literasi bahasa

Upload: arif

Post on 01-Mar-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengamatan penglihatan

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN1.0 PENDAHULUANPengamatan merupakan satu kemahiran yang dimiliki oleh setiap manusia dan kemahiran ini merupakan salah satu kemahiran yang berkait rapat dengan tahap kecerdasan seseorang. Kemahiran ini merupakan satu kebolehan kognitif di mana manusia memilih rangsangan tertentu yang boleh memberi makna kepada dirinya. Pengamatan bukanlah berlaku secara automatik tetapi berlaku melalui beberapa proses yang memerlukan gabungan pancaindera untuk menginterprestasi rangsangan dari luar. Proses pengamatan ini boleh dirumuskan kepada tiga tahap iaitu proses penerimaan, proses pemprosesan data dan akhir sekali adalah proses tindak balas. Kemahiran ini sama seperti kemahiran-kemahiran lain yang boleh dipelajari dan bukannya kemahiran secara genetik yang diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang. Kemahiran ini boleh diajarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah kognitif dengan mengenal pasti tahap kesukaran sesuatu aktiviti pengamatan bedasarkan kecerdasan murid tersebut.Dalam bidang psikologi, pengamatan merupakan satu proses memperolehi, menginterpretasi, memilih dan menyusun maklumat kederiaan. Kelima-lima deria manusia, iaitu deria penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan sentuhan akan bertindak sebagai alat untuk menerima maklumat daripada rangsangan luaran yang terkandung di dalam persekitaran. Namun begitu, penetapan makna maklumat-maklumat tersebut bergantung kepada pengamatan seseorang individu. Tidak semestinya setiap maklumat dari rangsangan luaran yang diterima memberi makna kepada setiap individu. Individu akan memilih rangsangan yang bermakna bagi dirinya, seterusnya mengorganisasikan maklumat kederiaan dan seterusnya menginterpretasikan rangsangan tersebut. Oleh sebab yang demikian setiap individu mampu memberikan tafsiran yang berbeza walaupun dihadapkan dengan situasi yang sama kerana pengamatan setiap individu yang berbeza terhadap satu maklumat bermakna buat dirinya pada setiap rangsangan bedasarkan tahap kecerdasan mereka. Pengamatan ini boleh terbahagi kepada tiga jenis pengamatan iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, dan juga pengamatan sensori-motor. Proses pengamatan membolehkan kita memahami apa yang sedang berlaku di persekitaran. Pengamatan melibatkan keseluruhan pancaindera manusia dan bukannya yang hanya dapat dilihat oleh mata semata. Menurut Janet W Learner, pengamatan penglihatan merupakan satu kesukaran di mana pelajar diuji dengan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Bagi pelajar yang bermasalah seperti pelajar disleksia, mereka sukar untuk mengamati ciri persamaan dan ciri perbezaan diantara dua objek sama ada abjad mahupun gambar. Antara masalah visual yang dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesuatu objek.Bagi pengamatan pendengaran pula ialah keupayaan mengesan aau mengenalpasto apa yang didengar. Masalah yang dihadapi adalah seperti pengamatan pengihatan dimana kesukaran untuk membezakan bunyi, driskiminasi pendengaran, mengingat kembali, urutan dan kesukaran untuk membentuk perkataan dari gabungan abjad. Kesukaran untuk membina perkataan menunjukkan tahap integrasi sesorang dalam mengintegrasikan visual dan pendengaran. Akhir sekali, pengamatan yang ke tiga adalah pengamatan sensori-motor. Pengamatan sensori-motor adalah suatu koordinasi pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasi motor kasar dan motor halus, imej badan sisian arah penyelarasan badan. Pengamatan penting kerana ia merupakan kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan sebagai organisasi pengalaman. Ini kerana manusia belajar melalui pengalaman. Biasanya manusia keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis terbalik. Oleh itu, pengamatan penting kerana pengamatan merupakan proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk dan simbol dalam bacaan.

7 Rajah latar belakangTujuan aktiviti ini adalah untuk melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah secara abstrak. Contohnya aktiviti mengesan bentuk geometri yang disusun secara berlapis. Murid yang mempunyai pengamatan penglihatan yang baik akan dapat mengesan bentuk geometri secara berasingan. Walau bagaimanapun, kesukaran dalam komponen pengamatan boleh terjadi apabila berlakunya ketidakbolehan mereka menentukan bentuk, objek atau nombor dari latar belakang sesuatu gambar atau rajah.

10 Gambar bersiriPenggunaan filem pendek dapat membantu murid-murid menyusun gambar mengikut urutan yang betul berdasarkan bahan rangsangan yang ditayangkan sebelumnya. Walau bagaimanapun, kesukaran komponen pengamatan boleh terjadi apabila murid tidak boleh mengikut cerita dari satu babak ke satu babak yang lain secara berkesan.

2.0 KOMPONEN PEMBELAJARAN PENGAMATAN PENGLIHATAN 2.1 Ingat KembaliIngatan merupakan bahagian mental untuk kita menyimpan dan mengeluarkan maklumat pengalaman seseorang. Apabila maklumat yang telah disimpan itu perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah, ia perlu melalui proses mengingat kembali. Kesukaran ingat kembali adalah kesukaran di mana murid sukar untuk mengingati apa yang diamati. Murid sukar untuk mengingat dan menyebut semula apa-apa sahaja objek, gambar dan perkataan yang telah ditunjukkan kepadanya pada awal aktiviti sama ada aktiviti yang menggunakan kad imbasan mahupun longgokan bahan maujud.2.2 TurutanAktiviti yang berkait rapat dengan komponen turutan adalah salah satu aktiviti yang membantu perkembangan kognitif murid melalui pengamatan di mana murid di latih untuk mengingat dan menyusun kembali sesuatu turutan yang dilihat pada awal aktiviti. Aktiviti ini mampu menangani murid yang mempunyai masalah untuk mengingat susunan sesuatu turutan abjad seperti turutan A, B, C, hingga Z dan susunan abjad dalam membina perkataan. Murid yang mempunyai masalah pada tahap kesukaran ini tidak berupaya untuk menyalin sesebuah teks dengan lengkap kerana tidak mampu untuk menulis semua huruf dan perkataan mengikut susunannya yang asal. Mereka juga sukar untuk melengkapkan gambar bersiri. Sebagai contoh jika sesuatu cerita mengenai kisah dongeng yang mempunyai gambar-gambar bersiri, mereka amat sukar untuk menentukan mana satu gambar yang pertama, kedua dan seterusnya. 2.3 Benda TersembunyiLatihan pengamatan menggunakan aktiviti mencari benda tersembunyi merupakan satu aktiviti yang memerlukan murid untuk menyelesaikan masalah secara abstrak. Murid-murid memerlukan kemahiran dan daya fikir yang tinggi untuk mencari objek-objek yang tersembunyi di mana objek tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan gambar latar. Murid akan cuba sedaya upaya untuk mengenal pasti setiap objek yang telah disusun pada kedudukan yang mengelirukan pemerhatian di dalam sekeping gambar. Aktiviti ini hanya berpandukan gambar bagi melatih pemikiran murid menyelesaikan masalah berasaskan abstrak ataupun gambar rajah. Kesukaran berlaku di mana murid tersebut tidak mampu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak. 2.4 Pembalikan BentukKesukaran pembalikan bentuk merupakan tahap di mana murid mempunyai kesukaran untuk mengecam atau mengenal pasti bentuk asal atau bentuk sebenar bagi sesuatu objek. Jika murid diberikan satu gambar sama ada gambar manusia, haiwan ataupun objek lain, dan sebahagian gambar tersebut dikosongkan seperti menghilangkan gambar kaki daripada tubuh manusia, murid tersebut tidak akan dapat meneka bahagian-bahagian gambar yang hilang. Ketidakbolehan murid membezakan bentuk asal sesuatu gambar, bentuk, huruf, nombor atau perkataan akan menyebabkan kesukaran komponen pengamatan berlaku. 2.5 MenyalinMenyalin merupakan salah satu aktiviti yang menguji murid dari segi ingatan dan pemerhatian terhadap ciri-ciri sesuatu objek, huruf ataupun rajah di mana murid akan cuba untuk mengamati dengan teliti dan mengingat dalam masa yang singkat dan cuba untuk menyalin semula sama seperti apa yang telah diperhatikannya. Kesukaran akan berlaku pada komponen menyalin ini jika murid tidak mampu untuk menyalin semula imej yang telah disediakan dengan sebaik mungkin akibat ketidakbolehan murid untuk mengenal pasti ciri-ciri imej tersebut dan kegagalan untuk merakamkannya dalam memori singkat untuk disalin semula. 2.6 Pertalian Jatak Dan RuangTahap kesukaran ini adalah di mana murid tidak dapat membezakan objek dengan teliti. Tahap penaakulan yang lemah turut membuatkan murid sukar untuk mengagak saiz secara keseluruhan sesuatu objek. Murid juga menghadapi kesukaran apabila mereka tidak dapat mengagak jarak diantara dua objek sama ada di bahagian kiri mahupun kanan serta jauh dan dekat jarak tersebut menjadi kekeliruan. Oleh kerana murid begitu sukar untuk meneka jarak yang dekat atau jauh, maka mereka didapati begitu sukar untuk melihat hubung kaiynya sesuatu objek dengan objek yang lain. Kesukaran ini dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan bermula menggunakan latihan menyambung titik pada kad imbasan supaya murid dapat mengagak sesuatu saiz, jarak kiri ke kanan serta hubungan diantara objek-objek.2.7 Ketetapan Bentuk Kesukaran pada tahap ini berlaku apabila murid tidak dapat mengenal dan merakam ciri-ciri sesuatu objek dengan tepat dan teliti di dalam mindanya. Disebabkan itu mereka tidak dapat meneka objek yang dilihat pada awalnya jika objek tersebut dipindahkan atau diterbalikkan pada arah yang berbeza dari asalnya. Murid didapati sukar untuk mengecam bentuk-bentuk huruf di dalam perkataan walaupun sepatutnya bentuk huruf tidak akan berubah. Murid yang telah menguasai kemahiran pengamatan ini akan mampu untuk mengetahui sesuatu bentuk, huruf atau nombor yang mempunyai bentuk yang tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan. Sebagai contoh, murid tersebut akan dapat mengenal gambar rumah walaupun gambar tersebut berada dalam kedudukan apa sekalipun. 2.8 DiskriminasiDiskriminasi pengamatan merupakan salah satu ciri komponen yang mempunyai dua jenis kesukaran dan tahap ini merupakan tahap yang penting di dalam pengamatan penglihatan di mana murid akan diuji nmengenai ciri-ciri sesuatui objek dengan lebih teliti agar murid dapat membezakan setiap satu objek dari objek-objek yang lain. Walaupun mempunyai dua jenis diskriminasi iaitu diskriminasi persamaan dan diskriminasi perbezaan, ia tetap merujuk kepada satu kunci persamaan iaitu diskriminasi, yang membawa maksud pengkelasan mengikut ciri-ciri dimana satu kelas hanya boleh mempunyai ahli yang memiliki ciri-ciri dan sifat yang sama serta sebaliknya. Kesukaran berlaku jika pelajar tidak mampu untuk mengecam persamaan mahupun perbezaan ciri sesuatu objek termasuklah dari ciri warna, saiz, bentuk, perkataan, abjad dan nombor. 2.9 Orientasi KedudukanKomponen orientasi kedudukan akan menguji kemahiran pengamatan murid dalam mengenal pasti objek, rajah, ataupun gambar yang mempunyai kedudukan yang berbeza atau gambar ganjil yang lain daripada yang lain berbanding kedudukan gambar-gambar di dalam set tersebut yang telah diberikan oleh guru. Sebagai contoh cikgu memberikan lima keping gambar manusia, tetapi hanya empat keping gambar sahaja yang memandang ke arah kanan. Murid dikehendaki mengesan sekeping gambar yang memandang ke arah kiri disebabkan kedudukan gambar tersebut yang diletak secara bertentangan dengan gambar-gambar yang lain. Kesukaran dapat dikenalpasti jika murid tersebut tidak mampu untuk membezakan gambar, bentuk ataupun objek yang diberikan oleh guru yang mempunyai kedudukan bertentangan dengan yang lain2.10 Mencari Jalan KeluarKomponen mencari jalan keluar juga merupakan satu aktiviti bagi para murid untuk menguji tahap pemikiran kognitifnya bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Aktiviti ini juga sangat terkenal dengan nama lainnya iaitu Mazing Games. Aktiviti ini juga bertujuan untuk melatih murid menyelesaikan masalah bedasarkan aktiviti mencari jalan keluar yang memerlukan murid untuk memilih salah satu jalan yang betul di antara beberapa jalan yang telah disediakan. Kesukaran bagi komponen ini terjadi jika murid tidak mampu untuk menyelesaikan masalah. Murid yang tidak mampu menyelesaikan masalah akan memerlukan bantuan dan bimbingan yang lebih daripada rakan dan guru serta ibu bapa. 2.11 Menyudahkan Dan Melengkapkan Komponen ini merupakan komponen yang memerlukan murid untuk meneka dan mengagak kesudahan ataupun padanan terhadap sesuatu ayat, gambar, nombor, perkataan serta objek bagi melengkapkan bahan-bahan tersebut. Contoh latihan yang biasa digunakan dalam aktiviti ini adalah padanan bahagian hadapan binatang serta bahagian belakangnya. Murid perlu mencari padanan yang sesuai untuk membentuk seekor binatang yang normal. Kesukaran yang berlaku di kalangan murid adalah di apabila murid tidak berkeupayaan untuk mengenal ataupun meneka padanan yang sewajarnya bagi melengkapkan sesuatu perkataan, gambar, ayat, serta objek yang telah diberikan sewaktu latihan diberikan oleh guru.2.12 Koordinasi Tangan Dan MataTujuan aktiviti ini adalah melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motormatatangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya. Ketidakbolehan murid menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan seperti pergerakan tangan yang lambat, cara memegang pensel yang tidak mantap dan sebagainya akan menyebabkan berlakunya kesukaran dalam komponen ini.2.13 Gambar Bersiri

2.14 Rajah Latar Belakang

3.0 LEMBARAN KERJA3.1 Diskriminasiasdjhasfkjashfkjsahfkashkjsahfkjasfkjdsahfkjhsafhskjafhsakjfhaskfhakjsfhjaskfhskjafhskjafhkjashfa3.1.1 Driskiminasi yang sama Arahan: Bulatkan gambar dan bentuk yang sama

3.1.2 Drikiminasi yang tidak samaArahan: Bulatkan gambar dan bentuk yang tidak sama

3.2 TurutanBagi latihan turutan, guru boleh memikirkan cara yang sesuai untuk melatih murid untuk mengingat dan tidak mudah lupa akan turutan yang sebelum dan selepas. Antaranya ialahsediakan bahan-bahan di atas meja dan minta murid menelitinya. Sebagai contoh, gambar-gambar yang berkaitan antara satu sama lain seperti gambar orang sedang berlari. Gambar yang dipilih haruslah mempunyai tema kerana kebiasanya murid lebih menyukai gambar bertema sebagai contoh tema haiwan, tumbuhan ataupun kenderaan. Pada awal aktiviti, guru memberi murid beberapa set susunan gambar dan langkah yang seterusnya adalah guru menyuruh murid untuk menyusun semula gambar-gambar tersebut sama ada guru membantu dengan menyediakan tempat kosong ataupun murid yang akan menyusunnya sendiri. Jika bahan yang konkrit yang digunakan oleh guru seperti gambar, dibuat pada skala yang besar saiznya, maka ia akan mempercepatkan lagi kemahiran pengamatan murid.

3.3 Mencari Jalan Keluar

ABCArahan: Sila hantar pencuri ke penjara

3.4 Pembalikan Bentuk

3.5 Koordinasi Tangan Dan Mata

3.6 Pertalian Jarak Dan Ruang

3.7 Rajah Latar Belakang