julai - oktober 2009 bil: 15/09 issn 1823-9560 majlis ... 2009.pdf · melakukan lawatan kerja ke...

16
WARTA MARA MARA terus mara Bil: 15/09 ISSN 1823-9560 Edaran PERCUMA Julai - Oktober 2009 Majlis Apresiasi Jasa Warga Kerja Kolej MARA Banting dan Kolej MARA Seremban telah berlangsung pada 27 Oktober 2009 bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Beliau semasa ucapan perasmian melahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada tenaga pengajar Kolej MARA Banting (KMB) dan Kolej MARA Seremban (KMS) kerana telah berjaya mengharumkan nama MARA serta memastikan keputusan cemerlang pelajar-pelajar program International Baccaulareate (IB) dan A-Level mencapai tahap dunia. Y.B. Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Pengerusi MARA mengucapkan syabas kepada warga pengajar KMB dan KMS dan percaya dengan kecemerlangan ini akan terus meniup semangat untuk terus melangkah kehadapan bagi mengekalkan prestasi dan melonjakkan kecemerlangan pencapaian secara keseluruhan demi meneruskan cita-cita menjadikan MARA sebuah organisasi yang “Global, Cemerlang dan Kompetitif”. MAJLIS APRESIASI JASA WARGA KERJA KOLEJ MARA BANTING DAN KOLEJ MARA SEREMBAN

Upload: dinhdieu

Post on 07-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

WARTA MARA MARA terus maraBil: 15/09 ISSN 1823-9560

Edaran PERCUMA

Julai - Oktober 2009

Majlis Apresiasi Jasa Warga Kerja Kolej MARA Banting danKolej MARA Seremban telah berlangsung pada 27 Oktober2009 bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis telahdisempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Bin HajiApdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Beliausemasa ucapan perasmian melahirkan rasa bangga danmengucapkan tahniah kepada tenaga pengajar Kolej MARABanting (KMB) dan Kolej MARA Seremban (KMS) kerana telahberjaya mengharumkan nama MARA serta memastikankeputusan cemerlang pelajar-pelajar program InternationalBaccaulareate (IB) dan A-Level mencapai tahap dunia.

Y.B. Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Pengerusi MARAmengucapkan syabas kepada warga pengajar KMB danKMS dan percaya dengan kecemerlangan ini akan terusmeniup semangat untuk terus melangkah kehadapan bagimengekalkan prestasi dan melonjakkan kecemerlanganpencapaian secara keseluruhan demimeneruskan cita-cita menjadikan MARA sebuahorganisasi yang “Global, Cemerlang danKompetitif”.

MAJLIS APRESIASI JASA WARGAKERJA KOLEJ MARA BANTING DANKOLEJ MARA SEREMBAN

SIDANGPENGARANGPENASIHATY. Bhg. Dato’ Othman bin Hj. AhmadTimbalan Ketua Pengarah (Usahawan)MARA

KETUA PENGARANGHasni binti Suleiman

TIMBALAN KETUA PENGARANGNor Zaini binti Abu Kassim

PENYELARASAhmad Sabri bin KassimAfniza binti Abu BakarMohd Zia bin Salehhudin

KONSEP DAN REKA BENTUKGrafik Bhg. Hal Ehwal Korporat

FOTOGRAFI· Unit Penerbitan Bhg. Hal Ehwal Korporat· Bhg. Pembangunan Sumber

PENERBITUnit PenerbitanBhg. Hal Ehwal Korporat MARATingkat 24, Ibu Pejabat MARA21, Jalan Raja Laut,50609 Kuala LumpurTel:03-2690 3653Faks:03-2692 7386Emel:[email protected] web: http://www.mara.gov.my

PENCETAKWNS BUDI ENTERPRISE (001497077-P)

Warta MARA diterbitkan olehBahagian Hal Ehwal Korporatdan kami mengalu-alukansebarang cadangan ataukomentar, surat-menyurat,rencana dan ulasan.

Berit

aUs

ahaw

an

MAJLISPERJUMPAAN Y.B.MENTERIKEMAJUAN LUARBANDAR DANWILAYAH BERSAMAUSAHAWAN MARA

Keprihatinan pihak kerajaanuntuk memartabatkan usahawanBumiputera terbukti melaluiMajlis Perjumpaan Y.B. MenteriKemajuan Luar Bandar DanWilayah Bersama UsahawanMARA yang telah berlangsungdengan jayanya pada 17 Julai2009 di Institut Usahawan Desa

(INFRA), Bangi, Selangor. Seramai 328 usahawan bimbingan MARAdi samping pegawai-pegawai daripada Kementerian Kemajuan LuarBandar Dan Wilayah (KKLW) serta MARA telah menghadiri majlisini.

Selain daripada majlis perjumpaan bersama Y.B. Menteri, sesiceramah dan forum turut diadakan pada sebelah pagi. Sesi ceramahbertajuk “Cabaran Perniagaan Masa Kini” telah disampaikan olehY. Bhg. Dato’ Haji Mohamad Alayudin Bin Che Hassan, YangDipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Putrajayamanakala sesi forum pula membincangkan “Kemudahan-Kemudahan oleh Agensi-Agensi Kerajaan Bagi MembantuUsahawan” membariskan ahli-ahli panel daripada SMIDEC, AgroBank, SME Bank, KKLW dan MARA

Pada 6 Oktober yang lalu juga, Y.B. Menteri turut berdialog denganlebih 150 usahawan di bawah bimbingan MARA di Port Dickson,Negeri Sembilan. Kesudian Y.B. Menteri meluangkan masa bersamakomuniti usahawan Bumiputera sudah pasti akan menyuntiksemangat usahawan untuk terus bersaing dan memajukanperniagaan mereka.

Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

PERASMIAN KILANG MULTICIPTAENGINEERING SDN. BHD.

Y.B. Dato’ Hasan Bin Malek, Timbalan Menteri KemajuanLuar Bandar Dan Wilayah telah menyempurnakan MajlisPerasmian Kilang Multicipta Engineering Sdn. Bhd. pada 5Ogos 2009 bertempat di Kilang Multicipta Engineering Sdn.Bhd., Kawasan Industri Indera Mahkota, Kuantan, Pahang,

Majlis bertujuan mempromosikan Multicipta Engineering(MCE) sebagai usahawan bimbingan MARA di bawah SkimPembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) yangmenjalankan perniagaan kejuruteraan logam danperkhidmatan teknikal. Ia juga merupakan platform bagiMCE untuk menambahkan lagi keyakinan terhadapkeupayaan syarikat kepada pelanggan sedia ada dan bakalpelanggan.

Di dalam ucapannya, Y.B. Timbalan Menteri berharap agarMulticipta Engineering ini mampu menjadi kilang contohkepada usahawan Bumiputera yang lain di samping akanmemberi manfaat kepada pembangunan industri baik darisegi memantapkan rangkaian industri sesama sendiri danjuga pengguna, begitu juga terhadap pertumbuhan ekonominegara melalui tarikan pelabur di samping mengukuhkanlagi keupayaan eksport negara. Majlis turut dihadiri olehEncik Mohamad Samion, Pengarah Kanan PembangunanUsahawan MARA dan Encik Zamri Bin Hassan selakuPengarah Urusan Multicipta Engineering Sdn. Bhd.

Y.B. TIMBALAN MENTERI KEMAJUANLUAR BANDAR DAN WILAYAH LAWATUSAHAWAN DI PEKAN

Susulan daripada Perasmian Kilang Multicipta EngineeringSdn. Bhd. Y.B. Dato’ Hasan Bin Malek, Timbalan MenteriKemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) telahmelakukan lawatan kerja ke Daerah Pekan, Pahang. Y.B.Timbalan Menteri telah melawat dua projek usahawanbimbingan MARA di Pekan iaitu Perniagaan Sutera, PulauKeladi yang mana usahawan ini telah menerimapembiayaan sebanyak RM 20,000 dan menjalankanperniagaan songket dan kain sutera serta lawatan keDataran Mahkota Enterprise yang menjalan perniagaanternakan ikan sangkar yang mendapat bantuan pembiayaanMARA sebanyak RM 30,000.

Di samping itu, Y.B. Menteri turut melawat ProgramPembasmian Kemiskinan GIATMARA untuk orang AsliRunchang, Pekan, Pahang. Program ini telah melibatkan30 orang Asli di kawasan tersebut di mana mereka telahmenerima bantuan sebanyak RM 226,053.30 bagimenjalankan projek ternakan ikan keli yang bertujuanmenjana pendapatan serta menaik taraf ekonomimasyarakat Asli di kawasan tersebut.

PROGRAM DEKAT RAKYAT DI PERMATANGPASIR

Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui GIATMARA terusberusaha memastikan rakyat terus mengecap hidup yang lebihselesa. Melalui Program GIAT Dekat Rakyat, seramai 15 orangpenduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasirtelah menerima bantuan pembaikan dan pendawaian rumahkediaman masing-masing yang mana ia telah melibatkanperuntukan sebanyak RM 78,295. Y.B. Dato’ Seri Idris Bin Jusoh,Pengerusi MARA turut melawat tiga rumah yang dibaik pulih baru-baru ini.

Berit

aSe

mas

a

SAMBUTAN HARI RAYAAIDILFITRI MARA 2009 / 1430H

Sambutan Hari Raya Aidilfitri MARA 2009 /1430H telah berlangsung dengan meriah pada19 Oktober 2009 bersamaan 30 Syawal 1430Hbertempat di Ruang Legar Ibu Pejabat MARA.Majlis yang bertujuan merapatkan hubungansilaturahim antara warga kerja MARA disamping membina jaringan yang erat denganpihak-pihak yang mempunyai hubunganlangsung dan tidak langsung dengan MARA initelah dihadiri oleh 2500 orang tetamu. Y. Bhg.Dato’ Othman Bin Ahmad, Timbalan KetuaPengarah (Usahawan) MARA telah mewakiliY.B. Menteri Kemajuan Luar Bandar danWilayah bagi menyampaikan ucapanperasmian.

Sempena majlis ini juga MARA telah mengambilkesempatan menjalankan tanggungjawabsosialnya dengan memberi sumbangan kepada30 orang anak-anak yatim daripada AsramaDamai Anak Yatim Kuang, Selangor. Turut hadirke majlis adalah Yang Berhormat dan YangBerbahagia Ahli-Ahli Majlis MARA sertamantan-mantan Ketua Pengarah MARA.

MAJLIS BERBUKA PUASA MARA2009 / 1430 H

Majlis Berbuka Puasa MARA 2009 / 1430 H telahdiadakan pada 3 September bersamaan 13Ramadan 2009 bertempat di Ibu Pejabat MARA,Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan olehY.B. Dato’ Hasan Bin Malek, Timbalan MenteriKemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Majlis dimulai dengan bacaan Al-Quran, SolatMaghrib berjemaah, Majlis Berbuka, Solat Isyakberjemaah dan diteruskan dengan Solat SunatTerawih berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz MazlanBin Hashim daripada Bahagian Pendidikan DanLatihan Menengah MARA.

MoU PROGRAM PEMBASMIANKEMISKINAN MUIP-GIATMARA

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia TengkuMahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj IbniSultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah telahmenyaksikan Majlis MenandatanganiMemorandum Persefahaman ProgramPembasmian Kemiskinan MUIP-GIATMARASdn.Bhd. pada 29 Oktober 2009 bertempat di LobiBilik Mesyuarat Majlis Ugama Islam Dan AdatResam Melayu Pahang (MUIP), Kompleks IslamSultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang DarulMakmur.

Majis ini diadakan susulan daripada ProgramPakatan Bestari yang dipersetujui bersamaGIATMARA Malaysia dan MUIP bagi membantumasyarakat asnaf seluruh negeri Pahang yangdikenal pasti oleh MUIP bagi meningkatkan tarafsosioekonomi mereka melalui pelbagai programyang telah dirancang. Bagi tujuan tersebut, pihakMUIP akan menanggung segala perbelanjaanprogram ini manakala GIATMARA Malaysia akanmenyediakan kepakaran dan perkhidmatan bagimembina dan membaiki rumah sertamelaksanakan tanggungjawab sosial yangdiperlukan oleh MUIP bagi membantu keluargamiskin di negeri Pahang.

BeritaSemasa

WARTAMARA

07

Persekitaran global hari ni menuntut perubahan yang drastik terutama dalam keadaangelombang ekonomi pasaran terbuka yang pastinya membawa cabaran besar kepada negarakhususnya masyarakat perdagangan. Era globalisasi dan liberalisasi kini, telah menjadikandunia yang semakin kecil akibat perhubungan yang lebih mudah, pertembungan budayadan persaingan dalam mengembang pasaran di seluruh dunia. Maka negara perlu bersaingsecara terbuka dengan negara-negara lain sama ada di peringkat lokal dan antarabangsa.

Kerencaman dunia hari ini juga dengan seribu satu permasalahan menuntut satu perubahanyang mendadak. Justeru, MARA perlu mengorak langkah dan menjadikan agenda perubahansebagai ‘mainstream’ atau arus perdana bagi menampakkan keterbezaan dan kemampuanbersaing di pentas global.

Maka lahirlah gagasan pemikiran “Al-MARAri” yang dilhamkan oleh Y.B. Dato’ Seri Idris binJusoh, Pengerusi MARA yang bertujuan mendasari hala tuju MARA sebuah organisasi global,cemerlang dan kompetitif. Tuntasnya, MARA perlu melakukan ‘new paradigm’atau paradigmabaru untuk dilihat sebagai organisasi bertaraf dunia dan merasai sendiri suasana global itu.

Dalam menghadapi cabaran yang begitu kompleks, MARA perlu memperkasa gerak kerja,ketepatan dan kepantasan dalam bertindak seterusnya mampu berubah mengikut kesesuaiansemasa dan keperluan jangka panjang dan sederhana. “Apa yang penting penggemblengantenaga perlu disepadukan pada setiap peringkat bagi mencapai hasrat tersebut. Kita tidakmahu ketinggalan dan kita sebenarnya patut berada di keluk hadapan yang berupayamembimbing dan melestarikan agenda pembangunan bangsa”.(petikan ucapan Y.B.Dato’Seri Idris Bin Jusoh, Pengerusi MARA)

BeritaSemasa

WARTAMARA

08

Kembara Merdeka MRSM Kuala Lipis

BeritaSemasa

WARTAMARA

09

Pelancaran Sambutan Kemerdekaan Ke-52 Peringkat IbuPejabat Oleh Y. B. Dato’ Seri Idris Jusoh, Pengerusi MARA

Sambutan Kemerdekaan Kolej ProfesionalMARA & Kolej MARA Se-Malaysia di KolejMARA Banting dilancarkan oleh Y.B. Dato’Hasan Bin Malek, Timbalan MenteriKemajuan Luar Bandar & Wilayah

PERTANDINGAN REKA CIPTA &INOVASI MARA KE-9

Y.B. Dato’ Hasan Bin Malek, Timbalan MenteriKemajuan Luar Bandar & Wilayah hadir bagimenyempurnakan Majlis Penutup PertandinganRekacipta & Inovasi MARA Ke-9 bertempat diKKTM Pasir Mas, Kelantan pada 13 Ogos 2009.Melalui pertandingan ini, kebolehan, daya cipta,kreativiti dan inovasi pelajar dapat diasah dandipertingkatkan seterusnya sebagai platform bagimemberi pengiktirafan kepada mereka yangberbakat dan berkebolehan.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dansemua pihak khususnya Bahagian PendidikanLatihan & Kemahiran MARA atas kesungguhanmenganjurkan pertandingan seumpama ini yangmana ia secara langsung menggalakkan budayareka cipta dan inovasi di kalangan pengajar danpendidik di institut-institusi latihan kemahiranMARA.

Berit

aPe

ndid

ikan

PERSIDANGAN BITARA NASIONAL VIII(PERBINA VIII)

Persidangan Bitara Nasional VIII (PERBINA VIII) telah diadakan pada11 hingga 14 Ogos 2009 bertempat di De Rhu Resort, Kuantan,Pahang. Bertemakan “Pendidik Kreatif dan Inovatif MenjanaPemikiran Kritis”, persidangan ini menyediakan platform kepada parapeserta untuk berkongsi pengalaman serta bertukar-tukar pendapatsesama barisan pendidik MARA.

Seramai 260 orang pendidik Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)seluruh negara telah hadir dan sebanyak 30 kertas kerja daripadapelbagai skop dan bidang telah dibentangkan dalam usahamemastikan MRSM terus memainkan peranan penting bagimemperkasakan ilmu melalui penyelidikan dan pembangunan. Y.B.Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Pengerusi MARA telah merasmikanpersidangan ini pada 12 Ogos 2009.

MARA telah julung kalinya mengungguli denganmenyandang JOHAN Sayembara Deklamasi PuisiMerdeka 2009 Peringkat Wilayah PersekutuanKuala Lumpur. Pertandingan yang diadakan pada4 Julai 2009 ini adalah acara tahunan yangmendapat 72 penyertaan dan pertandingan akhirdiadakan di Mini Auditorium, Pusat PelanconganNegara, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Pertandingan ini adalah anjuran JabatanKebudayaan dan Kesenian Negara WilayahPersekutuan, Negeri Kuala Lumpur dengankerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasidan Kebudayaan Malaysia dan Dewan Bahasa &Pustaka. MARA yang diwakili oleh EncikNoorhisyam Bin Razali telah membawakan Puisikarya Onn Abdullah iaitu Deklarasi Kemerdekaan.Beliau telah dinobatkan sebagai Johan danmenewaskan 17 peserta peringkat akhir. Diataskemenangan itu, beliau membawa pulang PialaPusingan dan Piala Iringan, Wang Tunai RM 800,buku - buku terbitan Dewan Bahasa Pustaka, dansijil dan cenderamata. Encik Noorhisyam Bin Razalimerupakan Pensyarah Pengurusan Perniagaan diKolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya.Syabas!

BeritaPendidikan

WARTAMARA

11

MARA JOHAN SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI MERDEKA 2009

BeritaPendidikan

WARTAMARA

12

PERASMIAN INKUBATORAKADEMI MEMASAK CHEFLIZA

Y.B. Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Pengerusi MARAtelah hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutupdan Penyampaian Sijil Tamat Latihan KursusMasakan & Konfeksionari kepada 10 orangtenaga pengajar GIATMARA serta PerasmianInkubator Akademi Memasak Chef Liza pada 15Julai 2009 bertempat di Akademi Memasak ChefLiza, di Taman Kok Lian, Jalan Ipoh, KualaLumpur. Program bertujuan memberipendedahan kepada tenaga pengajar GIATMARAkaedah membangunkan dan menyediakancentral kitchen di Pusat GIATMARA dalam bidangkonfeksionari.

BeritaPendidikan

WARTAMARA

13

PAKATAN BESTARI GIATMARA -PROTONMajlis Pakatan Bestari antara GIATMARA danPROTON telah diadakan pada 30 Julai 2009 bertempatdi GIATMARA Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA),Damansara Damai dan disempurnakan oleh Y.B. Dato’Seri Hj. Mohd. Shafie Bin Hj. Apdal, Menteri KemajuanLuar Bandar Dan Wilayah.

Program MoU ini merupakan satu lagi usahaberterusan MARA dalam memperluas jaringankerjasama bagi memperkasa lanskap pendidikan danlatihan kemahiran di Institusi Pendidikan MARA (IPMa).Pada majlis tersebut, PROTON Edar Sdn. Bhd. telahmenyumbang 10 buah PROTON JUARA manakalaPROTON R&D menyumbang 6 buah kenderaanterpakai pelbagai model, 40 unit enjin Campro, 6 unitenjin Reynolds dan 5 unit enjin Mitsubishi untukkegunaan pelatih yang menjalani latihan diGIATMARA.

Kerjasama akan terus dipertingkatkan untuk memenuhirantaian keperluan dan menjadi asas pengukuhkejayaan bagi kedua-dua belah pihak pada masahadapan.

BeritaSemasa

WARTAMARA

14

PENJELAJAHAN BERMULAPSK MENAKHODA ZAMAN

PUSAT SUMBER KERJAYA (PSK) MARA

Pusat Sumber Kerjaya (PSK) MARA adalah inisiatif MARA dalam menyahuttanggungjawab dan cabaran sebagai sebuah organisasi yang sentiasamendahulukan rakyat. Pelaksanaan PSK juga bertujuan menyokong dasardan polisi kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran di dalamnegara. Atas dasar prihatin inilah, pada tanggal 9 Disember 2008, Y.Bhg.Datuk Nam bin Marthinin, selaku Ketua Pengarah MARA ketika itu telahmeluluskan penubuhan sebuah unit baru yang dikenali sebagai PSK di bawahkendalian Cawangan Pembangunan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Korporat,MARA.

Objektif Pusat Sumber Kerjaya (PSK) seperti berikut:-Mengesan hala tuju kerjaya pelajar-pelajar IPMa dan tajaanMARA di IPTS.Menjadi pusat maklumat pasaran kerja yang boleh dicapai olehpelajar-pelajar IPMa dan tajaan MARA di IPTS.Menyelaras dan melaksanakan program-program latihangraduan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalambidang pekerjaan strategik negara.Membantu penempatan kerja graduan dan memastikanpenggunaan tenaga kerja secara optimum melalui padanan kerjadan pengisian jawatan yang lebih sistematik dan tepat.

PSK telah pun memulakan penjelajahan ke beberapa buah IPMa dan institusipendidikan lain sebagai laungan awal bagi menguar-uarkan danmempromosikan aktiviti dan peranan PSK. Dalam masa yang sama PSKjuga sedang rancak mengesan dan mengumpul maklumat para pelajar bagimendaftar sebagai ahli PSK. Justeru bagi memantap dan memperkukuh gerakkerja PSK, pihak MARA kini dalam usaha membangunkan portal PSK yangdijangka mula beroperasi sepenuhnya menjelang suku pertama tahun 2010.

Sistem ini memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mencari peluangpekerjaan yang bersesuaian. Majikan pula boleh mendapatkan calon untukmengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka. Menerusi sistem ini juga,pencari kerja boleh membuat permohonan pekerjaan dan majikan bolehmenguruskan permohonan pekerjaan yang diterima pada bila-bila masa tanpamengira sempadan. Manakala pihak PSK pula akan berperanan memantaudan mengemaskini apa jua maklumat yang berkaitan penempatan kerjayadan latihan seiring perkembangan dan keperluan semasa.

Maklumat lanjut, sila hubungi:Pusat Sumber Kerjaya (PSK)Bahagian Hal Ehwal KorporatTingkat 24, Ibu Pejabat MARA,

21, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.Tel : 03-2690 3650 / 3906 atau 03-2691 5111

samb. 1303 Faks : 03-26927386www.mara.gov.my

BeritaSemasa

WARTAMARA

15

MEMPERKUKUH HUBUNGAN OISCAINTERNATIONAL - MARA

Pihak MARA amat mengalu-alukan kedatangan PresidenYoshiko Nakano bersama delegasi OISCA Internationalke Ibu Pejabat MARA pada 27 Julai 2009. Kunjunganhormat ini mengukuhkan lagi hubungan dua hala yangtelah terjalin selama 42 tahun di antara MARA denganOISCA International. Perkongsian pintar ini telahmembolehkan MARA mengeksploitasi peluang danruang untuk membangun human capital mengikutstandard dan piawai antarabangsa. Saban tahun MARAmenghantar pelatihnya ke Jepun untuk menjalani latihanindustri selama tiga tahun berdasarkan modul danprogram yang diikuti.

Selanjutnya rombongan OISCA International bersamapihak MARA telah membuat kunjung hormat kepadaY.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteriPerdana Menteri di kediaman beliau pada 28 Julai 2009.Delegasi juga mengadakan pertemuan dengan Y.A. Bhg.Tuan Hj.Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi dan isteriY.A.Bhg. Toh Puan Jeanne Abdullah di Putrajaya.

Pada sebelah malamnya pula pihak MARA telahmeraikan Presiden OISCA International di SheratonImperial Kuala Lumpur. Majlis turut dihadiri oleh Y.B.Datuk Mustapa Mohamed, Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri, selaku Penaung OISCAInternational Malaysian Chapter.

Sapilin Bin SibilPenjaga Jentera ElektrikIKM Kota Kinabalu19 Ogos 2009 (Rabu) bersamaan 28 Sya’ban 1430 H

Mohammad Faisal Bin Muhamad AnuarJuruteknik KomputerKKTM Kuantan11 September 2009 (Jumaat) bersamaan 21 Ramadhan 1430 H

Al-Fatihah

Abdul Nasir bin IbrahimJagaMRSM Taiping9 Oktober 2009 (Jumaat) bersamaan 20 Syawal 1430 H

Habibi bin AbdullahPengajar PerabotIKM Lumut16 Oktober 2009 (Jumaat) bersamaan 27 Syawal 1430 H

September

Oktober

NAMA JAWATAN PUSAT TEMPOH TARIKHPERKHIDMATAN PERSARAAN

Abd Ghani Bin Laya Peg. Ehwal Ekonomi E41 Bhg. Pemb. Usahawan 28 Tahun 01.08.2009Md. Nor Bin Abdullah Pengarah E54 Bhgn. Kenderaan 32 Tahun 01.08.2009

Zaleha Binti Mohd Yunos Ketua Sekysen DG48 Bhg. Pendidikan Tinggi 29 Tahun 01.09.2009Zainal Ariffin Bin Bahari Ketua Kursus J36 IKM TSYA 31 Tahun 17.09.2009

Siti Rozni Binti Syed Hassan Pen. Peg. MARA Daerah E32 PMD Hilir Perak 27 Tahun 01.10.2009Tak Zaliha Binti Dahalan Pemb. Tadbir N17 PMN Perak 36 Tahun 02.10.2009 Zubaidah Binti Sharif Pemb. Tadbir (Kew) W17 PMN Melaka 35 Tahun 02.10.2009Salimah Binti Abdul Wahab Pen. Tukang Masak N1 IKM Sg.Petani 32 Tahun 08.10.2009Abdul Wahab Bin Jahiya Timb. Pengarah Kanan E54 Bhg. Pemb. Usahawan 27 Tahun 09.10.2009Pauziah Binti Ishak Pemb.Tadbir Rendah N11 MRSM PDRM 29 Tahun 23.10.2009

PERSARAAN 2009Ogos

BeritaSemasa

WARTAMARA

16