majlis ilmu

19
2.0 PENDAHULUAN Kebelakangan ini, majlis ilmu banyak diadakan di setiap pelusuk negara Malaysia. Oleh itu, menjadi satu kewajiban bagi umat Islam untuk menuntut ilmu walaupun dengan menghadiri majlis ilmu dapat memberikan manfaat yang amat berguna. Adakala dalam menghadiri majlis ilmu ini kita dapat mengetahui sejauh mana ilmu yang sedia ada dalam diri kita. Sabda Nabi ada mengatakan bahawa “Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya” Langkah-langkah sebegini perlu diteruskan agar anak-anak muda lebih cenderung untuk meluangkan masa dengan mendapatkan manfaat bagi menghadiri setiap majlis ilmu yang telah dijalankan. Menjadi insan yang cemerlang dan diredhai oleh Allah adalah impian bagi setiap insani. Namun untuk menuju kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan istiqamah dan semangat yang jitu. Prinsip amar makruf nahi mungkar juga menjadi tonggak untuk menjadi mukmin yang terbilang. 1

Upload: puteri-buntat-cendawan-biru

Post on 24-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ilmu

TRANSCRIPT

Page 1: Majlis Ilmu

2.0 PENDAHULUAN

Kebelakangan ini, majlis ilmu banyak diadakan di setiap pelusuk negara

Malaysia. Oleh itu, menjadi satu kewajiban bagi umat Islam untuk menuntut ilmu

walaupun dengan menghadiri majlis ilmu dapat memberikan manfaat yang amat

berguna. Adakala dalam menghadiri majlis ilmu ini kita dapat mengetahui sejauh

mana ilmu yang sedia ada dalam diri kita. Sabda Nabi ada mengatakan bahawa

“Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah ,

Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya”

Langkah-langkah sebegini perlu diteruskan agar anak-anak muda lebih

cenderung untuk meluangkan masa dengan mendapatkan manfaat bagi

menghadiri setiap majlis ilmu yang telah dijalankan. Menjadi insan yang cemerlang

dan diredhai oleh Allah adalah impian bagi setiap insani. Namun untuk menuju

kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan

istiqamah dan semangat yang jitu. Prinsip amar makruf nahi mungkar juga menjadi

tonggak untuk menjadi mukmin yang terbilang.

1

Page 2: Majlis Ilmu

3.0 ISI KANDUNGAN

3.1 Majlis Ilmu 1

3.1.1 Bukti kehadiran dalam majlis ilmu

NAMA PROGRAM Model Pendidikan Ahmad Ammar Inspirasi Menuju

Husnul Khotimah

NAMA

PENCERAMAH

1. Sohibus Samahah Dato’ Haji M. Tahrir bin Dato’

Kiyai Haji Samsudin

2. Al Fadhil Ustaz Zahiruddin Zabidi

3. Al Fadhil Ustaz Fauwaz Fadzil

4. Tuan Haji Ahmad Azam bin Abd Rahman ( Bapa

As-syahid Ahmad Ammar )

5. Puan Nur Azlina binti Abd Aziz ( Ibu As-syahid

Ahmad Ammar )

TEMPAT Pusat Islam Iskandar Johor

TARIKH, MASA

DAN HARI

5 April 2014 (Sabtu)

7.30 pagi – 1.00 tengahari

TAJUK 1. Bedah Buku “Cerita Cinta Ahmad Ammar”

2. Kematian Yang Terindah : Menggapai Husnul

Khotimah

2

Page 3: Majlis Ilmu

3.1.2 Pengenalan

Kehidupan kita sebagai makhluk bumi ini bukan akan sentiasa

mendongak ke langit, kadang kala kita juga perlu berpijak di bumi

yang nyata. Kisah kematian penghuni syurga Allah ini menjadi

tatapan umum sekembalinya ke rahmatullah. Kadangkala kita terlupa

tentang kekuasaan Allah dalam menghidup dan mematikan kita.

Kadangkala kita lupa dan bermegah-megah dengan kekayaan di

dunia hingga alpa tentang kematian yang sudah pasti akan tiba pada

bila-bila masa saja. Firman Allah dalam Surah An Nisa ayat 78

bermaksud “Dimana sahaja, kamu berada, pasti kamu sekalian akan

menemui kematian, sekalipun kamu berada didalam benteng yang

tinggi dan kukuh."

Dalam kenyataan ada dua jenis pengakhir kehidupan iaitu

akhir hidup yang baik atau husnul khotimah dan akhir hidup yang

buruk atau su’ul khotimah. Husnul khotimah adalah akhir kehidupan

seseorang yang beriman kepada Allah dan percaya pada hari

berbangkitnya manusia dengan bermodalkan taqwa. Jadi iman dan

taqwa adalah faktor utama untuk menuju husnul khotimah. Dan

ketaqwaan yang wujud amal soleh itu adalah wujud dari keimanan.

Contoh husnul khotimah adalah seseorang yang mati dalam

memperjuangkan kalimah Allah atau seseorang yang akhir

amalannya dalam taat pada Allah.

3

Page 4: Majlis Ilmu

3.1.3 Isi

i) Bedah Buku “Cerita Cinta Ahmad Ammar”

Biodata Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam

Beliau seorang rakyat Malaysia yang belajar di Turki.

Beliau berusia 20 tahun adalah seorang pelajar yang

cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih

menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Ahmad Ammar seorang ahli Angkatan Belia Islam Malaysia

(ABIM) yang aktif dan bapanya Tuan Hj Ahmad Azam Abdul

Rahman merupakan Presiden ABIM untuk tahun 1997-2005.

Di Turki, beliau sangat disenangi dan dihormati orang ramai

kerana di usia yang muda, beliau banyak berjasa kepada

masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam

berdakwah. Beliau juga banyak mengikuti pelbagai misi

kemanusiaan seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar

Bin Ahmad Azam juga sangat disenangi kerana mempunyai

budi pekerti yang baik, rajin, berdisiplin dan beliau juga

dihormati rajin berdakwah untuk perjuangan Islam.

Beliau sangat dihormati di Turki, Allahyarham Ahmad Ammar

disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul dan disemadikan di

Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn di

mana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para

sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang

kenamaan di sana.

4

Page 5: Majlis Ilmu

Nama : Ahmad Ammar Ahmad Azam

Dilahirkan : 15 Februari 1993

Tempat kelahiran : Kuala Lumpur, Malaysia

Meninggal dunia : 2 November 2013 (berumur 20) Istanbul,

Turki

Punca kematian : Kemalangan jalan raya

Tempat pengebumian : Perkuburan Eyub Sultan, Istanbul,

Turki

Tempat kediaman : Gombak, Selangor, Malaysia

Tempat belajar : Universiti Marmara

Pertubuhan : Dunia Tamadun Finder Kumpulan

(GPTD)

Terkenal : Penglibatan dalam aktiviti Islam di

pelbagai negara

Anugerah : Anugerah Kebangsaan Anugerah

Maulidur Rasul 2014

Anugerah Maulidur Rasul Selangor 2014

(Saidina Ali Category)

5

Page 6: Majlis Ilmu

ii) Kematian Yang Terindah : Menggapai Husnul Khotimah

Ceramah ini mengingatkan kita kepada kematian.

Pelbagai persediaan yang harus kita jalankan setiap masa

dan ketika menghadapi kematian agar kematian yang kita

ingini insyallah akan tercapai seperti Allahyarham Ahmad

Ammar iaitu Husnul Khotimah (Penyudahan yang baik).

Tanda-tanda husnul khotimah banyak yang telah dapat

dirungkai dan disimpulkan oleh para ulama dengan penelitian

tertentu. Kematian husnul khotimah juga boleh dikategorikan

sebagai mati syahid. Adakah mati syahid atau husnul

khotimah hanya bagi yang gugur di medan tempur sahaja?

Ada tiga jenis mati syahid iaitu mati syahid dunia

akhirat, mati syahid akhirat dan mati syahid dunia. Syahid

dunia akhirat ditujukan kepada tentera yang gugur di medan

tempur dalam membela dan menegakkan agama Allah.

Syahid akhirat pula ialah kematian yang disebabkan oleh

bersalin, sakit perut, serta lemas, manakala syahid dunia ialah

perajurit yang gugur di medan tempur dengan niat membela

agama Islam dan mengharapkan rampasan perang.

Antara petanda seseorang itu mencapai husnul

khotimah seperti sempat mengucap dua kalimah syahadah,

berpeluh di dahi. Mengikut sabda Rasulullah: Bahawa matinya

seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dadi.

Riwayat oleh Ahmad dan Tarmizi. Selain itu, meninggal pada

6

Page 7: Majlis Ilmu

malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah: Tidak seorang

muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat

melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

Meninggal dunia ketika sedang beramal soleh seperti sedang

menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid

atau sedang berdakwah juga adalah tanda seseorang itu

mencapai husnul khotimah.

3.1.4 Kupasan dan sokongan

Setelah menghadiri majlis ilmu ini, saya dapat merasai

bahawa bahagianya menjadi sebahagian dari Allahyarham

Ahmad Ammar kerana ketika hayatnya terterlalu banyak

jasanya, sentiasa memudahkan urusan ibu dan ayahnya.

Sepertimana yang telah diberitahu oleh rakan-rakannya yang

lain bahawa beliau antara sahabatnya yang sentiasa bersopan

santun. Beliau juga dikatakan sebagai hamba Allah yang

sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Alangkah hebatnya

beliau ketika usia yang cukup muda sudah mampu melakukan

pelbagai perkara yang orang lain belum mampu lakukannya.

Kematian beliau sebagai husnul khotimah sentiasa dinantikan

oleh seluruh umat Islam tetapi Allah telah anugerahkan

kematian itu kepada hambaNya yang terpilih.

7

Page 8: Majlis Ilmu

3.1.5 Penutup

Semoga Allah melindungi kita dari su’ul khotimah, oleh

itu kita hendaklah berwaspada terhadap perbuatan yang

haram. Oleh itu kita perlu menggapai husnul khotimah.

Jadikanlah amalan terbaik sebagai penutup alam kehidupan

kami. Kita perlu sentiasa beringat bahawa kematian itu adalah

sebuah kepastian, hanya tinggal menunggu jadual kita dan

kita juga perlu beringat masihkah kita bermain-main dengan

kehidupan ini? Bagi Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz, “Manusia

yang sebenar-benar buta adalah mereka yang hidup tanpa

dapat melihat adanya kematian dihadapan mereka”. Oleh itu,

8

Page 9: Majlis Ilmu

3.2 Majlis Ilmu 2

3.2.1 Bukti kehadiran dalam majlis ilmu

NAMA PROGRAM Kursus Asas Haji

NAMA PENCERAMAH Haji Mohd Shali bin Mohd Said

TEMPAT Masjid Jamek Rengit

TARIKH, MASA DAN HARI11 April 2014 (Jumaat)

9.00 pagi – 11.00 pagi

TAJUKi. Aurat wanita dan lelaki

ii. Izin suami

3.2.2 Pengenalan

Haji ialah rukun Islam kelima. Haji dan umrah wajib

ditunaikan oleh umat Islam sekali seumur hidup. Kewajipan ini

kepada orang Islam yang berkemampuan dan memenuhi

syarat-syaratnya berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah

Al-Imran; ayat 97 yang bermaskud, Allah mewajibkan manusia

mengerjakan haji dengan mengunjungi Baitullah kepada

sesiapa yang mampu sampai kepada Nya.

3.2.3 Isi

i. Aurat wanita dan lelaki

Aurat wanita dalam solat ialah seluruh badan kecuali muka,

bahagian belakang tangan dan telapaknya. Sabda Rasulullah

S.A.W “Tidak diterima solat wanita haid (wanita yang telah

9

Page 10: Majlis Ilmu

baligh) kecuali dengan memakai khimar”. Pendapat Imam

Syafie : syarat menutup aurat ialah yang tidak menjelaskan

warna kulit, contoh penutupan yang sempurna ialah tudung

mestilah labuh dan longgar, lengan baju mestilah panjang

hingga ke pergelangan tangan, kain atau seluar mesti panjang

ke buku lali serta memakai sarung kaki dengan tidak

menampakkan kulit dan kuku. Kita perlu mengetahui had aurat

semasa tawaf iaitu di bahagian bawah dagu, pergelangan

tangan, anak rambut di muka serta anak rambut di kawasan

telinga dan pemakai kaca mata perlu berhati-hati. Menutup

aurat tidak menjadi syarat sah semasa sa’ie,

walaubagaimanapun ianya berdosa jika aurat terbuka dan

dilihat oleh lelaki ajnabi.

Had aurat bagi kaum Adam di dalam solat antara pusat

hingga lutut. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud “Aurat

seorang mukmin (dalam solat) antara pusat dan lutut. Aurat

bagi lelaki di hadapan perempuan yang halal dinikahi ialah

seluruh badannya dan perlu berpakaian seperti pakaian kerja.

Aurat lelaki semasa ihram pula hendaklah menutup badannya

dengan kain ihram, apabila ke bilik hotel wanita juga perlu

menutup badan dengan kain ihram. Orang lelaki juga dilarang

memasuki bilik jemaah haji berlainan jantina walaupun isteri

sendiri dan aurat seorang lelaki apabila dalam bilik air ialah

qubul dan dubur sahaja.

10

Page 11: Majlis Ilmu

ii. Izin suami

Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib

lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah

dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk ke dalam

syurga mengikuti pintu mana (pilihan) yang ia sukai, Hadis

riwayat At Tabrani. Setiap wanita yang akan bermusafir perlu

mendapat keizinan dari suaminya. Bagi wanita yang telah

berkahwin yang ingin mengerjakan haji wajib, haji nazar atau

haji sunat perlu mendapatkan keizinan suaminya. Wanita yang

belum berkahwin pula perlu mendapatkan keizinan bapanya

atau walinya jika tiada bapa, manakala wanita yang dalam

iddah wajib memohon izin dari bekas suaminya. Bagi wanita

yang berkahwin ingin mengerjakan haji, sekiranya tiada

keizinan suami dan suami tidak bersamanya, mereka perlu

memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan iaitu ada

mahram yang menemaninya, yakin aman dalam perjalanan

serta perbelanjaan selama perjalanan adalah tanggungan

sendiri. Wanita yang telah kematian suami haram untuk

mengerjakan haji dan perlu menangguhkan pemergiannya ke

Tanah Suci iaitu mengikut tempoh iddah kematian suami ialah

4 bulan 10 hari. Sekiranya kematian suami berlaku di Tanah

Suci harus baginya untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.

11

Page 12: Majlis Ilmu

3.2.4 Kupasan dan sokongan

Penghayatan yang dapat diambil daripada ceramah ini

ialah berazam bersungguh-sungguh untuk mengerjakan haji.

Selain itu mengamalkan sifat berjimat cermat dan berusaha

membantu ibu bapa menambahkan pendapatan bagi

membolehkan mereka menunaikan ibadah haji. Insaflah

bahawa diri manusia sama disisi Allah serta sentiasa ikhlas

dalam setiap perbuatan. Sentiasa berusaha mengukuhkan

iman dan meningkatkan amal ibadat. Sentiasa memupuk

semangat perpaduan sesama Islam. Sentiasa mengamalkan

sifat amanah dalam kehidupan. Sentiasa berdoa memohon

keampunan dan hidayah Allah.

3.2.5 Penutup

Kita hendaklah berazam dan merancang untuk

menunaikan ibadat haji dalam usia yang muda. Dengan itu,

seseorang perlu bekerja keras untuk menambah dan

meningkatkan pendapatan, berjimat cermat dan menyimpan

wang untuk menunaikan fardhu haji. Perbuatan berhutang

atau bergadai harta dengan tujuan untuk menunaikan fardhu

haji adalah tidak menepati kehendak syariah.

12

Page 13: Majlis Ilmu

4.0 KESIMPULAN

Menghadiri majlis ilmu mampu memberikan ilmu pengetahuan yang lebih

mendalam kepada kita kerana kesibukkan kita dengan hal duniawi mampu

menjadikan kita alpa dengan hal akhirat. Kita perlu bersyukur kerana masih diberi

peluang untuk menghadiri majlis ilmu walau hanya seketika. Menurut Hr. Muslim,

Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah “Tidaklah suatu kaum berkumpul di

salah satu rumah Allah untuk membaca kitabullah dan mempelajarinya di antara

mereka, melainkan ketenteraman turun atas mereka, rahmat meliputi mereka,

malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyanjung mereka di tengah para

malaikat yang berada di sisi-Nya”.

Marcapada ini ramai golongan anak-anak muda tidak berminat untuk

menghadiri majlis imu, oleh itu kita perlu menyebarkan dan menarik minat semua

golongan untuk menghadiri majlis ilmu. Kita perlu mengajak semua golongan agar

menuntut ilmu pada saluran yang betul iaitu dengan para ulama, asatizah yang

berpegang dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah supaya kita tidak terpesong

dari mempelajari ilmu yang sesat. Barangsiapa yang memudahkan urusan

sahabatnya ke majlis ilmu, Allah pasti akan mempermudahkan urusannya ke

majlis ilmu juga. Selagi hayat dikandung badan penuhilah malam hari dengan

menghadiri majlis ilmu dan solat berjemaah di masjid bagi mendapat ketenangan

dari Allah.

13