m8, 9 & 10 - copy

22
Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan a) Membuat penilaian keadaan, Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat. Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan. Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa b) Membuat diagnosa mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan keatas kecederaan mangsa. c) Memberi rawatan sementara menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk. d) Membuat dan memberi laporan mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran danr awatan yang telah dilakukan keatas mangsa. Peringatan !!! Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk. Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidaks edarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat. Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera. Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah. Berikerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan. Tindakan serta merta pertolongan cemas: 1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. 2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. 3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. 4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Upload: wong-wei-han

Post on 11-Nov-2015

83 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuana) Membuat penilaian keadaan, Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat. Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan. Dapat menilai keterukan/keparahan mangsab) Membuat diagnosa mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan keatas kecederaan mangsa.c) Memberi rawatan sementara menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk.d) Membuat dan memberi laporan mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran danr awatan yang telah dilakukan keatas mangsa.Peringatan !!! Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk. Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidaks edarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat. Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera. Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah. Berikerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.Tindakan serta merta pertolongan cemas:1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas1. Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.2. Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman.3. Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tida kbergerak.4. Elak mangsa dari mengalami renjatan.5. Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.6. Atur bantuan agar mangsamen dapat rawatan perubatan.Peti Pertolongan CemasPertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdir idari satu siriteknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Antara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas.

Peti Pertolongan Cemas

Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya untuk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.

BILPERKARAKEGUNAAN

1.Triangular bandage (kain anduh)Untuk mengampu bahagian kecederaan/ kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang didapati ada kepatahan tulang

2.Sterile eye padMelindung mata yang tercedera/terkena bendasing

3.Non-sterile gauzeSterile gauze

Melakukan pencucian/pembebat luka Membuat balutan/ memberi tekanan pada perdarahan dan menstabilkan kepatahan

4.Elastic bandage/crepe bandageRoller bandage

Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/untuk membalut luka dan juga kecederaan ringaneg.Dislocation (terseliuh)

5.Glove-disposable/nonsterile

Melindungi diri dari sebarang cecairbadan/sumber jangkitan

6.ScissorMemotong gauze /bandage

7.Adhesive tapeMelekatkan balutan dan pembebat

8.Sterile multi-trauma dressing/gauzeMelakukan pencucian/pembebatan luka

9.Alcohol prep padsMencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka sebelum membalut.

10.Cotton budsMencuci luka pada kawasan sukar

11.Acriflavine (ubat kuning)Untuk antiseptic

12.Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%)Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar

13.LMS solution (minyak kuda)Melegakan kesakitan otot

ANDUH DAN BALUTANJENIS ANDUH Anduh Besar Anduh Kecil Anduh Pergelangan Tangan Anduh Menaik

ANDUH BESAR ANDUH MENAIK

PEMBALUT CINCINTerdapat 5 jenis balutan anduh: Anduh lengan Anduh kepala Anduh lutut atau siku Anduh pergelangan tangan Anduh tapak kaki

Kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :

ANDUH LENGAN. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera . Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.

ANDUH LUTUT Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera . Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) . Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .

ANDUH KEPALA. Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala . Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila . Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .

ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI. Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. 1 .) Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah) Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut .

BALUTAN Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan

JENIS KAIN PEMBALUT Pembalut Tiga Segi Pembalut Lebar Pembalut Kecil Pembalut Gulung

Lipatan Tiga Segi

JENIS BALUTAN LUKA Luka Tangan Luka Dada Luka Bahu Luka Peha Luka Siku Luka Lengan Luka Lutut Luka Jari

BALUTAN LUKA TANGAN

BALUTAN LUKA DADA

BALUTAN LUKA BAHU

BALUTAN LUKA PEHA

BALUTAN LUKA SIKU

BALUTAN LUKA LUTUT

BALUTAN LUKA LENGAN

BALUTAN LUKA JARI

TAJUK 9 AsasPertolonganCemas Merawat luka, gigitan Melecur, pitam, patah

Anduh dan balutan digunakan sekiranya:

LUKA TUSUKANLuka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan lain-lain. Ia biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk. Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut.

TERKENA SELUMBARCara merawat: Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk: Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian yang luka.Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulangkan membasahkannya supaya sejuk.

MERAWAT LUKALuka seperti terpotong, terhiris atau melecet.Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.. Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.

MELECURCuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat. Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amat pedih berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk mengurangkan sakit.

GIGITANDigigit Hama rumputHama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat.Rawatan:

1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak.4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti-histamine.

Digigit lintah dan PacatJangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan tertinggal pada kulit.Rawatan:

1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya.2. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit.3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu keras ataupun dengan minyak anti-histamine.4. Tutup dan balut dengan pembalut kering.

Dipatuk UlarGigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang digigit dan bisa.Rawatan:

1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah kejantung. Jangan ikan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki.2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada luka.3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotong ke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu.4. Longgarkan ikatan tourniquet selama minit tiap-tiap jam5. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup.6. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas.7. Jika ia tidak bernafas Bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan.8. Hantar ke rumah sakit yang terdekat9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan.

Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu. Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itu tidak beracun meskipun tertelan.

PitamAdalah disebabkan oleh:1 Tidak cukup gantian udara di dalam bilik2 Terlalu lapar atau terlalu kenyang3 Mendapat khabar yang mengejutkan4 Darah keluar terlalu banyak5 Melihat kejadian yang ngeri atau mencium bau yang busuk.

Tanda:Mukanya pucat, pening, denyutan nadi lemah dan bernafas dengan deras.

Cara mengatasi:1. Longgarkan pakaiannya pada leher, dada dan pinggang.2. Dudukkan dan bongkokkan kepalanya masuk ke celah lutut atau baringkan.3. Beri cukup udara atau mengipas4. Jika sedar beri minuman panas5. Berehat ditempat yang redup jika diluar rumah.Jika disebabkan oleh lapar beri makanan yang ringan dahulu seperti biskut dan roti.

PengsanPengsan atau tidak sedarkan diri, selalunya disebabkan oleh fungsi saraf otak yang tidak berjalan dengan betul. Ini boleh disebabkan oleh:6 Kekurangan darah dalam otak, pitam, rebah, terkejut atau terlalu panas.7 Kekurangan oksigen dalam darah apabila pernafasan tergendala.8 Otak tercedera9 Penyakit dalam otak.

Cara merawat:1. Jika mukanya merah, angkatkan muka dan bahunya. Jika mukanya pucat baringkan ia.2. Bubuh benda yang lembut di bawah kepalanya3. Tahankan semua darah yang keluar, melainkan darah keluar dari telinga.4. Longgarkan pakaiannya dileher, dada dan dipinggang5. Beri kemudahan supaya ia dapat bernafas dengan senang iaitu kepala dipalingkan, lehernya lurus, dagu terkedepan, mulut tidak digalang, buangkan buih atau darah daripada mulutnya dan tanggalkan gigi palsunya jika ada.6. Jika ia bernafas dengan kuat, baringkan pesakit itu secara terlangkup.7. Elakkan daripada dikerumun, letakkan ditempat yang laqpang dan banyak udara.8. Selimutkan tetapi jangan terlalu panas.9. Jangan diberi makan atau minum selagi belum sedar.10. Panggil doctor dengan segera.

TAJUK 10 AsasPertolonganCemas Keracunan, terseliuh Pemulihan pernafasan

KERACUNAN Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap paa kulit dan mata.

Tanda- tanda Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun: Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah. Daya sedar yang lemah. Rasa sakit dan perit yang membakar. Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran. Latar belakang pendedahan/tertelan Cirit-birit Pening kepala dan demam. Tanda-tanda renjatan. Perut sakit dan kejang.

Rawatan Awal Keracunan Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya. Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu. Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum. Tunggu arahan dan bertindak segera. Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan. Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan. Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum air atau susu sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuan perubatan.

TERSELIUH

Tanda-tanda dan gejala

Rasa kesakitan pada sendi itu. Bengkak Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera.

Rawatan Letak beg ais pada sendi yang cedera Tinggikan bahagian yang tercedera. Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa. Ampu bahagian yang tercedera. Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan.

1.0 PEMULIHAN PERNAFASAN

Asfiksia ( Terhenti pernafasan) Asfiksia adalah satu keadaan di mana system pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tius-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi.

Punca punca Asfiksia Lemas Keracunan gas dan asap yang merbahaya. Tersekat saluran udara tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-benda asing lain. Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam. Ketika tidak sedarkan diri. Disambar petir atau kilat Terhimpit dada runtuhan tanah. Serangan penyakit Termakan racun.

Tanda tanda Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susahbernafas, dan akhirnya terhenti. Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. Kebanyakkannya menyebabkan tidak sedarkan diri.

Peraturan Am Memulihkan Asfiksia. A Airways (saluran pernafasan) Terbuka atau tersekat Keluarkan bendasing seperti gigi palsu,rumput, tanah, bahan mentah daripada mulut jika ada.

B Breathings ( pernafasan ) Boleh bernafas atau tidak Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.

C Circulation ( peredaran darah ) Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak. Jika tiada, lakukan pemulihan CPR ( Cardio-pulmonary Resuscitation) ( pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)

Jenis jenis Pemulihan Pernafasan I. Pemulihan pernafasan mulut ke mulut.II. Pemulihan pernafasan Holgen NielsonIII. Pemulihan pernafasan mulut ke hidung.IV. Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada ( external cardiac compression)V. Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR

Latihan esei1. Apabila anda balik dari tempat kerja dan anda terjumpa satu kemalangan di depan anda. Jelaskan apakan tindakan anda apabila menghadap isituasi pada masa itu.