bahan unit peperiksaan jpnj sp

Upload: nuraina-syasya

Post on 14-Jul-2015

121 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

CALON SEKOLAH1. Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Menengah Agama Rakyat/ Sekolah Swasta berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Bukan warganegara yang berada di tingkatan 5 sekolah kerajaan dan mempunyai kad pelajar. Sekiranya calon tiada kad pelajar, Pengetua hendaklah mengeluarkan surat akuan calon adalah pelajar sekolah berkenaan. 3. Calon Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Menengah Agama Rakyat tidak perlu membayar yuran. 4. Calon Sekolah Swasta berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia perlu membayar yuran.

SPM - CALON PERSENDIRIAN (WARGANEGARA)1. Mereka yang pernah menduduki peperiksaan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ MCE/ SC/ FMC 2. Mereka yang telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM. 3. Mereka yang mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM. 4. Mereka yang tidak pernah menduduki peperiksaan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ MCE/ SC/ FMC boleh memohon kelulusan daripada Pengarah Peperiksaan. 5. Calon perlu membayar yuran.

MENUKAR STATUS CALON

Pengetua tidak dibenarkan menukar status calon sekolah kepada calon persendirian setelah tarikh pendaftaran ditutup walaupun calon telah berhenti sekolah. Pengetua dibenarkan menukar status calon dari calon persendirian kepada calon sekolah sekiranya calon lewat mendapat surat kebenaran mengulang semula di sekolah kerajaan/ sekolah bantuan kerajaan.

PEMBATALAN PENDAFTARAN PEPERIKSAANPermohonan pembatalan pendaftaran calon perlu dimohon oleh ibu bapa melalui Pengetua sekolah. Permohonan dipanjangkan ke pihak JPN. Pihak JPN memastikan semua dokumen berikut telah lengkap sebelum menghantar permohonan kepada Unit SPM, Lembaga Peperiksaan: - Surat daripada ibu bapa - Surat daripada pihak sekolah - Kenyataan Kemasukan Peperiksaan Calon - Laporan Perubatan / Sijil Kematian Setelah pendaftaran dibatalkan, calon perlu membuat pendaftaran semula sekiranya ingin menduduki peperiksaan SPM pada tahun berikutnya.

CALON PINDAH PUSAT1. Calon Sekolah perlu mengemukakan permohonan pindah pusat peperiksaan melalui Pengetua sekolah asal masing-masing. 2. Permohonan pindah pusat peperiksaan mesti sampai ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri pada atau sebelum 15 Mei tahun peperiksaan. 3. Permohonan yang diterima selepas 15 Mei akan dianggap sebagai calon menumpang dan mesti menggunakan angka giliran asal. 4. Sekolah asal calon bertanggungjawab menghantar semua bahan dan dokumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ke sekolah baru. 5. Sekolah baru calon bertanggungjawab menghantar markah PBS kepada pihak Lembaga Peperiksaan. 6. Apabila pihak JPN memberikan nombor pusat baru kepada calon, pihak JPN mesti memastikan calon berada di sekolah berkenaan dan tidak melaporkan diri di sekolah lain.

CALON MENUMPANG1. Calon yang berpindah ke sekolah baru selepas 15 Mei tahun peperiksaan. 2. Calon yang mengambil peperiksaan di sesebuah pusat dengan menggunakan giliran asal. 3. Markah PBS calon dihantar kepada pihak Lembaga Peperiksaan oleh sekolah asal di mana calon mendaftar.

CALON BANTAHAN1. Calon boleh membuat bantahan pada hari peperiksaan sekiranya telah disahkan calon mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas soalan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan. 2. Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan yang mengandungi Kod Kertas, Nama Kertas dan Jenis Peperiksaan (SPM 2009) sebagai bukti pendaftaran. 3. Calon tidak dikenakan bayaran. 4. Calon mesti mengisi borang bantahan. Ketua Pengawas perlu menghantar borang bantahan kepada SPP, JPN 5. Permohonan bantahan calon tanpa mengemukakan dokumen Kenyataan Kemasukan Peperiksaan tidak akan diluluskan. Jadual Waktu SPM 2009 m.s 3 para 2.5

CALON KES-KES KHASCalon yang memerlukan pertimbangan khas hendaklah memohon kepada pihak sekolah. Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan kepda Pengarah Pelajaran Negeri. Pihak JPN akan membuat siasatan dan menghantar permohonan kepada Pengarah Peperiksaan (u.p. Unit SPM): - Surat permohonan daripada ibu bapa - Surat sokongan daripada pihak sekolah - Surat pengesahan keperluan calon daripada pihak JPN - Laporan Perubatan / Kad Khas Calon Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat kebenaran kepada Pengarah JPN dan salinan kepada pihak sekolah.

PENGECUALIAN PBSCalon yang memerlukan pengecualian PBS hendaklah memohon kepada pihak sekolah. Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan kepda Pengarah Pelajaran Negeri. Pihak JPN akan membuat siasatan dan menghantar permohonan kepada Pengarah Peperiksaan (u.p. Unit SPM): - Surat permohonan daripada ibu bapa - Surat sokongan daripada pihak sekolah - Surat pengesahan pengecualian calon daripada pihak JPN - Laporan Perubatan / Kad Khas Calon - Kenyataan Kemasukan Peperiksaan - Borang SPM (A3) - Borang SPM/MPKC Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat pengecualian PBS kepada Pengarah JPN dan salinan kepada pihak sekolah dan UMPD.

KERTAS CETAKAN KHASCalon yang memerlukan kertas cetakan khas hendaklah memohon kepada pihak sekolah. Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan kepda Pengarah Pelajaran Negeri. Pihak JPN akan membuat siasatan dan menghantar permohonan kepada Pengarah Peperiksaan (u.p. Unit UPS): - Surat permohonan daripada ibu bapa - Surat sokongan daripada pihak sekolah - Surat pengesahan keperluan cetakan khas daripada pihak JPN - Laporan Perubatan / Kad Khas Calon - Kenyataan Kemasukan Peperiksaan - Borang SPM (A3) - Borang SPM (B3) - Borang SPM/MPKC

MENAMBAH DAN MENGGUGUR MATA PELAJARANSetelah disahkan oleh JPN, setiap permohonan calon untuk menambah atau mengurangkan bilangan mata pelajaran selepas tarikh pendaftaran ditutup akan dikenakan bayaran penalti sebanyak RM30.00. Bayaran tambahan akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran yang ditambah. Tarikh tutup permohonan penambahan atau pengurangan mata pelajaran selepas pendaftaran adalah pada 15 Mei tahun peperiksaan. Permohonan selepas tarikh 15 Mei tidak akan diluluskan.

MENDUDUKI SEMUA KERTAS PEPERIKSAANCalon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas soalan sama ada kertas soalan bertulis atau ujian amali atau PBS akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak menduduki sesuatu kertas soalan dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh dan dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2009. Keputusan peperiksaan bagi calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan ialah T

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)Calon sekolah yang mendaftar mata pelajaran yang mempunyai komponen PBS wajib melaksanakannya. Markah PBS yang telah disahkan oleh Pengetua dihantar kepada Unit Pengurusan Maklumat dan Prosesan Data, Lembaga Peperiksaan. Calon Persendirian yang mendaftar mata pelajaran yang mempunyai komponen PLBS dan ULKCP wajib dilaksanakannya. Markah PBS yang telah disahkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri dihantar kepada Unit Pengurusan Maklumat dan Prosesan Data, Lembaga Peperiksaan. Sekiranya calon tidak melaksanakan PBS, calon akan mendapat T dalam slip keputusan. Sekiranya calon membuat rayuan semakan dan pihak sekolah menghantar markah PBS selepas keputusan peperiksaan diumumkan, maka LP tidak akan menerima markah tersebut.

SENARAI MATA PELAJARANPeraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996: Mata Pelajaran Teras: 1103 Bahasa Melayu 1119 Bahasa Inggeris 1449 Matematik 1511 Sains 1249 Sejarah 1223 Pendidikan Islam (Murid Islam) 1225 Pendidikan Moral (Murid Bukan Islam)

SENARAI MATA PELAJARANMata Pelajaran Elektif Kumpulan I (Kemanusiaan): 2205 Literature in English 2215 Kesusasteraan Melayu 2280 Geografi 2361 Bahasa Arab Tinggi 2611 Pendidikan Seni Visual 2621 Pendidikan Muzik 2612 Komunikasi Visual 2613 Seni Halus 2614 Reka Bentuk 2622 Pendidikan Muzik 2631 Pendidikan Tari 2641 Pendidikan Teater Calon Sekolah Seni Malaysia

SENARAI MATA PELAJARANMata Pelajaran Elektif Kumpulan II (Vokasional dan Teknologi): 3472 Matematik Tambahan 3528 Sains Pertanian 3529 Pengajian Agroteknologi 3754 Pengajian Keusahawanan 3755 Perdagangan 3756 Prinsip Perakaunan 3757 Ekonomi Asas 3758 Ekonomi Rumah Tangga 3759 Lukisan Kejuruteraan 3760 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 3761 Pengajian Kejuruteraan Awam 3762 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 3763 Reka Cipta

SENARAI MATA PELAJARANMata Pelajaran Elektif Kumpulan II (Vokasional dan Teknologi): 3764 Teknologi Kejuruteraan 3765 Information and Communication Technology 3766 Pengurusan Makanan 3767 Pengajian Pakaian

SENARAI MATA PELAJARANMata Pelajaran Elektif Kumpulan III (Sains): 4531 Fizik 4541 Kimia 4551 Biologi 4561 Sains Tambahan 4571 Pengetahuan Sains Sukan 4581 Applied Science

SENARAI MATA PELAJARANKumpulan Mata Pelajaran Tambahan: 6351 Bahasa Cina 6354 Bahasa Tamil 6356 Bahasa Iban 6355 English For Science And Technology 6362 Bahasa Arab Komunikasi

SENARAI MATA PELAJARANKumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di SMK: 7101 Pembinaan Domestik 7102 Membuat Perabot 7103 Kerja Paip Domestik 7104 Pendawaian Domestik 7105 Kimpalan Arka dan Gas 7106 Menservis Automobil 7107 Menservis Motosikal 7108 Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara 7109 Menservis Peralatan Elektrik Domestik 7201 Rekaan dan Jahitan Pakaian 7202 Katering dan Penyajian 7203 Pemprosesan Makanan 7204 Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut

SENARAI MATA PELAJARANKumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di SMK: 7205 Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 7206 Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriantrik 7301 Landskap dan Nurseri 7302 Akuakultur dan Haiwan Rekreasi 7303 Tanaman Makanan 7401 Seni Reka Tanda 7402 Hiasan Dalaman Asas 7403 Produksi Multimedia 7404 Grafik Berkomputer

SENARAI MATA PELAJARANKumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) di SMT: 8101 Bahan Binaan 8102 Teknologi Binaan 8201 Prinsip Elektrik dan Elektronik 8202 Aplikasi Elektrik dan Elektronik 8301 Pemesinan Berkomputer 8302 Amalan Bengkel Mekanikal 8311 Penyejukan 8312 Penyaman Udara 8321 Automotif Kenderaan 8322 Automotif Elektrik dan Diesel 8331 Kimpalan Arka 8332 Kimpalan Gas

SENARAI MATA PELAJARANKumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) di SMT: 8401 Fundamentals of Programming 8402 Programming and Development Tools 8501 Membuat Pakaian 8502 Pola Pakaian 8511 Roti dan Makanan Yis 8512 Patisserie 8521 Persolekan 8522 Dandanan Rambut 8531 Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak 8532 Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak 8541 Penyediaan Masakan Barat dan Timur 8542 Penyajian Makanan dan Minuman

SENARAI MATA PELAJARANKumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) di SMT: 8701 Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan 8702 Perakaunan Perniagaan 8703 Teknologi Pejabat Perniagaan 8881 Pengeluaran Tanaman 8882 Pengeluaran Ternakan 8883 Hortikultur Hiasan dan Landskap 8884 Kejenteraan Ladang 8885 Pengurusan Ladang

SENARAI MATA PELAJARANKumpulan Mata Pelajaran di Luar Kurikulum: 9216 Kesusasteraan Cina 9217 Kesusasteraan Tamil 9221 Bible Knowledge 9303 Bahasa Perancis 9378 Bahasa Punjabi

PANDUAN

- Panduan Pemilihan Mata Pelajaran Dalam Konteks SPM PensijilanTerbuka (KPM 1998). - Dasar 60:40 - Surat Pekeliling Iktisas Bil: 3/2009 Pelaksanaan Mengehadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran Peperiksaan SPM - Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2010 - Cadangan Jadual Waktu SPM 2011 - Pekeliling lain yang berkaitan

PANDUAN

- Panduan Pemilihan Mata Pelajaran Dalam Konteks SPM PensijilanTerbuka (KPM 1998). - Dasar 60:40 - Surat Pekeliling Iktisas Bil: 3/2009 Pelaksanaan Mengehadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran Peperiksaan SPM - Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2010 - Cadangan Jadual Waktu SPM 2011

Surat Pekeliling Iktisas Bil: 3/2009- Calon yang akan menduduki SPM mulai 2010 dihadkan maksimumsepuluh (10) mata pelajaran. Calon sekolah agama aliran sains dibenarkan mengambil sebelas (11) mata pelajaran.

- Calon yang akan menduduki SPM mulai 2011 dihadkan maksimumsepuluh (10) mata pelajaran.

- Pemilihan mata pelajaran:1. Wajib diambil oleh semua calon Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah. 2. Sains tidak dibenarkan ambil jika calon mengambil mana-mana dua mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi atau calon yang mengambil Applied Science. 3. Pendidikan Islam tidak dibenarkan ambil jika calon mengambil mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunah dan Pendidikan Syariah Islamiah. 4. Pendidikan Moral wajib diambil oleh calon bukan beragama Islam.

Pakej Pengkhususan- Eka pengkhususan (mata pelajaran wajib + mata pelajaran darikumpulan yang sama) PakejSains Tulen Sastera Iktisas Pengajian Islam Kemanusiaan Vokasional Sains Tambahan

KombinasiMP wajib + MT + 2/3 MP Sains MP wajib + MT + 2 MP Iktisas MP wajib + 2 MP Pengajian Islam + BAT MP wajib + 2/3 MP Kemanusiaan MP wajib + 2 MP Vokasional MP wajib + MT + Sains Tambahan

Bil. MP8/9 9 8 8/9 8 8

Pakej PengkhususanDwi pengkhususan (mata pelajaran wajib + mata pelajaran dari kumpulan yang berbeza) PakejSains Tulen Teknologi Sains Tulen - Sastera Iktisas Sains Tulen Pengajian Islam Pengajian Islam Teknologi Pengajian Islam Sastera Iktisas Kemanusiaan Sastera Iktisas

KombinasiMP wajib + MT + 2/3 MP Sains + 1/2 MP Tekno MP wajib + MT + 2 MP Sains + 1/2 MP Iktisas MP wajib + MT + 2 MP Pengajian Islam + BAT + 2/3 MP Sains MP wajib + MT + 2 MP Pengajian Islam + 2 MP Sains + 1 MP Tekno MP wajib + MT + 2 MP Pengajian Islam + BAT + 2 MP Iktisas MP wajib + 2 MP Kemanusiaan + 1 MP Iktisas

Bil. MP9/10 9/10 10/11 11 10/11 9

Draf Jadual 2010- Mengandungi 3 Sesi Sesi I, Sesi II dan Sesi IIIHari yang sama bagi setiap Sesi menunjukkan pertindihan masa peperiksaan dan calon hanya boleh memilih satu mata pelajaran sahaja.

Cadangan Jadual 2010- Mengandungi 3 Sesi Sesi I, Sesi II dan Sesi IIIPerlu digunakan oleh pihak sekolah untuk membuat pemilihan pakej mata pelajaran yang akan ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat 2010.

Penggeredan SPM Mulai 2009Akan digunakan untuk urusan permohonan kemasukan ke IPT mulai kemasukan 2010. Gred Sedia Ada Gred BaruA+ 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G A AB+ B C+ C D E G