majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang … ucapan ybm - apc 2015.pdf · penyampaian...

17
Page | i i MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2015 KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA UCAPAN OLEH: Y.B. DATO’ SRI HJ. FADILLAH BIN HJ. YUSUF MENTERI KERJA RAYA MALAYSIA PADA 19 MEI 2015 (KHAMIS) DI PUSAT KONVENSYEN CIDB JALAN CHERAS 56100 KUALA LUMPUR,

Upload: ngodung

Post on 07-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | i

i

MAJLIS PENYAMPAIAN

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

TAHUN 2015

KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

UCAPAN OLEH:

Y.B. DATO’ SRI HJ. FADILLAH BIN HJ. YUSUF

MENTERI KERJA RAYA MALAYSIA

PADA 19 MEI 2015 (KHAMIS)

DI PUSAT KONVENSYEN CIDB

JALAN CHERAS

56100 KUALA LUMPUR,

Page 2: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | ii

ii

Assalamualaikum WBT

Selamat pagi dan salam Satu Malaysia.

Terima kasih saudara Pengacara Majlis.

Y.B Datuk Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin

Timbalan Menteri Kerja Raya

Y.Bhg. Datuk Sri Zohari bin Akob

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya

Y. Bhg. Dato’ Datuk Ir. Adanan bin Mohamed Hussain

Ketua Pengarah Kerja Raya

Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Ismail Bin Md Salleh

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Y.Bhg Dato’ Ir. Ahmad Asri Bin Abdul Hamid

Ketua Eksekutif

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Page 3: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 1

1

Y. Bhg Dato’–Dato’, Datin-Datin,Tuan-tuan dan Puan-puan.

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana pada

pagi ini kita dapat berkumpul bagi menyempurnakan majlis

Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi

menjemput saya bagi menyampaikan ucapan pada pagi ini.

2. Saya difahamkan bahawa, pada hari ini seramai 824 warga

Kerja Raya dari Kementerian Kerja Raya, JKR dari seluruh negara,

LLM dan CIDB akan menerima anugerah ini. Saya juga yakin ada di

antara tuan-tuan dan puan-puan yang telah menunggu dan berusaha

tahun demi tahun bagi menanti saat ini. Bagi saya, adalah menjadi

sesuatu yang amat membanggakan, apabila anak-anak kita

terutamanya, mendapat tahu bahawa, pada hari ini, ayah dan ibu

mereka merupakan salah seorang yang terpilih sebagai penerima

anugerah di kalangan beribu penjawat awam yang lain. Oleh itu,

jadikan hari ini sebagai satu titik tolak kepada tuan-tuan dan puan-

puan untuk melaksanakan anjakan perubahan ke arah penghasilan

kualiti kerja yang lebih cemerlang di jabatan masing-masing.

MASA UNTUK BERUBAH

Page 4: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 2

2

Hadirin yang saya hormati sekalian,

3. Perubahan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Kita

tiada pilihan lain kecuali berubah. Dalam erti kata lain, perubahan ini

perlu berlaku pada setiap individu, keluarga, masyarakat, organisasi

mahupun sesebuah negara. Mengapa kita perlu melakukan

perubahan? Adakah dengan apa yang telah kita lakukan sebelum ini

sudah mencukupi ataupun sudah cukup baik? Berdasarkan catatan

sejarah, sesebuah tamadun itu tidak akan kekal selamanya

melainkan ia dapat mengasimilasikan perubahan yang datang dan

berjaya menanganinya. Bertepatan dengan tema APC pada tahun ini

iaitu KECEMERLANGAN MELANGKAUI EKSPEKTASI', saya yakin

dan percaya bahawa, semua warga KKR termasuk jabatan dan

agensi telahpun bersedia menyahut cabaran yang lebih besar dan

memikul amanah rakyat yang telah dipertanggungjawabkan kepada

kita semua.

KESAN EKONOMI GLOBAL (GLOBAL ECONOMY EFFECTS)

4. Seperti yang kita sedia maklum, kemeruwapan ekonomi global

yang tidak menentu telah sedikit sebanyak memberi kesan langsung

dan tidak langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara.

semestinya persekitaran ekonomi yang mencabar dewasa ini turut

Page 5: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 3

3

memberi impak kepada perancangan dan strategi kerajaan dalam

melaksanakan proses pembangunan negara. Walaubagaimanapun,

secara relatifnya, jika kita imbau kepada sejarah, negara berjaya

melalui pelbagai ujian baik dari segi politik, ekonomi dan sosial sejak

50 tahun lalu biarpun terpaksa melalui rencam halangan serta dugaan

semasa yang sangat mencabar. Prestasi dan kedudukan ekonomi

Malaysia tetap berada dalam keadaan memberangsangkan walaupun

perkembangan semasa perdagangan antarabangsa, domestik dan

pasaran saham agak kurang stabil sejak kebelakangan ini. Realiti ini

adalah bersifat global dan bukan Malaysia sahaja yang merasainya

bahkan merangkumi negara-negara maju dan membangun lain

termasuklah Amerika Syarikat (AS) sendiri.

5. Bak kata orang, sekali air bah, sekali pasir akan berubah.

Kerajaan tidak menjadikan alasan persekitaran ekonomi global

sebagai alasan untuk tidak melaksanakan projek pembangunan

negara. Kerajaan telah merangka strategi yang komprehensif dan

plan mitigasi yang tersusun bagi menangani situasi ini. Melalui plan

jangka panjang negara iaitu RMKe-11, kerajaan terus komited untuk

mempelbagaikan strategi pembangunan selari dengan slogan

“pertumbuhan berpaksikan rakyat”. RMK-11 juga merupakan

pusingan akhir (final lap) perancangan 5 tahun kerajaan sebelum kita

Page 6: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 4

4

mencapai status negara maju seperti mana yang dihasratkan dalam

Wawasan 2020.

6. Lantaran itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) merancang untuk

terus melaksanakan projek-projek infrastruktur untuk kesejahteraan

rakyat. Di dalam RMKe-11, terdapat 6 Teras Strategik, 31 Bidang

Fokus Utama (BFU) dan 122 strategi. KKR terlibat secara langsung

bagi semua Teras Strategik iaitu:

• Memperkukuh Inklusiviti Ke Arah Masyarakat Yang

Saksama;

• Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat

• Meningkatkan Pembangunan Modal Insan Untuk Negara

Maju;

• Menuju Ke Arah Pertumbuhan Hijau Bagi Meningkatkan

Kemampanan Dan Daya Tahan;

• Memperkukuh Infrastruktur Bagi Menyokong Pertumbuhan

Ekonomi;

• Merekayasa Ekonomi Untuk Peningkatan Kemakmuran

MENDEPANI CABARAN MENDATANG – RMK-11

7. Selaras dengan Teras Strategik Ke-5 RMKe-11, Memperkukuh

Infrastruktur Bagi Menyokong Pertumbuhan Ekonomi, di bawah

Page 7: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 5

5

Bidang Fokus Utama : Membangunkan sistem pengangkutan

bersepadu berdasarkan keperluan & menjana pertumbuhan logistik

dan fasilitasi perdagangan, beberapa projek berimpak tinggi akan

tetap diteruskan pelaksanaannya, seperti Lebuh Raya Pan Borneo ,

Central Spine Road, Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai, Lebuhraya

Pantai Barat (WCE), Rangkaian Jalan Kompleks Petroleum

Bersepadu Pengerang, Johor. Bagi melaksanakan projek-projek yang

dirancangkan ini, Kerajaan sebagaimana bajet 2016 yang

dibentangkan YAB Perdana Menteri pada 27 Oktober 2015 tahun

lalu telah memperuntukkan di bawah Bajet Pembangunan bagi

Rolling Plan 1 (RP1) RMKe-11 untuk tahun 2016-2017, sebanyak

RM3.557 bilion yang terdiri daripada:

• 19 projek baru bernilai RM6.691 bilion dengan peruntukan

bagi tahun 2016 sebanyak RM0.513 bilion; dan

• 250 projek sambungan bernilai RM27.21 bilion dengan

peruntukan bagi tahun 2016 sebanyak RM3.044 bilion termasuk 83

projek pasca banjir sebanyak RM182 juta.

8. Hal ini membuktikan bahawa, kerajaan tetap sentiasa bersedia

dan terus komited melaksanakan semua program transformasi

pembangunan negara walaupun terpaksa mendepani dugaan dan

cabaran persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu. KKR amat

Page 8: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 6

6

komited untuk terus melaksanakan dan memperkukuh dasar sedia

ada untuk terus memartabatkan industri pembinaan serta berdaya

saing di peringkat global. Kita percaya industri pembinaan Negara

akan terus berkembang dan strategi tumpuan utama RMK-11 ini akan

menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur berimpak

tinggi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

TEMA APC: KECEMERLANGAN MELANGKAUI EKSPEKTASI (EXCELLENCE BEYOND EXPECTATION)

9. Negara kita tidak terkecuali dari menghadapi gelombang

perubahan persekitaran semasa kesan daripada globalisasi,

liberasasi ekonomi serta perkembangan teknologi komunikasi. Selain

itu, evolusi sistem pendidikan yang lebih terbuka serta prasarana

pembelajaran yang semakin maju telah memberi impak kepada

landskap pemikiran rakyat sehingga wujudnya nilai dan budaya baru.

Fenomena ini memberi cabaran baru kepada perkhidmatan awam

secara menyeluruh terutama berdepan dengan ekspektasi dan

harapan rakyat yang semakin tinggi.

Page 9: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 7

7

10. Sebelum ini, perkhidmatan awam hanya dilihat sebagai tempat

untuk mendapatkan perkhidmatan percuma atau dengan kos yang

minima, tetapi masyarakat pada hari ini menjadikan perkhidmatan

awam sebagai keutamaan hak pelanggan. Walaupun pelbagai

kementerian dan jabatan mempunyai fungsi yang berbeza, rakyat

mempunyai persepsi perkhidmatan awam adalah sebagai entiti yang

tunggal. Sebagai contoh, nama KKR adalah sinonim dengan

pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya walaupun sebenarnya

ianya melibatkan pelbagai pihak dan bidang kuasa yang berbeza.

11. Selaras dengan ekspektasi tinggi rakyat kepada kualiti

perkhidmatan awam, tema APC pada tahun ini adalah

KECEMERLANGAN MELANGKAUI EKSPEKTASI. Kecemerlangan

dalam melaksanakan tugas dengan effisyen bukan lagi satu opsyen

tetapi satu kemestian. Semua pegawai perlu memahami dan

menerapkan nilai kecemerlangan ke dalam setiap individu seterusnya

membuka ruang pembangunan diri secara berterusan tanpa

sempadan.

12. Di kesempatan ini, saya ingin menyeru semua warga KKR untuk

memberi perkhidmatan sebaik mungkin dan jadikan setiap pelanggan

adalah tetamu VIP yang sangat penting tanpa mengira siapa mereka.

Biasanya, pelanggan yang datang telah mempunyai ekspektasi

tersendiri terhadap perkhidmatan yang bakal diterima dan

pengalaman yang signifikan akan terus diingati dan diwar-warkan.

Page 10: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 8

8

Pengalaman pelanggan tersebut seterusnya mewujudkan persepsi

terhadap kualiti perkhidmatan awam dan persepsi adalah realiti.

Persepsi yang baik atau buruk adalah bermula dari kaedah ataupun

cara kita menyampaikan perkhidmatan. Di KKR, saya percaya semua

pegawai komited dalam melaksanakan tugas, walau bagaimanapun

mulai sekarang kita perlu melaksanakan tugas melebihi dari

ekspektasi awal pelanggan.

KERAJAAN PRIHATIN - RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN

13. Bagi memastikan perkhidmatan awam terus memberikan

perkhidmatan yang terbaik menerusi modal insan yang kompeten,

Kerajaan telah melaksanakan rasionalisasi skim perkhidmatan hasil

kajian menyeluruh terhadap 252 skim perkhidmatan. Melalui

rasionalisasi ini, urusan perkhidmatan pegawai adalah lebih flesibel,

mobiliti dan kemajuan kerjaya juga adalah lebih baik serta syarat

lantikan lebih relevan dengan keperluan semasa. Hasilnya, ada skim

perkhidmatan yang ditambahbaik, dijumudkan dan dimansuhkan

menjadikan bilangan skim semasa sebanyak 240 skim perkhidmatan

sahaja.

14. Kerajaan juga telah telah menetapkan Gaji Permulaan Terendah

(GPT) dalam perkhidmatan awam pada RM1200 sebulan dan

Page 11: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 9

9

penjawat awam juga akan menerima faedah pemindahan gaji

bersamaan 1 Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini. Saya

berharap dengan inisiatif Kerajaan ini akan memberi motivasi kepada

semua warga KKR untuk terus memberi perkhidmatan dengan

cemerlang kerana pihak Kerajaan sentiasa prihatin dengan kehendak

semasa masyarakat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

PELAKSANAAN PUSINGAN KERJA

15. Bagi memastikan pemerkasaan semula penjawat awam, KKR

telah mengadakan pusingan kerja atau Job Rotation bertujuan untuk

memastikan landasan kerjaya setiap pegawai berada di kedudukan

terbaik di samping melahirkan penjawat awam yang berwibawa

menerusi kepelbagaian pengalaman yang diperolehi sepanjang

perkhidmatan mereka. Ia selaras dengan hasrat YBhg. Tan Sri KSN

agar pegawai yang mengisi jawatan strategik bagi tempoh tiga (3)

hingga lima (5) tahun dibuat penggiliran. Justeru saya menyarankan

semua Ketua Jabatan untuk membangunkan kompetensi yang

bersesuaian kepada pegawai sedia ada bagi memastikan

Page 12: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 10

10

penyampaian perkhidmatan tidak terjejas semasa pelaksanaan Job

Rotation ini.

PENCAPAIAN KPI KKR 2015

Hadirin sekalian,

16. Seperti kita sedia maklum, Kerajaan di bawah pimpinan YAB.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul

Razak telah menerapkan budaya kerja berasaskan prestasi dengan

menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam perkhidmatan

awam sebagai indikator bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti

penyampaian perkhidmatan. Sejajar dengan itu, Kementerian dan

Agensi dikehendaki mengenal pasti bidang-bidang utama yang diberi

perhatian dengan memastikan KPI yang ditetapkan mendokong

matlamat-matlamat yang dihasratkan. Sukacita saya menyatakan

bahawa, laporan pencapaian 19 KPI YB Menteri pada tahun 2015

telah menunjukkan indeks pencapaian sebanyak 105% dan tiada KPI

yang berada di tahap rendah. Manakala, 18 KPI baharu bagi tahun

2016 pula sedang giat dilaksanakan melalui pelan tindakan dan

Inisiatif masing-masing dan prestasi pencapaiannya sehingga 30 April

2016 adalah 72%. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Page 13: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 11

11

pegawai-pegawai di atas segala usaha mereka dalam memperkasa

dan mempersadakan budaya kerja berprestasi tinggi sebagai

pengukuran prestasi.

17. Manifestasi daripada takrifan baharu yang diilhamkan oleh YAB

Perdana Menteri ke atas konsep berurusan dengan pelanggan,

mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian, segala

perkhidmatan yang diberikan haruslah melangkaui ekspektasi

memandangkan landskap Penyampaian Perkhidmatan Awam telah

berubah sesuai dengan tuntutan stakeholders dan pelanggan yang

kian meningkat. Kementerian dan Agensi harus bersedia untuk

melakukan transformasi dari segi minda dan budaya kerja cemerlang

supaya dapat bergerak seiring dengan hasrat kerajaan. Kepantasan

dalam pelaksanaan sesuatu tugasan menjadi kayu pengukur kepada

daya saing negara yang turut memberi impak kepada perancangan

strategik negara. Saya menyeru agar pegawai-pegawai yang terlibat

dalam melaksanakan KPI sama ada di peringkat Kementerian dan

Agensi menyahut cabaran tersebut dan terus berganding bahu serta

memperkukuhkan iltizam bagi mencapai sasaran yang ditetapkan

agar KPI Menteri Kerja Raya tahun 2016 ini dapat memberi outcome

yang signifikan kepada kesejahteraan rakyat dan negara. Komitmen

dan tindakan bersepadu adalah penting bagi memastikan setiap

perancangan tercapai dan seterusnya dapat menyumbang kepada

pencapaian matlamat dasar-dasar negara.

Page 14: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 12

12

Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan yang dikasihi sekalian,

PROGRAM TRANSFORMASI INDUSTRI PEMBINAAN

(CONSTRUCTION INDUSTRI TRANSFORMATION PROGRAMME -

CITP)

18. Program Transformasi Industri Pembinaan (Construction

Industry Transformation Programme - CITP) yang dibangunkan oleh

Kementerian Kerja Raya dengan Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan (CIDB) yang disempurnakan oleh YAB. Dato’ Sri Najib

Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 10 September 2015

bersempena Minggu Pembinaan Antarabangsa 2015.

19. CITP merupakan sebuah rancangan yang komprehensif selama

5 tahun untuk mentransformasikan industri pembinaan negara ke

arah yang lebih moden, berproduktiviti tinggi, mesra alam serta

berdaya saing dari tahun 2016 hingga 2020. CITP juga merupakan

salah satu inisiatif penting di bawah Rancangan Malaysia KeSebelas

(RMK11) untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan

tinggi menjelang tahun 2020. CITP telah dibangunkan untuk

merealisasikan transformasi bagi menjadikan industri pembinaan

Page 15: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 13

13

sebagai sektor yang menyumbang secara positif kepada

pertumbuhan ekonomi negara.

Hadirin yang dihormati,

INDEKS PENARAFAN BINTANG (SSR)

20. Pada tanggal 10 dan 11 Ogos 2015 yang lalu, Unit Pemodenan

Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Jabatan Perdana

Menteri (JPM) telah melaksanakan Penilaian Penarafan Bintang atau

lebih dikenali sebagai Indeks SSR di semua Kementerian dan Agensi

Kerajaan. Penilaian ini merangkumi 4 bidang fokus utama iaitu

Pematuhan, Kualiti, Transformasi dan Inovasi. Alhamdulillah

Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah berjaya

memperoleh Penarafan 5 Bintang dalam kategori Kementerian

Persekutuan sekaligus meletakkan semula Kementerian ini dalam

barisan Kementerian bertaraf 5 Bintang. Tahniah dan syabas kepada

urus setia SSR Kementerian dan para penyelaras SSR di

Bahagian/Unit serta agensi yang turut membantu iaitu LLM dan CIDB.

Semoga pencapaian cemerlang ini dapat dikekalkan pada tahun-

tahun akan datang. Pemerhatian ke atas sebarang kelemahan yang

telah dikenalpasti semasa penilaian Indeks SSR ini diberi perhatian

Page 16: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 14

14

dan dijadikan rujukan semasa pelaksanaan aktiviti penambahbaikan

berterusan kelak.

21. Saya begitu yakin, menjadi kementerian yang terbaik di

kalangan semua kementerian bukanlah sesuatu yang mustahil. Ianya

hanya dapat dilakukan sekiranya kita benar-benar berubah dari segi

tindakan dan usaha dan bukannya hanya bercakap sedangkan diri

sendiri masih di takuk lama. Kita memerlukan lebih ramai pelaksana

berbanding pengkritik. Janganlah kita asyik mengkritik dan

menyalahkan antara satu sama lain kerana pada akhirnya yang rugi

adalah organisasi kita sendiri dan lebih malang lagi, kita mengkritik

organisasi kita

Hadirin yang dihormati sekalian,

22. Sama ada kita sedar atau tidak, Kementerian Kerja Raya mesti

melakukan perubahan yang luar biasa dalam melaksanakan tugas

utamanya kerana kita tahu, sekiranya kita gagal, ada pihak lain yang

akan melaksanakan tugas kita sama ada dalam konteks organisasi

mahupun individu. Maka, marilah bersama-sama dengan saya untuk

kita terus memantapkan lagi mutu penyampaian dan produktiviti kita

yang rakyat telah amanahkan kepada kita seterusnya secara tidak

langsung bagi memastikan Kementerian ini akan terus menjadi

peneraju utama dalam pembangunan infrastruktur dan industri binaan

Page 17: MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG … Ucapan YBM - APC 2015.pdf · Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015. ... jadikan hari ini sebagai satu

P a g e | 15

15

negara. “Our organisation today is the result of our thinking

yesterday. What it will be tomorrow is determined by what we

think today”.

PENUTUP

23. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan syabas

dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang bagi tahun 2015. Kekalkanlah rentak kecemerlangan dan

teruskanlah momentum prestasi yang positif ini ke tahun-tahun yang

mendatang.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum.

warahmatullahi wabarkatuh. Terima kasih