m13-istiadat

34
NUR SYAFIQA BINTI ISHAK NURSUHADA BINTI HAMZAH NURUL NADHIRAH BINTI RUSDIN ISTIADAT KRS

Upload: wei-yi

Post on 11-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KRS

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

NUR SYAFIQA BINTI ISHAKNURSUHADA BINTI HAMZAHNURUL NADHIRAH BINTI RUSDINISTIADAT KRS

ISTIADAT PERHIMPUNANPERSIAPAN TEMPATALATANPENTASPentas merupakan wajah kepada majlis yang diaturkan.KERUSI VIPKerusi VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut kekananBACKDROP DAN HIASAN PENTASBackdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop ditengahtengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada keseluruhan kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo, gambar atau warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh tetamu kabur warna.MEJA HADIAHKedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan juga meja meletak hadiah (selepas penerima menerima hadiah) pada kedudukan kiri (menghadap pentas) di bawah pentas.PERSIAPAN TEMPATALATANPENERANGANBENDERAKedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentasatau pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas.Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang betul.KEDUDUKAN KERUSI TETAMUKedudukan kerusi tetamu hendaklah di susun mengikutkeluasan dewan dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungibilangan kerusi yang sama banyak. Terdapat ruang berjalan padabahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi setiap kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan dewan (menghadap pentas) dengan jumlah yang mencukupi mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir.KEDUDUKAN KERUSI PESERTAKedudukan kerusi peserta-peserta kursus hendaklah padakedudukan di belakang kedudukan kerusi tetamu khas manakala tetamu biasa boleh diletakkan pada bahagian belakang selepas peserta-peserta kursus.PERSIAPAN TEMPATTATACARA PERHIMPUNANIanya hendaklah disusun dengan betulMajlis pembukaan rasmi atau penutupan rasmi mempunyai tatacara yang sama. Hanya sedikit perbezaan daripada segi kandungan acaranya.TATACARA PERHIMPUNANKetibaan tetamu jemputanKetibaan tetamu kehormat (VIP)Ketibaan Tetamu UtamaTabik hormat dan nyanyian lagu KRS.LaporBacaan doa.Ucapan-ucapan.Penyampaian sijil dan lain-lainPenyampaian CenderamataNyanyian lagu kebangsaan.Ketua perbarisan melaporTetamu utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu meninggalkan majlis.JamuanBersuraiTATACARA PERHIMPUNAN1.KETIBAAN TETAMU JEMPUTANPeserta kursus mengambil tempat duduk yang disediakan.Para tetamu jemputan mengambil tempat duduk masing-masing yang telah disediakan di bahagian hadapan tempat duduk peserta kursus.Tetamu-tetamu lain mengambil tempat duduk di bahagian belakang selepas tempat duduk peserta.2. KETIBAAN TETAMU KEHORMAT (VIP)Ketibannya diumumkan oleh juruacara.Tetamu dibawa ke pentas hormat dan diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat.3. KETIBAAN TETAMU UTAMAKetibaan tetamu utama (VVIP) akan diiringi oleh jawatankuasa penyambut tetamu.Boleh diiringi paluan kompang, bunga manggar, persembahan silat dan sebagainya yang sesuai dan tidak memakan banyak masa.Ketibannya diumumkan oleh juruacara sebaik sahaja berada dipintu masuk atau tempat yang hampir dengan kedudukan majlis.

4. TABIK HORMAT DAN NYANYIAN LAGU KRSTetamu utama (VVIP) dibawa naik ke pentas hormat untuk menerima tabik hormat daripada ketua perbarisan.Ketua perbarisan mengarahkan supaya semua yang ada di dalam dewan untuk bangun bagi majlis yang diadakan di dalam dewan. Jika majlis diadakan di luar dewan maka semua hendaklah berdiri sedia.Lagu pasukan (KRS) dinyanyikan beramai-ramai dengan minus-one.5. LAPORKetua perbarisan akan melapor sebaik sahaja nyanyian selesai.6. BACAAN DOADoa akan dibaca sebagai tanda memulakan majlis.Teks doa hendaklah disediakan dan sesuai dengan majlis.7. UCAPAN-UCAPANTerdapat beberapa ucapan dalam bahagian ini iaitu ucapan pengacara majlis, ucapan tetamu VIP dan tetamu VVIP.

Ucapan pengacara majlis adalah ringkas untuk mengalu-ngalukan kehadiran semua tetamu dan menjelaskan mengenai nama program, tujuan program, masa atau tarikh program dan kehadiran peserta.

Tetamu kehormat (VIP) juga boleh dijemput untuk menyampaikan ucapan sebagai wakil tuan rumah atau pengelola.

Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk memberikan ucapan. Beliau juga boleh dijemput untuk membuka rasmi atau menutup rasmi kursus pada akhir ucapannya. 8. PENYAMPAIAN SIJIL DAN LAIN-LAINTetamu utama (VVIP) boleh dijemput untuk menyampaikan sijil dengan diiringi oleh tetamu kehormat, pegawai pengelola, pengerusi atau yang sesuai.

Tetamu kehormat juga boleh dijemput untuk menyampaikan sijil bagaimanapun gilirannya hendaklah disusun dengan betul iaitu penyampaian di akhiri dengan tetamu utama (VVIP).9. PENYAMPAIAN CENDERAMATAPenyampaian cenderamata hendaklah dilakukan mengikut urutan. Pegawai paling kanan atau tetamu utama (VVIP) adalah yang terakhir menerimanya.

Jika tiada acara lain, pengacara majlis akan memberi isyarat bahawa acara majlis akan berakhir seperti "majlis kita sudah sampai ke penghujung, majlis kita sudahpun hampir berakhir" atau katakata lain yang bersesuaian. Tujuannya supaya ketua perbarisan sedia untuk menjalankan tugas seterusnya.10. NYANYIAN LAGU KEBANGSAANKetua perbarisan mengarahkan semua untuk bangun jika majlis di dewan dan berdiri sedia jika majlis di luar dewan.Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan beramai-ramai dengan iringan minus-one.11. KETUA PERBARISAN MELAPORTetamu utama (VVIP) dijemput naik ke pentas hormat.Ketua perbarisan memberi tabik hormat seterusnya melapor dan memohon untuk `menjalankan tugas yang lain.Perbarisan dikehendaki menunggu sehingga VVIP, VIP dan tetamu yang lain beredar sebelum melaksanakan tugas yang seterusnya.12. TETAMU UTAMA (VVIP), TETAMU KHAS (VIP) DAN TETAMU MENINGGALKAN MAJLISTetamu utama (VVIP) dan tetamu kehormat (VIP) akan dibawa oleh jawatankuasa majlis ke tempat jamuan.

Jika ada acara lain seperti bergambar, melawat pameran, menanam pokok dan sebagainya boleh dilaksanakan pada ketika ini sebelum semua tetamu dibawa tempat jamuan.13. JAMUANTempat jamuan hendaklah disediakan dengan sempurna sama ada secara hidang atau buffet.Jamuan ini dalam situasi tidak formal tetapi tersusun dan kemas.Meja untuk letak cap, peak cap, topi, beret, tongkat, beg tangan dan sebagainya hendaklah disediakan di tempat yang sesuai.14. BERSURAISetelah selesai semua acara.PENTAULIAHANIstiadat Pentauliahan Dalam Kadet Remaja SekolahMajlis pentauliahan adalah satu majlis rasmi yang memerlukan perancangan dan perlaksanaan berdasarkan protokol dan istiadat rasmi.

Majlis pentauliahan terbahagi kepada tiga keadaan majlis.Majlis di dalam dewanMajlis di luar dewanMajlis di dalam pejabatKebiasaannya, majlis ini diadakan di dalam dewan khususnya bagi kumpulan penerima yang ramai. Majlis boleh juga diadakan di padang kawad atau kawasan lapang.

Majlis pentauliahan dalam pejabat pula diadakan jika penerimanya tidak ramai atau sebagai majlis istimewa kepada penerima tauliah atau sijil berkenaan.PelaksanaanMajlis Di Dalam Dewan

Persiapan tempat:

Pentas :Susun atur pentas perlu dilakukan dengan betul bagi menggambarkan pengetahuan, pengalaman dan ilmu yang berhubungkait dengan istiadat.

Kerusi Tetamu Utama dan Tetamu Khas (VVIP dan VIP):Kerusi tetamu utama dan tetamu khas hendaklah disusun dengan betul bagi menunjukkan kekananan jawatan

Bendera:Susunan bendera hendaklah dibuat mengikut kedudukan yang betul. Terdapat beberapa untuk mengibarkan bendera seperti bendera pada satu tiang, tiga tiang dan bendera-bendera negeri.

B. Aliran Naik Turun Pentas:Peserta yang akan naik ke pentas untuk menerima tauliah atau sijil hendaklah secara kumpulan. Biasanya kumpulan-kumpulan ini di bentuk berdasarkan barisan pada setiap kolum. Setiap penerima sijil dalam kolum barisan akan bergilir-gilir seorang demi seorang naik ke pentas mengikut masa yang betul. Satu baris penerima sijil akan naik ke pentas seorang demi seorang

C. Tatacara menerima sijil, tauliah atau pangkat di atas pentas:

Penerima sijil dikehendaki berjalan mengikut laluan yang ditanda. Apabila berada di hadapan untuk menerima sijil, penerima hendaklah melakukan kawad selaku terima iaitu hormat, membuat satu langkah ke hadapan, bersalam dan menerima sijil. Selepas menerima sijil hendaklah mengucapkan terima kasih. Ketika beredar, melakukan satu langkah undur ke belakang, memberi hormat, berpusing ke kiri dan terus berjalan keluar turun pentas.

Majlis Di Luar DewanSecara keseluruhannya yang dapat kita lihat tatacara dan tertib istiadat pentauliahan bagi keadaan majlis di luar dewan adalah sama bagi majlis di dalam dewan.- Tetapi terdapat sedikit perbezaan:Kedudukan Penerima Tauliah, Sijil atau Kenaikan Pangkat:a. Berseorangan b. Berkumpulan

Majlis Dalam PejabatHampir kesemua tertib dan tatacara majlis dalam pejabat adalah hampir sama dengan tertib dan tatacara bagi majlis dalam dewan dan dan majlis di luar dewan.

Penyampai Hadiah:Penyampai sijil atau hadiah adalah merupakan tetamu utama (seorang sahaja.sahaja). Jika penerima sijil terlalu ramai, maka hendaklah ada masa rehat 5 minit untuk pemberi sijil duduk sebentar. Semasa rehat ini, bolehlah diadakan selingan seperti permainan muzik gamelan atau tambor.B. Pembawa dulang:

Pembawa dulang hendaklah terdiri daripada tiga orang petugas. Orang pertama ialah orang yang membawa dulang dan menghulurkan sijil kepada pemberi hadiah. Sebelum memberi hadiah, petugas pertama ini hendaklah memberi hormat (sekali) sama ada tabik hormat sebaik sahaja berada di hadapan pemberi hadiah. Kedudukan semasa menghulur sijil atau hadiah ialah menghadap ke arah kanan pentas. Orang kedua akan bersedia memberikan sijil atau hadiah kepada orang pertama manakala orang ketiga berada di meja hadiah untuk menyusun dan memastikan sijil atau hadiah yang disampaikan itu betul. Selepas selesai memberi hadiah, orang pertama akan memberikan sekali lagi hormat atau tunduk kepada pemberi hadiah, sijil atau pangkat.

C. Sijil, Tauliah dan Pangkat:

Kertas sijil atau tauliah hendaklah dimasukkan dalam skrol. Jika tidak ada skrol maka kertas sijil itu hendaklah digulung dan diikat kemas menggunakan riben. Bagi pemakaian pangkat, appuleete dan pangkat hendaklah terlebih dahulu disediakan. Bagi pangkat yang perlu dilekatkan di bahu, maka hendaklah disediakan pin pelekat yang siap dijahit untuk memudahkan pangkat dilekatkan.Istiadat Menaik BenderaKadetPegawai KomanderSUSUN ATUR MAJLISNyanyian lagu.Bacaan doa.Ketua kadet melapor kepada pegawai bertugas.Laporan dari pegawai bertugas. Penyerahan buku kepada pegawai bertugas yang seterusnya. Taklimat daripada pegawai bertugas.Majlis bersurai.

TERIMA KASIH