lisan berkumpulan bm tingkatan 4

3
UJIAN LISAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 FAEDAH-FAEDAH DAN LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK AMALAN KUNJUNG MENGUNJUNGI HAREVANANTAN A/L MUNIANDY SATYA VIKNESRAJ A/L RAJENDRAN Satya : Apakah kamu tahu tentang amalan kunjung mengunjungi yang diamalkan oleh rakyat negara kita? Haree: Amalan kunjung mengunjungi merujuk kepada perbuatan saling menziarahi antara satu sama lain. Setahu saya, amalan ini dilakukan sejak zaman dahulu lagi. Masyrakat Malaysia tanpa mengira kaum selalu bertandang ke rumah jiran untuk berbual-bual dan bertanyakan khabar. Satya : Malangnya, amalan ini kini semakin terhakis akibat kemodenan pembangunan yang menjadikan masyarakat sibuk dengan urusan masing-masing. Haree: Ya, betul itu. Desakan hidup untuk mencari rezeki dan kesenangan meyebabkan masyarakat kini hidup ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Mereka tidak mempedulikan jiran tetangga lagi, malah tidak mengamalkan amalan kunjung mengunjungi. Satya : Pada pendapat saya, masyarakat perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan amalan kunjung mengunjungi ini. Haree: Apakah kebaikan amalan ini? Satya : Antara kebaikan amalan ini ialah dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesame jiran tetangga dan adik- beradik. Apabila seseorang itu ditimpa sakit secara tiba-

Upload: satya-viknesraj

Post on 15-Feb-2015

9.642 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

Lisan Berkumpulan untuk Pelajar Tingkatan 4.. FAEDAH-FAEDAH DAN LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK AMALAN KUNJUNG MENGUNJUNGI..Perbualan Dua Orang....

TRANSCRIPT

Page 1: Lisan Berkumpulan BM Tingkatan 4

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

FAEDAH-FAEDAH DAN LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK AMALAN KUNJUNG MENGUNJUNGI

HAREVANANTAN A/L MUNIANDY

SATYA VIKNESRAJ A/L RAJENDRAN

Satya : Apakah kamu tahu tentang amalan kunjung mengunjungi yang diamalkan oleh rakyat negara kita?

Haree: Amalan kunjung mengunjungi merujuk kepada perbuatan saling menziarahi antara satu sama lain. Setahu saya, amalan ini dilakukan sejak zaman dahulu lagi. Masyrakat Malaysia tanpa mengira kaum selalu bertandang ke rumah jiran untuk berbual-bual dan bertanyakan khabar.

Satya : Malangnya, amalan ini kini semakin terhakis akibat kemodenan pembangunan yang menjadikan masyarakat sibuk dengan urusan masing-masing.

Haree: Ya, betul itu. Desakan hidup untuk mencari rezeki dan kesenangan meyebabkan masyarakat kini hidup ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Mereka tidak mempedulikan jiran tetangga lagi, malah tidak mengamalkan amalan kunjung mengunjungi.

Satya : Pada pendapat saya, masyarakat perlu diberikan kesedaran tentang kepentingan amalan kunjung mengunjungi ini.

Haree: Apakah kebaikan amalan ini?

Satya : Antara kebaikan amalan ini ialah dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesame jiran tetangga dan adik-beradik. Apabila seseorang itu ditimpa sakit secara tiba-tiba, jiranlah orang pertama yang akan datang memberikan pertolongan sebelum adik-beradik yang lain.

Haree: Selain itu, perasaan kasih saying akan wujud sesame mereka dan segala duka cita akan ditanggung bersama-sama, bak kata pepatah ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Satya : Bukan itu sahaja, masalah jenayah dan gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat juga dapat ditangani apabila setiap orang memainkan peranan dan mengambil berat tentang satu sama lain.

Page 2: Lisan Berkumpulan BM Tingkatan 4

Haree: Terdapat pelbagai kebaikan dalam pengamalan amalan ini. Namun, tidak ramai orangnya yang mengamalkan amalan ini. Apakah caranya untuk melaksanakan amalan ini?

Satya : Pelbagai langkah perlu dilakukan agar nilai yang mulia ini dapat dihidupkan semula. Misalnya, dengan mengadakan upacara rumah terbuka. Pada setiap tahun, rakyat Malaysia meyambut pelbagai perayaan. Setiap kaum mempunyai sambutan yang unik dan tersendiri.

Haree: Di samping itu, rumah terbuka ini juga dianggap sebagai pelengkap kepada perayaan yang diraikan.

Satya : Ya. Semasa mengadakan majlis rumah terbuka, sahabat handai dan jiran tetangga akan dijemput. Bermula dengan menghadiri rumah terbuka, maka tersemailah amalan kunjung mengunjungi. Keramahan dan kemesraan yang terjalin semasa majlis rumah terbuka meyebabkan jiran tetangga tidak keberatan untuk bertandang pada masa yang lain.

Haree: Baguslah. Semua orang perlu mengamalkan nilai ini keran sejarah telah membuktikan bahawa walaupun masyarakat zaman dahulu hidup dalam serba kekurangan, namun kehidupan mereka bahagia kerana mereka kaya dengan budi bahasa dan senantiasa memiliki persefahaman antara mereka.

Satya : Walaupun begitu, terdapat juga tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa amalan kunjung mengunjungi ini hanya membuang masa dan menyusahkan orang.

Haree: Perkara itu tidak benar sama sekali, sebaliknya dalam reality ia mendatangkan manfaat dalam menjalin hubungan kemasyarakatan.

Satya : Justeru, setiap insan yang inginkan kehidupan bahagia perlulah mengunjungi jiran ataupun saudara mara mereka sekali-kala. Makin banyak pengamalan ini dilakukan, makin begitu kukuhnya kekuatan perkauman di Negara