istiadat perlantikan pengakap kanak

10
Seorang kanak-kanak akan disahkan sebagai seorang ahli Pergerakan Pengakap setelah melalui satu istiadat yang serupa bagi seluruh dunia. Istiadat itu dijalankan:- - dalam perkataan dan upacara yang mudah. - khusyuk (dignified) dan syahdu. - ikhlas dari segi perlantikan kanak- kanak dan pemimpin yang berkenaan. ISTIADAT PERLANTIKAN PENGAKAP KANAK- KANAK

Upload: vinnes

Post on 16-Jan-2016

429 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak

Seorang kanak-kanak akan disahkan sebagai seorang ahli Pergerakan

Pengakap setelah melalui satu istiadat yang serupa bagi seluruh dunia.

Istiadat itu dijalankan:-

- dalam perkataan dan upacara yang mudah.

- khusyuk (dignified) dan syahdu.

- ikhlas dari segi perlantikan kanak-

kanak dan pemimpin yang berkenaan.

ISTIADAT PERLANTIKAN PENGAKAP KANAK-

KANAK

Page 2: Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak

Harus diingat bahawa Pengakap akan menilai perlantikannya dari segi

penampilan persediaannya dan cara istiadat itu dilaksanakan.

Prosedur adalah seperti berikut:-

Semua yang membantu istiadat tersebut haruslah faham peranan masing-masing.

Adakan raptai kalau perlu (tanpa kehadiran ahli baru itu).

Pemimpin janganlah menggunakan buku rujukan. Teks biasa janganlah diubah.

Kalau diadakan di dewan, dewan itu mestilah dibersihkan dan alatan dewan

diketepikan. Tugas ini dijalankan oleh patrol yang bertugas.

Jika diadakan di perjumpaan Troop, istiadat patutlah diadakan di peringkat awal.

Lebih baik dijalankan di tempat luas atau terbuka.

Page 3: Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak

Pemimpin hendaklah mempunyai tauliah.

Pengakap itu patut dilantik oleh Pemimpin Kumpulan. Perlantikan adalah perkara

peribadi antara Pemimpin dengan Pengakapnya.

Cadangan untuk mengadakan istiadat itu hendaklah diberitahu kepada Troop

atau PEK pada perhimpunan sebelumnya dan semua keperluan hendaklah

disediakan.

Page 4: Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak

1. PEK berada dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan. Penolong

Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang tiang bendera. PEK berdiri dalam keadaan

sedia.

2. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.

3. Ketua Sekawan yang berkenaan membawa ahli baru itu berdiri di hadapan AKELA.

Selepas itu, Ketua Sekawan balik ke tempatnya.

4. Serentak dengan itu, Penolong Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di

sebelah AKELA dengan membawa topi, sekaf dan lencana keahlian.

5. AKELA : "Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak?"

PKK Baru : "Ya, AKELA."

ISTIADAT MELANTIK PENGAKAP KANAK-KANAK

Page 5: Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak

AKELA : "Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap"

PKK Baru : "Ya, AKELA."

6. AKELA melafazkan Persetiaan Pengakap dan diikuti oleh PKK baru itu:-

"Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya dengan

seberapa daya upaya saya akan:-

- Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,

- Menolong orang pada setiap masa,

- Menurut Undang-Undang Pengakap"

7. AKELA berjabat tangan dengan Pengakap Kanak-Kanak yang baru dan berkata:-

"Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu

sekarang adalah seorang Pengakap Kanak-Kanak dan seorang ahli dalam

Persaudaraan Pengakap Sedunia."

8. AKELA menyematkan lencana keahlian, menyarungkan sekaf dan memakaikan topi

kepada Pengakap Kanak-Kanak itu.

9. Pengakap Kanak-Kanak memberi tabik hormat kepada AKELA. Kemudian PKK itu

berpusing dan memberi hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda

mengalu-alukan PKK (Adik baru) ke dalam PEK.

Page 6: Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak

10. Ketua Sekawan berkenaan membawa Pengakap Kanak-Kanak baru itu dan

memperkenalkannya kepada Sekawan itu.

11. Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai Pengakap

Kanak-Kanak tersebut.

12. Sekiranya semua Sekawan adalah ahli baru, maka istiadat perlantikan diadakan

dalam dua peringkat. Ketua Sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli lain dilantik

kemudian.

*Peringatan: Ibu bapa PKK baru boleh dijemput untuk menyaksikan istiadat ini.

Page 7: Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak

CONTOH GAMBAR ISTIADAT MELANTIK PENGAKAP

KANAK-KANAK

Page 8: Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak
Page 9: Istiadat Perlantikan Pengakap Kanak

ISTIADAT MELANTIK