masnawiyah binti masra · web viewbersama anak-anak yatim rumah jalinan kasih, cheras, selangor...

22
MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401 HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 2 PROGRAM “MENGHULUR KASIH, SEJUTA HARAPAN” BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR NAMA : MASNAWIYAH BINTI MASRA

Upload: ngodieu

Post on 05-Apr-2018

264 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

HHHC 9401KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SET 2

PROGRAM “MENGHULUR KASIH, SEJUTA HARAPAN” BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG,

SELANGOR

NAMA : MASNAWIYAH BINTI MASRA

NO MATRIK : A143212

FAKULTI : FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

TAHUN : TAHUN 2 SEMESTER 1 SESI 2014/2015

NAMA PENSYARAH : PROF. DR. ABDUL HAMID BIN JAAFAR

Page 2: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

NAMA MASNAWIYAH BINTI MASRANO. MATRIK A143212NAMA PROGRAM “MENGHULUR KASIH, SEJUTA HARAPAN” BERSAMA

ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

ANJURAN PELAJAR PROGRAM EKSEKUTIF IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN, PUSAT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN, UKM

JAWATAN BIRO SUKAN & REKREASI

PERANAN

1. Merancang aktiviti sukan dan rekreasi bersama ajk lain2. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang bersama ajk lain

semasa program berlangsung3. Membantu anak-anak yatim melaksanakan aktiviti4. Membantu ajk lain dari segi persediaan tempat, penyampaian

hadiah, penyediaan makanan dan lain-lain

SINOPSIS PROGRAM

Program ini bermatlamat memupuk hubungan persaudaraan dan kemesraan yang harmonis di kalangan siswa siswi pelbagai kaum bersama anak yatim melalui program yang dijalankan. Selain itu, melahirkan mahasiswa/i yang berjiwa masyarakat, disamping mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan. Tambahan pula, program ini mewujudkan kerjasama dan perpaduan yang erat di antara warga anak-anak yatim yang berbilang kaum. Seterusnya program ini berobjektifkan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban terhadap persekitaran. Disamping itu, membentuk golongan mahasiswa/i berpotensi menguruskan program yang dapat membina daya kepimpinan dan mampu bekerja dalam satu pasukan. Seterusya, mewujudkan Nilai, Sikap, Etika & Profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i dalam menguruskan sesuatu perkara. Tambahan pula, mempraktikkan ‘komunikasi inter-personal’ dalam suasana yang mencabar di mana kumpulan sasaran praktikal adalah anak yatim yang terputus hubungan kasih sayang dengan keluarga masing-masing yang mempumyai pelbagai latar belakang berbeza. Program ini dilaksanakan bersama anak-anak yatim Rumah Jalinan Kasih dan Open Hand , iaitu adalah sebuah institusi yang dibina khas bagi menempatkan anak-anak yatim, miskin yang tinggal sebatang kara atau tiada waris yang sanggup mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka. Institusi ini bangkit membantu golongan yang kurang mendapat kasih sayang yang sempurna. Selain itu, institusi ini juga secara tidak langsung mengekalkan budaya hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain.

TARIKH 14 Disember 2014HARI Ahad

Page 3: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

MASA 12.30 pm hingga 6.30 pm

TEMPAT Dewan Kuliah 1, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

MANFAAT PROGRAM

1. Dapat memupuk hubungan persaudaraan dan kemesraan yang harmonis di kalangan siswa siswi pelbagai kaum bersama anak yatim melalui program yang dijalankan

2. Dapat melahirkan sifat berjiwa masyarakat3. Dapat mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan serta

anak-anak yatim4. Telahh mewujudkan kerjasama dan perpaduan yang erat di

antara warga anak-anak yatim yang berbilang kaum5. Telah melahirkan kemahiran yang baik, antaranya kemahiran

sosial dan kebertanggungjawaban terhadap persekitaran, seterusnya membina daya kepimpinan dan mampu bekerja dalam satu pasukan serta mempraktikkan ‘komunikasi inter-personal’ dalam suasana yang mencabar dengan anak-anak yatim dan ahl kumpulan

6. Tambahan pula, telah mewujudkan Nilai, Sikap, Etika & Profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i dalam menguruskan sesuatu perkara

Page 4: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

REFLEKSI

Program “Menghulur Kasih, Sejuta Harapan” bersama anak-anak yatim Rumah Jalinan Kasih, Cheras, Selangor & Open Hand, Sg. Ramal Luar, Kajang, Selangor ini adalah bermatlamat memupuk hubungan persaudaraan dan kemesraan yang harmonis di kalangan siswa siswi pelbagai kaum bersama anak yatim melalui program yang dijalankan. Selain itu, melahirkan mahasiswa/i yang berjiwa masyarakat, disamping mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan. Tambahan pula, program ini mewujudkan kerjasama dan perpaduan yang erat di antara warga anak-anak yatim yang berbilang kaum. Seterusnya program ini berobjektifkan melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban terhadap persekitaran. Disamping itu, membentuk golongan mahasiswa/i berpotensi menguruskan program yang dapat membina daya kepimpinan dan mampu bekerja dalam satu pasukan. Seterusya, mewujudkan Nilai, Sikap, Etika & Profesionalisme dalam kalangan mahasiswa/i dalam menguruskan sesuatu perkara. Tambahan pula, mempraktikkan ‘komunikasi inter-personal’ dalam suasana yang mencabar di mana kumpulan sasaran praktikal adalah anak yatim yang terputus hubungan kasih sayang dengan keluarga masing-masing yang mempumyai pelbagai latar belakang berbeza. Program ini dilaksanakan bersama anak-anak yatim Rumah Jalinan Kasih dan Open Hand , iaitu adalah sebuah institusi yang dibina khas bagi menempatkan anak-anak yatim, miskin yang tinggal sebatang kara atau tiada waris yang sanggup mengambil tanggungjawab untuk menjaga mereka. Institusi ini bangkit membantu golongan yang kurang mendapat kasih sayang yang sempurna. Selain itu, institusi ini juga secara tidak langsung mengekalkan budaya hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain.

Sebelum mengadakan sesuatu program, beberapa mesyuarat telah dijalankan supaya program yang dijalankan dapat berjalan dengan baik. Tujuan utama mesyuarat ini dijalankan adalah untuk mengetahui akan gerak kerja setiap ahli, menghuraikan segala permasalahan yang berlaku dari segi kemusykilan dan sebagainya, memberi pendapat dan pandangan masing-masing dengan penuh etika dan sentiasa professional dalam menjalankan tugas walaupun ada kekangan masa antara ahli kumpulan. Bukan itu sahaja, dalam mesyuarat juga akan wujudnya sifat bekerjasama apabila kita menjalankan kerja secara berpasukan.

Semasa program dijalankan, bermula dengan ceramah dari Ustaz Mohd Salman Idrus, kami bersama-sama anak-anak yatim telah memberikan nasihat, panduan dalam kehidupan serta menyerapkan nilai-nilai positif. Seterusnya solat zohor berjemaah, telah merapatkan hubungan antara ahli jawatankuasa dan anak-anak yatim dan menyerapkan sifat mahmudah(baik) kepada anak-anak yatim ini. Aktiviti yang menarik dan telah mengeratkan silaturrahim antara anak-anak yatim dan ahli jawatankuasa dan membina nilai bekerjasama dan bersatu padu antara satu sama lain adalah aktiviti sukaneka. Aktiviti pertama adalah permainan mummia, iaitu anak-anak yatim diberikan 2 gulung tisu untuk membalut rakan mereka tanpa tisu itu putus dalam beberapa minit dengan iringan muzik yan menarik dan bantuan ahli jawatankuasa. Kerusi Misteri pula, adalah aktiviti belakang kerusi mereka mempunyai arahan, di mana arahannya adalah anak-anak yatim ini perlu membuat bunyi mengikut muzik berdasarkan haiwan yang mereka terima seperti ayam, itik dan lain- lain.

Page 5: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

Tiru Macam Saya adalah permainan kerjasama antara ahli pasukan anak-anak yatim, di mana orang pertama membuat gayanya, yang kedua pula perlu membuat semula gaya pertama dan menyambung dengan gayanya yang tersendiri, dan seterusnya hingga orang yang terakhir. Aktiviti-aktiviti ini telah menyerapkan nilai-nilai murni antara anak-anak yatim seperi bekerjasama antara satu sama lain, seterusnya dapat menghiburkan anak-anak yatim tanpa mengira bangsa. Aktiviti terakhir adalah 1000 impian, di mana mereka diberikan satu set pen magic dan sehelai kertas A4, merka dikehendaki menggambarkan impian mereka agar tercapai dalam bentuk lukisan atau lain-lain, dan kertas tersebut menjadi rahsia antara anak-anak yatim dan ahli jawatankuasa agar mereka tidak rasa malu dan sebagai satu privasi untuk mereka. Seterusnya, kami juga menyanyi bersama-sama atas permintaan anak-anak yatim, seperti lagu frozen dan lain-lain. Ini telah merapatkan hubungan silaturrahim kami.

Melalui program ini saya dapat menunjukkan kemahiran dan bakat yang saya miliki dan menjadi lebih bertanggungjawab dalam setiap amanah yang diberikan. Malahan ia juga mendidik saya supaya sentiasa berdisiplin. Melalui penglibatan saya dalam program ini, saya dapat menyedari akan kepentingan mematuhi prosedur, kod dan etika dalam menonjolkan sikap profesionalisme seseorang. Dengan adanya pengalaman saya dalam menjalankan tugas ini ianya akan menbantu saya di alam pekerjaan yang bakal saya ceburi kelak.

Page 6: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM “MENGHULUR KASIH, SEJUTA HARAPAN” BERSAMA ANAK-

ANAK YATIMRUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR DAN

SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

Penasihat

PROF MADYA DR. NORLIDA HANIM MOHD SALLEH

Ketua Program

MONA MAS AYU WAHANAH BINTI ABDUL WAHAB

Timbalan Ketua Program

FATMA SOPHIA MOHD AMIN @ CHE MIN

Setiausaha

NOR ASYIKEEN BT BAHARUDIN

Bendahari

HASFIZA BINTI HASSAN

Biro Pengangkutan

& Keselamatan

: MOHD SHARUDDIN B MAT IDRIS

MOHD AMIRUNIZAM BIN ISMAIL

Biro Pemasaran &

Publisiti

: FAZLIN BINTI TAMISI

Biro Makanan &

Jamuan

: MAZNI BINTI MOHD AZRUL

ASLIRA BINTI MOHAMED SALIH

Biro Sukan dan

Rekreasi

: HARIMILAGANGES A/P

SANASSIAH

MASNAWIYAH BINTI MASRA

Biro Peralatan &

Cenderamata

: NORATIKAH BINTI JOHAR

ANITA DAVID

Biro Tugas-tugas

Khas

: EULIS RATNANINGSIH SDE DODO

S.AKHMAD

HARNYZURINA MOHD IBRAHIM

Page 7: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

ALIFAH SUMAIYAH MOHD SAFFE

SENARAI NAMA URUSETIA

BIL NAMA URUSETIA

1. MONA MAS AYU WAHANAH BINTI ABDUL WAHAB (GA01889)

2. FATMA SOPHIA BINTI MOHD AMIN @ CHE MIN (GA01846)

3 HASFIZA BINTI HAJI HASSAN (GA01851)

4. FAZLIN BINTI TAMISI (GA01847)

5. MAZNI BINTI MOHD AZRUL KU (GA01862)

6 ASLIRA BINTI MOHAMED SALIH (GA01836)

7. MOHD SHAHRUDDIN BIN MAT IDRIS (GA01885)

8. NOR ASYIKEEN BT BAHARUDIN (GA02072)

9. NORATIKAH BINTI JOHAR (GA01902)

10. ANITA DAVID (GA00868)

11. HARIMILAGANGES A/P SANASSIAH (GA01849)

12. MASNAWIYAH BINTI MASRA (A143212)

13. EULIS RATNANINGSIH BT SDE DODO S.AKHMAD (GA01842)

14. HARNYZURINA BT MOHD IBRAHIM (GA01850)

15. ALIFAH SUMAIYAH BT MOHD SAFFE (GA01831)

16. MOHD AMURUNIZAM BIN ISMAIL (GA01869)

Page 8: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

Semua urusetia Program “Menghulur Kasih, Sejuta Harapan”

Urusetia bersama anak-anak yatim Rumah Jalinan Kasih, Cheras, Selangor & Open Hand, Sg. Ramal Luar, Kajang, Selangor

Page 9: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

ATUR CARAPROGRAM “MENGHULUR KASIH, SEJUTA HARAPAN” BERSAMA ANAK-

ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG

MASA PERKARA

12:15PM Ketibaan Pelajar dan Jemputan Rasmi

Ketibaan Anak-anak dari RUMAH JALINAN KASIH, Cheras

12:20PM Bacaan Doa dan Nyanyian Negaraku

12:30PM Ceramah dari Ustaz Mohd Salman Idrus

(Peg. Hal Ehwal Islam, JAKIM)

Anak Yatim: Muliakah Aku……?

1:10PM Solat Zohor Berjemaah

1:25PM Makan Tengahari

2:10PM Ketibaan Anak-anak dari OPEN HAND, Kajang

2:15PM Ucapan aluan oleh Ketua Program

(Cik Mona Mas Ayu Wahanah Abdul Wahab)

Ucapan Perasmian Program oleh Pengerusi Program

(Prof Madya Dr Norlida Hanim Mohd Salleh)

- Montaj Perasmian

- Tayangan Video UKM

- Sesi memperkenalkan AJK Program

3:00PM Aktiviti Mengeratkan Silaturahim (Sukaneka)

- Permainan Mummia

- Kerusi Misteri

- Tiru Macam Saya

- 1000 Impian

4:20PM Solat Asar Berjemaah

4:45PM Sambungan Aktiviti Sukaneka

5:30PM Majlis Penutup

- Ucapan wakil Rumah Jalinan Kasih, Cheras dan Open Hand, Kajang

- Ucapan terima kasih Ketua Program

(Cik Mona Mas Ayu Wahanah Abdul Wahab)

Majlis Penutup :

- Penyampaian Hadiah, Sumbangan dan

Page 10: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

Cenderahati

6:00PM - Sesi Bergambar

- Bersurai

Senarai nama anak-anak yatim Rumah Jalinan Kasih, Cheras, Selangor

Page 11: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

Page 12: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

Page 13: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

Antara rangka-rangka Aktiviti Sukaneka

Page 14: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

Antara hadiah atau saguhati yang diberikan kepada anak-anak yatim

Baju t-shirt yang dibuat oleh ahli jawatankuasa dan diberikan kepada anak-anak yatim

Page 15: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

Semasa menunggu bas dan berkumpul di Rumah Jalinan Kasih, Cheras, Selangor

Semasa di dalam bas yang disediakan oleh ahli jawatankuasa untuk pergi dan balik ke rumah anak yatim

Page 16: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

Semasa makan tengahari yang disediakan oleh ahli jawatankuasa

Semasa minum petang

Page 17: MASNAWIYAH BINTI MASRA · Web viewBERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, CHERAS, SELANGOR & OPEN HAND, SG. RAMAL LUAR, KAJANG, SELANGOR

MASNAWIYAH BINTI MASRA HHHC9401

Semasa aktiviti sukaneka dilaksanakan