linus kertas kerja

2
1.0 Pendahuluan Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman dan perhatian semua orang dewasa ini. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan menulis tidak diberi perhatian baik para pendidik mahu pun ibu bapa. Justeru, wujud sedikit kepincangan dalam menjayakan setiap program yang berpaksikan pelajar, guru dan ibu bapa. Oleh yang demikian, Program Bijak LINUS ini dirancang dan dilaksanakan untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca , menulis dan mengira. 2.0 Rasional Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca dan mengira. Selain itu, program ini dapat memberi tumpuan yang maksima kepada murid yang lemah kerana ianya dijalankan dalam kumpulan kecil. 3.0 Matlamat Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dan mengira dan dapat meningkatkan kecemerlangan dalam ujian saringan seterusnya. Program ini juga diharapkan dapat mensifarkan murid tegar LINUS. 4.0 Objektif Membantu murid menguasai kemahiran bacaan. Membantu murid-murid menguasai asas matematik. Mensifarkan murid-murid tegar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik. Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian saringan LINUS 2. Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam Literasi dan Numerasi. 5.0 Kumpulan Sasaran Murid-murid tahun satu hingga tiga LINUS 6.0 Jawatan kuasa Induk Program Bijak LINUS 2012 Pengerusi : Pn Monimolzhi Lenin

Upload: mila-andy

Post on 13-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nb

TRANSCRIPT

Page 1: Linus Kertas Kerja

1.0 Pendahuluan

Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman dan perhatian semua orang dewasa ini.  Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, para pelajar sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan menulis tidak diberi perhatian baik para pendidik mahu pun ibu bapa.  Justeru, wujud sedikit kepincangan dalam menjayakan setiap program yang berpaksikan pelajar, guru dan ibu bapa.  Oleh yang demikian, Program Bijak LINUS ini dirancang dan dilaksanakan untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca , menulis dan mengira.

2.0 RasionalProgram ini dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca  dan mengira.  Selain itu, program ini dapat memberi tumpuan yang maksima kepada murid yang lemah kerana ianya dijalankan dalam kumpulan kecil.

3.0 MatlamatTujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dan mengira dan dapat meningkatkan kecemerlangan dalam ujian saringan seterusnya. Program ini juga diharapkan dapat mensifarkan murid tegar LINUS.

4.0 Objektif

Membantu murid menguasai kemahiran bacaan.

Membantu murid-murid menguasai asas matematik.

Mensifarkan murid-murid tegar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan

Matematik.

Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian saringan LINUS 2.

Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam Literasi dan Numerasi.

5.0 Kumpulan Sasaran

Murid-murid tahun satu hingga tiga LINUS

6.0 Jawatan kuasa Induk Program Bijak LINUS 2012

  Pengerusi                   :  Pn Monimolzhi Lenin

  Timbalan Pengerusi  : Pn Puvanesvari Vengoo PK 1 )

  Naib Pengerusi          :  Pn Sathiavani ( PK HEM)

  Naib Pengerusi 2       :  Pn Nirmala ( PK Ko-ku)

  Setiausaha                 : Pn Sobha

Page 2: Linus Kertas Kerja

  Bendahari                   : Pn Nilla

7.0 Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti

  Pn Indra Ganthi – Guru Pemulihan

  Cik Navanitha – Guru Bahasa Malaysia

  Cik Sharmila Devi – Guru Bahasa Malaysia

  Cik Aswini Nair– Guru Bahasa Inggeris

  Pn Sobha – Guru Matematik

8.0 Perbelanjaan Program

Penggunaan kertas untuk photostat bahan ditanggung oleh pihak sekolah.

9.0 Penutup dan Rumusan

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua

jawatankuasa yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang dicitakan.  Diharapkan

bilangan  murid-murid yang tegar dapat dikurangkan dan jumlah memasuki kumpulan

Arus Perdana semakin bertambah.