linguist i k

23
LINGUISTIK PEGENALAN Linguistik merupakan satu disiplin ilmu yang juga satu bidang yang baharu berkembang jika dibandingkan dengan disiplin ilmu yang lain, seperti Sejarah, Matematik, Geografi dan sebagainya. Dalam konteks ilmu , linguistik mula dikaji pada permulaan separuh abad ini dan berkembang di Britian pada awal tahun 60-an. Di Amerika , disiplin linguistik berkembang lebih awal , iaitu sekitar tahun 50-an di peringkat ijazah lanjutan. Lingusitik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang merangkumi semua segi komunikasi manusia , iaitu daripada pamerian bunyi-bunyi bahasa kepada analisis seluruh pemikiran manusia yang dinyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan. Perkataan linguistik itu berasal daripada perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (Langue, langage), bahasa Itali ( lingua, atau bahasa Sepanyol ( lengua) atau dalam bahasa Inggeris ( linguistics). Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau “ linguistik “. Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716) Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David Crystal juga mendefiniskan linguistik dalam bukunya A Dictionary of Linguistics anf Phonetics (1986 : 181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa ( The Svientific study of language). Stork dan Widdowson(1993) turut mengatakan linguistik merupakan bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa. Menurut (J.Lyons,1968:1)(Abdullah Hassan) linguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik. Saintifik bermaksud kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-rumus tertentu. 1

Upload: omme-randy

Post on 20-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Linguist i k

LINGUISTIK

PEGENALAN

Linguistik  merupakan satu disiplin ilmu  yang juga satu bidang yang baharu berkembang

jika dibandingkan dengan disiplin ilmu yang lain, seperti Sejarah, Matematik, Geografi dan

sebagainya.  Dalam konteks ilmu , linguistik mula dikaji pada permulaan separuh abad ini

dan berkembang di Britian pada awal tahun 60-an.  Di Amerika , disiplin linguistik

berkembang lebih awal , iaitu sekitar tahun 50-an di  peringkat ijazah lanjutan.

Lingusitik  bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang merangkumi

semua segi komunikasi manusia , iaitu daripada pamerian bunyi-bunyi bahasa kepada

analisis seluruh pemikiran manusia yang dinyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan.

Perkataan linguistik itu berasal daripada perkataan Latin lingua, iaitu bahasa.  Perkataan

Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin

seperti dalam bahasa Perancis (Langue, langage), bahasa Itali ( lingua, atau bahasa

Sepanyol ( lengua) atau dalam bahasa Inggeris ( linguistics).  Dalam bahasa Melayu pula,

istilah linguistik  merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik

atau “ linguistik “.

Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716) Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa.  David

Crystal juga mendefiniskan linguistik dalam bukunya A Dictionary of Linguistics anf

Phonetics (1986 : 181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa ( The Svientific

study of language). Stork dan Widdowson(1993) turut mengatakan linguistik merupakan

bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa.

Menurut (J.Lyons,1968:1)(Abdullah Hassan) linguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa

secara saintifik.  Saintifik bermaksud kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus-

rumus tertentu. Linguistik ini terbahagi kepada dua iaitu linguistik tulen dan linguistik

terapan.  Linguistik tulen adalah seperti fonetik, fonologi, morfologi , sintaksis dan semantik 

Manakala linguistik terapan, seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, wacana, pragmatik,

pengkomputeran linguistik dan linguistik forensik.

1

Page 2: Linguist i k

LINGUISTIK

BIDANG LINGUISTIK

Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan

Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji

aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.

Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.

Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu

pendidikandan psikologi.

Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,

kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.

Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula

digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.

Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan

mengajarkan bahasa.

Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang

mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu

terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai

penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.

Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi

pendefinisian aspek dan kajian secara umum.

Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan

kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.

Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa

yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu

usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai

sains gunaan.

Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itu

sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan

mengajarkan bahasa dengan baik.

2

Page 3: Linguist i k

LINGUISTIK

Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang

linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan

perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.

"Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik

perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan

perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. 

Teknik asas linguistik perbandingan ialah "kaedah perbandingan" yang bertujuan

untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan

leksikon.

Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat

diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya

dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.

Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat

hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. 

Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula

matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan

peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan

dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.

3

Page 4: Linguist i k

LINGUISTIK

Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk

menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. 

Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa

yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: 

Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut

ciri-ciri.

Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan

antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam

kata-kata pinjaman. 

Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan

sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya

hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.

Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu

bahasa.

Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. 

Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa

zaman atau masa dan tempat tertentu. 

Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi

menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. 

Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk

memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.

Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau

etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan

bahasa dari masa lampau hingga kini.

Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan

antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan

persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa

induk.

Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek

bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan

linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek

yang dibandingkan itu 

       

Linguistik Kontekstual 

4

Page 5: Linguist i k

LINGUISTIK

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin

akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk

tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa

berinteraksi dengan dunia.

Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains

sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada

keseluruhannya.

Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan

linguistik.

Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan

linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa,

linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

5

Page 6: Linguist i k

LINGUISTIK

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik,

kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India.

Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman

Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang

didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang

Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti  dalam bentuk catatan yang dikaji

pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom

Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian

bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun  terawal yang

wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti

bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira

500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah,

maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk

falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum

masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang

menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu.

Untuk  pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah

Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama

yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui

karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan

kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai

bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang

berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah

menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau

konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang

tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan

fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan

kepada perbuatan.

Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum

masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata

penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah

bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana  yang mula-mula mengakui

tentang adanya sistem kala atau tensedalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang

dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan

6

Page 7: Linguist i k

LINGUISTIK

puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat

diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan

apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.

Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani

lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak

logik dan bukannya saintifik.

Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman

Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada

abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat

perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa

pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem

fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb,participal, ganti nama dan kata depan.

Para sarjana  turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit

deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom.

Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah

anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa

Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem

bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang

menyumbang  kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau

bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi

rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

  1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India

Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan

yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka

bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu

bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka

bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang

kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan.

Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam

bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini

menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu

bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini

bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini

disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman

7

Page 8: Linguist i k

LINGUISTIK

ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka.

Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik

semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk

dijadikan bahan rujukan.

Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada

era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada

ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab

Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan

sintaksis.

Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah

kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa

secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa

yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki

perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.

1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden,

iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu,

iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka

turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.

Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan

tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Tahukah anda bahawa kesan daripada

kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa

zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa

berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali

sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.

Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah

perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasa pada

zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada

era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut

mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

SEKILAS TENTANG VARIASI BAHASA

VARIASI BAHASA

Variasi bahasa membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi

maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang

8

Page 9: Linguist i k

LINGUISTIK

menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu

dan makin banyak perbezaannya.

Variasi Bahasa.

 Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud

yang sama berdasarkan situasi tertentu. Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian

terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan

penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza.

Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu :

1. Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan

2. Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau

situasi bahasa itu digunakan.

Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan

bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. Variasi bahasa ditentukan oleh faktor

teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Bahasa ialah kepunyaan

masyarakat yang menuturkannya.  Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah

penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi

penggunaannya. Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu.  Dalam konteks Malaysia,

di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek

Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. 

Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya.  Makin besar jumlah

penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan

yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. 

Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-

bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak

dan Johor. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab

faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan

sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya.Hakikat bahasa dan variasi-

variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa.  Namun apabila mereka merujuk

sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris,mereka mempunyai

gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai

kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. 

Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili

bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum

9

Page 10: Linguist i k

LINGUISTIK

bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa

secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa Melayu baku

ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara

ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami. Tiap-tiap pihak harus

gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa

yang bersifat bahasa melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa

Melayu Johor Riau.

Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang

digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti

dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.

Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.

Variasi Bahasa (Dialek)

Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang

pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu.

Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna

dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa

ini dikenali sebagai dialek. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan

oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk

tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/

baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi

perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain.

Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam

sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara.

Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina,

Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

Bahasa Isyarat

Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan

gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi. Kaum tunarungu adalah kelompok utama

yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan,

orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan

fikiranmereka. Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. Bahasa isyarat berbeza

di negara-negara yang berbahasa sama.

10

Page 11: Linguist i k

LINGUISTIK

Contohnya, Amerika Serikat  dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi

memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign

Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa

tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat

yang sama. Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai

kecacatan seperti bisu dan pekak. Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi

antara satu sama lain.

Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat

Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka

yang tidak memahami bahasa berkenaan. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)

menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui

sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam

tempoh lima tahun.

 Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa

Melayu.

Variasi bahasaKepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu

sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

Dialek

Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh

oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada

pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.

Idiolek

Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.

merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.

Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.

Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan

atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.

Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu

kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang

Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam

16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.

Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama

dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang

11

Page 12: Linguist i k

LINGUISTIK

Laut.

Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia,

Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura.

Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.

 

Dialek sosial

Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut

kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis

rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-

variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek

sosial.

Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu

idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

 

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:

 

12

Page 13: Linguist i k

LINGUISTIK

Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa

formal dan tak formal.

Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.

Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar,

bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.

Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam

bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

13

Page 14: Linguist i k

LINGUISTIK

 Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal

Ragam Bahasa Bebas Bahasa Terkawal

Ayat yang tidak gramatis.

Tidak mementingkan aspek sebutan,

intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan

tatabahasa.

Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah

warning you banyak kali, tapi you masih

hendak ke tempat tu.

Ayat yang gramatis

Mementingkan aspek-aspek sebutanm

intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan

tatabahasa.

Contoh: Awak sangat degil. Saya telah

berkali-kali memberi amaran supaya jangan

pergi ke tempat itu, tetapi awak masih

hendak ke sana.

 Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa Mesra Ragam Bahasa Formal

Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu

tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan

kata, nahu dan sebagainya.

Ciri-ciri lain:

a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap

 

 

 Bahasa Slanga

Bahasa tidak rasmi, tidak baku. Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.

Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

 Bahasa Basahan

Juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap

mulut. Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis

perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:

(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa

14

Page 15: Linguist i k

LINGUISTIK

Bahasa Baku Bahasa Basahan

mengapa Kenapa

bagaimana macam mana

sedang Tengah

(b) bentuk kependekan

Bahasa Baku Bahasa Basahan

hendak Nak

tidak Tak

sudah Dah

(c) perubahan bunyi

Bahasa Baku Bahasa Basahan

ambil ambik

kecil kecik

pula pulak

 Bahasa Pasar

Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu Pelat

penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Tidak gramatis dengan

mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.

Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri

nama kedua).

Menggunakan banyak sebagai kata penguat, contoh: banyak cantik. Kerap menggunakan

perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

 Bahasa Halus

Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan,

pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan

perkataan dan kataganti nama. Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat

menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri-

15

Page 16: Linguist i k

LINGUISTIK

ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan

nenda. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan

sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.

Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.

Berikut diturunkan beberapa contoh:

Bahasa Basahan Bahasa Halus

kencing Buang air kecil

berak Buang air besar

mengandung/bunting Berbadan dua

kubur makam

 Bahasa Kasar

Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa

kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya. Ada pihak yang mengatakan

perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa

kasar.Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya

bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap

mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi

dianggap biasa di Melaka.

Dialek

variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat

bahasa tersebut. Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.

Dialek berbeza dari segi:

a. Sebutan

Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

b Gaya lagu bahasa

Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri

Sembilan.

16

Page 17: Linguist i k

LINGUISTIK

c. Tatabahasa

Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.

perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).

(d) Kosa kata

Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)

(e) kata ganti diri

Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)

Hang (dialek utara bermaksud kamu)

 

17