3 Cadangan Aktiviti 3R 23 2.4 Halaman Seni Kreatif 2.4.1 Melabel pokok-pokok dengan barangan kitar semula 26 2.4.2 Menghias taman dengan bahan-bahan terbuang 27 2.4.3 Menghias pagar dengan barangan kitar semula 28 2.4.4 Sudut kitar semula dan alam sekitar 29 2.5 Cadangan Program 3R 2.5.1 Gotong-royong dan program khidmat masyarakat 30 2.5.2 Minggu inovasi 31 2.5.3 Pertandingan keceriaan kelas 32

Page 3: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

PELAJARAN 3 : KITAR SEMULA

3.1 Definisi Kitar Semula 34 3.2 Warna Tong Kitar Semula Dan Kegunaannya 35 3.3 Kraftangan Kreatif Kitar Semula 3.3.1 Mencipta Kolaj 36 3.3.2 Sisa Asah Pensel Warna Yang Berguna 37 3.3.3 Kumbang Di Taman 41 3.3.4 Bunga Straw 42 3.3.5 Merekacipta Pokok Kitar Semula 43

PELAJARAN 4 : PENGKOMPOSAN

Definisi Pengkomposan 45 4.2 Objektif Pengkomposan 45 4.3 Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga 46

PELAJARAN 5 : SISTEM BANK KITAR SEMULA 5.1 Objektif Bank Kitar Semula 50 5.2 Pelaksanaan Bank Kitar Semula 50

PELAJARAN 6 : PROGRAM PERKHEMAHAN

6.1 Objektif Perkhemahan 61 6.2 Jadual Tentatif Perkhemahan 62

7.0 PENILAIAN AKHIR TAHUN 64

Page 4: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Modul Latihan Kelab Kitar Semula ini merupakan modul yang pertama diterbitkan pada tahun 2013. Modul ini merupakan bahan rujukan dan panduan kepada Guru Penasihat dalam membimbing dan melatih ahli – ahli kelab di dalam pelaksanaan aktiviti – aktiviti Kelab KItar Semula.

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA (Edisi 1)

Page 5: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

KATA ALU-ALUANKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM

Pengurusan sisa pepejal adalah satu proses dimana sisa pepejal diuruskan bermula dari penjanaan, penyimpanan, pemungutan, pemindahan, pengangkutan dan pelupusan supaya ianya diurus dengan sistematik dan teratur. Proses tersebut memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi dan bertambah dari tahun ke tahun. Oleh kerana kos pengurusan sisa pepejal semakin meningkat, maka program kitar semula perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dibuang dipunca. Transformasi minda masyarakat perlu dilaksanakan bagi mengatasi isu penjanaan sisa pepejal yang terus meningkat setiap tahun disebabkan dengan peningkatan jumlah penduduk dan pembangunan yang semakin rancak. Menyedari hal ini, PPSPPA dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju dan meluluskan Modul Latihan Kelab Kitar Semula digunapakai dan dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh Semenanjung Malaysia. Modul ini merupakan bahan rujukan dan panduan kepada guru-guru penasihat untuk membimbing dan melatih pelajar-pelajar untuk menjadi seorang individu yang mementingkan penjagaan kebersihan persekitaran dan membudayakan aktiviti kitar semula dalam kehidupan seharian. Disamping itu, memastikan mesej pengurusan sisa pepejal dan amalan kitar semula dapat diterima oleh pelajar dengan lebih terancang dan berkesan. Aspirasi PPSPPA adalah supaya negara kita dapat mentransformasikan minda masyarakat dan generasi akan datang yang prihatin dan mempunyai kesedaran yang tinggi dalam kebertanggungjawaban menjaga kebersihan dan alam sekitar yang mampan. Dengan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan PPSPPA di atas usahasama menerbitkan Modul Latihan Kelab Kitar Semula.

Sekian, Terima Kasih

“SELAMATKAN BUMI KITA, AMALKAN KITAR SEMULA”

(DATUK AB. RAHIM BIN MD NOOR)Ketua Pegawai EksekutifPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awami

Isu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam mungkin adalah perkara yang amat mudah dan remeh bagi sebahangian kita. Namun sebenarnya ia adalah suatu masalah yang amat kritikal untuk diatasi dengan pertambahan sampah yang dijana setiap hari semakin meningkat. Anggaran sisa yang dijana oleh setiap penduduk Malaysia pada tahun 2013 telah mencapai antara 30,000 tan – 33,000 tan. Dengan itu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam perlulah diuruskan secara bersepadu, cekap dan berkesan bagi menjamin kelestarian alam sekitar dalam kehidupan kita.

Page 6: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

KATA ALU-ALUANKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pelaksanaan kelab ini juga memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi murid secara holistik dan bersepadu demi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, saya percaya ianya selari dengan tuntutan untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia dan berketerampilan.

Saya berharap semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Kelab Kitar Semula ini akan memberikan sepenuh kerjasama dalam menjayakannya.

SELAMAT MAJU JAYA

(DATUK DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF)Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia

iiPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia atas penghasilan Modul Kelab Kitar Semula. Modul ini merupakan garis panduan pengajaran serta aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Kelab Kitar Semula di dalam aktiviti kokurikulum sekolah.

Bersesuaian dengan matlamat penubuhannya, Kelab Kitar Semula berperanan untuk melahirkan generasi celik bahan di kalangan generasimuda khususnya murid sekolah. Dengan terbitnya Modul Kelab Kitar Semula ini diharapkan dapat membantu guru-guru dalam menjalankan aktiviti alam sekitar di sekolah secara terancang dan sistematik sekaligus menyalurkan pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan sisa pepejal dan kitar semula agar mereka dapat membudayakan amalan kitar semula dan kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran di dalam kehidupan seharian.

Page 7: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.0 Asas pengurusan sisa pepejal • Definisi sisa pepejal• Hierarki pengurusan sisa pepejal• Komponen pengurusan sisa pepejal• Jenis-jenis sisa pepejal

2.0 3R• Definisi 3R• Elemen-Elemen 3R• Cadangan amalan 3R • Halaman Seni Kreatif 3R• Cadangan program 3R

3.0 Kitar Semula• Definisi kitar semula• Warna tong kitar semula dan kegunaannya• Kraf tangan kreatif kitar semula

1.1 Memahami definisi sisa pepejal1.2 Memahami hierarki pengurusan sisa pepejal1.3 Memahami komponen-komponen pengurusan sisa pepejal1.4 Mengetahui jenis – jenis sisa pepejal yang dijana

2.1 Memahami definisi 3R2.2 Memahami elemen – elemen 3R2.3 Mengetahui cara – cara mengamalkan 3R 2.4 Mengetahui cara-cara untuk mempelbagaikan kegunaan bahan terbuang2.5 Mengetahui cara – cara melaksanakan program 3R

3.1 Memahami definisi kitar semula3.2 Mengetahui jenis warna tong kitar semula3.3 Menghasilkan kraf tangan kreatif daripada barang-barang kitar semula

4.1 Memahami definisi pengkomposan4.2 Memahami objektif pengkomposan4.3 Memahami teknik pengkomposan menggunakan pasu bunga

5.1 Memahami konsep pelaksanaan Bank Kitar Semula 5.2 Melakukan Bank Kitar Semula5.3 Mengetahui kepentingan Bank Kitar Semula

6.1 Memahami objektif perkhemahan yang dilaksanakan6.2 Jadual tentatif perkhemahan yang akan dilaksanakan berdasarkan kesesuaian dan kreativiti guru

4.0 Pengkomposan• Definisi pengkomposan• Objektif pengkomposan• Teknik pengkomposan menggunakan pasu bunga

5.0 Bank Kitar Semula• Pengenalan aktiviti Bank Kitar Semula• Pelaksanaan Bank Kitar Semula • Kepentingan Bank Kitar Semula

6.0 Program perkhemahan• Objektif perkhemahan• Jadual tentatif perkhemahan

KURIKULUM AKTIVITI PROGRAM KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAHKELAB : KELAB KITAR SEMULA

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awamiii

Page 8: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI KELABKITAR SEMULA

KELAB : KELAB ALAM SEKITAR/KITAR SEMULAPENGENALAN : ASAS SISA PEPEJAL DAN KITAR SEMULAMATLAMAT : MELAHIRKAN GENERASI YANG MEMENTINGKAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR DAN KITAR SEMULA

PERJUMPAAN KANDUNGAN OBJEKTIF AKTIVITI ALATAN

PelantikanJawatankuasa danSuai kenal :

Mesyuarat:-Pendaftaran ahli-Suai kenal-Lantikan AJK-Perancangan program

Murid dapat:-berinteraksi antara satu sama lain-mengenali guru penasihat -memberikan dan menyatakan pendapat-merancang aktiviti dengan berkesan

- Ice Breaking- Memperkenalkan diri- Melantik dan memilih AJK- Membuat perancangan aktiviti

-Siar raya

Pelajaran 1 : Asas PengurusanSisa Pepejal :- Definisi sisa pepejal- Hierarki pengurusan sisa pepejal

Murid dapat:-memahami maksud sisa pepejal

-Menonton tayangan video/ slide mengenai asas pengurusan sisa pepejal-Mendapat penerangan daripada guru-Mengadakan kuiz -Menyuai padan gambar

- Siar raya- Gambar/ Video/Slaid- Soalan Kuiz- Penerangan daripada pegawai PPSPPA/Guru

Pelajaran 1 ; Asas PengurusanSisa Pepejal-Penjanaan-Pengasingan dan penyimpanan-Kutipan dan pengangkutan-Perpindahan dan rawatan-Pemerolehan semula bahan dan tenaga-Pelupusan akhir

Murid dapat:-memahami komponen pengurusan sisa pepejal.

-Gambar/gambar slaid/ video yang menerangkan mengenai komponen pengurusan sisa pepejal

-Siar raya-Komputer riba

1

2

3

ivPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

Page 9: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

- Siar raya- Gambar/ Video

Pelajaran 1 : Asas PengurusanSisa Pepejal Jenis Sisa PepejalTerkawal- Sisa Pepejal Isi Rumah- Sisa Pepejal Awam- Sisa Pepejal Import- Sisa Pepejal Khas- Sisa Pepejal Institusi- Sisa Pepejal Komersial- Sisa Pepejal Pembinaan- Sisa Pepejal Perindustrian

Murid dapat:-memahami punca – punca sisa pepejal dihasilkan

-Mendapat penerangan daripada guru-Menonton tayangan video/ slideshow berkaitan sisa pepejal terkawal-Menyuai padan gambar tentang pemahaman murid mengenai sisa pepejal terkawal

Pelajaran 2 : 3R- Definisi 3R- Elemen-elemen 3R- Amalan 3R di sekolah dan di rumah

Murid dapat:-mempelajari maksud 3R-membezakan elemen reduce, reuse dan recycle-mempelajari amalan-amalan 3R yang dapat dipraktikkan di sekolah dan di rumah

-Mendapat penerangan daripada guru-Menonton gambar /video yang menerangkan elemen 3R-Mewarnakan logo 3R

-Siar raya-Gambar/video-Soalan kuiz-Gambar logo 3R

Pelajaran 2 ; 3R-Halaman seni kreatif 3R

Murid dapat:-Menanamkansikap bekerjasama-Memperkukuh jati diri untuk menjadi manusia yang bertanggung- jawab pada alam sekitar-Menjanakan idea kreatif dalam menggunakan barang-barang terbuang

-Melabelkan pokok dengan barangan kitar semula-Menghiasi taman dengan barangan kitar semula-Menghiaskan pagar dengan barangan kitar semula-Membajakan kawasan landskap sekolah-Mewujudkan sudut /taman 3R

-Tin aluminium, botol plastik, kadbod,baja, kompos

4

5

6

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awamv

Page 10: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Pelajaran 2 :3R-Gotong-royong dengan menerapkan elemen pengasingan sisa

Murid dapat:-mengenal pasti bahan yang boleh dikitar semula dan yang tidak boleh dikitar semula-pengalaman amali selain daripada pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja

-Mengadakan pembahagian kumpulan-Mendapat penerangan daripada guru-Mengambil bahagian dalam aktiviti gotong- royong dengan penerapan elemen pengasingan sisa

-Plastik sampah-Penyapu-Tong sampah

Pelajaran 3 : Kitar Semula- Pengenalan mengenai kitar semula- Bahan – bahan yang boleh dikitar semula- Tong kitar semula- Langkah-langkah mengitarkan barangan dengan betul

Murid dapat:-mempelajari kitar semula-mencari maklumat mengenai bahan- bahan yang boleh dikitar semula-mengetahui jenis-jenis tong kitar semula-cara-cara mengitar barangan dengan betul

-Mendapat penerangan daripada guru-Melihat gambar- gambar dan tong kitar semula bagi memperkukuh pemahaman-Mengenal pasti barang-barang di persekitaran sama ada boleh dikitar semula atau tidak

-Gambar tong kitar semula-Barangan kitar semula contoh: surat khabar, tin aluminium

Pelajaran 3 :Kitar Semula-Mencipta kolaj

Murid dapat:-mempelajari teknik – teknik membuat kolaj- merangsang daya reka cipta dan kreativiti

-Mendapat penerangan daripada guru-Menghasilkan lukisan berasaskan bahan-bahan terbuang

-Kulit kerang-Telur-Batang aiskrim-Bahan-bahan terbuang

Pelajaran 3 : Kitar Semula-Sisa asah pensel yang berguna

Murid dapat:-merangsang daya kreatif dalam menghasilkan lukisan yang menarik-mempelajari teknik menggunakan sisa asah pensel dalam lukisan yang dihasilkan

-Mendapat penerangan daripada guru-Melukis lukisan mengkut kreativiti-Menampalkan sisa asah pensel di atas lukisan yang dihasilkan secara kreatif

-Kertas lukisan/ kertas A4/ manila kad-sisa asah daripada pensel warna yang beraneka-pensel warna/ krayon-gam-butang bentuk mata

7

8

9

10

viPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

Page 11: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Pelajaran 3 : Kitar Semula-Lawatan ke Pusat kitar semula

Murid dapat:-pendedahan kepada keadaan sebenar pusat kitar semula-melihat sendiri langkah-langkah yang dilakukan untuk penghantaran dan penjualan barang di pusat kitar semula-memahami kaedah penghantaran barangan kitar semula

-Melawat ke Pusat kitar semula-Menyediakan soalan sebelum lawatan (tanggapan awal)-Membuat refleksi-Menyediakan laporan yang terbaik

Contoh:-Pusat kitar semula komuniti-Kilang kertas-Kilang plastik-Kilang kaca-Pusat kitar semula TESCO

Pelajaran 3 : Kitar Semula-Mereka cipta pokok kitar semula

Murid dapat:-menjana idea kreatif dalam menghasilkan pokok kitar semula-menghargai barang-barang terbuang dan menggunakannya untuk dijadikan perhiasan

-Mendapat penerangan daripada guru-Mereka cipta pokok kitar semula mengikut daya kreativiti murid-murid

-Ranting kayu-Tin-tin-Tali

Pelajaran 3 : Kitar Semula-Melukis dan mewarna bertemakan kitar semula

Murid dapat:-memperkembang daya kreativiti

-Penerangan daripada guru-Melukiskan dan mewarnakan gambar yang berkaitan dengan kitar semula

-Kertas lukisan-Pensel warna-Warna air

Pelajaran 3 : Kitar Semula-Hari Kitar Semula

Murid dapat:-memperkembang daya komunikasi dan interaksi-berkongsi ilmu yang dipelajari dalam kelab bersama dengan murid-murid lain-memahami cara penjualan barang kitar semula-meningkatkan semangat kerja berpasukan

-Membuat pameran mengenai 3R-Mengadakan pengumpulan dan jualan barangan kitar semula-melukis dan mewarna bertema kitar semula-Menyertai kuiz- Mengadakan pertandingan keceriaan bilik darjah

-Bahan-bahan pameran-Penimbang-Kalkulator-Buku stamp-Barang- barang kitar semula-Kertas lukisan-Pensel warna-Warna air

11

12

13

14

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awamvii

Page 12: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Pelajaran 4 :Pengkomposan-Membuat kompos menggunakan pasu bunga

Murid dapat:-mempelajari teknik-teknik mengkompos menggunakan pasu bunga-mempraktikkan kaedah pengkomposan ini di rumah

Pembahagiankumpulan-Penerangan daripada guru-Membuat kompos dengan menggunakan pasu bunga mengikut langkah-langkah yang telah diterangkan

-Pasu-pasu bunga kosong-Sisa-sisa dapur/sisa-sisa kebun-Tanah-1 pasu-Air

Pelajaran 5: Bank Kitar Semula

Murid dapat:-memahami perjalanan Bank Kitar Semula-mengaplikasi aktiviti kitar semula dalam kehidupan seharian-memahami nilai yang ada pada sisa pepejal

-Mendapat penerangan daripada guru atau pihak yang berkaitan-membuat buku setem-mengenal pasti stesen penerimaan barang-merancang sesi penghantaran barangan kitar semula

-Siar raya-Slaid-Garis panduan Bank Kitar Semula-Penimbang-Kalkulator

-Mengadakan bengkel tentang kesedaran alam sekitar dan teknik penanaman pokok bakau dan pemuliharaan pantai-Mengadakan bicara berirama-Mengadakan penerokaan-Memburu harta karun-mengadakan Raja rimba-Resolusi dari rimba-Mengadakan program perkhemahan di sekitar taman rekreasi

-Plastik sampah-Penyapu-Tong sampah-Khemah-Beg-Makanan dan minuman-Bahan-bahan untuk kompos-Barangan kitar semula

Menjalankan majlispenghargaan danpengiktirafan ahlikelab danmurid-muridberkenaan dengankutipan barangankitar semula tertinggisetiap akhir tahun.

Pelajaran 6 : Perkhemahan

Mewujudkanperasaancintakan alamsekitar di sampingmengumpulbarangankitar semula

Penilaian akhirtahun

Laporan akhiraktiviti kutipanbarangan kitarsemula

15

16

17

18 Guru dapat :-Membuatrumusan markahkepada ahli kelabdan murid-muridyang berjayadalampengumpulanbarangan kitarsemula terbanyak

viiiPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

Page 13: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

FAKTA

GAS RUMAH HIJAU TERDIRI DARIPADA..

- Karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera apabila sisa pepejal, bahan api, kayu dan barang buatan kayu dibakar.

- Metana dibebaskan semasa proses pembuatan dan pengangkutan arang, gas asli dan minyak; penguraian sisa organik ditapak pelupusan sampah dan perternakan.

- Nitrous oksida dibebaskan semasa aktiviti dalam pertanian dan industri serta pembakaran sisa pepejal dan bahan api.

- Hydrofluorocarbons (HFCs), perfluorocarbons (PFCs), dan sulfur hexafluoride (SF6) merupakan gas rumah hijau yang merbahaya disebabkan oleh aktiviti industri. Punca pembebasan HFC adalah dari peti sejuk, hawa dingin, aerosol dan pelarut. PFCs and SF6 kebanyakan dibebaskan oleh industri / kilang pemprosesan seperti pembuatan semikonduktor.

Untuk setiap 3500 tan sampah yangdihasilkan (satu tan sampahmenghasilkan 150 liter leachate/air sampah), lebih kurang 525000 liter leachate dihasilkan.

Sumber : StarMetro : Isnin, 27 April 2009

Page 14: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

ASAS PENGURUSANSISA PEPEJALYANG SISTEMATIK

ASAS PENGURUSANSISA PEPEJALYANG SISTEMATIK

Page 15: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

BERDASARKAN AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJALDAN PEMBERSIHAN AWAM 2007 (AKTA 672)

“SISA PEPEJAL” Termasuklah

Apa-apa bahansekerap atau bahan

lebihan lain yangtidak dikehendaki

atau keluaran yangditolak yang timbul

daripadapenggunaan

apa-apaproses

Apa-apa bahanlain mengikut akta

ini atau mana-manaundang-undangbertulis lain yangdikehendaki olehpihak berkuasa

untuk dilupuskan

Apa-apa benda yangdikehendaki

dilupuskan keranasudah pecah,lusuh,

tercemar atauselainnya rosak

Tidak termasuk buangan terjadual sebagaimana yang diperihalkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tidak termasuk kumbahan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Tidak termasuk sisa radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984

1.1 Definisi

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam2

Page 16: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

1.2 Hierarki Pengurusan Sisa Pepejal

Pelan Perancangan Strategik Nasional untuk Pengurusan Sisa Pepejal (2005) menggariskan pengurusan sisa pepejal hendaklah berteraskan kepada hierarki pengurusan sisa pepejal. Hierarki ini terdiri daripada elemen-elemen berikut yang disusun mengikut keutamaan:

Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan

Bahan atau produk yang digunakan secara berulang-ulang

Proses penghasilan produk baru daripada bahan kitar semula

Insinerator, pengkomposan, MRF,RDF

Lebihan sisa pepejal akan dihantar ke tapak pelupusan sanitari.

1. Pengurangan

2. Guna Semula

3. Kitar Semula

5. Pelupusan

4. Rawatan Perantaran

3Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

Page 17: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Sumber : Pelan Rancangan Strategik Nasional Untuk Pengurusan Sisa Pepejal (2005)

KINI MASA HADAPAN

PENGURANGAN

GUNA SEMULA

KITAR SEMULA

RAWATANPERANTARAAN

PELUPUSANAKHIR

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam4

Page 18: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

1.3 KOMPONEN PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Pengurusan sisa pepejal bersepadu merupakan sistem yang menggabungkan 6 elemen penting yang sejajar dengan konsep pembangunan mapan dari segi kesihatan awam, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan, nilai estetika, kesedaran awam serta persekitaran. Eleman yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:

PenjanaanIsi Rumah,Komersial,

Perdagangan &Institusi

Pengasingan danPenyimpanan

Kutipan danPengangkutan

Perpindahan dan RawatanStesen pemindahan, MRF, RDF,

Pengkomposan & Rawatan Termal

Pelupusan AkhirTapak Pelupusan

Sanitari

5Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

Page 19: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

1.4 Jenis Sisa Pepejal Terkawal

A) Sisa Pepejal Isi Rumah

Sisa pepejal terkawal sebagaimana yang ditetapkan di dalam Akta 672 adalahterdiri daripada :-

Apa-apa sahaja sisa pepejalyang dihasilkan oleh

sesuatu isi rumah,dan daripada jenis yang biasanya

dihasilkan oleh ataudikeluarkan oleh mana-mana

premis apabila dihunisebagai rumah kediaman, dan

termasuklah sisa taman.

Contoh Sisa Pepejal Isi RumahSisa makanan, kertas, kadbod, plastik,

tekstil, kulitsisa taman, kayu, kaca bahan logamseperti tin aluminium dan sebagainya

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam6

Page 20: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Sisa Pukal

Sisa Isi Rumah

Sisa Kebun

7Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

Page 21: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam8

B) Sisa Pepejal Awam

Apa-apa sisa pepejalyang dihasilkan di

tempat awam, yang di bawahpenyeliaan atau

kawalan mana-manapihak berkuasa tempatan

Contoh Sisa Pepejal AwamSampah yang terdapat di jalan-jalan di bawah senggaraanoleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sisa landskap, sisa dari

taman permainan, pantai dan kawasanrekreasi yang lain

Page 22: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

9Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

Sisa PepejalDi Kawasan Awam

Sisa PepejalDi Taman Rekreasi

Sisa PepejalDi Kawasan Kemudahan Awam

Contoh Sisa Pepejal Awam

Page 23: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam10

Sisa Pepejal di Kawasan Pantai

Sisa Pepejal Di Kawasan Jalan Awam

Page 24: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

11Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

Apa-apa pepejal yangdihasilkan oleh negara lain

dan diimport ke negarakita untukdiproses

ataupun dilupuskan

Contoh Sisa Pepejal ImportKertas, kadbod, tin, kaca dan

lain-lain bahan yang diimport dariluar untuk digunakan oleh industri pembuatan

sebagai bahan mentah dan dikitar semula.

C) Sisa Pepejal Import

Page 25: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam12

Punca Sisa Pepejal Import

Sisa yang telah dihasilkan di negara luar yang diimport ke Malaysia.

Contoh Sisa Pepejal Import

Page 26: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

13Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

D) Sisa Pepejal Khas

Apa-apa jenis sisa pepejalterkawal yang ditetapkan

sama ada :-

1. Berbahaya atau bolehmembahayakan kesihatan awam.

2. Sukar untuk diolah,disimpan atau dilupuskan

Contoh Sisa Pepejal Khas

Tayar terpakai dan bahagian kenderaan yang dibuang

Page 27: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam14

Contoh Sisa Pepejal Khas

Premis perindustrian dan bengkel kenderaan

Punca Sisa Pepejal Khas

Page 28: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

15Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

E) Sisa Pepejal Institusi

Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh:-

Contoh Sisa Pepejal Institusi

Contoh Sisa Pepejal Institusi

Apa-apa jenis sisa yang dijanakan hasil daripada aktiviti harian institusi yang disebutkan di atas dan ini adalah tidak sisa pepejal khas yang memerlukan cara pelupusan yang berasingan.

- Mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnya bagi rumah ibadat

- Mana-mana premis yang dihuni oleh mana-mana JabatanKerajaan Persekutuan atau Negeri, Mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana badan berkanun

- Mana-mana premis pendidikan

- Mana-mana kemudahan jagaan kesihatan termasuklah hospital,klinik dan pusat kesihatan.

- Mana-mana premis yang digunakan sebagai zoo awam, muzium awam, perpustakaan awam dan rumah anak yatim

Page 29: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam16

Punca sisa Pepejal institusi

Sekolah, universiti, hospital, penjara dan bangunan kerajaan

Punca Sisa Pepejal Institusi

Page 30: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

17Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

F) Sisa Pepejal Komersial

Ialah merangkumi sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti komersial

Contoh Sisa Pepejal Komersial

Kertas, kadbod plastik, kayu, sisa makanan, kaca, logam dan apa-apa jenis sisa yang terhasil dari aktiviti yang tidak termasuk dalam sisa pepejal

Page 31: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam18

Punca Sisa Pepejal Komersial

Stor, restoran, pasaraya, rumah tumpangan,kedai percetakan, stesen-stesen perkhidmatan

dan sebagainya

Page 32: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

19Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

G) Sisa Pepejal Pembinaan

Merupakan apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti pembinaan atau perobohan termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan atau pengubahan

Punca Sisa Pepejal Pembinaan

Kawasan pembinaan baru, kerja-kerja pengubahsuaian atau perobohan bangunan dan sebagainya.

Contoh Sisa Pepejal Pembinaan

Kayu, papan lapis, konkrit, besi, drywall, permaidani, kadbod, gentian kaca, tanah, danlain-lain sisa yang dihasilkan dari aktiviti di atas

Page 33: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam20

H) Sisa Pepejal Perindustrian

Contoh Sisa Pepejal Perindustrian

Sisa yang terhasil dari proses pengilangan tidak termasuk sisa pepejal khas

Sisa Pepejal Perindustrian

Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti perindustrian

Punca Sisa Pepejal Perindustrian

Industri fabrik, industri pembuatan makanan,ndustri ringan, industri berat dan sebagainya

Page 34: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

3R

Page 35: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam22

2.1 Definisi 3R

3R bermaksud Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula). Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hierarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak lang-sung dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal serta jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan.

2.2 Elemen-Elemen 3R

Pengurangan (Reduce)

- Memilih bahan digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan

Penggunaan Semula (Reuse)

- Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi.

Kitar Semula (Recycle)

-Proses penghasilan produk baru daripada bahan kitar semula.

Page 36: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

23Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

2.3 Cadangan Aktiviti 3R

PENGURANGAN (Reduce)

Fikir Dulu Sebelum Buang

Banyak barang yang dianggap sebagai sisa boleh digunakan untuk tujuan lain. Jadi pengurangan sisa boleh dilakukan dengan mempelbagaikan penggunaan.

Cadangan: Beli barangan mengikut keperluan dan bukan mengikut perasaan. Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah halaman kertas semasa membuat cetakan. Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel elektronik. Elak beli barangan yang dibalut dengan bahan yang tidak boleh dikitar semula Guna beg guna semula semasa membeli – belah Gunakan bekas makanan sendiri Gunakan bateri yang boleh dicas semula

REDUCE

Page 37: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam24

PENGGUNAAN SEMULA (Reuse)

Daripada sentiasa membuang barang, fikirkan cara-cara untuk menggunakannya semula. Dengan mengguna semula barangan, anda boleh mengurangkan ruang yang diperlukan bagi tapak pelupusan sampah dan memulihara sumber-sumber semulajadi.

Cadangan:Gunakan belakang kertas terpakai atau belakang sampul surat sebagai catatan nota. Gunakan semula pakaian lama (contohnya baju, tuala) untuk tujuan pembersihan Dermakan buku lama, perabot dan pakaian kepada orang yang memerlukan atau badan kebajikan daripada dibuang Guna semula bekas plastik dan kaca sebagai pasu untuk tanaman Gunakan bekas terpakai (contohnya bekas plastik dan kaca) untuk menyimpan barangan.

REUSE

Page 38: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

25Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

KITAR SEMULA (Recycle)Kitar semula adalah merujuk kepada memperbaharui atau menggunakan semula barang-barang terbuang dan terpakai untuk dijadikan bahan-bahan mentah. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya semula.

KITAR SEMULA MENGIKUT JENIS BARANG Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.

BELI PRODUK YANG BOLEH DIKITAR SEMULA Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.

BELI PRODUK YANG DI BUAT DARIPADA BAHAN KITAR SEMULA Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.

MENGHASILKAN KRAFTANGAN DARIPADA BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULAAnda boleh menghasikan kraftangan daripada barangan yang biasanya dibuang. Satu botol plastik boleh menghasilkan satu bekas pensel yang cantik.

TONG KITAR SEMULA DAN PUSAT PENGUMPULAN Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.

PLEASE RECYCLE

RECYCLABLE ONLY

Page 39: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam26

2.4 HALAMAN SENI KREATIF 3R 2.4.1 MELABEL POKOK-POKOK DENGAN BARANGAN KITAR SEMULA

Objektif :Memberi pengetahuan kepada umum mengenai nama- nama pokok-pokok

Aktiviti : Menampal barangan kitar semula seperti kadbod keras, dan botol-botol plastik pada kawasan sekitar pokok-pokok

Peralatan : Botol minuman plastik dan kertas kadbod

Page 40: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

27Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

2.4.2 MENGHIAS TAMAN DENGAN BAHAN-BAHAN TERBUANG SEPERTI BOTOL PLASTIK, TIN ALUMINIUM DAN TEMPURUNG

Objektif : Mencantikkan taman sekolah dengan bahan-bahan terpakai

Aktiviti : Mewujudkan papan tanda daripada bahan terbuang menerangkan nama taman

Peralatan : Botol minuman plastik dan kertas kadbod

Page 41: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam28

2.4.3 MENGHIAS PAGAR DENGAN BARANGAN KITAR SEMULA

Objektif : Mewujudkan landskap yang lebih menarik di sekeliling sekolah

Aktiviti : Memperindahkan pagar contoh dengan barangan kitar semula sepanjang pagar membentukkan nama sekolah

Peralatan : Contoh botol minuman plastik,tin dan lain-lain

Page 42: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

29Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

2.4.4 SUDUT KITAR SEMULA DAN ALAM SEKITAR

Objektif : Supaya murid-murid celik minda berkenaan dengan kempen kitar semula dan memelihara alam sekitar

Aktiviti : Membangunkan atau mewujudkan sudut, lorong, galeri, bilik, dan rumah kitar semula

Peralatan : Cat

Page 43: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam30

2.5 CADANGAN PROGRAM 3R

2.5.1 GOTONG-ROYONG DAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Objektif : Meningkatkan hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat

Aktiviti : Mengadakan hari gotong-royong pihak sekolah, murid-murid, ibu bapa dan komuniti di sekitar sekolah

Peralatan : Plastik sampah, penyapu, tong sampah

Page 44: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

31Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

2.5.2 MINGGU INOVASI

OBJEKTIF:

1) Murid dapat melahirkan idea dan kreativiti yang tersendiri

PELAKSANAAN:

1) Pembahagian kumpulan2) Pembentangan dari setiap kumpulan mengenai barang yang telah direkacipta

Page 45: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam32

2.5.3 PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA

OBJEKTIF:

1) Melahirkan pelajar yang kreatif2) Mengurangkan kos untuk menceriakan kelas

PELAKSANAAN:

1) Menghasilkan barang hiasan menggunakan barang-barang 3R

Page 46: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

KITARSEMULARECYCLE

Page 47: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam34

3.1 DEFINISI KITAR SEMULA

Kitar Semula ialah proses penghasilan produk baru daripada bahan kitar semula Diantara bahan-bahan yang boleh dikitar semula adalah surat khabar, majalah-majalah, buku-buku dan risalah, kertas putih dan bercampur, kadbod (termasuk kotak tisu,kotak kasut, dan kotak kadbod lain),botol,tin aluminium, botol plastik,dan lain-lain

Bayangkan jika berpuluh-puluh juta helai kertas di kitar semula, ia dapat menyelamatkan hampir 75,000 juta batang pokok balak di Brazil dan Filipina. Ini menjimatkan kos penebangan pokok-pokok dan mengimbangi ekosistem dalam bumi.

Page 48: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah
Page 49: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam36

3.3 KRAFTANGAN KREATIF 3R

3.3.1 MENCIPTA KOLAJ

OBJEKTIF:1) Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif

PELAKSANAAN:1) Menghasilkan lukisan berasaskan bahan-bahan terbuang

Page 50: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

37Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

3.3.2 SISA ASAH PENSEL WARNA YANG BERGUNA

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:1. Sisa asah dari pensel warna yang beraneka2. Manila kad, kertas A43. Pensel warna/ krayon4. Gam5. Butang bentuk mata/ atau apa-apa butang yang sesuai

Sebelum aktiviti bermula, pastikan sisa asahan dari pensel-pensel warna telah dikumpulkan. Jika kanak-kanak mengasah pensel-pensel warna yang masih elok sudah pasti ini akan menjadi satu pembaziran pensel-pensel warna yang masih elok. Jadi, pastikan guru telah meminta kanak-kanak mengasah pensel warna mereka (yang memang perlu diasah) ke dalam bekas tertentu beberapa hari sebelum aktiviti berjalan. Tunjukkan cara mengasah terlebih dahulu bagi memastikan sisa yang diasah itu tidak terlalu pendek. Sisa sisa asahan kemudian dipilih dan dikumpulkan.

Page 51: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam38

LANGKAH-LANGKAH:

Lakarkan bentuk seekor ikan di atas beberapa keping kertas manila kad. Jika hendak lebih mudah lagi lakarkannya di atas sekeping kertas A4 dahulu kemudian difotostat untuk diagihkan kepada kanak-kanak. Pastikan ruang dalam badan ikan itu luas supaya kanak-kanak lebih mudah dan bebas mencorakkan ikan mereka. Namun terpulang kepada guru samada hendak kanak-kanak menjalankan aktiviti ini secara individu, berpasangan mahupun berkumpulan.

Bimbing kanak-kanak untuk mulakan dengan menampal pada bahagian badan berhampiran ekor terlebih dahulu. Seterusnya penuhkannya dengan menampal secara bertindih-tindih mengikut bahagian. Cara ini akan membuatkan bahagian “sisik” ikan yang terhasil akan lebih kemas dan menarik.

Page 52: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

39Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

Setelah berjaya memenuhi seluruh baha-gian badan ikan, bahagian sirip dan ekor akan diwarnakan dengan pensel warna

Sudahkan hasil kerja dengan melekatkan butang mata pada ikan dan kemaskan bentuk ikan yang terhasil.

Page 53: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam40

Hasil kerja ini boleh digunakan sebagai kad ucapan ataupun hiasan dinding. Secara tidak langsung melalui projek ini guru berjaya menggalakkan kanak-kanak untuk kitar semula bahan-bahan terbuang.

Page 54: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

41Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

3.3.3 KUMBANG DI TAMAN

BAHAN-BAHAN: 1. Sudu plastik 2. Marker hitam dan merah 3. Kad manila (lebihan kertas keras) 4. Gunting 5. Gam UHU

LANGKAH-LANGKAH a) Potong tangkai sudu plastik. Tinggalkan untuk bahagian kepala sahaja. b) Lukis bentuk sayap kumbang di atas kepala sudu. c) Kemudian lukis beberapa bulatan yang kecil untuk menggambarkan badan kumbang dengan menggunakan marker warna hitam. d) Warnakan seluruh sayap dengan marker warna merah. e) Tekapkan kepala sudu di atas kad manila dan lukiskan bulatan mengikut bentuk sudu. f) Potong manila kad kecil-kecil untuk dibuat kaki kumbang. Kemudian tampalkan kaki tersebut di kad manila yang telah dipotong mengikut bentuk sudu tadi. g) Warnakan kaki kumbang dengan marker hitam. h) Tampal kaki kumbang dengan menggunakan gam UHU. I) Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing

Page 55: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam42

3.3.4 BUNGA STRAW

BAHAN-BAHAN : 1. Penyedut minuman (straw) 2. Beg Plastik (pelbagai warna) 3. Pita pelekat berwarna hijau 4. Gunting LANGKAH-LANGKAH : a) Potong bucu plastik mengikut segitiga. b) Ambil 5 plastik yang telah dipotong dan cantumkan untuk dijadikan kelopak bunga. c) Kemudian lekatkan plastik yang sudah menjadi kelopak menggunakan pita pelekat yang berwarna hijau. d) Lekatkan kelopak yang telah bercantum itu pada straw. e) balut straw dengan pita pelekat hijau untuk dijadikan tangkai bunga.

Page 56: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

43Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

3.3.5 MEREKACIPTA POKOK KITAR SEMULA

OBJEKTIF:

1) Menjana idea kreatif dalam menghasilkan pokok kitar semula2) Meningkatkan semangat kerjasama berpasukan

Page 57: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam44

Page 58: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

45Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

4.0 Pengkomposan

Terdapat pelbagai jenis kaedah pengkomposan tetapi di sini hanya dinyatakan satu kaedah sahaja iaitu pengkomposan menggunakan pasu bunga.

4.1 Definisi Pengkomposan

Pengkomposan adalah cara semulajadi untuk mengitar semula bahan organik. Ianya satu proses di mana bahan organik yang mudah reput diuraikan oleh mikroorganisma dalam kehadiran oksigen. Hasil proses ini adalah kompos yang bermanafaat kepada alam sekitar sebagai baja semulajadi untuk berkebun dan berladang.

Oleh itu, anda boleh menggunakan baja kompos ini kepada pokok buah-buahan atau sayur – sayuran anda bagi menghasilkan hasil tanaman organik yang bermutu tinggi, bernilai dan baik untuk pengguna mengamalkan pemakanan yang sihat.

4.2 Objektif Pengkomposan

Mengurangkan kuantiti sisa pepejal ( sisa organik ) yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan sampah dan membantu memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah. Mengubah bahan organik yang boleh mereput menjadi bahan yang stabil. Menyediakan nutrient yang boleh menyuburkan tanah. Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran dan penjagaan alam sekitar.

Page 59: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam46

4.3 Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga

Bahan Untuk Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga

Pasu-pasu bunga kosong Sisa-sisa dapur

Sisa-sisa kebun Tanah – 1 pasu

Page 60: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

47Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

4.3.1 Langkah-Langkah Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga

- Letakkan selapis batu kerikil di dasar pasu bunga untuk tujuan peredaran udara.

- Tambahkan selapis tanah (lebih kurang 2 inci) ke atasnya. Masukkan sisa-sisa dapur dan daun kering (sekiranya ada).

- Lapisan hijau diselang-selikan dengan lapisan bahan kering dalam kadar yang sama tebal. Proses ini diulangi sehingga ruang itu hampir penuh.

- Tutup lapisan ini dengan selapis tanah (rengangkan). Semua lubang dan celah hendaklah ditutup dengan tanah untuk mengelakkan serangga perosak dan haiwan seperti lalat, lipas, kucing, dan anjing daripada menggali sisa-sisa makanan dalam kompos.

- Isipadu tanah hendaklah 20% daripada isipadu sisa-sisa buangan. Ulang proses ini setiap hari sehingga pasu bunga itu penuh. Gunakan pasu lain apabila pasu yang pertama itu sudah penuh.

- Kompos anda akan siap dalam masa 4-5 minggu dan boleh digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan, pokok dan halaman rumput.

- Anda boleh menggunaka pasu ini sekali lagi untuk mengambus sisa-sisa atau menggunakan pasu baru. Pasu-pasu ini boleh dihimpunkan di atas pasu-pasu lain, tetapi kandungan di dalamnya hendaklah selalu lembap.

* Bahan Hijau- Kulit buah-buahan, sayur-sayuran, kulit telur, sisa-sisa makana dan bahan- bahan yang boleh dikompos.* Bahan Kering- Daun kering, rumput-rumput, kayu-kayan, jerami, serbuk kayu.

Page 61: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam48

Teknik Pengkomposan Menggunakan Pasu Bunga

Tanah

Daun kering

Sisa makanan

Daun kering

Sisa makanan

Tanah

Batu kerikil

Page 62: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

BANK KITARSEMULA

Page 63: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam50

5.0 BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH

5.1 Objektif Bank Kitar Semula

Berikut adalah objektif pelaksanaan Bank Kitar Semula di sekolah:

(1.1) Meningkatkan tahap kesedaran, keperluan serta kepentingan kitar semula di kalangan para pelajar sekolah rendah dan menengah melalui pendidikan secara teori dan praktikal.

(1.2) Menggalakkan para pelajar mengamalkan konsep dan kaedah 3R melalui program yang dijalankan.

(1.3) Mengajar amalan kitar semula secara betul di kalangan para pelajar. (1.4) Memupuk dan memperkukuhkan amalan kitar semula di kalangan generasi muda seperti pelajar sekolah.

(1.5) Memupuk sikap suka menabung di kalangan para pelajar.

Page 64: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

51Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

1. Taklimat kepada pihak yang terbabit

Memberi taklimat kepada pihak pengetua sekolah / Guru Besar serta pihak JPN/ PPD bagi membincangkan perkara-perkara berikut: (1.1) Menetapkan tarikh, program dan sasaran pelajar – pelajar yang terlibat.

(1.2) Penubuhan jawatankuasa urusetia program iaitu Skuad Bank Kitar Semula di sekolah.

(1.3) Tatacara pengumpulan barangan kitar semula, perlantikan vendor bagi mengutip barangan kitar semula, penyimpanan dan pengagihan hasil jualan.

2. Promosi Bank Kitar Semula di sekolah

(2.1) Pihak sekolah mengadakan taklimat kepada para pelajar mengenai Bank Kitar Semula. (2.2) Mengedarkan pamplet Bank Kitar Semula kepada pelajar. Memasang kain rentang di tempat yang mudah dilihat oleh para pelajar.

3. Kutipan dan kaedah bayaran

(3.1) Membuka akaun. Dua akaun asas yang perlu dibuka untuk Bank Kitar Semula di Sekolah iaitu:

(3.1.1) Akaun pelajar. Setiap pelajar yang terlibat dengan Bank Kitar Semula ini akan dibekalkan denga buku akaun Bank Kitar Semula. (Seperti lampiran 2)

** SETIAP PELAJAR BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA BUKU INI DENGAN BAIK DAN DIBAWA

SETIAP KALI PROGRAM BANK KITAR SEMULA

Page 65: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam52

(3.1.2) Akaun Skuad Kitar Semula (Hasil jualan kitar semula setiap pelajar akan dipotong 5% untuk kos pentadbiran dan pengurusan. Hasilnya akan diserahkan kepada pihak sekolah)

(3.2) Aktiviti kutipan barangan kitar semula:

(3.2.1) Pelajar membawa barangan kitar semula ke sekolah setiap minggu pada hari yang telah ditetapkan.

(3.2.2) Skuad Bank Kitar Semula akan mengumpulkan barangan kitar semula di tempat pengumpulan iaitu di perkarangan sekolah atau tempat yang telah ditetapkan.

(3.2.3) Skuad Bank Kitar Semula akan merekodkan maklumat seperti jumlah berat dan nilai jualan barangan kitar semula ke dalam buku log.

(3.2.4) Nilai jualan akan ditukarkan ke bentuk setem dengan nilai RM 0.10, RM 0.20, RM0.30, RM0.50 dan RM1.00 setiap cetakan. Pelajar perlu melengkapkan kad setem yang disediakan dan memenuhkan satu muka surat bernilai RM10.00 untuk dimasukkan ke dalam akaun pelajar.

(3.2.5) Hasil jualan barangan kitar semula dimasukkan ke dalam akaun pelajar.

Page 66: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

53Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

4. Jualan barangan kitar semula

(4.1) Penentuan dan pelantikan agen kutipan samada konsesi atau swasta. Antara kriteria yang diperlukan:

(4.1.1) Vendor yang menawarkan harga pembelian yang tinggi.

(4.1.2) Dapat memberi perkhidmatan kutipan pada hari yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

(4.2) Barangan kitar semula yang telah dikumpulkan oleh Skuad Kitar Semula dijual kepada agen yang dilantik. (4.3) Skuad Kitar Semula mendapatkan wang dan resit jualan serta merekodkan nilai jualan ke dalam buku log. (4.4) Penyelarasan hendaklah dibuat di antara pihak sekolah, guru,pihak PPSPPA dan vendor bagi memastikan semua barangan kitar semula yang dikumpulkan pada hari yang ditetapkan dijual serentak pada hari yang sama. Ini boleh mengelakkan masalah ketiadaanruang bagi penstoran barangan kitar semula di sekolah.

(4.5) Rekodkan jualan ke dalam buku log. (4.6) Hasil jualan barangan kitar semula akan disimpan oleh pihak sekolah.

5. Pengeluaran wang hasil jualan barangan kitar semula

(5.1) Pengeluaran wang hasil jualan barangan kitar semula daripada akaun pelajar bergantung kepada keputusan yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

Page 67: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam54

(5.2) Pelajar perlu mengemukakan buku akaun Bank Kitar Semula semasa proses pengeluaran wang.

(5.3) Guru bertanggungjawab akan merekodkan jumlah wang yang dikeluarkan dan tarikh pengeluaran di dalam buku akaun bank pelajar berkenaan. Segala maklumat pengeluaran berkenaan perlu direkodkan secara kemas dan betul di ruangan catatan di dalam buku akaun tersebut. (5.4) Jumlah wang yang dipohon dan buku akaun bank akan diserahkan kepada pelajar berkenaan. 6. Kemaskini data dan laporan

(6.1) Mengemaskini maklumat belian, jualan, serta urusan pengeluaran wang jualan barangan kitar semula. (6.2) Menyediakan laporan penyata bulanan bank kitar semula.

7. Pemantauan program

(7.1) Mesyuarat penyelarasanJawatankuasa Skuad Kitar Semula diadakan setiap enam bulan sekali bagi membincangkan permasalahan serta cadangan penambahbaikan untuk Bank Kitar Semula di sekolah. (7.2) PPSPPA negeri menganalisis program dan mengatasi masalah yang berbangkit bagi tujuan penambahbaikan. (7.3) PPSPPA negeri menghantar laporan kepada Bahagian Kitar Semula dan Kesedaran Awam, Ibu Pejabat PPSPPA pada minggu pertama setiap bulan.

Page 68: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

55Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

CARTA ALIR BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH

2. PROMOSIPROGRAM

3R DI SEKOLAH

- Mengadakan taklimat kepada

pelajar.- Memasang banner

di pintu masuk sekolah

3. KUTIPAN BARANGANKITAR SEMULA

- Membuka akaun setiap pelajar dan akaun skuad

kitar semula.-Pelajar membawa

barangan kitar semulake tempat pengumpulan di

sekolah- Skuad Bank Kitar Semula

merekodkan maklumat jumlah berat dan nilai

jualan ke dalam buku log.- Nilai jualan akan

ditukarakan ke bentuk setem dengan nilai

RM 0.10, RM 0.20, RM 0.30, RM 0.50 dan RM 1.00

-Hasil Jualan akan dimasukan ke dalam akaun

pelajar

7. PEMANTAUANPROGRAM

- Mengadakan mesyuarat

penyelarasan Jawatankuasa 3R

setiap 6 bulan.- PPSPPA negeri

menganalisa prgoram dan

mengatasi masalah berbangkit.

- PPSPPA negeri menghantar

laporan kepada Ibupejabat

PPSPPA pada minggu pertama

setiap bulan.

6. KEMASKINI DATADAN LAPORAN

- Mengemaskini maklumat belian,

jualan serta urusan jualan barangan

kitar semula.- Menyediakan

4. JUALANBARANGAN

KITAR SEMULA

- Menjual barangan kitar semula kepada vendor yang telah

dilantik- Skuad kitar semula

mendapatkan wang da resit jualan serta merekodkan

nilai jualan ke dalam buku log.

1. TAKLIMAT KEPADA PIHAKYANG TERBABIT

- Taklimat kepada pengetua / Guru Besar sekolah

mengenai: ~ Penetapan tarikh dan program ~ Penubuhan Jawatankuasa Skuad Bank Kitar Semula ~ Tatacara pengumpulan, ~ Pelantikan vendor, penyimpanan barangan kitar semula dan pengagihan hasil jualan.

Pengeluaran wanghasil jualan

barangan kitar semula daripada

akaun pelajarbergantung

kepada keputusanyang dipersetujui

oleh pihaksekolah.

5. PENGELUARAN WANGHASIL JUALAN BARANGAN

KITAR SEMULA

Page 69: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam56

MUKA DEPAN BUKU BANK KITAR SEMULA

BUKU STAMP BANK KITAR SEMULA

NAMA SEKOLAH : SK TAMAN MEDANNO. AKAUN : BKSSKTM – 260510 – 0450NAMA PELAJAR : TAHUN :

TANDATANGAN PENGESAHAN TANDATANGAN PENGESAHAN ANGGOTA PPSPPA PENJAGA

( ) ( )

Page 70: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

57Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

CONTOH BUKU LOG BANK KITAR SEMULA

> >

> >

Page 71: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam58

CONTOH BUKU AKAUN PELAJAR ( 'STAMP BOOK')

Page 72: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

59Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

GAMBAR AKTIVITI BANK KITAR SEMULA DI SEKOLAH

Gambar 1:Antara barangan kitar semula yang

berjaya dikumpul oleh pelajar sekolah

Gambar 2: Pelajar menghantar barangan kitar

semula ke tempat pengumpulan

Gambar 3:Skuad Bank Kitar Semula sedang

menimbang barangan kitar semulayang dibawa oleh pelajar.

Gambar 4:Pelajar sedang beratur untuk

mendapatkan kad setem untuk dimasukkan ke dalam buku akaun

Gambar 5: Jumlah nilaian jualan

ditukarkan ke dalam bentuk setem

Gambar 6: Skuad Bank Kitar Semula

memasukkan data ke dalam sistem

Page 73: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

PROGRAMPERKHEMAHAN

Page 74: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

61Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

6.0 PROGRAM PERKHEMAHAN ALAM SEKITAR DAN KITAR SEMULA

6.1 Objektif Perkhemahan

Objektif : Mewujudkan perasaan cintakan alam sekitar di samping mengumpul barangan kitar semula

AktivitI : Mengadakan program perkhemahan di sekitar taman rekreasi

Peralatan : -Plastik sampah -Penyapu -Tong sampah -Khemah -Beg -Makanan dan minuman

Page 75: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam62

6.1 JADUAL TENTATIF PERKHEMAHAN

ATURCARAJumaat3.00 – 3.30ptg PENDAFTARAN3.30 – 4.30 ptg   PENGENALAN DAN UNDANG-UNDANG4.30 – 5.00 ptg    SOLAT ASAR & MINUM PETANG & PEMASANGAN KHEMAH5.00 – 6.30 ptg                      PERMAINAN DINAMIK (1)6.30 – 9.00 mlm                        SOLAT MAGHRIB, KULIAH, SOLAT ISYAK 9.00 – 11.30 mlm                          PENCIPTAAN / PERSEMBAHAN / PERBINCANGAN KUMPULAN11.30 – 12.00 mlm                          MINUM MALAM DAN TIDUR

Sabtu5.00 – 7.00 pg                               SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH7.00 – 8.30 pg                                SENAMAN & SARAPAN PAGI 8.30 – 10.00 pg                              PERMAINAN DINAMIK (2) – Bengkel 3R 10.00 – 10.30 pg                             MINUM PAGI10.30 – 1.00 ptg                               PERMAINAN DINAMIK (3) – LDK sayangi flora dan fauna1.00 – 2.00 ptg                                 MAKAN TENGAHARI, SOLAT ZOHOR2.00 – 4.30 ptg                                 PERMAINAN DINAMIK (4) – Treasure Hunt4.30 – 5.00 ptg                                 MINUM PETANG & SOLAT ASAR5.00 – 6.30 ptg                                 PERMAINAN DINAMIK (4)- Explorace6.30 – 9.00 mlm                                SOLAT MAGHRIB, KULIAH DAN SOLAT ISYAK9.00 – 11.30 mlm                              PERSEMBAHAN MALAM KEBUDAYAAN11.30 – 12.00 mlm                            MINUM MALAM DAN TIDUR

Ahad5.00 – 7.00 pg                                   SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH7.00 – 8.30 pg                                   SENAMAN / KAWAD DAN SARAPAN PAGI8.30 – 10.00 pg                                 PERMAINAN DINAMIK (5) – Raja dan Ratu Rimba10.00 – 10.30 pg                               MINUM PAGI10.30 – 11.30 pg                               PERMAINAN DINAMIK (6)- Aktiviti sosial (gotong royong bersihkan hutan/ pantai)11.30 – 12.30 T/hari                          RUMUSAN AKTIVITI12.30 – 2.00 ptg                               MAKAN T/HARI / BERKEMAS / SOLAT ZOHOR2.00 ptg                                            PROGRAM TAMAT DAN BERTOLAK BALIK

Nota : Semua permainan yang terlibat merupakan permainan motivasi. Di akhir setiap aktiviti guru akan menerangkan kepada semua peserta apa pelajaran yang mereka dapat dalam setiap permainan tersebut. Guru akan kaitkan beberapa aspek iaitu diri sendiri, keluarga, guru, rakan-rakan dan sekolah.

Page 76: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

PENILAIANAKHIR TAHUN

Page 77: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

MODUL LATIHAN KELAB KITAR SEMULA SEKOLAH RENDAH

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam64

7.0 PENILAIAN AKHIR TAHUN

Objektif : Membuat rumusan markah kepada ahli kelab dan murid-murid yang berjaya dalam pengumpulan barangan kitar semula terbanyak

Aktiviti : Menjalankan majlis penghargaan dan pengiktirafan ahli kelab dan murid-murid berkenaan dengan kutipan barangan kitar semula tertinggi setiap akhir tahun.

Peralatan : Laporan akhir aktiviti kutipan barangan kitar semula

Page 78: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

4 IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIIII

IIIII

Page 79: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah
Page 80: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah
Page 81: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah
Page 82: Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN AWAMKementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Wisma UOA Pantai, Tingkat M, 2, 3 Dan 4,No. 11 Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83A),

59200 Kuala LumpurTel : 03-2245 9292 | Fax : 03-2245 9293/9394 | Website : www.ppsppa.gov.my

1-800-88-7472www.aduan s i sa .my