lect 1

32
TT3112 SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Upload: qasehsafinah

Post on 19-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

topik 1

TRANSCRIPT

  • TT3112

    SOSIOLOGI PENDIDIKAN

  • KANDUNGANPerspektif mikro

    Perspektif makro

    Teori-teori

  • @ ADAKAH SOSIOLOGI MERUPAKAN KAJIAN SAINS?

    # Sesetengah pihak berpendapat bahawa sosiologi adalah satu kajian sains.

    Sains perlukan bukti yg empirik, penghuraian & penjelasan yg tepat untuk membukti sesuatu fenomena yg berlaku. Diperoleh melalui ekperimen atau penyelidikan yg sistematik, guna pemikiran teoritikal & penilaian hujah yg logik utk mperkembangkan ilmu pengetahuan

    # Contoh, :dikatakan ramai remaja terlibat dgn dadah, gejala sosial, samseng dll (bukti perlu ditunjukkan, misalnya jumlah mereka di Pusat Serenti, dll).

  • @ W/bagaimanapun Sosiologi boleh dianggap sebagai satu disiplin sains kerana mempunyai metodologi kajian yg saintifik, penganalisan data, penilaian teori berdasarkan hujah-hujah yg logik. @ Menurut Gidden (1993), Sosiologi melibatkan perbincangan beberapa persoalan utama seperti fakta, perbandingan, pbangunan & teori.

    @Golongan positivisme berpendapat sosiologi boleh disamakan dgn kajian sains tulen. Idea ini agak janggal & tidak selalu benar.

    @ Rumusan: Sosiologi dianggap sebagai satu kajian sains yg mempunyai prosedur kajian & penyelidikan yg sistematik.

  • PERSPEKTIF-PERSPEKTIF UTAMA

    MIKRO

    MAKRO

  • Definisi PerspektifSecara mudah perspektif ialah cara kita melihat & menginterpretasi sesuatu kejadian/keadaan.

    Satu fenomena yg sama boleh dilihat drp sudut yg berbeza mengikut sistem kepercayaan yg dipegang oleh indivdiu atau masyarakat tertentu

  • TEORI

    # Gelles & Levine (1995), teori ialah ringkasan ilmu ptahuan yg menjadi panduan utk melaksanakan penyelidikan & mentafsir maklumat baru.

    # Teori-teori sosiologi kini adalah warisan dan diasaskan oleh tokoh-tokoh sosiologi awal.

    # Waters (1994), wujud teori konstruktionisme, fungsionalisme, utilitarianisme, strukturalisme kritikal & feminisme. Fatimah (1992), wujud teori evolusi, struktur & fungsi, konflik, interaksi simbolik, pertukaran sosial, neofungsionalisme dan etogenetik.

    # Teori-teori utama & sering digunapakai ialah fungsionalisme, konflik dan interaksionisme simbolik.

  • Perspektif MikroMelihat segala perlakuan sosial manusia dipengaruhi oleh masyarakat.

    Digunakan dlm dua teori

    Struktural fungsionalisKonflikTeori tersebut mberi penjelasan yg berbeza berkaitan dgn fenomena yg dikaji

  • Perspektif MakroSegala perlakuan sosial manusia dibentuk oleh individu dlm masyarakat

    Analisis fenomena sosial dilihat drp sudut pandangan individu sendiri yg memberi makna kepada perlakuan sosial mereka.

    Menggunakan teori interpretatif yang berasaskan pemikiran phenomenologist, symbolic interactions & ethnomethodologist

  • @ PERSPEKTIF FUNGSIONALISME (makro - Comte, Spencer & Durkheim)

    # Mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi yg kegiatan mereka menyumbang kepada penerusan masyarakat.

    # Masyarakat dianggap seperti bahagian-bahagian tubuh badan yg mempunyai fungsi tertentu.

    # Ahli-ahli fungsionalisme berpendapat setiap bahagian dalam masyarakat mempunyai tujuan & keperluan tersendiri.

    # Istilah fungsionalisme diperolehi berdasarkan struktur & fungsi dalam masyarakat.

    Analogi = fungsi tubuh badan & fungsi masyarakat.

  • # Struktur sosial menentukan kelancaran perjalanan & keharmonian masyarakat.

    menekankan kepentingan persefahaman anggota atau konsensus utk mencapai keharmonian & kestabilan. Teori fungsionalisme juga dikenali sebagai teori konsensus.

    # Contoh; struktur sosial di Malaysia terdiri drp pelbagai kaum, fungsi ekonomi, fungsi dlm masyarakat yg digerakkan oleh konsep konsensus = wujudkan & kekalkan masyarakat yg harmoni, aman & saling menghormati.

    # Merton (1957), membezakan dua fungsi dlm struktur sosialfungsi ketarafungsi tersembunyi.

  • # Fungsi ketara ialah yg dikehendaki & diketahui dalam aktiviti sosial,

    Fungsi tersembunyi tidak diketahui, tidak dijangka & tidak diingini. Kesan-kesan yg bermakna , positif dlm struktur sosial dipanggil berfungsi (fungsi),

    Kesan-kesan tidak bermakna, negatif & tidak dikehendaki dipanggil disfungsi.

    # Ringkasnya :perkara yg mengekalkan status quo disebut berfungsi sebaliknya dipanggil disfungsi. Atau teori ini lebih menekankan kepentingan mengekalkan status quo dalam sistem masyarakat.

  • Analisis Fungsionalis mengenai pendidikanFungsi utama pendidikan ialah mensosialisasikan kanak-kanak kepada norma, nilai & peraturan masyarakat.

    Fungsi kedua ialah melatih & memilih.

    Andaian;

    segala yg dilakukan oleh sekolah dipersetujui semua kumpulan masyarakat, wujud keadilan & keharmonian dalam sistem persekolahan, murid & guru, ibubapa & sekolah; b/sama untuk kestabilan & keharmonian masyarakat.

  • ContohPada abd ke 19 semasa pemerintahan feudal Tzars, tujuan pendidikan di Soviet Union adalah untuk meningkatkan nasionalisme, patriotisme & keagamaan. Segala pengaruh luar disekat. Pelajar tak dibenar belajar di luar negara, begitu juga guru dari luar tak dibenarkan masuk ke Soviet Union.

    Teori Fungsionalis melihat ini sebagai suatu usaha pendidikan untuk menanam semangat nasionalisme, patriotisme untuk kestabilan negara tersebut.

  • Kelemahan fungsionalismePenjelasan tidak menyeluruh

    Tidak kritis

    Terlalu konservatif

  • RumusanUnsur-unsur penting

    Fungsi & struktur =bhg dlm msykt punyai struktur & fungsi tertentu

    Integrasi =wujud perpaduan & persetujuan antara kumpulan

    Kestabilan

    Kepentingan pendidikan (sekolah) & rumah dlm proses sosialisasi; proses mendidik anak-anak supaya mengekalkan nilai & norma masyarakat

  • PERSPEKTIF KONFLIK (makro - Marx & Weber)

    Aliran Marx:

    Ahli politik, ekonomi, sosiologi yg terkenal.

    # berdasarkan karya-karya beliau. Marx tidak setuju dgn fungsionalisme kerana wujud konsep konsensus & bebas nilai.

    # anggap teori bukan sekadar analisa tetapi sbg reformasi sosial & perlu jadi penggerak perubahan politik yg radikal.

    # teori konflik membincangkan tentang peranan struktur sosial. Ketidaksamaan menjadi pokok perdebatan.

  • # Teori ini melihat akses atau peluang yg tidak sama terhadap sumber-sumber yg terhad dalam struktur sosial.

    # Ketegangan berpunca drp ketidaksamaan memberi kesan terhadap kestabilan & perubahan.

    @ Teori ini melihat kepada perspektif konflik & perubahan. konflik tidak dapat dielak untuk perubahan. Berlaku konflik antara kelas atas & rendah atau dalam keluarga, kumpulan yg sama sekiranya perubahan yg diinginkan. Tentu ada yg kalah.

    @ Fenomena kalah-menang ini menyebabkan perubahan. Atau : Ketegangan & konflik dalam masyarakat akan membawa perubahan sosial Sama ada secara revolusi atau adaptasi. Ia mesti bermula dgn konflik.

  • @ Marx anggap faktor ekonomi sebagai asas pembentukan masyarakat iaitu tanah, modal, industri & perdagangan. Ekonomi akan menentukan pembentukan sesebuah masyarakat baru.

    Faktor-faktor agama, politik, kekeluargaan, pendidikan (dianggap superstruktur) akan mengalami perubahan selepas faktor ekonomi (struktur asas) berubah.

    @ Contoh; masyarakat kapitalis terbentuk kerana pertentangan atau konflik antara tuan tanah aristokrat dgn kelas baru. (kekayaan berasaskan perindustrian & perdagangan = golongan borjuis).

    @ Golongan borjuis menggunakan mereka yg tidak berharta menjadi buruh & digelar sebagai proletariat (kelas pekerja).

  • @ Golongan borjuis adalah minoriti tetapi mempunyai kuasa yg besar, menguasai ekonomi, mendominasi golongan majoriti iaitu golongan Proletariat (wujud konflik)

    @ Masing-masing akan mempertahankan kepentingan mereka. Golongan proletariat mendakwa mereka ditindas & berjuang utk mendapat upah yg tinggi & hak-hak mereka. Golongan borjuis terus mempertahankan kedudukan mereka utk memaksima keuntungan dgn mengekploitas.

    @ Ketegangan & konflik akan berterusan menyebabkan perubahan sosial tidak dapat dielakkan.

    @ Marx meramalkan pada suatu tahap tertentu perjuangan golongan proletariat akan berjaya. Timbul msykt sosialis (pelopor oleh Marx), tiada individu akan menguasai pengeluaran. Semua milik bersama & mempunyai peluang yg sama.

  • Menurut Marx;

    @ Tujuan wujud kelas kapitalis utk mempertahankan faktor-faktor pengeluaran. Kelas borjuis sedaya upaya mengekalkan kekuasaan & kepentingan mereka.

    @ Pendidikan akan mengajar anak-anak golongan proletariat memperbaiki kedudukan yg sesuai bagi diri mereka.

    Ilmu & nilai yg diperolehi digunakan untuk terus mencipta kekayaan & kedudukan masyarakat.

  • Aliran Weber:

    @ Marx & Weber setuju tentang kelas sosial & kepentingan peranan dalam menentukan kedudukan individu dalam masyarakat. Tetapi Weber tidak setuju dgn Marx tentang pengaruh faktor ekonomi dalam penentuan kelas sosial. Bagi Weber ada faktor lain iaitu kelas, status & parti.

    KELAS@ Weber tolak pegangan Marx tentang pengaruh faktor ekonomi tetapi menerima faktor keagamaan dalam pembentukan kelas kapitalis.

    @ Kelas kapitalis wujud di negara kristian (fahaman Calvinisme- mazhab Protestant) yg mengajar penganutnya pentingkan kehidupan hari ini & bukan kehidupan selepas mati.

    Oleh itu penganut fahaman ini berhempas pulas berusaha mengumpul kekayaan. Weber anggap ini adalah bersamaan dgn semangat kapitalis & lahir masyarakat kapitalis.

  • @ Status & parti : Weber tidak bersetuju kekuasaan yg dimiliki ditentukan oleh kekuatan ekonomi (seperti pegangan Marx). Ia juga dipengaruhi oleh faktor status & parti. Status bukan ditentukan oleh kekayaan (kekuatan ekonomi) tetapi juga amalan & gaya hidup (contoh sistem kasta di India). Manakala parti ialah struktur yg berjuang untuk mendapat kekuasaan.

    @ Berdasarkan kepada konsep-konsep tersebut : Weber mengatakan bahawa wujud konflik antara kelas atau dalam kelas yg sama bukan disebabkan faktor ekonomi; tetapi wujud faktor lain seperti kelas, keagamaan, status & parti. Ia dipanggil legitimisasi (keabsahan). Proses wibawa (terdiri drp tradisi, karisme & rasionaliti) yg membantu golongan minoriti mengatasi golongan majoriti.

  • RumusanTerdapat tiga unsur penting;

    Konflik

    Perubahan

    Paksaan

  • PERSPEKTIF INTERAKSIONISME SIMBOLIK (mikro - George Herbert Mead & Blumer)

    @ Dua teori sebelum ini menekankan masyarakat yg besar & berdebat tentang peranan & fungsi struktur sosial & bukan melihat kepentingan manusia sebagai individu.

    @ Teori ini mengkaji individu bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.

    @ Ahli interaksionisme cuba mentafsir makna pelakuan individu & memperjelas agar lebih bersifat subjektif. Teori ini punyai dua asas iaitu:- # Mengkaji makna yg simbolik (yg tersirat).# Melihat bagaimana makna yg simbolik itu diguna dalam interaksi manusia.

  • @ Blumer (69), mengembangkan teori interaksionisme kepada tiga huraian makna iaitu:- # Kepentingan memahami makna yg simbolik# Makna yg simbolik berguna semasa berinteraksi (hubungan bertambah mesra). # Makna adalah sesuatu yg boleh dirundingkan (masing-masing boleh memberi makna yg sesuai terhadap suatu perkara).

    @ Teori ini melihat b/mana individu dibentuk & terbentuk semasa berinteraksi dgn orang lain. Mereka berperanan semasa perhubungan sosial & bukan bertindak pasif terhadap persekitaran sosial.

    @ Menurut Ritzer (1992), asas perspektif interaksionisme simbolik adalah seperti berikut:-

  • # Manusia tidak sama dgn binatang kerana mempunyai keupayaan befikir yg dibentuk dari interaksi sosial.

    # Dalam interaksi sosial, manusia berfikir tentang makna & simbol.

    # Makna & simbol membolehkan manusia berinteraksi & beraksi. Manusia berupaya mengubahsuai makna & simbol berdasarkan interpretasi terhadap sesuatu situasi.

    # Manusia berupaya membuat modifikasi & alterasi tentang makna & simbol; akhirnya mereka boleh membuat penilaian kebaikan & keburukan & menentukan tindakan & aksi yg sesuai.

    # Jalinan aksi & interaksi akan membentuk kumpulan & masyarakat.

  • KEPENTINGAN &TUJUAN

  • TUJUAN MEMPELAJARI SOSIOLOGI

    @ Di Malaysia, sosiologi tidak begitu popular berbanding dgn disiplin lain seperti Geografi, Sejarah, Matematik, Sains. (bukan mata pelajaran di sekolah cuma di IPT).

    @ Antara tujuannya ialah; # Untuk fahami situasi sosial. Membantu membentuk individu yg faham erti kehidupan bermasyarakat. # Penggubalan polisi. Kefahaman & ramalan ttg masyarakat memudahkan penggubalan polisi yg sesuai.# Untuk menilai keberkesanan sesuatu polisi. Cth: bina rumah kos murah. Adakah tercapai matlamat utk golongan berkenaan atau sebaliknya?.

  • # Kesedaran sosial. Luahan atau suara tidak puas hati pihak tertentu dapat didengari (meningkatkan kesedaran sosial).

    # Kesedaran mengenai perbezaan budaya.

    # Panduan reformasi sosial.

    # Membantu menyelesaikan masalah sosial

    # Mempertingkatkan pengetahuan & penyuburan diri. (diri & masyarakat).

    # Sebagai amalan praktikal

    # Sebagai jururunding disektor awam & swasta.

  • SOSIOLOGI PENDIDIKAN (kepentingan kepada pendidik)

    @ Mengkaji bagaimana pendidikan dapat digunakan utk membantu individu & masyarakat @ Mengkaji kesamaan & ketidaksamaan pendidikan supaya polisi yg bersesuai dapat dibina @ Memberi gambaran yg jelas kepada pihak yg terlibat dalam organisasi sekolah & persekitarannya.@ Meningkatkan penguasaan konsep & kemahiran berhadapan dgn pelajar yg berbeza drp pelbagai aspek @ Membantu guru memahami budaya yg berbeza & mengelakkan prejudis, bias dsb. @ Membantu meningkatkan kemahiran membuat intrepretasi hasil-hasil penyelidikan.

    *

  • @ Membantu pendidik supaya tidak bersifat memencilkan diri, lebih bersifat profesional & bertoleransi

    @ Membantu menggubal polisi yg lebih sesuai bagi melicinkan perubahan sosial masyarakat melalui sistem persekolahan

    @ Berkerjasama dengan disiplin lain seperti psikologi pendidikan, falsafah pendidikan bagi mencapai wawasan negara

    @ Membantu membentuk pentadbir-pentadbir pendidikan yg lebih cekap.

    *