majlis anugerah perkhidmatan cemerlang jpsm...penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan...

13
1 Edisi September - Disember 2012 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPSM Menarik di dalam Bengkel Fire Danger Rating System Audit Pensijilan Semula MC&I (2002) Executive Talk JPSM Kursus Penggunaan Senjata Api 9 11 14 24

Upload: others

Post on 23-Oct-2020

68 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    Edisi September - Disember 2012

    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPSM

    Menarik di dalamBengkel Fire Danger Rating System

    Audit Pensijilan Semula MC&I (2002)

    Executive Talk JPSM

    Kursus Penggunaan Senjata Api

    911

    1424

  • 2 3

    WAKIL BAHAGIAN IBU PEJABAT PERHUTANAN

    PERANCANGAN & EKONOMI HUTANKamal Kusyairi bin Abd GhaniPENGURUSAN HUTANIzaidah binti TalibSILVIKULTUR & PEMELIHARAAN BIOLOGI HUTANRegina Mariah JongFOREST ECO-PARK & HUTAN TAMAN NEGERIHj. Helmy Tariq bin OthmanLADANG HUTAN DAN PERLINDUNGAN HUTANKhairunnisa binti M. MamatHAL EHWAL ANTARABANGSAHarry YongKEJURUTERAAN HUTANAb. Rashid bin OthmanTEKNIKAL & INDUSTRI KAYUZulazfar Husaini bin Abdullah SaniLATIHAN PERHUTANANDurrutul Ain binti Ahmad ZainudPENGURUSAN MAKLUMATMutia Anggerek binti JusohKHIDMAT PENGURUSANHairul bin Abdul HamidKOMUNIKASI KORPORAT & PERHUBUNGAN AWAMSiti Syafiqah binti YusopSEKRETARIAT BAKAUSulahi @ Suhaili bin Hj. Rosli SETIAUSAHA PUSPANITAZuraida binti Mohd AzizSETIAUSAHA PKSIPMuhammad Ezhar bin YusufJURUFOTODzulkifli bin TukimanHairul bin Abdul Hamid

    WAKIL JABATAN PERHUTANAN NEGERI

    JOHORThilagawathy a/p Raja

    KEDAHSiti Sarah binti Shaharuddin

    KELANTANSuryani binti Mohd Nordin

    MELAKAWan Yusof bin Wan Karim

    NEGERI SEMBILANNur Hidayah binti Abdul Razif

    PAHANGMelati binti Yusof

    PERAKAzni Rahman Bin A. Wahid

    PERLISAhmad Fikri bin Mistar

    PULAU PINANGSiti Nursyuhada binti Md Hassan

    SELANGORTharmizie bin Sagiran

    TERENGGANUShahrul bin Mohamad

    Pihak Jawatankuasa Majutan mengalu-alukan sebarang bentuk Cadangan / Artikel / Rencana / Komen daripada seluruh warga Perhutanan.

    SILA MAJUKAN KEPADA ALAMAT

    Emel : [email protected] [email protected] [email protected]

    SIDANG REDAKSI MAJUTAN 2012

    PENASIHATYBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. RahimKetua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia

    PENGERUSIYBhg. Dato’ Masran bin Md SallehTimbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan)

    KETUA PENGARANGYBhg. Dato’ Hj. Nor Akhirrudin bin MahmudPengarah Kanan Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan

    JAWATANKUASA MAJUTAN 2012

    PENGARANGMohd Radhi Chu bin Abdullah

    PENOLONG PENGARANG 1Asiah binti Yaacob

    PENOLONG PENGARANG 2Kumaresan Sivakave

    KONSEP DAN REKA BENTUKNorica Okang

    URUSAN PERCETAKAN & EDARANKamal Kusyairi bin Abd Ghani

    Dari Meja

    K A N D U N G A NEdisi September - Disember 2012

    KUALA LUMPUR, 3 September 2 0 1 2 – M a j l i s A n u g e r a h Perkhidmatan Cemerlang JPSM dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 telah diadakan bertempat di Dewan Damar Minyak, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Pada tahun ini, seramai 37 orang warga JPSM yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan I & II telah menerima A n u g e r a h P e r k h i d m a t a n Cemerlang (APC). Selain itu, majlis ini juga turut meraikan seramai 10 orang warga JPSM yang bersara pada tahun 2011.

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JPSM DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012

    Disediakan oleh: Norica Okang Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    KOTA BHARU, 3 – 5 September 2012 – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) telah menganjurkan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran Pekerjaan selama tiga (3) hari bertempat di Hotel Sutera Inn Prima, Kota Bharu. Seminar ini melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JPNK. Matlamat utama seminar ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman kakitangan Jabatan terhadap keselamatan sewaktu bekerja. Seminar ini juga telah memberi pendedahan kepada peserta

    SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PERSEKITARAN PEKERJAAN

    Disediakan oleh: Radhuan bin Ramli & Nur Ain binti Mustapa Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    berkaitan Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Perhutanan, Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan - Organisasi, Perkiraan dan Pengurusan, Amalan KKP dalam Kerja Penebangan dan Pengendalian Jentera, Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC), Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Penyiasatan Kemalangan dan Tindakan Pembetulan dan Pengawalan Kemalangan.

    • MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JPSM DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012 3• SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PERSEKITARAN PEKERJAAN 3• PROGRAM TEAMBUILDING FOREST MANAGEMENT DIVISION, IBU PEJABAT JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

    4

    • KURSUS PERTOLONGAN CEMAS DAN CPR (CARDIOPULMONARY RESUSCITATION) 5• PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA 5• MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TAHUN 2012 6• KURSUS KECEKAPAN MENJALANKAN TUGAS DI BALAI PEMERIKSA HUTAN 6• BENGKEL PENGUASAAN AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984 & ENAKMEN INDUSTRI BERASAS KAYU SIRI KEDUA TAHUN

    20127

    • LAWATAN KERJA TEKNIKAL PROJEK PEMBANGUNAN KORIDOR EKOLOGI CENTRAL FOREST SPINE (CFS) 7• KURSUS PRE-F DAN PENANDAAN POKOK 8• LAWATAN KERJA KE KOTA BOGOR 8• LAWATAN KERJA TEKNIKAL PROJEK PEMBANGUNAN KORIDOR EKOLOGI CENTRAL FOREST SPINE (CFS) 9• BENGKEL FIRE DANGER RATING SYSTEM (FDRS) DAN KEBAKARAN HUTAN 2012 APFP 9• PROGRAM PERKHEMAHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA BIODIVERSITI PERINGKAT KEBANGSAAN JEMPUTAN LUAR

    NEGARA10

    • BENGKEL INVENTORI, KUANTIFIKASI DAN PENILAIAN EKONOMI STOK KARBON HUTAN 10• AUDIT PENSIJILAN SEMULA MC&I (2002) BAGI FMU NEGERI KEDAH 11• KURSUS PENGENDALIAN KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA (4X4) DAN PENGENALAN RADIO AMATUR 12• PROGRAM TANAM POKOK HERBA BERSAMA PELAJAR SMK SULTAN ABU BAKAR, KUANTAN SEMPENA KEMPEN UDARA

    BERSIH, BUMI SIHAT12

    • PELANCARAN KEMPEN INTEGRITI DAN PENGANJURAN KARNIVAL INTEGRITI PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN 13• BENGKEL PENGEMASKINIAN RANCANGAN TEBANGAN DAN RAWATAN TAHUNAN (RTRT) 2012 13• EXECUTIVE TALK JPSM 14• PROGRAM TANAMAN POKOK-POKOK HERBA DI SMK AYER LANAS 15• JAMBORI KAYAK NEGERI KEDAH 2012 15• LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NEGERI KELANTAN 16• BENGKEL PENILAIAN STUMPEJ UNTUK PENENTUAN ISIPADU HUTAN 16• KEMPEN KESEDARAN PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU DAN SPESIES-SPESIES YANG SESUAI DI PERSISIRAN

    PANTAI17

    • MAJLIS QURBAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN 17• BENGKEL PENGECAMAN SPESIES BULUH BAGI PENYEDIAAN RANCANGAN PENGURUSAN SUMBER BULUH (RPSB) DI

    SEMENANJUNG MALAYSIA18

    • KURSUS STATISTIK DALAM PERHUTANAN 18• KURSUS PENILAIAN KUALITI AIR SUNGAI BIL. 2/2012 19• PROGRAM GOTONG-ROYONG TAMAN RIMBA WAWASAN DAN AMALAN 5S JPSM 2012 20• KEJOHANAN BOWLING PEKSPER 2012 JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR 21• ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2011 PERINGKAT JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR 21• MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI KELUARGA 22• LAWATAN AKADEMIK KE NEGERI SARAWAK 22• EKSPEDISI SAINTIFIK TASIK PERGAU 2012 23• PROGRAM PENANAMAN POKOK SEMPENA MAJLIS PERASMIAN EKSPEDISI SAINTIFIK TASIK PERGAU 2012 23• KURSUS PENGGUNAAN DAN PENYELENGGARAAN SENJATA API 24• KURSUS PENGENDALIAN BALAI PEMERIKSAAN HUTAN 24

    Dato’ Prof. Dr. KPPSM menerima persijilan MPC daripada Dato’ Seri KSU. Dato’ Prof. Dr. KPPSM menerima persijilan MPC daripada Dato’ Seri KSU.

    Sesi bergambar bagi penerima-penerima APC bersama Dato’ Seri KSU

    Upacara pelancaran buku ‘Panduan Penanaman Karas’

    Dato’ Prof. Dr. KPPSM menerima persijilan MPC daripada Dato’ Seri KSU

    Penyampaian Sijil Penghargaan kepada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

    Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada warga JPSM

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    MAJUTAN Edisi September – Disember 2012 ini memaparkan peristiwa dan juga aktiviti yang telah dijalankan oleh Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) dan juga Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) sepanjang bulan September hingga Disember 2012. Antara peristiwa menarik yang terdapat dalam buletin edisi ini adalah Sambutan Hari Perhutanan Sedunia, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Ekspedisi Saintifik Tasik Pergau serta beberapa aktiviti-aktiviti lain. Saya bagi pihak sidang redaksi MAJUTAN, ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan Buletin MAJUTAN Edisi September – Disember 2012. Semoga pada edisi yang akan datang, warga kerja JPSM dapat menyumbang berita bagi meningkatkan kualiti buletin MAJUTAN yang menjadi wadah penyampaian berita yang berinformasi kepada warga kerja JPSM.

    Sekian, terima kasih.

    Peserta sedang mendengar taklimat yang disampaikan

  • 4 5

    PORT DICKSON, 10 – 12 September 2012 – Bahagian Pengurusan Hutan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah menganjurkan Program Teambuilding Forest Management Division bertempat di PD Sanctuary, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini telah disertai oleh pegawai-pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pengurusan Hutan iaitu seramai 30 orang.

    Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada peserta mengenali dan menguji potensi diri dalam menghasilkan penghayatan terhadap tugas di Jabatan. Selain itu program ini juga diadakan bagi meningkatkan jati diri serta mengukuhkan semangat berpasukan di samping untuk menzahirkan pegawai / kakitangan dengan gaya hidup yang sihat dari segi fizikal dan mental ke arah mencapai tahap ‘delivery system’ yang cepat, tepat dan berintegriti.

    Pelbagai sub-program menarik telah diadakan sepanjang program ini berlangsung yang mana melibatkan aktiviti indoor dan juga outdoor. Antara aktiviti indoor yang diadakan adalah sesi motivasi interaktif (kerohanian & sahsiah), permainan korporat dan juga aktiviti teori input & implementasi. Manakala aktiviti outdoor yang diadakan adalah seperti flying fox / abseiling, berkayak, paintball, dark night dan juga aktiviti orienteering.

    Disediakan oleh: Alisah binti Simin Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    PORT DICKSON, 11 September 2012 – Kursus Pertolongan Cemas dan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) telah diadakan selama dua (2) hari bertempat di Pusat Edu Ecotourism Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson. Seramai 30 orang kakitangan Jabatan, khasnya pegawai berpakaian seragam yang bertugas di hutan-hutan lipur di seluruh Negeri Sembilan telah menyertai kursus ini. Slot-slot ceramah telah disampaikan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Negeri Sembilan. Di dalam kursus ini peserta didedahkan dengan cara-cara rawatan kecemasan seperti memasang anduh dan mengawal pendarahan. Selain itu, peserta turut diberi pendedahan dengan menjalani latihan secara praktikal kaedah pernafasan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). Tuan Hj. Roslee bin Jamaluddin, Penolong Pengarah Perancangan dan Pengurusan, telah menyempurnakan majlis penutupan kursus ini.

    KOTA BHARU, 13 September 2012 – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana di sekitar Pejabat Perhutanan Negeri pada jam 8.00 pagi serta melibatkan semua kakitangan Jabatan. Program ini yang dipengerusikan oleh Tuan Hj. Roslan bin Rani, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri (Operasi) diadakan bersempena auditan semula QE/5S Jabatan yang akan dijalankan pada 17 September 2012. Program ini bertujuan untuk mengemaskini fail-fail, sudut-sudut zon 5S dan penyediaan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan QE/5S. Selain dari membersihkan pejabat, aktiviti sebegini juga dapat mempereratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan warga Jabatan.

    PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA Disediakan oleh: Radhuan bin Ramli & Nur Ain binti Mustapa

    Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    Aktiviti indoor yang dijalankan

    Bergambar beramai-ramai bersama semua peserta

    Kerjasama diberikan oleh semua ahli pasukan dalam aktiviti kayak

    Kumpulan peserta berlawan dengan pasukan fasilitator dalam aktiviti paintball

    Semangat pasukan yang tinggi ditunjukkan oleh peserta dalam aktiviti kayak

    Pertandingan membuat rakit sebelum berkayak

    Peserta terdiri daripada pegawai berpakaian seragam yang bertugas di hutan lipur

    Peserta diberi pendedahan mengenai cara-cara rawatan

    Peserta sedang menjalani latihan secara praktikal

    Warga Jabatan bergotong-royong membersihkan kawasan pejabat Fail-fail tersusun rapi selepas aktiviti gotong-royong diadakan.

    KURSUS PERTOLONGAN CEMAS DAN CPR (CARDIOPULMONARY RESUSCITATION)

    Disediakan oleh: Siti Norhayati binti Mohamad Mastar Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

    PROGRAM TEAMBUILDING FOREST MANAGEMENT DIVISION, IBU PEJABAT JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

  • 6 7

    BUKIT AYER, 14 September 2012 – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2012, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka di Dewan Serbaguna Bukit Ayer, Perlis. Turut mengundang iaitu Datin Seri Asiah Asmuni, Ahli-Ahli Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri Perlis dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Pengarah-Pengarah Jabatan Kerajaan Negeri. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan kedatangan bulan Syawal yang mulia serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara warga kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Majlis ini bermula setelah selesainya Perjumpaan Pengarah Perhutanan bersama warga Jabatan Perhutanan Negeri Perlis iaitu pada jam 10.00 pagi hingga 12.45 tengah hari. Suasana sambutan dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah kepada para hadirin.

    Disediakan oleh: Ahmad Fikri bin Mistar Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

    MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI TAHUN 2012

    KUANTAN, 17 – 19 September 2012 – Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah menganjurkan Kursus Kecekapan Menjalankan Tugas di Balai Pemeriksa Hutan bertempat di Pusat Latihan Pembangunan Belimbing, Kuantan. Peserta kursus terdiri daripada Pengawas Hutan dari Gred G11 hingga G14 dan Pekerja Awam Khas dari Gred R3 hingga R6. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang penggunaan peralatan berkaitan Balai Pemeriksa Hutan dan meningkatkan kecekapan semasa menjalankan tugas.

    Objektif kursus ini adalah untuk memastikan peserta dapat: • mengurus dan menyelenggara peralatan dan penggunaan

    borang semasa menjalankan tugas-tugas di Balai Pemeriksa Hutan;

    • menjalankan kerja-kerja menyukat ketinggian, panjang, lilit/diameter dan mengira pangkal isipadu balak dengan betul dan mengikut peraturan-peraturan sedia ada; dan

    • meningkatkan sikap disiplin dikalangan pegawai balai semasa menjalankan tugas.

    Penceramah bagi kursus ini adalah Encik Razali bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Siasatan dan Puan Norlaila binti Mohd. Subari, Penolong Pegawai Hutan Daerah Kuantan / Pekan / Maran. Penceramah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia turut dijemput untuk memberi ceramah berkaitan isu rasuah dan salahguna kuasa.

    Disediakan oleh: Melati binti Yusof Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

    KURSUS KECEKAPAN MENJALANKAN TUGAS DI BALAI PEMERIKSA HUTAN

    BANDAR MELAKA, 18 – 21 September 2012 – Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah menganjurkan Bengkel Penguasaan Akta Perhutanan Negara 1984 & Enakmen Industri Berasas Kayu Siri Kedua Tahun 2012 bertempat di Hotel Emperor, Bandar Melaka. Bengkel ini telah dihadiri seramai 50 orang kakitangan dari IPJPSM dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri yang terdiri daripada pegawai-pegawai berpakaian seragam dari Gred G11 hingga G26 seperti Renjer Hutan dan Pengawas Hutan. Turut hadir bersama ialah Pegawai Undang-Undang dari Bahagian Perundangan dan Pendakwaan IPJPSM dan penceramah-penceramah dari Ibu Pejabat Kontijen Polis, Seremban iaitu Tuan ASP Segaran A/L Vingadasalam dan Tuan ASP Hamdan bin Majid. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberi pemahaman, panduan dan pendedahan kepada pegawai-pegawai berpakaian seragam mengenai tatacara melakukan serbuan, penggeledahan, tangkapan, pengendalian benda-benda yang disita, laporan polis, siasatan dan lain-lain yang berkaitan mengikut peraturan bagi memudahkan pendakwaan di mahkamah. Bengkel ini juga dapat meningkatkan keyakinan pegawai-pegawai berpakaian seragam dalam pengendalian kes-kes kesalahan hutan di lapangan.

    Disediakan oleh: Reanee Lee Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    BENGKEL PENGUASAAN AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984 & ENAKMEN INDUSTRI BERASAS KAYU SIRI KEDUA TAHUN 2012

    KUALA LIPIS, 18 September 2012 – Seksyen Central Forest Spine (CFS) di Bahagian Pengurusan Hutan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah mengadakan Lawatan Kerja Teknikal Projek Pembangunan Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) peringkat negeri ke kawasan pembinaan viaduct di negeri Pahang. Lawatan ini disertai seramai 21 orang pegawai yang terdiri daripada lima (5) orang kakitangan IPJPSM dan dua (2) orang kakitangan dari setiap lapan (8) negeri yang terlibat dengan Projek Pembangunan Koridor Ekologi CFS. Lawatan ini bertujuan untuk untuk mempelajari pengurusan yang dilaksanakan di kawasan pembinaan viaduct yang sedang dibangunkan di Pusat Rekreasi Sungai Yu, Kuala Lipis, Pahang sebagai platform untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang terlibat untuk sama-sama menyumbangkan input kepada pelaksanaan Projek Pembangunan Koridor Ekologi CFS di peringkat negeri.

    Disediakan oleh: Khairul Anwar Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    LAWATAN KERJA TEKNIKAL PROJEK PEMBANGUNAN KORIDOR EKOLOGI CENTRAL FOREST SPINE (CFS)

    Sesi bergambar untuk kenangan

    Para tetamu sedang menikmati hidangan yang disediakan

    Sesi bergambar bersama para peserta dan Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan II)

    Latihan praktikal bagi ‘Sistem Balai Berkomputer’ dibuat di Balai Pemeriksa Hutan Gambang

    Slot yang disampaikan oleh penceramah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

    Sesi bergambar untuk kenangan

    Perbincangan di kawasan lawatan kerja oleh wakil dari PERHILITAN

    Ketibaan peserta ke kawasan lawatan kerja di Sg. Yu, Pahang

    6 7

  • 8 9

    PORT DICKSON, 18 – 20 September 2012 – Kursus Pre-F dan Penandaan Pokok telah diadakan pada selama tiga (3) hari bertempat di Pusat Edu Ecotourism Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson. Seramai 40 orang peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan dan kontraktor telah menyertai kursus ini. Objektif kursus ini adalah memberi kefahaman dan pengetahuan kepada semua peserta yang menyertainya. Kursus ini juga telah dijadikan sebagai satu platform kepada peserta dalam mengulangkaji ilmu berkaitan kerja-kerja Pre-F dan penandaan pokok serta sebagai tempat perbincangan dan pertukaran pendapat di antara kakitangan Jabatan dan kontraktor. Selain itu, para peserta juga diberi pendedahan secara latihan praktikal di lapangan untuk pemahaman yang lebih baik. Majlis penutupan kursus ini telah diadakan pada 20 September 2013 dan disempurnakan oleh Encik Ahmad Fadzil bin Abdul Majid, Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan.

    KUALA BERANG, 19 September 2012 – Seksyen Central Forest Spine (CFS) di Bahagian Pengurusan Hutan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah mengadakan Lawatan Kerja Teknikal Projek Pembangunan Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) peringkat negeri ke kawasan pembinaan viaduct di negeri Terengganu. Lawatan ini disertai seramai 21 orang pegawai yang terdiri daripada lima (5) orang kakitangan IPJPSM dan dua (2) orang kakitangan dari setiap lapan (8) negeri yang terlibat dengan Projek Pembangunan Koridor Ekologi CFS. Lawatan ini bertujuan untuk untuk mempelajari pengurusan yang dilaksanakan di kawasan pembinaan viaduct yang sedang dibangunkan di Sungai Deka, Kuala Lipis, Pahang sebagai platform untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai yang terlibat untuk sama-sama menyumbangkan input kepada pelaksanaan Projek Pembangunan Koridor Ekologi CFS di peringkat negeri.

    Disediakan oleh: Khairul Anwar Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    SHAH ALAM, 19 – 21 September 2012 – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Bengkel Fire Danger Rating System (FDRS) dan Kebakaran Hutan 2012 APFP bertempat di Hotel Carlton Holiday and Suites, Shah Alam, Selangor. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Masran bin Md Salleh, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan). Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mempromosikan FDRS sebagai salah satu peralatan bagi tujuan pemantauan, pencegahan dan mengatasi insiden kebakaran hutan serta sebagai wadah perkongsian pengalaman pelbagai jabatan / agensi Kerajaan yang terlibat dalam pemantauan dan pengawalan insiden kebakaran hutan dan kejadian jerebu di Malaysia. Seramai 35 peserta telah dijemput menghadiri bengkel ini meliputi pelbagai jabatan / agensi / syarikat swasta / NGO / komuniti manakala sembilan (9) penceramah telah hadir bukan sahaja dari Semenanjung Malaysia bahkan dari Sabah dan Sarawak untuk sama-sama berkongsi pengetahuan dalam bidang ini.

    Disediakan oleh: Nor Nadyrah binti Ab Wahab Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    BENGKEL FIRE DANGER RATING SYSTEM (FDRS) DAN KEBAKARAN HUTAN 2012 APFP

    Disediakan oleh: Siti Norhayati binti Mohamad Mastar Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan

    KURSUS PRE-F DAN PENANDAAN POKOK

    KOTA BOGOR, 18 September 2012 – Lawatan kerja ke Kota Bogor merupakan anjuran pihak Kerajaan Negeri Per l is bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) selaku perunding bagi penyediaan Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) Negeri Perlis 2013 – 2022 yang sedang disediakan dan dijangka dapat disiapkan pada hujung tahun 2012. Lawatan kerja ini merupakan salah satu komponen penyediaan RPH berkenaan yang bertujuan mempelajari mengenai industri ekopelancongan di Kota Bogor, Indonesia dan mengadaptasi perkara-perkara yang relevan untuk kemajuan ekopelancongan di Negeri Perlis. Kota Bogor dipilih kerana ia mempunyai produk ekopelancongan yang bersesuaian seperti Safari Park, taman-taman pelancongan seperti Taman Botani Kebun Raya Bogor, Taman Etnobotani dan lain-lain.

    Disediakan oleh: Ahmad Fikri bin Mistar Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

    LAWATAN KERJA KE KOTA BOGOR

    Peserta terdiri daripada kakitangan Jabatan dan kontraktor

    Peserta sedang menjalani latihan secara praktikal Peserta dapat mengulangkaji ilmu berkaitan kerja-kerja Pre-F dan penandaan pokok

    Pengarah Perhutanan Negeri Sembilan menyempurnakan majlis penutupan kursus

    Pintu masuk ke Kebun Raya Bogor

    Pokok hiasan merupakan salah satu elemen penting dalam industri ekopelancongan

    Terdapat pelbagai spesies pokok dalam persekitaran Kebun Raya Bogor

    Perbincangan di kalangan peserta lawatan kerja di Sungai Deka, Terengganu Sesi soal jawab bagi peserta lawatan kerja

    Sesi bergambar beramai-ramai

    Di antara peserta bengkel yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPSM

    Ceramah mengenai FDRS bagi tujuan pemantauan, pencegahan dan mengatasi insiden kebakaran hutan

    LAWATAN KERJA TEKNIKAL PROJEK PEMBANGUNAN KORIDOR EKOLOGI CENTRAL FOREST SPINE (CFS)

    8 9

  • 10 11

    GURUN, 20 September 2012 – Satu Program Perkhemahan Pembimbing Rakan Sebaya Biodiversiti Peringkat Kebangsaan Jemputan Luar Negara dengan tema “Kepimpinan Puncak Gemilang” telah diadakan dengan jayanya di Hutan Lipur Sungai Teroi, Gunung Jerai, Gurun, Negeri Kedah. Program ini bukan sahaja disertai oleh peserta dari dalam Negara bahkan dari luar Negara iaitu penyertaan pelajar dari Negara Indonesia dan Thailand. Jumlah keseluruhan peserta yang mengikuti program ini adalah seramai 65 orang. Program tersebut adalah anjuran Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu dan penglibatan dari pelbagai Jabatan dan Agensi termasuklah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

    Disediakan oleh: Nor Azura binti Majid Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    IPOH, 24 – 27 September 2012 – Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan di bawah RMK-10 (2011 – 2015) telah dan sedang menjalankan Kajian Kuantifikasi dan Penilaian Ekonomi Stok Karbon Hutan bagi mengetahui dan menilai kuantiti karbon yang tersimpan dalam pokok dan mendapatkan nilai ekonominya. Pada tahun 2011, Kajian Kuantifikasi dan Penilaian Ekonomi Stok Karbon Hutan telah dilaksanakan dalam dua (2) hektar di Hutan Simpan Piah, Kuala Kangsar, Perak.

    Sehubungan itu, Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan telah menganjurkan Bengkel Inventori, Kuantifikasi dan Penilaian Ekonomi Stok Karbon Hutan pada 24 – 27 September 2012 di Tower Regency Hotel & Apartment, Ipoh, Perak dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Kursus ini telah dihadiri oleh 17 orang pegawai

    Disediakan oleh: Poh Lye Yong Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    BENGKEL INVENTORI, KUANTIFIKASI DAN PENILAIAN EKONOMI STOK KARBON HUTAN

    ALOR SETAR, 23 September 2012 – Audit Pensijilan Semula MC&I (2002) bagi FMU Negeri Kedah telah dijalankan selama lima (5) hari bermula 23 hingga 27 September 2012. Seramai empat (4) juruaudit dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. iaitu Encik Khairul Najwan bin Ahmad Johari, Dr. Samsudin bin Musa, Prof. Mohd Basri bin Hamzah dan Dr. Lim Hin Fui, serta dua (2) wakil dari Malaysian Timber Certification Council (MTCC) iaitu Cik Siti Syaliza binti Mustapha dan Encik Cheah Chi Ern telah hadir untuk pengauditan kali ini. Turut serta dalam pengauditan ini ialah Encik Mohd Radhi Chu bin Abdullah dari Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM). Selama lima (5) hari pasukan juruaudit menjalankan penilaian di kawasan Hutan Simpanan Kekal di Negeri Kedah yang meliputi tiga (3) Daerah Pentadbiran Hutan iaitu Daerah Kedah Utara, Kedah Tengah dan Kedah Selatan. Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Semula MC&I (2002) bagi FMU

    Disediakan oleh: Siti Sarah binti Shaharuddin Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    Negeri Kedah telah diadakan di Pejabat Perhutanan Negeri Kedah dan penilaian di lapangan dimulakan dengan Daerah Kedah Selatan, diikuti dengan Daerah Kedah Tengah dan diakhiri dengan Daerah Kedah Utara. Hasil penemuan pengauditan telah dibentangkan dalam Mesyuarat Penutup Audit Pensijilan Semula MC&I (2002) bagi FMU Negeri Kedah. Sebanyak empat (4) Minor NCRs dan 10 OFI telah diutarakan oleh juruaudit dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bagi tujuan menambahbaik amalan pengurusan dan pembangunan hutan di Negeri Kedah.

    dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Kedah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Negeri Kedah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah peserta diberi pendedahan dengan cabaran menggunakan trek di dalam hutan,

    lawatan ke Muzium Perhutanan dan Muzium Sejarah serta telah diberi taklimat oleh wakil Jabatan Perhutanan Negeri, PERHILITAN, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Negeri Kedah dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

    Encik Mazlan, Pengawas Hutan memberi penerangan kepada pelajar sekolah

    Pelajar sekolah sedang mendengar taklimat yang diadakan di bilik tayangan Muzium Perhutanan Gunung Jerai

    Antara aktiviti yang dijalankan di program perkhemahan di Hutan Lipur Sungai Teroi

    dari Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, 13 orang pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia dan dua (2) orang pegawai dari Jabatan Perhutanan Sabah.

    Objektif utama Bengkel Inventori, Kuantifikasi dan Penilaian Ekonomi Stok Karbon Hutan ini diadakan adalah untuk berkongsi hasil penemuan Kajian Kuantifikasi dan Penilaian Ekonomi Stok Karbon Hutan yang telah dijalankan; mempelajari kaedah bagi mendapatkan nilai stok karbon hutan dan penilaian ekonominya, serta berkongsi

    pandangan dan pengetahuan mengenai pelepasan gas rumah hijau (GHG).

    Sesi bergambar untuk dibuat kenangan

    Penceramah sedang menyampaikan taklimatAntara kakitangan JPSM yang mengikuti bengkel ini

    Penerangan Encik Khairil bin Sarip, Pegawai Hutan Daerah Kedah Utara kepada juruaudit

    Barisan juruaudit dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan wakil dari MTCC

    Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan Semula MC&I (2002) bagi FMU Negeri Kedah

    Juruaudit menemuramah penduduk kampung Taklimat kepada juruaudit di kongsi disampaikan oleh Encik Azmi bin Mohd Zain, Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan

    Penyampaian cenderahati oleh Pengarah Perhutanan Negeri Kedah kepada Encik Mohd Radhi Chu bin Abdullah

    Penerangan Encik Khairuddin bin Perdan, Pegawai Hutan Daerah Kedah Tengah kepada pegawai MTCC

    Penerangan Renjer Hutan kepada juruaudit Penyampaian cenderahati oleh Pengarah Perhutanan Negeri Kedah kepada Dr. Lim Hin Fui

    PROGRAM PERKHEMAHAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA BIODIVERSITI PERINGKAT KEBANGSAAN JEMPUTAN LUAR NEGARA AUDIT PENSIJILAN

    SEMULA MC&I (2002) BAGI FMU NEGERI

    KEDAH

    10 11

  • 12 13

    KOTA BHARU, 28 September 2012 – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Ekspedisi Kelantan (KEK) telah menganjurkan Kursus Pengendalian Pacuan Empat Roda (4x4) dan Pengenalan Radio Amatur. Kursus selama tiga (3) hari ini bermula pada 28 September dan berakhir pada 30 September 2012. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta seramai 43 orang yang terdiri dari kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri di perkarangan SUK. Pada jam 9.00 pagi bermulanya acara pelepasan kenderaan 4x4 secara konvoi sehingga ke Pusat Latihan Perhutanan, Bukit Bakar. Taklimat berkaitan kursus ini disampaikan oleh Presiden Kelab Ekspedisi Kelantan (KEK), iaitu Encik Wan Azmi bin Wan Abdullah dan dibantu oleh Timbalan Presiden Kelab (KEK)

    Disediakan oleh: Radhuan bin Ramli & Nur Ain binti Mustapa Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    KUANTAN, 29 September 2012 – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah menganjurkan Program Tanam Pokok Herba Bersama Pelajar SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan sempena Kempen Udara Bersih, Bumi Sihat bertempat di Taman Herba, SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan. Peserta program terdiri daripada Pelajar Tingkatan 1, SMK Sultan Abu Bakar. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan pengetahuan dan kecintaan kepada penjagaan alam sekitar di kalangan pelajar sekolah.

    Objektif program ini adalah untuk: • memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang pokok herba dan penggunaannya;• memberi tunjuk ajar tentang cara penanaman pokok herba dan penjagaannya; dan• mewujudkan rasa tanggungjawab kepada pemeliharaan alam sekitar dan bekerjasama dalam menjalankan sesuatu tugas.

    Ketua fasilitator bagi program ini adalah Puan Norlaila binti Mohd. Subari, Penolong Pegawai Hutan Daerah Kuantan / Pekan / Maran. Setiap peserta program diberi satu (1) pokok herba untuk dijaga dari segi pertumbuhan dan penyelenggaraannya.

    Disediakan oleh: Melati binti Yusof Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

    PROGRAM TANAM POKOK HERBA BERSAMA PELAJAR SMK SULTAN ABU BAKAR, KUANTAN SEMPENA KEMPEN

    UDARA BERSIH, BUMI SIHAT

    PENDANG, 7 Oktober 2012 – Pelancaran Kempen Integriti dan Penganjuran Karnival Integriti Peringkat Negeri Kedah Darul Aman secara rasminya telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seraja Setia Dato’ Paduka Haji Rasli bin Basir bertempat di Pendang Lake Resort. Sambutan Kempen Integriti ini telah dijayakan dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integiriti Negeri Kedah Darul Aman. Kempen ini diadakan bagi menyahut Pelan Tindakan Integriti Negeri Kedah. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah turut tidak ketinggalan menyertai pameran yang telah diadakan di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah Darul Aman. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mempromosikan beberapa Hutan Lipur yang terdapat di Negeri Kedah dan pelbagai terbitan buku oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah seperti Akta Perhutanan Negara 1984, Laporan Tahunan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan lain-lain lagi. Pameran bertambah seri dengan kehadiran YB Dato’ Seraja Setia Dato’ Paduka Haji Rasli bin Basir ke booth pameran Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

    BUKIT AYER, 17 – 18 Oktober 2012 – Bahagian Silvikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah menganjurkan Bengkel Pengemaskinian Rancangan Tebangan dan Rawatan Tahunan (RTRT) 2012 bertempat di Dewan Seminar, Bukit Ayer Resort, Perlis. Bengkel ini adalah susulan daripada Mesyuarat Majlis Urusan Hutan dan Silvikultur (MAJURUS) ke-43 yang diadakan di Kuala Terengganu pada 21September 2010 yang memutuskan agar pengemaskinian menggunakan format baru borang RTRT dan program yang dicadangkan diteruskan kepada semua Daerah Hutan. Seramai 41 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia telah menghadiri bengkel ini.

    Sesi ceramah telah dikendalikan oleh Encik Liong Kang Hui dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai perjalanan RTRT ini kerana beliau merupakan pegawai yang pernah bertugas di Bahagian Silvikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan, IPJPSM sebelum ini. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi latihan hands-on kepada peserta bengkel dalam pengemaskinian rekod RTRT serta memastikan pemahaman kepada semua Pejabat Hutan Daerah dalam pengemaskinian rekod RTRT dengan menggunakan format baru borang RTRT. Bengkel ini juga membuka peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan berkongsi maklumat serta pengalaman dalam pengemaskinian rekod RTRT.

    Disediakan oleh: Nur Afzan binti Anuar Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    BENGKEL PENGEMASKINIAN RANCANGAN TEBANGAN DAN RAWATAN TAHUNAN (RTRT) 2012

    iaitu Encik Ismail bin Hj. Abdul Manaf serta ahli-ahli kumpulan yang lain iaitu Encik Wan Azhar bin Wan Aziz, Encik Zainul Abidin bin Zahari dan Encik Tuan Mustapha Kamal bin Tuan Ibrahim. Amali penggunaan radio amatur dan 4x4 ini diadakan pada 29 September bermula jam 9.30 pagi sehingga 5.00 petang. Kemudian disambung dengan aktiviti River Crossing Guide (Jambatan Kayu) pada sebelah malam, bermula jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam. Dengan adanya kursus sebegini diharap dapat meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan kakitangan Jabatan dalam pengendalian kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan radio amatur.

    Disediakan oleh: Siti Sarah binti Shaharuddin Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    Konvoi dari JPN Kelantan ke Pusat Latihan Bukit Bakar Aktiviti lasak pengendalian pacuan empat roda Kakitangan JPNK yang terlibat dalam kursus 4x4

    Sesi bergambar bersama kakitangan Pejabat Hutan Daerah dan pelajar-pelajar yang terlibat

    Aktiviti sepanjang program berlangsung

    Taklimat disampaikan oleh kakitangan Pejabat Hutan Daerah kepada pelajar sekolah

    Majlis perasmian di Pendang Lake Resort

    Tetamu VIP turut meluangkan masa di booth pameran Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    Tetamu VIP menurunkan tandatangannya dalam buku pelawat di booth pameran Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    Pengunjung meluangkan masa melihat pamplet mengenai hutan lipur

    Sesi bergambar untuk dibuat kenangan

    Peserta bengkel khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

    Peserta didedahkan mengenai penggunaan format baru borang RTRT

    Pegawai Hutan Daerah Hulu Selangor turut menghadiri bengkel ini

    Ucapara penyampaian cenderahati sebagai simbolik perasmian

    KURSUS PENGENDALIAN KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA (4X4) DAN PENGENALAN RADIO AMATUR

    PELANCARAN KEMPEN INTEGRITI DAN PENGANJURAN KARNIVAL INTEGRITI PERINGKAT

    NEGERI KEDAH DARUL AMAN

    12 13

  • 14 15

    PANTAI MERDEKA, 20 Oktober 2012 – Aktiviti sukan air iaitu kayak telah diadakan di Pantai Merdeka anjuran Kementerian Pelancongan Negeri Kedah. Aktiviti ini berlangsung dengan jayanya dan telah menerima penyertaan seramai 184 orang dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kelab-kelab dan juga penglibatan orang-orang awam. Para peserta dilepaskan dari Jeti Semeling dan berakhir di Pantai Merdeka. Majlis perasmian dan penutupan telah diadakan pada jam 3.00 petang dan diteruskan dengan acara cabutan bertuah untuk para peserta yang menyertai aktiviti ini. Acara kemuncaknya, atas rasa kekaguman terhadap penyertaan peserta yang berbilang bangsa dan pelbagai peringkat umur, pihak penganjur telah menyediakan cenderahati khas untuk penyertaan Peserta Paling Tua (umur 58 tahun) dan Peserta Paling Muda (umur 6 tahun). Jabatan Perhutanan Negeri Kedah turut tidak ketinggalan mengadakan booth pameran bagi mempromosikan beberapa Hutan Lipur yang terdapat di Negeri Kedah dan pelbagai terbitan buku oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

    Disediakan oleh: Nor Azura binti Majid Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    JAMBORI KAYAK NEGERI KEDAH 2012

    TANAH MERAH, 18 Oktober 2012 – Program tanaman pokok-pokok herba anjuran Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat dengan kerjasama pihak SMK Ayer Lanas telah dilaksanakan secara bergotong-royong. Seramai dua (2) orang guru, 120 orang pelajar, serta 16 orang kakitangan dari Pejabat Hutan Jajahan dan Unit Silvikultur dan Perlindungan Hutan telah terlibat dalam program ini. Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada generasi baru terhadap kepentingan memelihara alam sekitar dengan menanam pokok di samping dapat memberi pengetahuan baru kepada pelajar mengenai pokok-pokok herba. Selain aktiviti menanam pokok, turut diadakan pada hari tersebut adalah slot ceramah berkaitan perhutanan dan tumbuhan herba yang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Hutan Jajahan. Sebanyak 315 pokok-pokok herba telah berjaya ditanam. Pokok-pokok yang ditanam terdiri daripada Tongkat Ali, Bunga Melur, Misai Kucing, Mas Cotek, Batu Jin, Medang Teja, Karas, Kacip Fatimah, Serapat, Cempaka dan Pokok Ajaib.

    KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2012 – Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah meneruskan penganjuran Executive Talk JPSM bagi tahun 2012. Program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini mengenai sesuatu isu perhutanan di antara peserta yang telah menghadiri mesyuarat, bengkel, kursus, seminar atau persidangan di luar negara dengan pegawai-pegawai yang tidak berpeluang untuk mengikuti mesyuarat, bengkel, kursus, seminar atau persidangan tersebut. Selain itu, ianya juga merupakan salah satu platform untuk menyebar luas maklumat yang telah diperolehi dan melatih pegawai-pegawai JPSM untuk membuat pembentangan serta berucap di khalayak ramai. Bertepatan dengan kursus yang dihadiri di luar negara, program ini turut diadakan dalam bahasa Inggeris di mana hari tersebut juga merupakan English Day di IPJPSM.

    Program ini telah diadakan di Dewan Damar Minyak, IPJPSM di mana ianya telah dihadiri oleh seramai 187 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan IPJPSM dan Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia. Dalam program ini, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia telah memberi ucaptama program dan seterusnya menyampaikan ceramah yang bertajuk Current Forestry Issues in FDPM Perspective. Manakala YBhg. Dato’ Nik Mohd Shah bin Nik Mustafa, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) selaku penceramah kedua telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Forestry and Trade Issues.

    Program diakhiri dengan sesi soal jawab mengenai isu-isu dan topik-topik ceramah yang telah disampaikan. Beberapa cadangan penambahbaikan bagi program ini agar ianya diteruskan lagi di masa hadapan telah diambil perhatian yang sewajarnya. Memandangkan sambutan terhadap program ini amatlah baik dan memberangsangkan, pada masa akan datang penganjuran program ini akan diteruskan dengan melibatkan lebih banyak agensi dan Jabatan lain di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) termasuklah Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs) yang berkaitan.

    Disediakan oleh: Nora Azlina binti Musa @ Ab GhaniIbu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Peserta program terdiri daripada pegawai-pegawai IPJPSM dan Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia

    Pendaftaran peserta bagi program Executive Talk JPSM

    Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) menyampaikan ceramah yang bertajuk Forestry and Trade Issues

    Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia memberi ucaptama program

    PROGRAM TANAMAN POKOK-POKOK HERBA DI SMK AYER LANASEXECUTIVE TALK JPSM

    Disediakan oleh: Muhammad Hafni bin Ahmad Saraji Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    Sesi soal jawab pada penghujung program

    14 15

    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini

    Antara peserta kayak yang meluangkan masa ke booth pameran Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

  • 16 17

    MACHANG, 29 Oktober 2012 – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Qurban secara besar-besaran pada 29 Oktober 2012 bersamaan 13 Zulhijjah 1433H. Dalam majlis ini, tujuh (7) ekor lembu telah disembelih untuk tujuan qurban. Majlis ini seterusnya dimeriahkan lagi dengan pembahagian daging qurban kepada warga Jabatan. Juadah tengahari turut disediakan untuk para hadirin.

    Disediakan oleh: Radhuan bin Ramli & Nur Ain binti Mustapa Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    MAJLIS QURBAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN

    KOTA BHARU, 22 Oktober 2012 – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengadakan Kempen Kesedaran Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Persisiran Pantai Negeri Kelantan 2012 bersama dengan pihak Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu yang terdiri daripada lapan (8) orang guru pengiring dan 30 orang pelajar sekolah tersebut. Kempen kesedaran ini diadakan bagi bertujuan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya penanaman Pokok Rhu dan spesies-spesies yang sesuai di persisiran pantai. Aktiviti penanaman ini telah dijalankan di Kampung Madat, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Pada kali ini, sebanyak 240 Pokok Rhu Pantai telah berjaya ditanam bersama oleh pihak Jabatan dan pihak sekolah walaupun dalam keadaan hujan. Semoga melalui kempen sebegini dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan penanaman pokok di persisiran pantai.

    Disediakan oleh: Radhuan bin Ramli & Nur Ain binti Mustapa Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    KEMPEN KESEDARAN PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU DAN SPESIES-SPESIES YANG

    SESUAI DI PERSISIRAN PANTAI

    JITRA, 22 Oktober 2012 – Bengkel Penilaian Stumpej Untuk Penentuan Isipadu Hutan telah dijalankan bertempat di Hotel Bustani, Jitra, Kedah. Bengkel satu (1) hari ini telah dihadiri oleh YM Ku Azmi bin Ku Aman, Pengarah Perhutanan Negeri Kedah; Encik Mohd Rahim bin Ramli, Penolong Pengarah (Operasi); serta beberapa pegawai kanan dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai kanan dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mengenai penilaian dirian hutan dalam kerja-kerja pengusahasilan hutan di Negeri Kedah. Ceramah berkaitan penilaian stumpej telah disampaikan oleh Profesor Dr. Awang Noor bin Abd Ghani, Pensyarah dari Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia. Antara hasil yang diperolehi pada akhir bengkel ini adalah warga Jabatan akan dapat menentukan harga jualan sesuatu kawasan pengusahasilan dan boleh menentukan mekanisme sistem pencukaian hutan.

    Disediakan oleh: Siti Sarah binti Shaharuddin Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    BENGKEL PENILAIAN STUMPEJ UNTUK PENENTUAN ISIPADU HUTAN

    KUALA KRAI, 21 Oktober 2012 – Satu lawatan sambil belajar telah dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah ke Negeri Kelantan selama tiga (3) hari. Seramai 37 warga Jabatan yang terdiri daripada pegawai kanan dan kakitangan berpakaian seragam telah menyertai lawatan ini. Objektif lawatan sambil belajar ke Negeri Kelantan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga Jabatan berkaitan pengurusan ladang hutan Timber Latex Clone (TLC) yang telah dilaksanakan di Hutan Simpanan Kekal di Negeri Kelantan. Warga Jabatan juga dapat bertukar pandangan mengenai organisasi pentadbiran kedua-dua belah pihak serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan mereka. Rombongan warga Jabatan telah disambut baik oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Taklimat berkenaan ladang hutan TLC telah disampaikan oleh Encik Radhuan bin Ramli, Penolong Pengarah Silvikultur dan Perlindungan Hutan Negeri Kelantan. Warga Jabatan juga telah didedahkan tentang pengurusan Hutan Taman Negeri serta telah berpeluang untuk melawat kawasan Hutan Taman Negeri Gunung Setong.

    Disediakan oleh: Siti Sarah binti Shaharuddin Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NEGERI KELANTAN

    Taklimat mengenai pengurusan ladang hutan Timber Latex Clone (TLC)

    Rombongan terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai berpakaian seragam

    Taklimat mengenai anak pokok Timber Latex Clone (TLC)

    Peserta terdiri daripada pegawai kanan dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    Penyampaian cenderahati oleh Pengarah Perhutanan Negeri Kedah kepada penceramah

    Peserta bengkel sedang khusyuk mendengar ceramah

    Profesor Dr. Awang Noor bin Abd Ghani sedang menyampaikan ceramah

    Aktiviti gotong-royong memotong daging korban untuk diagihkan

    Proses penyembelihan lembu qurban

    Juadah tengahari turut disediakan untuk para hadirin

    16 17

    Aktiviti-aktiviti penanaman Pokok Rhu yang dijalankan sepanjang kempen ini

  • 18 19

    KUALA LIPIS, 20 – 22 November 2012 – Bahagian Latihan Perhutanan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Hutan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah menganjurkan Kursus Penilaian Kualiti Air Sungai Bil. 2/2012 bagi kakitangan dari Gred G11 hingga G26 bertempat di Hutan Lipur Terenggun, Kuala Lipis, Pahang. Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai berpakaian seragam dari seluruh Semenanjung Malaysia telah mengikuti kursus ini dengan jayanya.

    Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan Jabatan berkaitan dengan kaedah pengukuran kualiti air sungai menggunakan peralatan bersesuaian selain memenuhi syarat tujuh (7) hari berkursus yang telah ditetapkan. Kursus ini telah dijalankan secara teori di Hutan Lipur Terenggun, Kuala Lipis, Pahang dan secara praktikal di Stesen Tetap Hidrologi Sungai Jelai Kecil, Kuala Lipis, Pahang. Objektif kursus ini adalah memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan kaedah pengukuran parameter kualiti air, mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta dalam bidang hidrologi dan melatih pegawai-pegawai yang terlibat dalam tugasan berkaitan pemantauan kualiti air sungai dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di peringkat negeri. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pegawai Hutan Daerah Jerantut iaitu Encik Norddin bin Noor mewakili Pengarah Perhutanan Negeri Pahang.

    Disediakan oleh: Debora Belawan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    KURSUS PENILAIAN KUALITI AIR SUNGAI

    BIL. 2/2012

    LUMUT, 19 – 21 November 2012 – Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah menganjurkan Kursus Statistik Dalam Perhutanan selama tiga (3) hari bertempat di The Orient Star Resort, Lumut, Perak. Kursus ini diadakan bagi tujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai konsep statistik dan aplikasinya dalam bidang perhutanan kepada semua warga Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Selain itu juga, kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara memungut, menganalisis dan mentafsir data bagi sesuatu projek kajian atau penyelidikan dan juga untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai

    Disediakan oleh: Siti Raihana binti Ramli Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    KURSUS STATISTIK DALAM PERHUTANAN

    JITRA, 7 – 8 November 2012 – Bahagian Silvikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menganjurkan Bengkel Pengecaman Spesies Buluh bagi Penyediaan Rancangan Pengurusan Sumber Buluh (RPSB) di Semenanjung Malaysia bertempat di Pejabat Hutan Daerah Kedah Utara, Jitra, Kedah. Bengkel ini adalah susulan daripada Mesyuarat Penyediaan Rancangan Pengurusan Sumber Buluh (RPSB) di Semenanjung Malaysia pada 28 Jun 2012 yang lalu yang memutuskan supaya satu bengkel pengecaman spesies buluh diadakan bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai setiap spesies buluh terutama buluh-buluh yang mempunyai nilai komersial. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia telah menghadiri bengkel ini.

    Sesi ceramah telah dikendalikan oleh Tuan Hj. Abd. Razak bin Othman dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas mengenai buluh di Semenanjung Malaysia. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi latihan hands-on kepada peserta bengkel dalam proses pengecaman spesies buluh serta memastikan pemahaman yang lebih jelas dan terperinci kepada spesies-spesies buluh semulajadi yang mempunyai nilai komersial. Bengkel ini juga membuka peluang kepada peserta untuk berinteraksi dan berkongsi maklumat serta pengalaman dalam pengecaman spesies buluh ini.

    Disediakan oleh: Nur Afzan binti Anuar Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    BENGKEL PENGECAMAN SPESIES BULUH BAGI PENYEDIAAN RANCANGAN PENGURUSAN SUMBER BULUH (RPSB)

    DI SEMENANJUNG MALAYSIA

    Sesi bergambar untuk dibuat kenangan

    Penyampaian maklumat melalui teori di bilik kuliah

    Tuan Hj. Abd. Razak bin Othman selaku penceramah bagi bengkel ini

    Para peserta bengkel fokus pada penyampaikan maklumat mengenai buluh Urus setia (JPN Kedah) mengendalikan bengkel ini

    tentang kaedah statistik, kaedah-kaedah pengiraan, aplikasi statistik menggunakan software seperti Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) yang mana merupakan satu alat menganalisis data statistik yang sangat berguna. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Nik Mohd Shah bin Nik Mustafa, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal). Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak yang mempunyai kepakaran dalam bidang statistik. Seramai 30 orang peserta dari IPJPSM dan Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia telah menyertai kursus ini dengan jayanya.

    Sesi bergambar bersama peserta kursus Sesi ujian dan latihan amali kursus

    Antara penceramah UiTM yang memberi ceramah dan perkongsian ilmu

    Ucapan perasmian disampaikan oleh YBhg. Dato’ Nik Mohd Shah bin Nik Mustafa

    Pendaftaran peserta Kursus Statistik Dalam Perhutanan

    Penerangan oleh pihak kontraktor sebelum mengambil sampel air di lapangan Penerangan oleh pihak kontraktor mengenai kerja-kerja di lapangan

    Pembentangan data yang diperolehi oleh setiap kumpulan

    Sesi ceramah disampaikan oleh pihak kontraktor

    Penyampaian cenderahati kepada Encik Norddin Bin Noor yang mewakili Pengarah Perhutanan Negeri Pahang

    Para peserta memberi tumpuan sepenuhnya semasa sesi ceramah disampaikan

    Sesi soal jawab semasa pembentangan oleh peserta

    18 19

  • 20 21

    JOHOR BAHRU, 27 November 2012 – Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah mengadakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2011 bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Beliau diiring oleh Tuan Hj. Yahaya bin Mohamood, Pengarah Perhutanan Negeri Johor dan Encik Mohd Rahim bin Rani, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Johor. Seramai 29 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah diberi penghargaan kerana telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan mereka berdasarkan penilaian prestasi tahunan.

    Disediakan oleh: Siti Aisyah binti Abd. Wahab Jabatan Perhutanan Negeri Johor

    ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2011 PERINGKAT JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR

    KLUANG, 23 November 2012 – Kejohanan Boling PEKSPER 2012 Jabatan Perhutanan Negeri Johor telah dikelolakan oleh Pejabat Hutan Daerah Johor Tengah, Kluang bertujuan untuk membuat pemilihan pemain boling bagi mewakili Jabatan Perhutanan Negeri Johor ke Kejohanan Mini MAKSPER

    Disediakan oleh: Siti Aisyah binti Abd. Wahab Jabatan Perhutanan Negeri Johor

    KEJOHANAN BOLING PEKSPER 2012 JABATAN PERHUTANAN NEGERI JOHOR

    KUALA LUMPUR, 23 November 2012 – Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah menganjurkan Program Gotong-Royong Taman Rimba Wawasan dan Amalan 5S JPSM 2012 bertempat di Taman Rimba Wawasan dan perkarangan pejabat IPJPSM. Warga IPJPSM yang telah menghadiri program ini yang terdiri daripada Ahli Direktorat, Pengarah-Pengarah Bahagian, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan IPJPSM. Ucapan perasmian Program Gotong-Royong Taman Rimba Wawasan dan Amalan 5S JPSM 2012 telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Manakala upacara penanaman pokok Durian Belanda (Annona muricata) oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia merupakan simbolik perasmian program ini.

    Disediakan oleh: Jackson Kinsabul Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

    Taman Rimba Wawasan JPSM ditubuhkan bertujuan untuk mengindahkan kawasan hutan sekitar di IPJPSM melalui penanaman pelbagai spesies pokok hutan yang terdapat di negara kita dan berpotensi tinggi sebagai ‘Model Forestkap Hutan Tropika’ berteraskan konsep Forest In The City. Usaha ini sejajar dengan aspirasi pihak pengurusan JPSM untuk menjadikan IPJPSM sebagai Pusat Kecemerlangan Pengurusan Hutan Tropika serta merealisasikan Wawasan JPSM iaitu untuk menjadi sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan.

    PROGRAM GOTONG-ROYONG TAMAN RIMBA WAWASAN DAN AMALAN 5S JPSM 2012

    2012. Di samping itu, kejohanan ini juga dapat merapatkan dan mengukuhkan talian silaturrahim di kalangan warga Jabatan. Kejohanan ini telah dibuka kepada Pejabat Perhutanan Negeri Johor dan semua Pejabat Hutan Daerah di dalam Negeri Johor. Terdapat dua (2) kategori yang dipertandingkan iaitu kategori pegawai dan kategori kakitangan. Setiap pejabat dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu (1) kumpulan dan tidak melebihi tiga (3) kumpulan bagi setiap pejabat yang perlu terdiri daripada tiga (3) orang pemain lelaki dan satu (1) orang pemain perempuan bagi setiap kumpulan. Seramai 16 orang pegawai kanan dan 52 orang kakitangan telah mendaftarkan diri sebagai peserta bagi kejohanan kali ini. Kejohanan yang mendapat sambutan hangat ini telah diadakan di VBowl Bowling, Kluang Parade bermula pada pukul 3.00 petang. Tuan Hj. Yahaya bin Mohamood, Pengarah Perhutanan Negeri Johor, telah membuat balingan pertama sebagai simbolik perasmian kejohanan ini. Para peserta telah bermain dengan penuh semangat kesukanan bagi mengecapi kejayaan. Setiap kumpulan dikehendaki menghabiskan tiga (3) game untuk ditabalkan sebagai pemenang dengan kiraan jumlah jatuhan pin. Hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Hj. Yahaya bin Mohamood di penghujung kejohanan.

    Sesi bergambar beramai-ramai sempena Kejohanan Boling PEKSPER 2012 Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

    Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia bergambar bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

    Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia bergambar bersama pasukan Ghazal Seri Rimbawan

    Antara peserta yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

    20 21

    Aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang program berlangsung

    Aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang program berlangsung

  • 22 23

    PERGAU, 9 Disember 2012 – Bersempena dengan Ekspedisi Saintifik Tasik Pergau 2012 yang telah diadakan pada 8 hingga 14 Disember di Kompartmen 39, Hutan Simpan Gunung Basor, Majlis Perasmian Ekspedisi Saintifik Tasik Pergau 2012 dilengkapkan dengan aktiviti program penanaman pokok. Pokok daripada pelbagai spesies yang sesuai seperti Merawan, Tembusu, Meranti Tembaga dan lain-lain spesies-spesies yang bersesuaian telah ditanam selepas upacara perasmian ekspedisi. Program penanaman pokok ini telah disempurnakan oleh Puan Shashiah binti Abdul Karim, Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan diiringi oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latif bin Mohamad, selaku ketua peserta ekspedisi, Dato’ Lim Chong Keat, Pengerusi Folia Malaysiana dan Wakil Ketua Jajahan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli serta para peserta Ekspedisi Saintifik Tasik Pergau 2012. Sebanyak 200 anak pokok yang sesuai telah dipilih dan ditanam semasa aktiviti penanaman. Setelah selesai penanaman pokok yang telah menjadi batu asas setiap program yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan, satu sesi penggambaran telah diadakan di tapak Program Penanaman Pokok sebagai tanda ingatan dan merealisasikan hasrat Yang Berhormat Dato’ Hj. Husam bin Hj. Musa untuk menjadikan Pergau Nature Park dan menjamin pengurusan hutan Negeri Kelantan selaras dengan tema “Anok Klate Saye Hute”.

    PROGRAM PENANAMAN POKOK SEMPENA MAJLIS PERASMIAN EKSPEDISI SAINTIFIK TASIK PERGAU 2012Disediakan oleh: Radhuan bin Ramli & Nur Ain binti Mustapa Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    PERGAU, 8 – 14 Disember 2012 – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah menganjurkan Ekspedisi Saintifik Tasik Pergau 2012 selama tujuh (7) hari bertempat di Kompartmen 39, Hutan Simpan Gunung Basor. Ekspedisi Saintifik Tasik Pergau diadakan bertujuan untuk mengkaji keunikan flora dan fauna serta menyediakan cadangan dan panduan bagaimana untuk memelihara khazanah alam di Tasik Pergau daripada kemusnahan atau kepupusan.

    Pada 9 Disember 2012, Ekspedisi Saintifik Tasik Pergau 2012 telah dirasmikan oleh Puan Shashiah binti Abdul Karim, Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mewakili Yang Berhormat Dato’ Hj. Husam bin Hj. Musa. Ekspedisi kali ini telah diketuai oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latif bin Mohamad dan disertai seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada para penyelidik dan pengkaji dari agensi-agensi Jabatan Kerajaan, Institut Pengajian Tinggi dan pihak swasta termasuk NGO.

    Base camp (pusat ekspedisi) adalah dalam Kompartmen 39, Hutan Simpan Gunung Basor dan sebanyak enam (6) trek iaitu trek Sungai Long, trek Tok Kenali, trek Gunung Basor, trek Gunung Reng, trek Kolam Air Panas dan trek Tasik Pergau telah disediakan. Pemilihan trek dibuat berdasarkan nilai keunikan yang tersendiri di kawasan tersebut. Trek ke Gunung Basor adalah yang paling mencabar berbanding dengan trek-trek yang lain. Pada ekspedisi kali ini juga terdapat satu (1) kumpulan yang terdiri daripada 11 orang iaitu lima (5) orang peserta dan enam (6) tracker telah berjaya menawan Gunung Basor yang berketinggian 1,780 meter dari paras laut.

    Sepanjang ekspedisi ini, para peserta telah menemui pelbagai spesies dan keunikan daripada pelbagai jenis burung, lumut, tumbuhan dan sebagainya. Segala penemuan ini akan dibentangkan dalam Seminar Ekspedisi Saintifik Tasik Pergau 2012 yang dijangka diadakan pada pertengahan tahun 2013 dan seterusnya diterjemahkan dalam sebuah buku Ekspedisi Saintifik Tasik Pergau 2012.

    Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr. Abdul

    Disediakan oleh: Radhuan bin Ramli & Nur Ain binti Mustapa Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    LAWATAN AKADEMIK KE NEGERI SARAWAK

    Disediakan oleh: Mohd Saman bin Mohd Sanget Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    KULIM, 30 November 2012 – Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan yang melibatkan semua pegawai dan kakitangan pejabat bagi memastikan pelaksanaan kerja rasmi dan permasalahan warga kerja dapat diselesaikan melalui medium yang telah disediakan. Hasil kutipan bulanan kutipan Persatuan Kebajikan Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan, pejabat ini telah mengadakan sambutan Hari Keluarga yang melibatkan suami / isteri dan anak-anak para pegawai dan kakitangan pejabat bagi memupuk semangat kekeluargaan dan suasana kerja yang kondusi. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Encik Azmi bin Mohd Zain, Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan. Dalam majlis ini juga, hari lahir warga kerja yang lahir pada bulan September hingga Disember disambut dengan pemotongan kek dan serahan hadiah hari lahir. Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan sepanjang majlis adalah seperti sukaneka bagi ahli keluarga, pertandingan melukis bagi kanak-kanak, dan majlis tahlil dan bacaan Yasin serta tazkirah kepada semua hadirin.

    Disediakan oleh: Mohd Saman bin Mohd Sanget Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI KELUARGA

    EKSPEDISI SAINTIFIK TASIK PERGAU 2012

    Latif bin Mohamad selaku ketua ekspedisi dan kumpulan pakar-pakar penyelidik serta para peserta Ekspedisi Saintifik Tasik Pergau 2012 di atas segala kerjasama dan bantuan yang telah disumbangkan sepanjang tempoh ekspedisi berlangsung.

    Majlis tahlil dan bacaan Yasin turut diadakan

    Aktiviti sukaneka bagi ahli keluarga dijalankan untuk memupuk semangat kekeluargaan

    Jamuan ringan turut disediakan pada sebelah petang

    Pertandingan melukis bagi menggalakkan kreativiti di kalangan kanak-kanak

    Sesi bergambar untuk dibuat kenangan

    Taklimat khas oleh Dr. Affendy bin Suhaili mengenai penggunaan Hyperspectral

    Peserta turut berpeluang untuk menaiki helikopter

    Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

    Penyampaian cenderahati oleh Encik Azmi bin Mohd Zain kepada Dr. Affendy bin Suhaili

    Ucapan perasmian oleh Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan

    Majlis Perasmian Ekspedisi Saintifik Tasik Pergau 2012

    Para peserta pada hari pertama ekspedisi

    Flora yang terdapat di puncak Gunung Basor

    Kumpulan ke Trek Gunung Basor Kolam Air Panas

    Sesi bergambar bersama Puan Shashiah binti Abdul Karim, Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan

    Penanaman anak pokok Tembusu (Fagraea elliptica) oleh Puan Shashiah binti Abdul Karim, Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan

    Penanaman anak pokok Merawan Siput Jantan (Hopea odorata) oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latif bin Mohamad

    Penanaman anak pokok Tembusu (Fagraea elliptica) oleh wakil Ketua Jajahan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli.

    22 23

    KUCHING, 6 Disember 2012 – Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan telah diluluskan Kerajaan Negeri Kedah dan Pengarah Perhutanan Negeri Kedah untuk mengadakan lawatan ke Negeri Sarawak. Program ini berbentuk akademik melibatkan dua (2) pegawai dan lapan (8) kakitangan dari Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan. Lawatan ini bertujuan untuk membawa peserta melawat dan menimba pengalaman bagaimana teknologi Hyperspectral digunakan dan diaplikasikan oleh Jabatan Hutan Sarawak. Di samping itu, peserta boleh menjadikan lawatan ini sebagai tempat untuk menjana idea bagi mewujudkan semangat baru untuk menjalankan tugas dalam Jabatan. Ketika lawatan ke Unit Pembangunan dan Aplikasi Sistem, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, peserta telah diberi taklimat khas oleh Dr. Affendy bin Suhaili, Ketua Unit Pembangunan dan Aplikasi Sistem, Jabatan Hutan Sarawak mengenai bagaimana mereka mengaplikasikan penggunaan Hyperspectral dalam aktiviti penguatkuasaan dan pengiraan biomass bakau di Negeri Sarawak. Seterusnya peserta dibawa menaiki helikopter untuk ditunjukkan demo penggunaan teknologi Hyperspectral oleh Jabatan Hutan Sarawak. Peserta juga telah berpeluang untuk melawat kawasan pelancongan yang menjadi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa berkunjung ke negeri ini seperti Kampung Budaya, Pusat Konservasi Orang Utan Semenggok dan Taman Buaya Jong.

  • 24

    MACHANG, 17 – 19 Disember 2012 – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah menganjurkan Kursus Pengendalian Balai Pemeriksaan Hutan selama tiga (3) hari bertempat di Pusat Latihan Bukit Bakar, Machang. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta terdiri dari Gred G11 dan R3. Matlamat utama kursus ini adalah bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan kakitangan dalam tugas-tugas pengendalian Balai Pemeriksaan Hutan. Kursus ini melibatkan komponen teori dan latihan amali di lapangan. Tenaga pengajar yang terlibat ialah Encik Mohd Syahrir Azrin bin Salleh, Penolong Pengarah Penguatkuasaan (Siasatan); Encik Faiz Aiman bin Ashaari, Penolong Pegawai Operasi dan Penguatkuasaan; Encik Nape bin Yusof, Penolong Pegawai Penguatkuasaan (Siasatan); dan Tuan Hj. Zairi bin Abdullah, Renjer Hutan Tingkatan Kanan.

    Disediakan oleh: Radhuan bin Ramli & Nur Ain binti Mustapa Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

    KURSUS PENGENDALIAN BALAI PEMERIKSAAN HUTAN

    KEBUN BUNGA, 13 Disember 2012 – Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Penggunaan dan Penyelenggaraan Senjata Api bertempat di Kelab Menembak Pulau Pinang. Seramai 33 orang kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah terlibat yang mana terdiri daripada pegawai kanan dan kakitangan berpakaian seragam. Kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Rahim bin Ramli, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Sebelum aktiviti bermula taklimat ringkas telah diberikan kepada peserta oleh wakil Kelab Menembak Pulau Pinang bagi memastikan para peserta faham tentang penggunaan senjata. Bagi memeriahkan lagi kursus ini, pertandingan menembak telah diadakan. Pemenang menerima hadiah pingat dan sijil yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

    Disediakan oleh: Siti Sarah binti Shaharuddin Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

    KURSUS PENGGUNAAN DAN PENYELENGGARAAN

    SENJATA API

    Peserta bergambar dengan senjata api masing-masing

    Sesi bergambar untuk dibuat kenangan

    Latihan menembak menggunakan rifle Penyampaian cenderahati di penghujung kursus Latihan menembak menggunakan pistol

    Para peserta yang menyertai Kursus Pengendalian Balai Pemeriksaan Hutan

    Encik Mohd Syahrir Azrin bin Salleh sedang menyampaikan ceramah

    Latihan amali untuk peserta sedang dijalankan di lapangan

    24