lawatan rumah anak yatim

8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK KERTAS KERJA PROJEK LAWATAN KE RUMAH AMAL TARIKH : TEMPAT : ANAK-ANAK YATIM ARUDPERUMJOTHI 30300 IPOH, PERAK

Upload: abigal-qutie-gal

Post on 06-Oct-2015

54 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH31150 HULU KINTA,PERAK

KERTAS KERJA PROJEK LAWATAN KE RUMAH AMAL

TARIKH :

TEMPAT :ANAK-ANAK YATIM ARUDPERUMJOTHI 30300 IPOH, PERAK

PROJEK LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM

1.0 PENGENALAN Kursus Pengurusan Kokurikulum merupakan subjek minor yang diambil oleh pelatih PISMP J13. Kursus ini mendedahkan kami aspek-aspek yang berkaitan dengan perkhidmatan kami sebagai bakal guru dalam masyarakat. Pembelajaran berkhidmat juga merupakan satu bidang pembelajaran reflektif yang menggabungkan kurikulum akademik dalam bilik darjah dengan perkhidmatan dalam komuniti. Anak-anak yatim merupakan insan yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali. Mereka merupakan insan yang perlukan pertolongan daripada masyarakat yang berupa kasih sayang, keprihatinan dan keperluan sampingan. Sewajarnya, kita perlu menyedari bahawa sebagai rakyat Malaysia yang hidup bersatu padu seharusnya membantu mereka dalam apa jua yang termampu. Walaupun mereka hidup serba kekurangan kasih sayang, namun mereka juga merupakan insan yang mempunyai matlamat hidup untuk berjaya. Kita perlulah mengambil pengalaman yang pernah mereka lalui sepanjang hidup mereka.

2.0 TUJUAN

Lawatan ini dirancang khas untuk pelatih-pelatih guru dari kelas J13 yang bertujuan untuk membantu mereka mendekati anak-anak yatim bagi meningkatkan prestasi mereka sebagai insan yang boleh membantu, mendengar dan melihat sendiri pengalaman mereka di sana.

3.0 RASIONAL

3.1 Sebagai salah satu tugasan bagi subjek kursus yang diambil pada semester ini.3.2 Memberi pendedahan kepada pelatih tentang pembelajaran berkhidmat.3.3 Memberi pengalaman kepada pelatih memberikan khidmat kepada masyarakat.3.4 Memberi bantuan kepada yang memerlukan.3.5 Memberikan pendedahan dan pengalaman kepada guru-guru baru aspek kepimpinan pendidikan dan cirri-ciri pendidik yang cemerlang serta membina keyakinan yang tinggi masyarakat terhadap guru-guru dan pemimpin sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan prestasi pelatih-pelatih guru untuk berkomunikasi dengan orang lain. 4.2 Memberikan bantuan kepada anak-anak yatim tersebut. 4.3 Merasai pengalaman mereka menjadi anak yatim. 4.4 Mempelajari sejauh mana pencerapan pembelajaran berkhidmat di Malaysia. 4.5 Mendedahkan kepada para pelatih tentang dunia sebenar sebelum menjadi warga pendidik.

5.0 SASARANSemua pelatih PISMP IPG J13

6.0 TARIKH/HARI

7.0 TEMPATRumah anak yatim arudperumjothi 30300 Ipoh, Perak.

8.0 ANJURANUnit PISMP IPG unit J13

9.0 TENTATIF PROGRAM

10.0 JAWANTANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUKPenaung : Tuan Haji Abdul Kadir Bin BasiranPenasihat 1:En.Mohd LaniPengerusi: Diganeswari a/p ManikamNaib Pengerusi : Subashiny a/p Subramaniam Setiausaha :Logaambigai a/p SivaananthanN.Setiausaha :Jeevitha a/p MuniandyBendahari : Rajiv Rao a/l Mohan Raw

AJKHadiah:Thevarani a/p MohanMakanan:Ranchanitheve a/p Rajenderan Keselamatan:Rajiv Rao a/l Mohan RawPengangkutan;Eudiishtran a/l Ganeasa Moorthy

Tugas-tugas Khas:i. Sangkaran a/l Gnanashakaran ii. Thurkadevi a/p Subarhinam

11.0 AKTIVITI Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan : i. Kerusi Muzik ii. Peti Racuniii. Sukanekaiv. Pertandingan Mewarna

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BilPerkaraPerbelanjaan

1Pengangkutan

2Hadiah

3Penyediaan Alatan Pertandingan

4Makanan

13.0 PENGANGKUTAN

..

14.0 PENUTUPMelalui program khidmat masyarakat ini para pelajar dapat mencurahkan kemahiran dan ilmu yang telah dipelajari di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kepada masyarakat setempat seperti penduduk kampung, pelajar sekolah dan guru-guru baru. Adalah diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada semua pelatih tentang persediaan mereka bagi menghadapi kehidupan yang sebenar pada masa kini. Perkara yang dimuliakan adalah membantu orang yang memerlukanya.

Disediakan oleh :

..(LOGAAMBIGAI A/P SIVAANANTHAN)Setiausaha,Projek Lawatan Rumah Anak Yatim,Unit PISMP IPG Unit Pengajian Tamil (J13)Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Disemak oleh :...(EN.MOHD LANI )Pensyarah Penasihat,Projek Lawatan Ke Rumah Amal,Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Disahkan oleh :

..( ............................................)........................................................................................................Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Diluluskan Oleh :

(TUAN HAJI ABDUL KADIR BIN BASIRAN)Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.