m2 peranan badan peristilahan.ppt

19
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia PERANAN BADAN-BADAN PERISTILAHAN (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY) MINGGU 2

Upload: vijayaletchumysubram

Post on 10-Aug-2015

278 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

PERANAN BADAN-BADAN PERISTILAHAN

(PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

MINGGU 2MINGGU 2

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

KONSEP PERISTILAHAN

PUPI: Istilah ialah kata atau gabungan kata yang dengan jelas menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Contoh: hablur, medan magnet dan metamorfosis.

SULAIMAN MASRI: Istilah ditakrifkan sebagai suatu lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematis, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu dan bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan jawatankuasa istilah bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

KAMUS LINGUISTIK

Istilah sebagai kata atau gabungan kata yang dengan cermat mengungkapkan konsep, proses, keadaan sifat yang khas dalam bidang tertentu.

UMUM

peristilahan ialah satu proses membentuk golongan kata yang mengandungi sesuatu konsep yang khas dalam bahasa tertentu dan bentuknya disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang tertentu.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ( DBP )

LATAR BELAKANG DBP ditubuhkan bermula dari Balai Pustaka yang diwujudkan

di Kementerian Pendidikan pada 22 Jun 1956. Ia kemudian diubah menjadi DBP dan ditempatkan di Johor

Bahru. Pada tahun 1959, DBP berpindah ke Kuala Lumpur selepas

berkuatkuasanya Ordinan DBP 1959 dan DBP sebagai sebuah organisasi terus menerus berkembang.

Pada tahun 1962, DBP terpaksa berpindah ke sebuah bangunan yang lebih besar setelah perkembangan organisasi ini dianggap pesat.

DBP ditubuhkan sebagai institusi yang menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ( DBP )

Bertanggungjawab memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu dengan melaksanakan aktiviti kebahasaan yang tercakup dalam perancangan bahasa.

Membina bahasa dari segi mencipta istilah, menggubal sistem ejaan yang standard dan menyusun tatabahasa yang standard.

Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Membakukan ejaan dan sebutan serta menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku, risalah dan bentuk-bentuk persuratan yang lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.

Mengundang dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk sejumlah ‘research fellows’ yang terdiri daripada para penulis, penyelidik dan pemikir untuk menghasilkan karya dalam pelbagai bidang.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Mengawal mutu semua buku terbitan DBP dibawah seliaan Bahagian Editorial DBP.

Mengusahakan penulisan dan penerbitan ensiklopedia Malaysia dan tesaurus dalam bahasa Melayu.

Menjalankan usaha merancang dan membina bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi penggunaan sistem pendidikan dan sistem pentadbiran.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU ( JKTBM )

LATAR BELAKANG Nama asal jawatankuasa ini ialah Jawatankuasa

Tetap Bahasa Malaysia ( JKTBM ). Ia ditubuhkan pada Disember 1972 sebagai penasihat

tertinggi mengenai bahasa bagi membantu usaha DBP.

Ia dapat dianggap sebagai badan tertinggi dalam usaha pembinaan bahasa Melayu setakat ini.

Ia banyak memberi sumbangan positif melalui pakar-pakar bahasa yang mengganggotai jawatankuasa ini.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Pada tahap awal, tujuan JKTBM adalah untuk mewakili Malaysia dalam usaha kerjasama bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru dengan Indonesia.

Usaha ini berhasil dan dipertingkatkan kemudiannya yang tugasnya mencakupi pula aspek peristilahan dan dianggap sebagai badan tertinggi dalam pembentukan istilah bahasa Melayu.

Antara usaha JKTBM adalah menghasilkan PUPI. Ia diberi kuasa untuk mewakili Malaysia dalam

kerjasama kebahasaan iaitu dalam MABBIM bermula pada tahun 1972.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra MalaysiaPERANAN JAWATANKUASA

TETAP BAHASA MELAYU ( JKTBM )

Mengkaji istilah-istilah untuk melihat sama ada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh MABBIM dipatuhi atau tidak.

Membahaskan sebarang isu yang mungkin timbul daripada peringkat-peringkat istilah daripada mana-mana bidang akademik.

Menapis dan meluluskan istilah yang hendak dikemukakan dalam Sidang MABBIM.

Menyusun pedoman ejaan Rumi bahasa Melayu dan PUPI dalam bahasa Melayu.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

JAWATANKUASA ISTILAH ( JKI )

LATAR BELAKANG Proses pembentukan istilah bahasa Melayu bermula

pada tahun 1957 dengan penubuhan JKI yang pertama iaitu JKI Kerajaan pada 15 Januari 1957.

JKI ini menggubal istilah-istilah untuk kegunaan kerajaan seperti nama kementerian, jabatan, pangkat, jawatan, borang dan nama surat.

DBP telah menubuhkan JKI iaitu JKI Kerajaan dan Perjawatan dan JKI Sains Am untuk membentuk istilah bahasa Melayu bagi kegunaan buku-buku teks.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Apabila DBP berpindah ke Kuala Lumpur, tiga lagi JKI ditubuhkan iaitu JKI Pertanian ( 27 Mei 1958 ), JKI Fizik dan JKI Perhutanan ( 31 Septeber 1958 ).

Pada akhir tahun 1971, terdapat 35 buah JKI dan dalam tempoh 1957 hingga tahun 1973, beberapa JKI telah dibubarkan atau digabungkan dengan JKI lain berdasarkan kepentingan dan peranannya serta beberapa JKI ditubuhkan dengan kerjasama atau atas permintaan badan atau jabatan atau institusi lain.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

PERANAN JAWATANKUASA ISTILAH ( JKI )

Membentuk istilah untuk bahasa Melayu. Menyebarkan istilah. Menyelaraskan istilah. Mendokumentasian istilah dalam Pangkalan Data Istilah atau

Bank Istilah.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra MalaysiaPEDOMAN UMUM

PEMBENTUKAN ISTILAH ( PUPI )

LATAR BELAKANG PUPI diterbitkan oleh DBP pada tahun 1975. PUPI adalah hasil usaha MBIM yang mengambil masa

tiga tahun untuk dibentuk bagi membantu pembentukan istilah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

PUPI dibentuk dengan sumbangan pakar ilmu dan ahli bahasa kedua-dua buah negara dengan berpandukan amalan antarabangsa.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Perisytiharan rasmi penggunaan PUPI dibuat oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 30 Ogos 1975.

PUPI adalah pedoman yang umum tentang kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membentuk istilah dalam segala bidang ilmu.

Bagaimanapun, ada bidang-bidang ilmu yang memerlukan pedoman yang lebih khusus dan oleh itu pedoman tambahan disediakan oleh JKI bidang yang terlibat.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

PERANAN PEDOMAN UMUM PEMBENTUKAN ISTILAH ( PUPI )

Memperluaskan dan mempermantap kaedah dan amalan pembentukan istilah yang telah digunakan secara sedar atau tidak sedar.

Menyusun istilah dengan cara yang berkesan. Memberi panduan kepada penggubal dan pengguna

bahasa menggubal istilah berasaskan sistem ortografi, morfologi dan fonologi bahasa Melayu.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM – INDONESIA – MALAYSIA ( MABBIM )

LATAR BELAKANG MABBIM adalah badan penerus MBIM yang

ditubuhkan pada tahun 1972. Ia adalah badan perancang diperingkat supranasional

yang ditubuhkan berdasarkan persetujuan bersama antara Menteri Pendidikan Malaysia dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia pada tahun 1972.

MBIM mengadakan dua kali sidang dalam setahun iaitu di Malaysia dan Indonesia.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

Pada tahun 1985, anggota MBIM dibesarkan lagi dengan memasukkan Brunei menjadi anggotanya yang ketiga dan nama MBIM berubah kepada MABBIM dan Singapura menjadi negara pemerhati dalam sidang-sidang MABBIM.

Bentuk sidang MABBIM ditukar kepada setahun sekali dan sidang kedua diisi oleh Sidang Pakar MABBIM.

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

PERANAN MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM – INDONESIA – MALAYSIA ( MABBIM )

Mengusahakan kegiatan kebahasaan melalui perekayasaan bahasa, penulisan ilmiah dan kreatif serta penerbitan.

Mengadakan pertemuan kebahasaan yang mendukung usaha pemodenan bahasa kebangsaan atau rasmi negara anggota.

Menganjurkan kegiatan yang dapat meningkatkan kelancaran komunikasi masyarakat antara negara anggota.

Menghasilkan pedoman dan panduan untuk pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan atau rasmi negara anggota.

.