sukan msc penggaram s -...

4
Awal– awal tahun, memang sibuk dengan su- kan. Pada 4 Mac yang lalu, murid SKPKBP telah menyer- tai Kejohanan Sukan Pendidikan Khas Batu Pahat. Pasu- kan SKPKBP telah meraih 3 pingat iaitu 1 perak bagi acara 100meter, pingat gangsa bagi acara 200 meter dan 100 meter dan acara lontar peluru. (fizah) SUKAN PEND. KHAS BATU PAHAT Selesai sahaja Sukan Pen- didikan Khas, pergi pula sukan MSC Penggaram. Pada 8 dan 9 Mac , Kejo- hanan Balapan & Padang MSC Penggaram telah diadakan. Pasukan SKPKBP telah meraih 2 pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa. SKPKBP telah men- duduki tempat ke-6 secara keselu- ruhannya. Perkara yang amat membanggakan adalah Norazman telah berjaya mencipta rekod kejo- hanan dalam acara lontar peluru. (fizah) Kandungan : Tinta Speed 2 Sidang Redaksi 2 Bengkel Moderasi 3 Lensa SKPKBP 3 Info Speed 4 LAGI BERITA & GAMBAR DI HALAMAN 2 ,3 & 4 SUKAN MSC PENGGARAM VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Terbilang Pada Tahun 2015 MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik MAC/APRIL 2010 Tahun 3 Bilangan 22

Upload: dinhdiep

Post on 09-Apr-2019

267 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Awal– awal tahun, memang sibuk dengan su-

kan. Pada 4 Mac yang lalu, murid SKPKBP telah menyer-tai Kejohanan Sukan Pendidikan Khas Batu Pahat. Pasu-kan SKPKBP telah meraih 3 pingat iaitu 1 perak bagi acara 100meter, pingat gangsa bagi acara 200 meter dan 100 meter dan acara lontar peluru. (fizah)

SUKAN PEND. KHAS BATU PAHAT

Selesai sahaja Sukan Pen-

didikan Khas, pergi pula sukan MSC Penggaram. Pada 8 dan 9 Mac , Kejo-hanan Balapan & Padang MSC Penggaram telah diadakan. Pasukan SKPKBP telah meraih 2 pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat

gangsa. SKPKBP telah men-duduki tempat ke-6 secara keselu-ruhannya. Perkara yang amat membanggakan adalah Norazman telah berjaya mencipta rekod kejo-hanan dalam acara lontar peluru. (fizah)

Kandungan :

Tinta Speed 2

Sidang Redaksi 2

Bengkel Moderasi 3

Lensa SKPKBP 3

Info Speed 4

LAGI BERITA & GAMBAR DI HALAMAN 2 ,3 & 4

SUKAN MSC PENGGARAM

VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Terbilang Pada Tahun 2015

MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik

MAC/APRIL 2010

Tahun 3 Bilangan 22

Pada 12 Mac yang

lalu, SKPKBP telah bergabung dengan SK Tengku Mariam untuk menjayakan program sambutan Maulidur Rasul. Murid-murid SKPKBP telah terlibat dalam 2 persembahan iaitu persembahan koir kod ta-ngan dan persembahan nya-

nyian oleh adik Mohd Ridhwan B. Adam. Sehari sebelum itu, kedua-dua pihak telah bekerjasama dalam aktiviti rewang bagi tujuan persiapan majlis tersebut. Selain dapat merapatkan hubungan warga 2 buah sekolah yang berjiran, majlis ini juga mem-beri pengalaman kepada murid-murid SKPKBP untuk bersosial dengan pihak luar. (fizah)

Pada 10 Mac yang

lalu, AJK PIBG sekolah telah mengadakan satu mesyuarat pertama pada tahun ini. Me-syuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan aktiviti

sepanjang tahun dan mesyuarat agong yang akan diadakan. Secara amnya, semua kepu-tusan mesyuarat disokong oleh semua AJK. Segala keputusan yang diputuskan adalah mengikut keperluan dan kemampuan pihak sekolah dan juga ibubapa. (fizah)

Page 2

Bagi memberi kese-

daran tentang bahayanya dadah, Kelab Anti Dadah seko-lah telah mengadakan pertand-ingan mewarna poster anti dadah yang diadakan pada 12 Mac yang lalu. Pertandingan

ini disertai oleh semua murid SKPKBP dan diadili mengikut tahap dan kategori murid. Selain melatih mewarna, program ini diada-kan bagi tujuan menanamkan sifat benci-kan dadah dikala-ngan murid-murid pen-didikan khas. (fizah)

Aktiviti Mewarna Poster Anti Dadah

Sidang Redaksi Buletin Speed mengucapkan TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU buat En Suhaimi b Sagi dan pasangannya diatas perkahwinan mereka berdua. Semoga berbahagia hendaknya.

BULETIN SPEED

<<< DARI HALAMAN UTAMA

Bagi menanamkan

semangat kesukanan, semua murid SKPKBP yang tidak menyertai sukan dibawa untuk melawat di kedua-dua kejo-hanan sukan yang telah diada-

kan. Kehadiran mereka secara tidak lang-sung memberi semangat kepada rakan-rakan mereka yang menyertai kejohanan sukan dan seterusnya mengharumkan nama seko-lah di dalam bidang ko-kurikulum. (fizah)

Alhamdulillah, bertemu lagi dalam Buletin Speed kali ini. Seperti mana sekolah lain, SKPKBP tidak ketinggalan untuk turut sama mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul SAW walaupun gabungan bersama SK Tengku Mariam.

Buletin kali ini juga memfokuskan penglibatan murid dalam aktiviti sukan, serta berita-berita lain yang berlaku di SKPKBP seperti mesyuarat AJK PIBG, Kelas Tambahan dan Bengkel Pemoderasian Item Sains dan Matematik. Semoga paparan ringkas ini dapat memberi maklumat dan manfaat untuk semua.

Sekian. Selamat Membaca....!

Salah satu usaha

bagi meningkatkan prestasi UPSR, guru-guru SKPKBP telah menjalankan satu Beng-kel Pemoderasian Item pada 6 Mac 2010. Bengkel ini bertu-juan mengumpul dan memo-

derasikan semula soalan-soalan UPSR yang lalu bagi memudah calon untuk mengu-langkaji soalan-soalan yang lepas. Mudah-mudahan kerjasama semua guru akan mem-beri kejayaan kepada murid pada peperik-saan nanti. (fizah)

Bengkel Pemoderasian Item

Buletin Speed Mac / April 2010

SK Pendidikan Khas Batu Pahat

PENGERUSI En Ateh Bin Salim

NAIB PENGERUSI Pn Hjh Arni bt Md Noor

EDITOR Aizam @ Azlan bin Kadiron ( [email protected] )

PENGARANG Pn Norhafizah binti Nordin

Pn Rodhiha binti Maarof

Pn Noor Rahizah bt Abd Rahman

JURUFOTO En Kevin Mak Wai Kim

En Mohammad Saffri bin Hamali

PENERBIT Pusat Sumber SK PKBP,

Jln Lim Yew Leong, PS 30,

83007 Batu Pahat, Johor D Ta’zim.

Sebarang pertanyaan atau sumbangan artikel boleh dialamatkan ke alamat di atas.

CETAKAN / EDARAN En Munif bin Hj Basir

“Sempurna ilmu kerana amal, sempurna agama kerana takwa, sempurna amal kerana niat dan

sempurna kehormatan diri kerana wibawa”

Mesyuarat AJK PIBG Kali—2 2009/2010

Lawatan Murid ke Kejohanan Sukan

Sambutan Maulidur Rasul

MAC/APRIL

Page 3 MAC/APRIL 2010

blidness. Dalam kajiannya,beliau menyatakan fungsi otak seseorang baik tetapi kewujudan “a complete text-blindness” walaupun kuasa penglihatan, intelek dan pertuturan tidak rosak. Beliau mentakrifkan sebagai buta huruf kepada mereka yang mempunyai pengli-hatan yang normal tetapi kehilangan keupaya-an mengenal perkataan bertulis.

Pesakit yang mengalami word deafness pasa masa yang sama mempunyai kebolehan melahirkan atau berkata-kata dalam perkata-an, tetapi banyak meng-gunakan perkataan yang salah makna. Mereka yang word blindness boleh melihat dan bertutur. Mereka juga boleh menyalin sesuatu perkataan dengan betul dan tepat tetapi tidak memahami perkataan yang dibaca sehinggalah di pertuturkan oleh orang lain.

The Orton Dyslexia Society’s mendefinisikan

disleksia sebagai ketidakupayaan memperoleh pengeta-huan daripada proses pembelajaran. Masalah ini disebab-kan kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan satu kod ayat yang selalunya menunjukkan ketidak-upayaan pemprosesan tentang bunyi bahasa. Terdapat pelbagai kesukaran yang ditunjukkan oleh disleksia. Antaranya ialah seperti bentuk bahasa,masalah membaca dan masalah menulis dan mengeja.

Dari segi sejarah, konsep sebenar disleksia dipercayai sangat berka-itan dengan bidang neurology dan psikolin-guistik yang dikatakan adalah dari kumpulan asphsia.

Menurut Miles da Miles menyatakan bahawa Adolf Kussmaul, seorang ahli Fizik Jerman pada tahun 1878 telah memperkenalkan konsep word deafness dan word

Disleksia ( Susunan: abk )

( Bahagian 22 )

Sumber: Abdul Rahim Talib (2006), Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah

Pembelajaran, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.

Jamila K.A. Mohamed, (2005) Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd :Batu Caves .

KELAS TAMBAHAN UPSR SEMASA CUTI PENGGAL

Cemerlang akademik! Itu-

lah harapan dan cita-cita semua pihak agar murid mendapat kepu-tusan yang baik dalam peperiksaan serta UPSR nanti. Pelbagai pro-gram telah diadakan oleh unit Ku-rikulum seperti Kelas Tambahan UPSR semasa Cuti Penggal Perse-kolahan yang lalu. Semua guru telah terlibat secara bergilir-gilir. (abk)