lembaga pertubuhan peladang telah berpindah...

16
EDISI KHAS

Upload: duongkhanh

Post on 20-Jun-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGTELAH BERPINDAH KE

MENARA LPPNO. 20, JALAN SULTAN SALAHUDDIN,50480 KUALA LUMPUR

PADA 27 DISEMBER 2011

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGTELAH BERPINDAH KE

MENARA LPPNO. 20, JALAN SULTAN SALAHUDDIN,50480 KUALA LUMPUR

PADA 27 DISEMBER 2011

EDISI KHAS

Page 2: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Hari Peladang mula diperkenalkan pada tahun 1972 dimana

pengumumannya dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak. Tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1975, sambutan Hari Peladang mula disertai oleh Persatuan Nelayan serta MARDI.

Selepas itu,pada tahun 1988 sambutan Hari Peladang telah ditukar kepada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK). Dengan tema “Perpaduan Peladang-Peladang Penting Kepada Kestabilan Negara”. Sambutan diadakan bagi memperingati dan mengiktiraf peladang terbaik di Malaysia atas jerit payah pengorbanan yang mereka lakukan. Bidang ekonomi yang mereka ceburi adalah pengukur kepada kemampuan negara dalam menghasilkan sumber pertanian yang ada. Sektor pertanian kini telah banyak berubah, keadaan persekitaran mendesak menjadikan pertanian tidak boleh berada di takuk lama, semua aktiviti pertanian perlu dilaksanakan secara komersial supaya negara tidak bergantung dengan bahan eksport.

Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) akan diadakan setiap tahun. Sambutan pada kali ini diadakan di Kerian, Negeri Perak. HPPNK merupakan simbolik kepada aktiviti pertanian yang moden yang diusahakan secara bersepadu

Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

menerusi aplikasi teknologi moden bagi menjana ekonomi negara ke arah meralisasikan impian negara Wawasan 2020.

Penghargaan kepada peladang

Sememangnya HPPNK diadakan sebagai penghargaan kerajaan kepada peladang, penternak dan nelayan. Sumbangan yang diberikan amat bernilai buat semua rakyat Malaysia. Penghargaan yang diberi adalah di atas kegigihan, semangat keusahawanan dan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara individu atau organisasi melalui aktiviti berkaitan. Kepesatan ekonomi yang membangun membolehkan mereka semakin berani untuk terus berkecimpung dalam dunia pertanian. Pertanian kini tidak lagi bergantung kepada tulang empat kerat. Perkembangan teknologi dengan inovasi terkini menjadikan ia sebagai satu sektor yang berdaya saing dan maju.

HPPNK antara lainnya ialah bertujuan untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang pertanian. Selaras dengan perkembangan semasa, bidang pertanian tidak lagi dipandang rendah, pembaharuan demi pembaharuan diterokai dengan mengambil contoh negara yang maju di bidang pertanian seperti Holland, Jepun dan Thailand. Belia pada masa kini telah membuka mata untuk mencari rezeki berasaskan pertanian. Teknologi mesin dan peralatan pertanian kini semakin mudah didapati. Pelbagai jentera moden yang berteknologi tinggi dibangunkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi membolehkan mereka mengguna pakai untuk kegunaan pertanian.

Page 3: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

Petani moden kini boleh berbangga kerana mereka dibantu oleh kerajaan yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan serta khidmat nasihat bagi memastikan hasrat mereka tercapai. Medium penghargaan ini dapat dijadikan sebagai pengukur terhadap kemajuan bidang pertanian dimana negara kita juga merupakan salah satu pengeluar bahan mentah utama dunia.

Generasi muda yang menceburi bidang pertanian kini telah menunjukkan peningkatan. Tahap kesedaran untuk meneroka bidang ini lebih jauh telah memberikan nafas baru dalam mewujudkan pengeluaran hasil bertaraf antarabangsa. Idea dan inovasi yang dicipta membuktikan negara kita tidak kurang hebatnya berbanding dengan negara maju yang lain.

Penganjur – Kementerian Pertaniandan Industri Asas Tani

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menjadi tulang belakang penganjuran HPPNK. Pengalaman yang dimiliki dan perangkaian antarabangsa yang luas telah berjaya menarik minat serta penyertaan antarabangsa dalam menjayakan pameran ini. Cogankata “ Transformasi Pertanian Peneraju Ekonomi Negara” telah diguna pakai bagi mentafsir situasi pertanian yang kini semakin diminati. MOA pada masa yang sama juga sentiasa berusaha mengembalikan pertanian untuk menjadi sektor pengeluar utama negara.

Selain pameran, terdapat aktiviti lain yang dijalankan seperti jualan produk usahawan tempatan dan antarabangsa, demonstrasi masakan dan pelbagai acara lagi. Antara pameran dan jualan yang didadakan ialah produk-produk IKS, buah-buahan segar, tanaman hiasan, haiwan ternakan serta promosi makanan popular Malaysia. Ini secara tidak langsung dapat menarik pengunjung untuk lebih mengenali bidang pertanian dan menukar pemikiran lama mengenai pertanian.

Page 4: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

Objektif HPPNK adalah untuk mengubah Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri asas tani. Manakala pameran adalah bagi menarik pelabur persendirian dari dalam dan luar negara. Ia bertujuan untuk mempromosikan pertanian sebagai satu pelaburan yang menguntungkan serta menjamin pulangan masa depan bagi menarik pelabur usahawan dari generasi muda. Disamping itu ia juga dapat mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran agar dapat diaplikasikan dalam sektor pertanian di Malaysia. HPPNK dijadikan sebagai satu platform untuk menyediakan peluang, perkhidmatan dan promosi produk.

Ia juga merupakan wadah pertemuan antara usahawan untuk bertukar pandangan dan pengetahuan antara satu sama lain.

Kerajaan sentiasa berharap agar transformasi berlaku kepada negara dalam sektor pertanian ini dimana pertanian dikomersialkan dan menjadi sumber pendapatan utama kepada rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan negara. Sasaran kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai negara yang bependapatan tinggi akan direalisasikan dengan sokongan sektor pertanian yang lebih moden, dinamik, komersial dan berteknologi.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

Page 5: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

Beliau menjadi ahli PPK Bera pada tahun 2004 dan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Unit Peladang Sebertak. Beliau juga adalah Timbalan Ketua UMNO Cawangan Sebertak, Bendahari Perniagaan Islam Pahang (PPIP) Cawangan Bera dan Ahli Lembaga Pengarah PPIP Negeri Pahang.

Berbekalkan minat yang mendalam dibidang pertanian, beliau mengusahakan pelbagai projek pertanian, di antaranya ternakan lembu, kambing, burung puyuh, sarang burung walit, ikan keli, tanaman jagung, tebu dan kelapa sawit. Setelah tahun demi tahun mengusahakan pelbagai projek, hasil usaha gigihnya telah berjaya mengumpul aset yang meliputi tanah, rumah, kereta, motosikal dan lori. Beliau kemudiannya menubuhkan Syarikat ZS Sepakat Sdn. Bhd. pada tahun 2006.

Peladang Jaya Lelaki HPPNKPeringkat Kebangsaan Tahun 2011

Tanggal 19 Jun 1960 lahirlah seorang bayi yang diberi nama Berahim

bin Bedu. Beliau dilahirkan di Felda Sebertak, Bera, Pahang. Mendapat pendidikan sehingga tingkatan 5, usahawan berusia 51 tahun ini telah berumahtangga dengan Puan Kahtijah Binti Husin dan mempunyai 5 orang cahayamata.

Setelah menyedari keuntungan yang mampu diperolehinya melalui bidang pertanian, beliau terus bergiat aktif. Dengan azam dan semangat yang kuat beliau mengusahakan ternakan lembu integrasi sebanyak 215 ekor dengan urusniaga berjumlah RM 169,000. Bagi projek ini, Encik Berahim menggunakan modal sendiri dan pinjaman dari Agrobank sebanyak RM 100,000. Keuntungan bersih dari ternakan tersebut adalah sebanyak RM 69,000.

Projek lain yang diusahakan ialah pusat pengumpulan jualan lembu. Terdapat hampir 30 hingga 40 ekor dalam satu-satu masa di pusat pengumpulan jualan lembu. Nilai jualan bagi projek ini adalah RM 120,000 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 50,400. Selain dari itu, beliau juga mengusahakan tanaman tebu seluas 6 hektar di atas tanah TKPM Tebing Tinggi Bera. Nilai jualan tanaman tebu ini adalah sebanyak RM 56,000 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 42,000.

Dengan bermodalkan modal sendiri, beliau turut mengusahakan tanaman jagung seluas 6 hektar di TKPM Tebing Tinggi Bera. Hasil pengeluaran bagi tanaman jagung beliau adalah sebanyak RM 106,500 dan setelah ditolak kos operasi, beliau mendapat keuntungan sebanyak RM 86,400. Beliau juga turut mengusahakan ternakan kambing sebanyak 50 ekor. Nilai jualan kambing beliau adalah sebanyak RM 8,000 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 5,040.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

Page 6: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

Beliau turut menternak ikan keli kanvas dan tangki simen secara sampingan di sebelah rumah beliau sendiri. Nilai jualan ikan keli beliau adalah sebanyak RM 9,000 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 5,040. Ternakan burung puyuh juga diusahakan dengan kapasiti sebanyak 1,500 ekor. Pendapatan beliau bagi projek ini adalah sebanyak RM 9,200 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 5,400. Projek ini adalah dalam peringkat pembesaran kepada 5,000 ekor sepusingan dengan bantuan reban dan peralatan dari JPV bernilai RM 43,000.

Beliau juga mengusahakan projek pertanian lain seperti tanaman kelapa sawit seluas 14.5 hektar. Nilai pengeluaran bagi projek ini adalah sebanyak RM 594,000 dan keuntungan bersih yang diperolehi adalah sebanyak RM 498,000. Bagi menambah pendapatan, beliau juga mengusahakan projek ternakan sarang burung walit pada tahun 2011 dan masih belum mengeluarkan hasil. Nilai urusniaga beliau untuk tahun 2010 adalah RM 1,071,700 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 761,280 setahun atau RM 63,440 sebulan.

Encik Berahim seringkali menghadiri pelbagai kursus bagi memantapkan pengetahuan beliau dalam bidang pertanian. Beliau juga kerapkali

memberikan ceramah-ceramah berkaitan ternakan ikan keli, teknik penanaman jagung dan tebu serta ternakan kambing. Beliau telah menerima anugerah Peladang Jaya Lelaki Peringkat Daerah Bera tahun 2010 dan Peladang Jaya Lelaki Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2011.

Beliau merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan berhasrat menaik taraf pusat pengumpulan lembu yang lengkap dengan rumah penyembelihan. Dimasa hadapan beliau juga bercita-cita untuk menternak rusa sebagai tambahan pendapatan. Semoga penganugerahan Peladang Jaya Lelaki Kebangsaan 2011, menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk beliau terus maju dibidang pertanian.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

Page 7: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

Puan Misripah binti Marjan, 51 tahun

berasal dari Kampung Tanjung Sepat, Selangor. Beliau merupakan ahli PPK Batu Laut sejak tahun 2006. Mempunyai 2 cahayamata perempuan yang berusia 24 dan 27 tahun. Anak pertamanya menguruskan perniagaan keluarga manakala anak keduanya baru menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni Kulinari.

Penglibatan Puan Misripah dalam bidang pertanian bermula pada tahun 1999 dengan mengusahakan tanaman ubi keledek, ubi kayu, nenas, pisang dan kelapa sawit. Pada tahun 2003, beliau melibatkan diri didalam bidang pemprosesan makanan sejuk beku melalui syarikatnya, Seri Tanjung Food Enterprise. Hasil usaha gigihnya beliau berjaya mengumpul aset meliputi rumah, kereta, lori, kilang pemprosesan makanan sejuk beku, rumah kedai dan kedai buah buahan.

Diantara projek yang menjana pendapatan paling tinggi ketika ini ialah pemprosesan makanan sejuk beku. Purata hasil pengeluaran projek ini

Peringkat Kebangsaan Tahun 2011Peladang Jaya Wanita HPPNK

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

Page 8: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

tanaman nenas berjumlah RM7,200.00. Selain itu beliau juga menternak kambing sebanyak 20 ekor yang diusahakan secara kecil kecilan.

Puan Misripah juga terlibat dengan projek pertanian lain iaitu kedai buah buahan dan ternakan sarang burung walit. Kedai buah buahan beliau terletak di Jalan Utama, Sepang, Selangor telah menjana pendapatan tahunan berjumlah RM1.52 juta dengan keuntungan bersih sebanyak RM576,000.00. Manakala projek ternakan burung walit masih diperingkat pembangunan dan belum mengeluarkan hasil. Selain itu beliau turut menjalankan sewaan rumah kedai 3 tingkat yang menghasilkan pendapatan sebanyak RM25,000.00 dengan keuntungan bersih sebanyak RM4,800.00. Pada tahun 2010 keseluruhan urusniaga beliau berjumlah RM1.765 juta dengan pendapatan bersih sebanyak RM688,800.00 setahun atau RM57,400.00 sebulan.

Beliau telah mewujudkan pusat jualan hasil pertanian untuk masyarakat setempat dan merupakan usahawan contoh kepada penduduk tempatan. Bagi meningkatkan pengetahuan didalam bidang pertanian, beliau tidak ketinggalan menyertai kursus yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi kerajaan seperti DOA, MARDI, LPP dan lain-lain. Antara

kursus yang dihadiri beliau adalah Kursus Memproses Makanan Sejuk Beku, Kursus Good Hygiene Practise (GHP), Kursus Pengendalian Makanan dan Kursus Memperkasakan Unit Peladang.

Puan Misripah juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Beliau adalah AJK Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Batu Laut, AJK Biro Agama Batu Laut, AJK Wanita UMNO Batu Laut, AJK Kumpulan Peladang Nita Batu Laut dan ahli Kumpulan Marhaban Batu Laut. Diatas kegigihan beliau memajukan diri dan masyarakat setempat, Puan Misripah telah dianugerahkan Peladang Jaya Wanita Peringkat PPK Batu Laut pada tahun 2009. Kemuncak pengiktirafan terhadap sumbangan beliau kearah peningkatan ekonomi dan penglibatan wanita didalam sektor pertanian, Puan Misripah binti Marjan telah dipilih sebagai Peladang Jaya Wanita Kebangsaan Tahun 2011 .

Selain itu beliau juga menghasilkan inovasi baru iaitu menggunakan sisa keledek atau kulit luar keledek sebagai baja keatas tanamannya. Beliau juga berhasrat melatih usahawan baru dalam industri pemprosesan makanan sejuk beku dan bercita cita meluaskan pasaran produknya keluar negara.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

ialah RM108,500.00 dan keuntungan bersih yang diperolehi adalah sebanyak RM70,800.00. Produk sejuk beku yang dikeluarkan Syarikat Seri Tanjung Food Enterprise ialah karipap, cucur badak, samosa, keria, puteri ayu, wade dan lain-lain lagi. Beliau mempunyai 7 orang pekerja yang setia membantu dalam mempertingkatkan perlaksanaan projek. Dari aspek pemasaran, beliau lebih selesa untuk memasarkan sendiri semua produknya di kedai-kedai dan pasaraya. Beliau bertekad untuk menambah kapasiti pengeluaran produk sejuk beku dengan penjenamaan yang komersial.

Dengan berbekalkan modal sendiri, beliau mengusahakan tanaman keledek seluas 2 hektar dengan hasil keluaran sebanyak RM38,640.00. Keuntungan bersih yang diperolehi beliau adalah sebanyak RM12,600.00. Beliau turut mengusahakan tanaman ubi kayu seluas 4 hektar dengan hasil keluaran sebanyak RM27,600.00. Keuntungan bersih yang diperolehi adalah sebanyak RM9,000.00.

Bagi mempelbagaikan tanaman, beliau juga mengusahakan tanaman pisang seluas 2 hektar dengan mendapat pulangan bersih sebanyak RM7,200.00. Beliau turut menanam nenas seluas 2 hektar yang memberi pendapatan sebanyak RM22,800.00. Keuntungan bersih dari

Page 9: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

Encik Mohd Sabirin bin Usop 38 tahun berasal dari Kampung Gadek

Dalam, Alor Gajah, Melaka. Beliau adalah ahli PPK Alor Gajah sejak tahun 1998. Telah berumahtangga dengan Puan Faizah binti Salleh dan mempunyai 5 orang cahayamata.

Aktiviti pertanian beliau bermula pada tahun 1995 dengan projek tanaman sayur seperti timun, kacang panjang, kacang buncis dan cili seluas 2.5 hektar. Berbekalkan modal sendiri, beliau telah membeli sebuah jentuai dan 4 buah traktor pembajak.

Pada tahun 2002, beliau telah mengembangkan bidang usahanya sebagai kontraktor binaan dan memiliki lesen kelas F. Bermula dari situ, beliau terus giat menjalankan aktiviti pertanian dan bukan pertanian. Hasilnya, beliau berjaya mengumpul aset seperti rumah, kereta, jentuai dan traktor pembajak.

Beliau mengusahakan projek tanaman padi seluas 56 hektar yang terletak di Kampung Gadek. Pada tahun 2010, beliau berjaya mendapat hasil dengan nilai jualan sebanyak RM 487,000 dan keuntungan bersih sebanyak RM 237,000. Beliau juga mengusahakan tanaman pisang seluas 3.6 hektar. Nilai jualan yang diperolehi beliau adalah RM 54,000 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 22,000.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

Peladang Muda Jaya HPPNK Kebangsaan 2011

Page 10: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 10

Selain itu, beliau mengusahakan ternakan lembu sebanyak 60 ekor. Purata pengeluaran hasil adalah bernilai RM 16,000 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 10,000. Beliau juga menternak kambing jenis baka janapari dan kampung (kacang) sebanyak 50 ekor dengan nilai jualan yang diperolehi sebanyak RM 9,000 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 5,000.

Beliau turut melibatkan diri dalam industri akuakultur dengan ternakan ikan puyu dan keli sebanyak 4 buah kolam. Beliau mendapat hasil dengan nilai jualan sebanyak RM 20,000 dan keuntungan bersih adalah sebanyak RM 12,000. Beliau juga menjalankan kerja kontrak pertanian yang menghasilkan pendapatan sebanyak RM 15,000 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 10,000.

Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau mengambil peluang mengusahakan kerja-kerja kontrak seperti pembajakan, pembinaan rumah, longkang dan jalan. Jumlah pendapatan beliau dalam mengusahakan projek-projek ini adalah sebanyak RM 181,000. Jumlah keseluruhan urusniaga beliau dalam aktiviti pertanian dan bukan pertanian adalah sebanyak RM 1,001,000. Manakala jumlah pendapatan bersih pula adalah sebanyak RM 462,000 setahun atau RM 38,500 sebulan.

Walaupun masih muda, beliau merupakan seorang yang sangat aktif berpersatuan di mana beliau merupakan Setiausaha Penyelaras Pemuda DUN Gadek, Ketua Pemuda Cawangan Gadek, Bendahari Belia 4B Alor Gajah, AJK Koperasi Melaka Setia dan AJK Masjid Gadek. Demi meningkatkan pengetahuan dalam bidang pertanian, beliau tidak ketinggalan dalam mengikuti kursus yang boleh memberi faedah kepada beliau.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

Page 11: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

Antara kursus yang pernah dihadiri oleh beliau ialah :

• KursusPeningkatanHasilPadi(MARDI)

• KursuskearahUsahawanBerjaya(MIADP)

• KursusPengurusanAirbagiPenanamanPadi(JPS)

• KursusAsasKontraktorBinaan(PKK)

• KursusAsasLandskap(MARA)

• KursusPenyembelihanKambing(MARDI)

• KursusPengurusanPerosakTanamanPadi(DOA)

Diatas kegigihan mentransformasikan bidang pertanian sebagai satu perniagaan, Encik Mohd Sabirin telah menerima Anugerah Belia Jaya Anjuran JKKK Kampung Gadek dan Anugerah Usahawan Muda Anjuran PPK Alor Gajah. Dimasa hadapan beliau berhasrat memperkukuhkan rantaian aktiviti dalam industri padi, seperti penanaman padi, pembajakan, penuaian, pemasaran dan pengangkutan.

Beliau juga berhasrat untuk memperluaskan aktiviti pertanian dengan ternakan kambing dan tanaman pisang. Semoga dengan Penganugerahan Peladang Muda Jaya Kebangsaan 2011, kegigihan Encik Mohd Sabirin akan menjadi contoh kepada golongan muda untuk menjadikan sektor pertanian sebagai kerjaya yang mendatangkan pulangan lumayan.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

Page 12: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

Unit Peladang Jaya Kebangsaan Tahun 2011 Pembangunan ekonomi bermaksud

menggunakan segala sumber atau aset semulajadi secara optimum. Peranan kepimpinan memerlukan kekuatan dan sokongan dari penduduk dalam membantu mencapai hasrat kerajaan. Kejayaan yang dimiliki oleh Unit Peladang Kampung Endah bukan sesuatu yang mudah, kerjasama dan kesungguhan pemimpin serta penduduk telah membuahkan hasil sehingga mereka dinobatkan sebagai Unit Peladang Jaya bagi tahun 2011.

Kampung Endah terletak dalam mukim Morib & Kelanang iaitu di daerah Kuala Langat, Selangor. Kampung ini berkeluasan 1,195 hektar dengan jumlah penduduk 1,950 orang dimana secara puratanya penduduk di sini berketurunan Jawa. Melihat dari aspek taburan penduduk, kampung ini mempunyai kawasan penempatan seluas 65 hektar, kawasan pertanian seluas 1,116 hektar, tanah rizab kerajaan seluas 10 hektar dan tanah wakaf kampung seluas 4 hektar. Selari dengan arus peredaran zaman, Kampung Endah mempunyai laman ‘facebook’ yang direka oleh Jawatankuasa kampong. Melalui ‘facebook’ ini, secara tidak langsung akan memberi maklumat terkini tentang keadaan kampung, dapat mengeratkan silaturrahim sesama penduduk, salah satu medium promosi produk usahawan dan jejak kasih.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

Page 13: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

Unit Peladang Jaya Kebangsaan Tahun 2011

Berdasarkan statistik pekerjaan yang diterima penduduk Kampung Endah lebih tertumpu kepada aktivti pertanian di mana 37% daripadanya bekerja sebagai petani. Diikuti ahli perniagaan 25%, pekerja swasta 15%, nelayan 10%, kakitangan kerajaan 8% dan pesara 5%. Kampung ini mempunyai pelbagai prasarana lengkap untuk kemudahan penduduk, antaranya perpustakaan desa, pusat maklumat setempat, pondok pos berkelompok, klinik desa, sekolah agama, sekolah rendah, balai JKK dan masjid. Kampong ini diterajui oleh En. Mad Said bin Sahri selaku Ketua Unit dengan dibantu oleh 11 orang jawatankuasa lain. Masing-masing mempunyai peranan mengikut biro yang ditetapkan iaitu Biro Pembangunan Sosial, Biro Projek, Biro Kewangan & Pelaburan, Biro Pengurusan Sosial dan Biro Pengurusan Wanita. Pengurusan organisasi yang cekap dan kreatif membantu mereka anugerah sempena HPPNK tahun ini.

Kemampuan kampung ini bergerak banyak didorong oleh aktiviti pertanian yang menjadi nadi kepada pendapatan penduduk. Unit Peladang Kampung Endah berjaya mewujudkan ahli unitnya yang menjadi usahawan dengan memperoleh pendapatan lebih RM2,500 sebulan. Pelbagai bidang pertanian yang diceburi oleh penduduk kampung, antaranya ialah :

• Projekpertanianpengeluaran

• Pemprosesanbahanmakanan

• Projekpertanianlain

• Projekbukanpertanian

Isipadu perniagaan secara keseluruhannya berjumlah RM7.436 juta. Penyumbang pendapatan terbesar adalah dari projek pertanian dan pemprosesan. Iaitu RM 4.764 juta.

Projek pengeluaran pertanian telah diusahakan melalui beberapa jenis bidang iaitu tanaman, pemprosesan makanan, ternakan dan akuakultur. Aktiviti tanaman yang diceburi adalah tanaman sayuran, jagung, pisang dan cendawan. Bidang ini menyumbang RM900,000 kepada isipadu perniagaan. Untuk aktiviti pemprosesan makanan pula perusahaan kerepek, dodol dan kerepak gadungan telah menghasilkan untung bersih berjumlah RM286,600. Ternakan lembu, kambing, ayam kampung dan puyuh turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan penduduk di mana secara keseluruhannya menghasilkan RM1.488 juta keuntungan. Projek akuakultur yang dilaksanakan ialah ternakan ikan keli yang telah mengeluarkan hasil berjumlah RM120,000. Selain dari itu, projek pertanian lain yang turut menyumbang ialah kelapa sawit, pusat timbang kelapa sawit dan pasar peladang.

Usaha pembangunan unit peladang melalui pelbagai rantaian ekonomi yang menyumbang kepada produktiviti telah memberi kesan positif. Secara keseluruhannya, usaha untuk membawa perubahan terhadap peningkatan taraf kehidupan telah berhasil. Semua penduduk Kampung Endah mengharapkan mereka dapat menjadi masyarakat yang berkualiti dan kompetitif setanding dengan masyarakat bandar.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

Page 14: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

“PPK Lahar Bubu menjadi sebuah agensi pengurusan dan perniagaan

yang kukuh dan unggul kepada ahli peladang”

Berpegang kepada wawasan tersebut PPK Lahar Bubu telah dianugerahkan sebagai Pertubuhan Peladang Jaya Tahun 2011. Berteraskan misi untuk menjadikan PPK Lahar Bubu sebagai sebuah agensi yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti kepada masyarakat peladang di samping berperanan sebagai agen perubahan ke arah pertanian komersial. Adalah menjadi matlamat PPK Lahar Bubu untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf professional kepada masyarakat peladang berlandaskan 10 Perkhidmatan Pertubuhan Peladang disamping menjadi agensi yang berorientasikan budaya niaga secara komersial. Objektif PPK Lahar Bubu dalam memastikan perkhidmatan dicapai kepada golongan sasaran antaranya ialah melaksanakan projek-projek baru dengan kemahiran pegawai menerusi program-program pembangunan sumber manusia, memperkukuhkan kedudukan PPK melalui penglibatan ahli dan mewujudkan hubungan baik dengan agensi kerajaan yang lain.

PPK Lahar Bubu terletak di utara semenanjung Malaysia iaitu di negeri Pulau Pinang. Mempunyai kawasan dengan keluasan 61 meter persegi, ia berada di daerah Seberang Perai Utara yang mempunyai 8 mukim. PPK ini diterajui oleh Tn Hj Abdul Razak bin Said selaku Pengurus Besar, beliau dibantu oleh seorang timbalan pengurus dan dua orang pengurus projek. Bagi mengukuhkan pentadbiran, PPK Lahar Bubu dibantu oleh barisan Ahli Jemaah Pengarah yang dipengerusi oleh Hj Fareed bin Hj. Hussain dengan dibantu oleh 6 orang ahli jemaah yang lain. Kepimpinan PPK Lahar Bubu ternyata menghasilkan impak yang positif dalam melaksanakan projek yang dijalankan. PPK ini mempunyai seramai 2,869 orang ahli dengan bilangan keluargatani berjumlah 1,854 orang.

PertubuhanPeladang Jaya 2011

Page 15: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

10 perkhidmatan yang disediakan oleh PPK Lahar Bubu telah menghasilkan nilai perkhidmatan berjumlah RM 14.08 juta secara keseluruhan. Dengan isipadu perniagaan mencecah RM 25.24 juta, ia dapat mengekalkan prestasi kewangan PPK seperti tahun-tahun sebelum. Nilai dividen yang dikeluarkan pada tahun lepas ialah RM 254,795. Aktiviti ekonomi utama yang dijalankan oleh PPK Lahar Bubu ialah Projek Pusat Pengeluaran Benih Padi Sah. Projek ini mula beroperasi pada Julai 2007. Ia telah menjadi penyumbang utama kepada pendapatan PPK. Projek ini telah menjana pengeluaran sebanyak 7,680 metrik tan bagi tahun 2010. Kini, pembekalan benih padi yang dikeluarkan telah menjangkau ke seluruh semenanjung Malaysia.

Projek minit estet padi turut dilaksanakan, ia disertai oleh 390 orang ahli dengan keluasan 753 hektar. Secara purata projek ini telah telah menghasilkan 4.62 metrik tan semusim. Projek pemasaran padi juga menyumbang kepada pendapatan PPK yang berjumlah 5,600 metrik tan belian padi melibatkan hampir 1,500 orang petani.PPK turut menjalankan pengedaran Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) kepada ahli-ahli yang mengusahakan tanaman padi. Ia melibatkan 3,180 orang petani

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

dengan jumlah keseluruhan edaran 191,506 kampit baja. Projek-projek lain yang dilaksanakan oleh PPK Lahar Bubu termasuk tapak semaian padi dan bekalan ladang / input pertanian.

Selain menjalankan perniagaan, PPK Lahar Bubu turut menyediakan kemudahan perkhidmatan kejenteraan ladang, pengangkutan, kredit dan simpanan, kerja kontrak – penyelenggaraan ladang dan sewaan premis pernigaan. Semua ahli akan memperoleh keistimewaan untuk menggunakan perkhidmatan ini. PPK Lahar Bubu juga telah berjaya melahirkan usahawan aktif, sehingga kini seramai 20 usahawan telah dibentuk mengikut aktiviti masing-masing. Antara projek yang diusahakan adalah projek pemprosesan, ternakan, tanaman dan ternakair.

Pelbagai anugerah yang diterima pleh PPK Lahar Bubu membuktikan keberkesanan perkhimatan yang diberikan. Adalah menjadi harapan PPK Lahar Bubu untuk mengekalkan kecemerlangan pencapaian di masa akan datang supaya dapat menjadi pemacu dalam sektor pertanian disamping mewujudkan petani yang moden, dinamik, inovatif dan kompetitif.

Page 16: LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG TELAH BERPINDAH KE103.8.163.254/document/upload/g209Px7ColtG45gcJu7UDqyXC2Ommxs5.pdfdan kejayaan peladang, penternak dan nelayan untuk memajukan diri secara

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGTELAH BERPINDAH KE

MENARA LPPNO. 20, JALAN SULTAN SALAHUDDIN,50480 KUALA LUMPUR

PADA 27 DISEMBER 2011

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGTELAH BERPINDAH KE

MENARA LPPNO. 20, JALAN SULTAN SALAHUDDIN,50480 KUALA LUMPUR

PADA 27 DISEMBER 2011

EDISI KHAS

Penaung :Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat :Haji Ramli bin SalikanHaji Mohd. Salim bin Haji Taha

Ketua Pengarang :Haji Md. Zahari bin Abdullah

Penyunting :Azizan bin Haji OthmanAnnie Laily bt Arif

Edisi Internet :Haninah bt Abd. RahmanShahzunizam bin Zulkafli

Grafik :Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto :Ishak bin Abd. Rahman

Diterbitkan oleh :Lembaga Pertubuhan Peladang,Menara LPP,No. 20, Jalan Sultan Salahuddin,50480 Kuala Lumpur

Edaran Majalah Transformasi :Nik Mazri bin Mat YusofMohd Haniff bin Asim@HasyimNaharuddin bin Abdul RahmanWahyudi bin BaharudinAdnan bin IsmailShafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari :Http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :OMR Press Sdn. Bhd.Tel : 03-8024 6396

“ Lahir Peladang Progresif ”