lencana

2
BAHAGIAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, Telefon : 2556900 50604 KUALA LUMPUR. Kawat : ‘PENDIDIKAN’ KP(BS)8591/Jld.III/(3) 3 Februari 1988 Semua Pengarah Pendidikan Negeri, Y.B. Datuk/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1988 : Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) Sebagaimana Y.B. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum Kerajaan memandang serius terhadap ancaman dadah ke atas golongan belia di negara ini. Kementerian Pendidikan, sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang bolah digunakan bagi menanam perasaan benci,jijik dan jelek dalam jiwa generasi muda terhadap dadah. 2. Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan telah melancarkan program Skim Lencana Anti dadah ini merupakan satu daripada program pendidikan pencegahan dadah yang telah diperakukan dalam Rancangan Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Murid- murid sekolah yang menjadi anggota pasukan seragam seperti Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam, St. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran program ini. Mereka dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah, paraduan melukis poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log yang akan diberi secara percuma oleh Kementerian Pendidikan. Guru penasihat/guru pemimpin persatuan berkenaan akan menyimpan buku log tersebut. Penyertaan murid-murid dalam aktiviti anti dadah akan diberi markah tertentu seperti yang disyaratkan dalam Buku Log SLAD, mereka akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah. Lencana ini memberi pengertian bahawa murid itu telah bergiat dengan aktif dan berkesan dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah. 3. Sehingga ini 104 buah sekolah telah menyertai program ini. Seramai 336 orang guru penasihat/guru pemimpin persatuan Pasukan Seragam telah diberi latihan untuk persatuan menjalankan program ini di sekolah masing-masing. Pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan Buku Log dan Lencana untuk diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku Log yang akan dinekalkan kepada kepada peserta hendaklah disimpan oleh guru penasihat/guru pemimpin persatuan. Buku ini hanya akan diserahkan kepada murid-murid apabila mereka hendak mencatatkan aktiviti yang telah mereka sertai. Program ini akan diteruskan dan diperluaskan sehingga meliputi semua sekolah di seluruh negara. Untuk makluman, bagi sekolah-sekolah yang belum menjalankan program ini, guru-guru penasihat/pemimpin persatuan akan diberi latihan secukupnya.

Upload: ija-irwan

Post on 17-Dec-2015

58 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

lencana

TRANSCRIPT

  • BAHAGIAN SEKOLAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 5, BLOK J (SELATAN), PUSAT BANDAR DAMANSARA, Telefon : 2556900 50604 KUALA LUMPUR. Kawat : PENDIDIKAN KP(BS)8591/Jld.III/(3) 3 Februari 1988 Semua Pengarah Pendidikan Negeri, Y.B. Datuk/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1988 : Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) Sebagaimana Y.B. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum Kerajaan memandang serius terhadap ancaman dadah ke atas golongan belia di negara ini. Kementerian Pendidikan, sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang bolah digunakan bagi menanam perasaan benci,jijik dan jelek dalam jiwa generasi muda terhadap dadah. 2. Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan telah melancarkan program Skim Lencana Anti dadah ini merupakan satu daripada program pendidikan pencegahan dadah yang telah diperakukan dalam Rancangan Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Murid-murid sekolah yang menjadi anggota pasukan seragam seperti Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam, St. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran program ini. Mereka dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah, paraduan melukis poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log yang akan diberi secara percuma oleh Kementerian Pendidikan. Guru penasihat/guru pemimpin persatuan berkenaan akan menyimpan buku log tersebut. Penyertaan murid-murid dalam aktiviti anti dadah akan diberi markah tertentu seperti yang disyaratkan dalam Buku Log SLAD, mereka akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah. Lencana ini memberi pengertian bahawa murid itu telah bergiat dengan aktif dan berkesan dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah. 3. Sehingga ini 104 buah sekolah telah menyertai program ini. Seramai 336 orang guru penasihat/guru pemimpin persatuan Pasukan Seragam telah diberi latihan untuk persatuan menjalankan program ini di sekolah masing-masing. Pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan Buku Log dan Lencana untuk diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku Log yang akan dinekalkan kepada kepada peserta hendaklah disimpan oleh guru penasihat/guru pemimpin persatuan. Buku ini hanya akan diserahkan kepada murid-murid apabila mereka hendak mencatatkan aktiviti yang telah mereka sertai. Program ini akan diteruskan dan diperluaskan sehingga meliputi semua sekolah di seluruh negara. Untuk makluman, bagi sekolah-sekolah yang belum menjalankan program ini, guru-guru penasihat/pemimpin persatuan akan diberi latihan secukupnya.

  • 4. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah yang sedang dan akan dilaksanakan program ini adalah diarah untuk memperkemas dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti seperti yang dirancang dalam Kurikulum Skim Lencana Anti Dadah. Bagi sekolah-sekolah yang menyertai program ini sejak tahun 1986, penganugerahan Lencana di jangka akan dibuat seawal-awalnya pada akhir Mac 1988. Dalam hal ini guru penasihat/pemimpin persatuan hendaklah menentukan segala pengurusan dan pelaksanaan aktiviti dijalankan dengan rapi dan sempurna. Sekolah-sekolah yang telah menghantar guru penasihat/guru pemimpin persatuan menyertai latihan untuk program ini dalam tahun 1986 tetapi masih belum melaksanakan digesa menggerakkan program ini secara secepat mungkin. Bagi sekolah-sekolah yang memulakan program ini dalam tahun 1988 guru penasihat/guru pemimpin persatuan hendaklah merancang aktiviti Skim Lencana ini dari awal penggal persekolah lagi. 5. Dengan iti jasa baik Y.B. Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk memaklumkan isi kandungan Pekeliling ini kepada semua Pengetua sekolah di negeri Y.B.Datuk/Tuan/Puan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    tt (HAJI JUMAAT BIN DATO HAJI MOHD NOOR) Bahagian Sekolah b.p Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan. s.k. 1. Setiausaha Sulit Kepada Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia.

    2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

    3. Setiausaha Sulit Kepada

    Y.B. Encik Woon See Chin, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

    4. Ketua Setiausaha,

    Kementerian Pendidikan Malaysia.