ley print

9
ALAM BARZAKH Sebenarnya istilah alam kubur hanyalah berdasarkan kebiasaan (ghaib) kerana setiap manusia yg wafat biasanya dikuburkan. Malahan menguburkan jenazah menjadi salah satu kewajipan (fardu kifayah) ke atas orang yang masih hidup. Ini tidak bermakna bagi setiap manusia mesti ada kuburnya apabila mereka mati kerana ada-kalanya atas sebab-sebab tertentu terdapat manusia yang tidak diketahui kuburnya. Sebabnya pelbagai,mungkin kerana ditelan binatang buas, terbakar hangus, berkecai jasadnya kerana kemalangan dan sebagainya Istilah yang tepat menurut al-Qur’an dan al-Hadis ialah Alam Barzakh. Menurut keyakinan (iktikad) Ahli al-sunah wa al- jama’ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh, ia berada di antara alam pilihan (dunia) dengan alam akhirat. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa ta’ala di dalam surah Al-Mukminun 23:99-100. Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia ’’Wahai Tuhanku,kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) – supaya aku mengerjakan amal-amal yang sahih dalam perkara- perkara yang telah aku tinggalkan’’. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat). Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu bakr Al-Razi, makna barzakh ialah dinding pembatas antara dua benda, ia juga membawa makna apa yang terdapat di antara alam dunia dan alam akhirat sejak dari waktu kematian seseorang sehingga dia

Upload: aiman-ari

Post on 02-Oct-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

eqwe

TRANSCRIPT

ALAM BARZAKH

Sebenarnya istilah alam kubur hanyalah berdasarkan kebiasaan (ghaib) kerana setiap manusia yg wafat biasanya dikuburkan. Malahan menguburkan jenazah menjadi salah satu kewajipan (fardu kifayah) ke atas orang yang masih hidup. Ini tidak bermakna bagi setiap manusia mesti ada kuburnya apabila mereka mati kerana ada-kalanya atas sebab-sebab tertentu terdapat manusia yang tidak diketahui kuburnya. Sebabnya pelbagai,mungkin kerana ditelan binatang buas, terbakar hangus, berkecai jasadnya kerana kemalangan dan sebagainya Istilah yang tepat menurut al-Quran dan al-Hadis ialah Alam Barzakh. Menurut keyakinan (iktikad) Ahli al-sunah wa al-jamaah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh, ia berada di antara alam pilihan (dunia) dengan alam akhirat. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa taala di dalam surah Al-Mukminun 23:99-100. Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia Wahai Tuhanku,kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) supaya aku mengerjakan amal-amal yang sahih dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat). Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu bakr Al-Razi, makna barzakh ialah dinding pembatas antara dua benda, ia juga membawa makna apa yang terdapat di antara alam dunia dan alam akhirat sejak dari waktu kematian seseorang sehingga dia dibangkitkan. Jadi siapa yang mati maka itu bermakna dia telah masuk ke dalam alam barzakh tanpa mengambil kira bagaimana cara kematiannya.

ALAM AKHIRAT

Hari kiamat adalah hari akhir kehidupan seluruh manusia dan makhluk hidup di dunia yang harus kita percayai kebenaran adanya yang menjadi jambatan untuk menuju ke kehidupan selanjutnya di akhirat yang kekal abadi. Iman kepada hari kiamat adalah adalah rukun iman yang kelima. Hari kiamat dimulakan dengan tiupan terompet sangkakala oleh malaikat isrofil untuk menghancurkan bumi berserta seluruh isinya. Hari kiamat tidak dapat diketahui akan datangnya kerana merupakan rahsia Allah SWT yang tidak diketahui siapa pun. Namun dengan demikian kita masih boleh tahu bila hari kiamat tiba dengan melihat tanda-tanda yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW. Orang yang beriman kepada Allah SWT dan banyak berbuat kebaikan akan menerima imbalan syurga yang penuh kenikmatan, sedangkan bagi orang-orang kafir dan penjahat akan masuk neraka yang sangat pedih untuk diseksa. Alam Akhirat adalah alam yang kekal dan abadi yang ada setelah terjadi kiamat dan alam semesta ini hancur lebur (Q,56:1-6).Akhirat (Ar.:al-akhirah) secara harfiah bermaksud yang terakhir. Akhirat merupakan tempat Allah SWT memberikan balasan kepada para hamba-Nya atas segala perbuatan mereka selama di dunia. Akhirat termasuk alam ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia, tetapi kepercayaan kepada adanya akhirat menjadi bahagian penting pokok keimanan islam. Percaya kepada akhirat merupakan salah satu tanda ketakwaan seseorang dan mengingkarinya bererti kekufuran.

Peristiwa dan Kehidupan Setelah Hari Kiamat :

1. Alam Kubur / Alam BarzakhAlam barzah adalah suatu dunia lain yang dimasuki seseorang setelah meninggal dunia untuk menunggu datangnya kebangkitan kembali pada hari kiamat. Pada alam kubur akan datang malaikat mungkar dan nakir untuk memberikan pertanyaan seputar keimanan dan amal perbuatan kita. Jika kita beriman dan termasuk orang baik, maka di dalam kubur akan mendapatkan nikmat kubur yang sangat menyenangkan daripada nikmat duniawi, sedangkan sebaliknya bagi orang yang tidak beriman kepada Allah SWT, siksa kubur praneraka yang pedih sudah menanti di depan mata.

2. Hari Kebangkitan / Yaumul Ba'atshari kebangkitan adalah hari dibangkitkannya seluruh manusia yang pernah hidup di dunia baik yang tua, muda, besar, kecil, hidup di zaman nabi adam as, baru lahir saat kiamat, dsb akan bangkit kembali dari mati untuk kemudian dihitung amal perbauatannya selama hidup di dunia. Seluruh manusia akan bangkit kembali dengan jasad / tubuh ketika masih muda dengan raut yang wajah berbeda-beda sesuai amal perbuatannya.

3. Yaumul MahsyarYaumul mahsyar adalah tempat dikumpulkannya seluruh manusia dan makhluk hidup lainnya dari awal zaman hingga akhir jaman untuk dilakukan hisab atau peradilan tuhan yang sejati pada yaumul hisab. Selanjutnya akan diberangkatkan ke jembatan shirotol mustaqim untuk disortir mana yang masuk surga dan mana yang masuk neraka. Yang terjatuh di neraka akan menjadi penghuni neraka baik yang kekal abadi maupun yang hanya sementara hingga segala dosa-dosanya yang tidak terlalu berat itu termaafkan.

ALAM DUNIA

Menurut ajaran islam, dunia atau alam dunia adalah tempat tinggal sementara. Menurut keterangan hadits, dunia adalah tempat singgah bagi seorang musafir yang sedang dalam perjalanan. Sesuai dengan sifatnya sebagai tempat tinggal sementara atau tempat singgah seorang musafir, maka waktunya hanya sebentar jika dibandingkan dengan akhirat atau alam akhirat yang merupakan tempat tujuan akhir kehidupan manusia yang kekal abadi. Walaupun dunia hanya tempat tinggal sementara, Islam mengajarkan seorang muslim tidak boleh melupakan kehidupannya di dunia ini. Dalam hal ini Allah SWT berfirmanDan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagian) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi(QS AL-Qashash 28:77). Dalam ayat lain dinyatakan dunia ini diserahkan Allah SWT kepada manusia untuk dimanfaat demi kepentingannya sendiri. Dalam kaitan ini, Allah SWT berfiman: Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintahnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahaminya. (QS An-Nahl 16:12). Di samping Allah SWT menyerahkan dunia ini untuk dimanfaatkan demi kepentingan manusia sendiri, Allah SWT juga memperingatkan manusia supaya berhati-hati agar jangan sampai terbawa hanyut oleh kehidupan dunia yang menyesatkan. Di antara sifat-sifat kehidupan duniawi yang harus diperhatikan sebagaimana yang dijelaskan Al-Quran adalah: (1) kehidupan dunia hanya mainan (QS.6:32); (2) kehidupan dunia hanya merupakan permainan, sesuatu yang melalaikan dan merupakan perhiasan untuk bermegah-megah.

ALAM ROH

Alam roh merupakan titik permulaan pengembaraan manusia sebelum menempuh alam-alam yang seterusnya. Masih ramai dalam kalangan kita yang tidak pernah ambil tahu akan kewujudan alam roh. Oleh itu, rahsia di sebaliknya akan didedahkan untuk kesedaran kita smua. Alam roh merupakan tempat berkumpulnya roh-roh di mana manusia tidak mempunyai jasad. Tiada ada jantina lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada masa itu? Sangat sedikit yang kita ketahui berkenaan dengan alam roh itu. Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui akan keesaan Allah S.W.T sebagai Robb(Tuhan yang menciptanya). Pada ketika itu juga roh telah berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai di antara manusia dengan Allah sehinggakan manusia sanggup memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun semua makhluk lain menolak untuk memikul amanah ini, tetapi manusia pula sebaliknya dengan menyatakan kesanggupannya untuk memikul amanah tersebut. Dan kesediaan inilah menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar serta memberi kesan kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah S.W.T: Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya, setiap manusia mengambil giliran masing-masing untuk diturunkan ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi dari generasi ke generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala-gala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa boleh terjadi ha sedemikian? Memang logik manusia sudah lupa kerana alam roh itu sudah begitu lama manusia tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku setahun atau sebulan mahupun seminggu yang lalu pun manusia boleh terlupa, inikan pula berapa ratus atau ribu tahun sudah manusia tinggalkan alam roh tersebut?Wallahualam. Semoga kita dapat ambil pengajaran mengenai kehidupan kita semenjak di alam roh dahulu.

ALAM RAHIM

Alam rahim adalah masa perpindahan sejak pertama dalam tulang sulbi para ayah dan rahim para ibu sebelum dilahirkan dimana masa kehidupan manusia sejak dalam tulang sulbi ayah dan rahim ibu sebelum dilahirkan. Ketika Allah SWT menciptakan Adam a.s. Dia menyimpankan zurriyat di tulang punggungnya yaitu kaum ahli kanan (ahlulyamin) dan kaum ahli kiri (ahlul-syimal). Allah SWT pernah mengeluarkan semua zurriyat ini dari tulang punggung Adam a.s. pada hari mitsaaq (hari pengambilan janji manusia untuk mengakui keesaan dan ketuhanan Allah SWT di Na'man, sebuah lembah yang dekat padang Arafah). Mengenai hal ini Allah swt berfirman dalam surah al-Araf ayat 172:Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Benar (Engkau adalah Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (anak-anak Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)".Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan, ayat 20 hingga 23 Allah Ta'ala berfirman.Yang bermaksud: Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.Dalam surah Al-Mu'minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta'ala berfirman.Yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.

Dalam surah Al-'Imran, juz ketiga ayat 6, Allah Ta'ala berfirman.Yang bermaksud: Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.