literatur penglibatan ibu bapa

9
1.0 Pengenalan Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak bukanlah satu agenda baru dalam bidang pendidikan di Malaysia. Namun begitu, anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 masih meneruskan usaha untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa melalui pelaksanaan Sarana Ibu Bapa. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2011), seorang pelajar memperuntukkan 53% masa di rumah, 33% untuk tidur dan hanya 14% di sekolah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tempoh masa pelajar bersama ibu bapa adalah lebih panjang berbanding di sekolah. Zulkefli Abd Hamid et al. (2011) menyatakan bahawa untuk menghasilkan remaja yang mempunyai pencapaian yang tinggi, faktor ibu bapa adalah penentu yang paling utama. 2.0 Penyataan Masalah Menurut Rozumah Baharudin (2001), masalah kepincangan peranan keluarga banyak mempengaruhi serta menjejaskan pendidikan anak-anak mereka. Selain dari itu, kurangnya sikap tanggungjawab di kalangan ibu bapa menyumbang kepada kegagalan dari segi pengawalan dan penekanan terhadap pengaruh dan gejala luar yang semakin mencabar pada masa kini. Ibu bapa seharusnya menjadi contoh yang terdekat kepada anak-anak dalam keluarga mahu pun dalam masyarakat. Kegagalan ini bukan sahaja akan mempengaruhi keperibadian anak-anak mereka malah mempengaruhi proses pembelajaran yang berlaku secara terancang dan tanpa disedari. Kebergantungan dan penyerahan tanggungjawab ini kepada pihak lain secara tidak 1

Upload: ikhsan2329

Post on 12-May-2017

239 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Literatur Penglibatan Ibu Bapa

1.0 Pengenalan

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak bukanlah satu agenda baru dalam bidang

pendidikan di Malaysia. Namun begitu, anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025 masih meneruskan usaha untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa

melalui pelaksanaan Sarana Ibu Bapa. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2011),

seorang pelajar memperuntukkan 53% masa di rumah, 33% untuk tidur dan hanya 14% di

sekolah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tempoh masa pelajar bersama ibu bapa adalah

lebih panjang berbanding di sekolah. Zulkefli Abd Hamid et al. (2011) menyatakan bahawa

untuk menghasilkan remaja yang mempunyai pencapaian yang tinggi, faktor ibu bapa adalah

penentu yang paling utama.

2.0 Penyataan Masalah

Menurut Rozumah Baharudin (2001), masalah kepincangan peranan keluarga banyak

mempengaruhi serta menjejaskan pendidikan anak-anak mereka. Selain dari itu, kurangnya

sikap tanggungjawab di kalangan ibu bapa menyumbang kepada kegagalan dari segi

pengawalan dan penekanan terhadap pengaruh dan gejala luar yang semakin mencabar pada

masa kini.

Ibu bapa seharusnya menjadi contoh yang terdekat kepada anak-anak dalam keluarga

mahu pun dalam masyarakat. Kegagalan ini bukan sahaja akan mempengaruhi keperibadian

anak-anak mereka malah mempengaruhi proses pembelajaran yang berlaku secara terancang

dan tanpa disedari. Kebergantungan dan penyerahan tanggungjawab ini kepada pihak lain

secara tidak langsung mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka. Sebagai contoh,

pertembungan budaya di dalam keluarga dengan kurikulum yang dilaksanakan dalam

pendidikan di sekolah akan menimbulkan kecelaruan dalam proses pembelajaran anak-anak.

Keadaan ini seharusnya ditangani oleh para ibu bapa bagi membentuk anak-anak mereka

seiringan dengan kurikulum sekolah yang mempunyai objektif membentuk insan yang

berguna. Pelbagai pihak terutama sekali ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dan

utama di dalam mempengaruhi proses pembelajaran anak-anak mereka.

1

Page 2: Literatur Penglibatan Ibu Bapa

3.0 Objektif Kajian

Objektif kajian-kajian lepas adalah untuk melihat hubungan antara penglibatan ibu bapa

dengan pencapaian akademik pelajar.

3.1 Demografi Ibu Bapa

Yee Pui Leng (2005) pula melihat dari aspek demografi yang lebih luas iaitu bilangan

tanggungan keluarga, pekerjaan ibu bapa, pendapatan serta lokasi tempat tinggal dalam

kajian beliau. Aspek pendapatan ini mempunyai persamaan dengan Azizi Yahaya (2003)

yang melihat faktor ekonomi dalam mempengaruhi pencapaian Bahasa Inggeris. Azizi

Yahaya (2003) juga turut mengkaji faktor lain iaitu sikap dan minat ibu bapa, tahap

pendidikan ibu bapa serta bimbingan oleh ibu bapa itu sendiri. Shahrul Arbaiyah (2008) turut

menilai aspek penglibatan ibu bapa dalam menentukan kecemerlangan akademik pelajar

pekak.

Persekitaran, sumber dan jangkaan ibu bapa merupakan aspek lain yang dikaji untuk

melihat faktor kecemerlangan pelajar pekak. Faktor ibu bapa berkahwin pada usia muda jelas

berbeza dengan kajian-kajian lepas yang lain. Namun Mohamad Johdi Salleh et.al (2009)

mendapati dalam masyarakat orang asli, faktor ini dilihat lebih dominan dalam pendidikan

anak-anak masyarakat orang asli. Faktor kediaman turut menjadi aspek kajian beliau dalam

melihat tahap kesedaran pendidikan dalam kalangan masyarakat orang asli. Faktor ini jelas

tidak dikaji oleh pengkaji lain kerana populasi kajian ini jelas berbeza dengan kajian-kajian

yang lain.

3.1 Dimensi Penglibatan Ibu Bapa

Zulkefli Abd Hamid et al. (2011) menyatakan faktor penglibatan ibu bapa dalam pendidikan

anak-anak adalah penting dari aspek perbincangan, penjagaan dan komunikasi. Selari dengan

Abdul Razak Zakaria (2001) yang melihat interaksi dan komunikasi sebagai penentu

kecemerlangan anak-anak. Menurutnya lagi, amalan keibubapaan juga memberi kesan

kepada pendidikan anak-anak. Berbeza pula dengan Ishak Mad Shah (2004) yang melihat

gaya kepimpinan ibu bapa sebagai penentu kepada kecemerlangan anak-anak.

2

Page 3: Literatur Penglibatan Ibu Bapa

4.0 Metodologi

Kajian-kajian lepas yang berkaitan mempunyai perbezaan dari segi populasi dan

pensampelan. Kaedah kajian juga berbeza antara satu kajian dengan kajian yang lain

4.1 Populasi dan Pensampelan

Kajian-kajian lalu sudah banyak mengkaji penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.

Namun begitu, kaedah pengkajian yang dijalankan adalah berbeza berbeza. Zulkefli Abd

Hamid et al. (2011) telah mimilih pelajar miskin di negeri Selangor sebagai populasi kajian

beliau. Berdasarkan populasi yang telah dikenalpasti, seramai 180 orang pelajar telah dipilh

untuk menjadi sampel kajian. Populasi kajian Abd Razak Zakaria (2011) adalah lebih besar

berbanding kajian Abd Hamid et a.l (2011) kerana melibatkan semua pelajar di negeri

Selangor. Sampel kajian beliau juga jauh lebih besar kerana melibatkan 950 orang pelajar.

Walaupun salah satu aspek kajian mereka adalah sama, namun kaedah pengkajian dari aspek

jumlah sampel dilihat jauh berbeza. Instrumen soal selidik telah menjadi kaedah

pengumpulan data bagi kedua-dua kajian.

Ishak Mad Shah (2004) dan Azizi Yahaya (2003) dalam kajian mereka telah memilih

pelajar sekolah menengah di negeri Johor sebagai populasi. Walaupun populasi bagi kedua-

dua kajian adalah sama, tetapi sampel kajian mereka adalah berbeza. Sampel bagi kajian

Ishak Mad Shah (2004) adalah seramai 687 orang pelajar sekolah menengah manakala

sampel bagi kajian Azizi Yahaya (2003) adalah seramai 130 orang pelajar sekolah menengah

sahaja. Subjek kajian Azizi Yahaya (2004) pula dilihat mempunyai persamaan dengan kajian

Yee Pui Leng(2005). Namun begitu, populasi dan sampel bagi kedua-dua kajian ini adalah

berbeza. Menurut Azizi Yahaya (2004), populasi kajian beliau adalah pelajar sekolah

menengah di negeri Johor manakala Yee Pui Leng (2005) adalah melibatkan pelajar Sekolah

Menengah Dato Syed Omar di Kedah. Shahrul Arbaiyah (2008) dalam kajian beliau

melibatkan hanya lapan orang pelajar pekak yang berjaya dengan ibu bapa pelajar tersebut

sebagai sampel.

4.2 Kaedah Kajian

Menurut Shahrul Arbaiyah (2008)kaedah yang digunakan adalah penyelidikan kualitatif.

Kaedah ini mempunyai persamaan dengan Mohamad Johdi Salleh et al. (2009) yang turut

menggunakan kaedah kualitatif walaupun pada masa yang sama melaksanakan penyelidikan

3

Page 4: Literatur Penglibatan Ibu Bapa

kuantitatif. Mohamad Johdi Salleh et al. (2009) dalam kajiannya telah melibatkan orang asli

daerah Gombak sebagai populasi manakala sampel kajian adalah seramai 30 orang pelajar

orang asli di Sekolah Rendah Darul Falah. Temubual kajiannya pula melibatkan tujuh orang

responden sahaja.

5.0 Dapatan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian-kajian lepas yang berkaitan, dapatan kajian menjawab

hubungan penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak-anak.

5.1 Hubungan Penglibatan Ibu Bapa Dengan Pencapaian Akademik Anak-anak.

Berdasarkan analisis kajian, Zulkefli Abd Hamid et a.l (2011), Azizi Yahaya (2003) dan Yee

Pui Leng (2005) mendapati terdapat hubungan antara penglibatan ibu bapa dan pencapaian

anak-anak. Walau bagaimanapun Zulkefli Abd Hamid et a.l (2011) menyatakan hubungan

perbincangan dan penjagaan ibu bapa terhadap anak-anak adalah pada tahap yang rendah.

Yee Pui Leng (2005) pula mendapati pekerjaan ibu bapa dan tanggungan keluarga tidak

mempengaruhi pencapaian anak-anak. Azizi Yahaya (2003) turut menyatakan faktor ekonomi

keluarga, tahap pendidikan serta bimbingan juga tidak mempunyai hubungan yang signifikan

terhadap pencapaian anak-anak. Menurutnya lagi, hanya faktor sikap dan minat ibu bapa

terhadap pendidikan anak-anak yang mempunyai hubungan yang signifikan terhadap

pencapaian.

Shahrul Arbaiyah (2008) dalam kajiannya terhadap orang pekak mendapati

penglibatan ibu merupakan faktor paling penting dalam kecemerlangan pelajar pekak.

Persekitaran, sumber dan jangkaan ibu bapa terhadap pencapaian anak-anak pula tidak

mempengaruhi kecemerlangan pelajar pekak. Berbeza pula dengan Abd Razak Zakaria

(2011) yang menyatakan penglibatan ibu bapa bukan faktor utama kecemerlangan anak-anak.

Abd Razak Zakaria (2011) mendapati bahawa konteks keluarga lebih memberi kesan kepada

kecemerlangan anak. Kajian terhadap Kesedaran Pendidikan di Kalangan Masyarakat Orang

Asli oleh Mohamad Johdi Salleh (2009) selari dengan Shahrul Arbaiyah yang mendapati

peranan ibu bapa merupakan faktor penting dalam pendidikan anak-anak. Menurutnya lagi

ibu bapa dalam masyarakat orang asli lebih mementingkan kehendak mereka berbanding

keperluan pendidikan anak-anak. Kehendak yang dimaksudkan adalah dari segi material dan

4

Page 5: Literatur Penglibatan Ibu Bapa

bukanlah kehendak dari segi penetapan sasaran pencapaian oleh ibu bapa seperti dalam kajian

Ishak Mad Shah (2004). Sebagai moderator, gaya kepimpinan autoritarian seperti mengawal

segala aspek pembelajaran anak-anak tidak mendorong kepada pencapaian akademik anak-

anak yang lebih baik. Sebaliknya gaya kepimpinan permisif yang tidak memaksa anak belajar

lebih mendorong kepada pencapaian akademik yang lebih baik (Ishak Mad Shah, 2004).

6.0 Kesimpulan

Abd Razak Zakaria (2011) mencadangkan konteks keluarga perlu diberi penekanan dalam

kajian-kajian akan datang kerana faktor ini berkait rapat dengan kecemerlangan pendidikan

anak-anak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan sebenarnya perlu selari dengan

komunikasi dan amalan keibubapaan di rumah. Ibu bapa yang peka terhadap perasaan dan

memahami kehendak anak-anak juga dilihat memberi kesan psikologi kepada anak-anak

untuk menjadi insan yang berjaya.

5

Page 6: Literatur Penglibatan Ibu Bapa

RUJUKAN

Abd. Razak Zakaria. (2011). Konteks Keluarga dan Hubungannya Dengan Penglibatan Ibu

Bapa Dalam Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan

Malaysia 36(1) : 35-44.

Azizi Yahaya. (2001). Sejauh Manakah Faktor Keluarga Dapat Mempengaruhi Pencapaian

Pelajar Dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris. Universiti Teknologi Malaysia.

Ishak Mad Shah. (2004). Konsep Kendiri dan Pencapaian Akademik Golongan Remaja:

Melihat Sejauhmana Gaya Kepimpinan Ibu Bapa Sebagai Moderator. Jurnal

Teknologi 40(E) : 33-44.

Mohamad Johdi Bin Salleh., Norul Khairiah Idris & Nur Awanis Abd Aziz. (2009). Kajian

Terhadap Kesedaran Pendidikan di Kalangan Masyarakat Orang Asli. Persidangan

Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009.

Shahrul Arba’iah Othman, Norzaini Azman & Manisah Mohd Ali. (2008). Faktor Ibu Bapa

dalam Kecemerlangan Akademik Peljar Pekak: Kajian Kes Retrospektif. MJLI Vol .

Yee Pui Leng. (2005). Perkaitan Antara Faktor-faktor Keluarga Dengan Aktiviti-aktiviti

Bimbingan dan Kaunseling Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar : Satu Kajian

Kes. Universiti Malaysia Sarawak : Tesis Sarjana.

Zulkefli Abd. Hamid. (2011). Hubungan Antara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian

Akademik Pelajar Miskin di Negeri Selangor. Journal of Islamic and Arabic

Education 3(2) : 31-40.

6