documentm

2
Nasionalisme dan Internasionalisme Rabindranath Tagore (1861-1941), seorang ahli falsafah dan penyair dari India, berasal daripada keluarga Brahmin yang kaya. Beliau mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian, dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatu proses yang dapat menyara hidup seseorang individu, dinamik serta realistik, iaitu tidak semata- mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah orang yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap internasionalime yang positif. Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunya falsafah pendidikan (1984),menyenaraikan idea-idea penting yang terkandung dalam falsafah pendidikan Rabindranath Tagore untuk membentuk kesempurnaan manusia seperti berikut: Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap, dan berkemahiran. Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan cergas, berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas.

Upload: mohd-syukur-abdullah

Post on 05-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ED

TRANSCRIPT

Page 1: Documentm

Nasionalisme dan Internasionalisme

Rabindranath Tagore (1861-1941), seorang ahli falsafah dan penyair dari India,

berasal daripada keluarga Brahmin yang kaya. Beliau mentafsirkan pendidikan sebagai

proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya

mencapai segala aspek kehidupan, seperti aspek fizikal, intelek, moral dan kerohanian,

dengan penuh bermakna. Mengikut beliau, pendidikan harus menjadi suatu proses

yang dapat menyara hidup seseorang individu, dinamik serta realistik, iaitu tidak

semata-mata terikat kepada buku, tetapi harus dihubungkaitkan dengan pengalaman

kehidupan manusia. Seorang yang berpendidikan dengan erti kata sebenar ialah orang

yang bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga

tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk

berkhidmat kepada masyarakat dan negara, serta berpandangan dengan sikap

internasionalime yang positif.

Sharifah Alwiyah Alsagoff, dalam bukunya falsafah pendidikan

(1984),menyenaraikan idea-idea penting yang terkandung dalam falsafah pendidikan

Rabindranath Tagore untuk membentuk kesempurnaan manusia seperti berikut:

Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal

secara am, cekap, dan berkemahiran.

Pendidikan intelek adalah bertujuan supaya fikiran sentiasa ingin tahu dan

cergas, berpandangan saintifik, jelas, berani, dan bebas.

Pendidikan kerohanian adalah bertujuan menyedarkan diri melalui bersimpati

sepenuhnya, iaitu kesedaran kerohanian universal yang paling tinggi dan

menembusi semua kehidupan, tumbuhan, haiwan, dan manusia. 

Pendidikan realistik ialah pendidikan yang tidak semata-mata terikat kepada

buku dan berhubung dengan hidup.

Pendidikan harus hidup dan dinamik, bukan mekanik dan tidak bermaya.

Pendidikan dalam perkara-perkara semulajadi adalah bertujuan membentuk

perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun-tahun

awal formatif.

Page 2: Documentm