contoh penulisan buku log lencana kemajuan pengakap

27
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP MUDA (LENCANA KEAHLIAN)

Upload: putra-mohammad-ahlami-ihsan

Post on 22-Jan-2016

1.126 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

lencana keahlian pengakap

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

PANDUAN PENULISAN BUKU LOG LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP MUDA

(LENCANA KEAHLIAN)

Page 2: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

SYARAT-SYARAT PENULISAN SESEBUAH BUKU LOG

1. BUKU FOLSCAPE TEBAL 400 M/S2. BUKU FOLSCAPE YANG PANJANG3. TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN KEDUA DUA BELAH MUKA SURAT DALAM

SATU HELAIAN4. PENULISAN HENDAKLAH KEMAS5. DILARANG SAMA SEKALI MENAMPAL SEBARANG NOTA6. SEGALA JENIS NOTA HENDAKLAH DITULIS TANGAN7. TIDAK BOLEH ADA HELAIAN FOTOSTAT MELAINKAN GAMBAR8. MUKA SURAT PERTAMA HENDAKLAH TERTERA BIODATA PEMILIK BUKU

LOG BERSERTA GAMBAR BERUKURAN PASSPORT BERUNIFORM LENGKAP9. JANGAN CAMPUR BUKU LOG LENCANA KEMAJUAN DENGAN LENCANA

KEPANDAIAN DALAM SATU BUKU.10.ANDA BOLEH MERINGKASKAN SEJARAH PENGAKAP.

Page 3: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

MAKLUMAT PERIBADI

NAMA PENUH:_______________________NO KAD PENGENALAN:________________TARIKH LAHIR:_______________________NO. TELEFON:_______________________E-MAIL:____________________________ALAMAT:___________________________

MAKLUMAT PENGAKAP

TAHUN MULA BERPENGAKAP:___________________ PATROL:__________SEKOLAH:______________________________________________________DAERAH:__________ NO. KUMPULAN:________________JAWATAN:_______________________

ALAMAT WARIS

ALAMAT:________________________________________________________NAMA:_________________________NO. TELEFON:___________________PEKERJAAN:_____________________

TANDATANGAN:

Gambar berukuran passport

beruniform

Page 4: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

Nama Pengakap:_______________________________________________________________No K/P: _______________________________ No Kumpulan: _________ Telefon:___________Alamat Kumpulan: ______________________________________________________________

BIL PERKARA TARIKH TANDATANGAN PENGUJI

1 Peraturan Pakaian Seragam Pengakap

2 Prinsip Rukun Negara

3 Lambang Pengakap Malaysia dan Pengakap Dunia

4 Persetiaan & Undang- Undang Pengakap

5 Hormat Dan Cogan Kata Pengakap

6 Sejarah Pengakap Malaysia dan Pengakap Dunia

7 Simpualn

Adalah disah dan diperakukan bahawa ahli pengakap di atas telah lulus semua ujian yang diperuntukkan dalan lencana ini sebagaimana ketetapan dalam Undang-Undang Peersekutuan Pengakap Malaysia. Beliau telah layak memakai lencana ini.

Tarikh Lulus: ____________________ No Sijil: _______________________

_________________________________ ______________________________ Penguji Pesuruhjaya Daerah

REKOD LENCANA KEMAJUANLencana Keahlian

Page 5: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

Peraturan Pakaian Seragam Pengakap

Page 6: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

Tatacara Pemakaian Lencana

Page 7: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

Prinsip Rukun NegaraRukunegara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:

Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

" Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; "

“Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-Undang

Kesopanan dan Kesusilaan”

Page 8: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

Lambang Pengakap Malaysia dan Pengakap Dunia

1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.

2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"

4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"

5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".

6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".

7. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:

Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",

Page 9: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

Hijau - "Pengakap Muda",

Merah - "Pengakap Remaja"

8. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Lambang Pengakap Dunia

1. Kelopak pecah tiga

-melambangkan tiga Persetiaan Pengakap.

2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan

- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

3. Ikatan putih

- menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

4. Lingkaran tali berwarna putih

- melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

5. Warna ungu

- kepimpinan Warna putih

Page 10: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

- kesucian dan kebersihan.

Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap

Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap.Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia.Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari tengah diluruskan.

Tanda Persetiaan

Bacaan Persetiaan adalah seperti berikut :-

”Bahawa dengan sesugguhnya

Page 11: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan :-

-Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara-Menolong orang pada setiap masa-Menurut Undang-Undang Pengakap”

Undang-Undang Pengakap

Seorang pengakap hendaklah mematuhi sepuluh Undang-Undang Pengakap yang tersesebut :-

1. Dipercayai2. Taat3. Berguna4. Bersaudara5. Berbudi6. Kasihkan Binatang7. Menurut Perintah8. Tabah Hati9. Berjimat10. Suci Fikiran, Suci Perkataan, Suci Perbuatan

Page 12: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

Hormat dan Cogan Kata Pengakap

Hormat PengakapSalam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking.

Hormat Pengakap Hormat Semasa Berjalan Hormat Dengan Tongkat

Hormat Pengakap diberi :-Kepada ketuaKepada bendera yang dinaikkanKaedah member persetiaanKepada lagu kebangsaan dimainkan

Page 13: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

Kepada jenazahKepada pembesar-pembesar negeri atau NegaraKepada pemimpinKepada saudar Pengakap

PersetiaanWaktu perlantikan Membuat persetiaan (Hormat tiga jari diangkat setinggi bahu dan tapak tangan hadapan)

Cogan Kata Pengakap

Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut:

Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik Pengakap Muda - Selalu Sedia Pengakap Remaja - Pandangan Luas Pengakap Kelana - Berkhidmat

Sejarah Pengakap Malaysia Dan Pengakap Dunia

Sejarah Pengakap Di Malaysia

Pergerakan Pengakap diperkenalkan di Singapura pada 1908 dan ditubuhkan secara rasmi pada July 2, 1910 apabila scout master Frank Cooper Sands (F.C. Sands), tiba dari Nottingham, England ke Singapura untuk menubuhkan dua kumpulan Pengakap Kanak-kanak. Pergerakan Pengakap kemudian menyebar ke Tanah Melayu yang kemudian dikenali Malaya. Encik Sands telah banyak menyumbang dalam pergerakan Pengakap dan dikenali sebagai "Father of Malayan Scouting".

Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:

1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan

1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School

Page 14: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari 1930).

1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield

1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar

1926 - Melaka, oleh R. Brunstone

1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith

1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar

1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle

1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong

1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar).

1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.

Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet

Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan).

Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada

Page 15: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.

Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.

Sejarah Pengasas dan Pengakap Dunia

Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang

Page 16: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907.

Lord Baden Powell ialah Pengakap Agung Dunia yang dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.

Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876.

Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu, dan beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur" atau "Impeesa" kerana keberanian dan kecekapannya. Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel.

Page 17: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

Huru-hara telah tercetus di antara kerajaan British dengan negeri Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh.

pada 1899 Semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwaan ini beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda.

Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku "Aids to Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan "Scout Master" atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green. H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell.

Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini semula buku "Aids to Scouting"

Page 18: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

kepada "Scouting for Boys". Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di merata-rata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral.

Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia.

Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muda dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World.

Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park.

Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-

Page 19: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman permai selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun.

Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir "Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941." Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. Kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah-tengah yang bermaksud "Gone Home". Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut: Tuhan memimpin dan membantu di dalam kerja-kerjamu.

Simpulan dan Ikatan

Buku Sila (Reef Knot)

menyambungkan dua tali yang sama besar.

mengikat bungkusan, mengikat atau mematikan anduh.

Page 20: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

Buku Sila

Bunga Geti (Sheet bend)

menyambung dua tali yang tidak sama besar. menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat

bendera dengan tali

Bunga Geti

Tindih Kasih (Bowline)

menyelamatkan orang di dalam kecemasan ( menaikkan atau menurunkan orang

mengikat atau menarik kayu

Page 21: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

Tindih Kasih

Simpul Manuk (Clove Hitch)

mengikat tali pada batang kayumengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh

mengikat khemah pada tiang kayu memulakan ikatan pada kayu.

Tindih Kasih

Lilit Dua Simpul (Round turn and two half hitches)

Page 22: Contoh Penulisan Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap

mengikat tali pada pancang khemah

Lilit Dua Simpul

Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)

Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terburai.

Lilit Pemati Biasa