lawatan kerja menteri pendidikan ke smk labuan

30
Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Ke SMK Labuan SMK Labuan menerima lawatan kerja Menteri Kanan Pendidikan YB Dr Radzi Jidin pada 6 September 2021. Lawatan kerja ini merupakan salah satu pengisian aktiviti sempena Sesi Libat Urus YB Menteri Kanan Pendidikan ke WP Labuan. Tujuan lawatan tersebut ialah untuk melihat perkembangan projek-projek penyelenggaraan di SMK Labuan iaitu Dewan Mutiara dan Blok Pentadbiran. Pada masa yang sama YB Menteri juga meninjau persediaan sekolah sempena pengoperasian semula sekolah yang dijangka akan bermula pada awal Oktober nanti. Antara yang ditinjau ialah bilik darjah, kantin, tandas dan persekitaran sekolah. Penyelenggaraan Dewan Mutiara dan Blok Pentadbiran berjalan lancar dan ini akan memberi lebih keselesaan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Blok Pentadbiran mengandungi Pejabat Am, Bilik Guru, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Bestari dan Makmal Sains.

Upload: others

Post on 20-Jan-2022

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Ke SMK Labuan,219 Peranti diedar kepada murid SMK Labuan dibawah Inisiatif CERDIK,Inisiatif ‘PROPER TOP’ SMK Labuan Bantu Murid Mengikuti PdPR,STPM SMK LABUAN KEKAL LULUS 100%,Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Labuan 2021 Secara MayaLawatan Kerja Menteri Pendidikan Ke SMK Labuan
SMK Labuan menerima lawatan kerja Menteri Kanan Pendidikan YB Dr Radzi Jidin pada 6 September 2021. Lawatan kerja ini merupakan salah satu pengisian aktiviti sempena Sesi Libat Urus YB Menteri Kanan Pendidikan ke WP Labuan. Tujuan lawatan tersebut ialah untuk melihat perkembangan projek-projek penyelenggaraan di SMK Labuan iaitu Dewan Mutiara dan Blok Pentadbiran.
Pada masa yang sama YB Menteri juga meninjau persediaan sekolah sempena pengoperasian semula sekolah yang dijangka akan bermula pada awal Oktober nanti. Antara yang ditinjau ialah bilik darjah, kantin, tandas dan persekitaran sekolah.
Penyelenggaraan Dewan Mutiara dan Blok Pentadbiran berjalan lancar dan ini akan memberi lebih keselesaan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Blok Pentadbiran mengandungi Pejabat Am, Bilik Guru, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Bestari dan Makmal Sains.
YB Dr Radzi melawat persekitaran sekolah
YB Dr Radzi meninjau keadaan bilik darjah
Pegawai JKR WP Labuan memberi taklimat tentang penyelenggaraan Dewan Mutiara
Bilik darjah dan persekitaran sekolah memerlukan pembersihan berterusan kerana masih ada tempoh sebulan sebelum persekolahan bersemuka dimulakan . Persiapan aspek-aspek pematuhan SOP dalam kawasan sekolah dan semasa penyuraian murid juga akan diberi perhatian. Ini untuk memastikan murid-murid dapat kembali sekolah dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka dengan lebih selesa dan selamat.
Sebelum mengakhiri lawatan, YB Menteri sempat menandatangani kanvas kenangan sempena Sambutan 100 Tahun SMK Labuan. Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah Datuk Yusran Shah bin Mohd Yusof (Ketua Setiausaha KPM), Datin Sri Hajjah Nor Zamani binti Abdol Hamid (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia), Encik Raisin bin Saidin (Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM) dan Encik Yusup bin Mohamad (Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan).
Pengetua SMK Labuan Encik Ismail Abdullah merakamkan ucapan setinggi- tinggi penghargaan kepada YB Menteri Kanan Pendidikan atas lawatan kerja ini. Pihak sekolah berazam untuk memastikan persiapan yang terbaik sebelum sekolah dibuka nanti dan juga memastikan proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lancar.
Berita Oleh : SMK Labuan
Encik Ismail bersama YB Dr Radzi
YB Dr Radzi bersama pentadbir SMK Labuan (dari kiri PK Pentadbiran Puan Zalina Zunkepely, Pengetua, YB Dr Radzi, PK HEM Puan Jamaliah Razali, PK Tingkatan 6 Encik Saminan Sabtu dan PK Petang Encik Kitli Beka)
219 Peranti diedar kepada murid SMK Labuan dibawah Inisiatif CERDIK
Labuan, 20 Ogos – Sebanyak 219 unit lagi peranti komputer riba termasuk langganan internet selama setahun telah diedarkan kepada murid-murid SMK Labuan yang berkelayakan, baru-baru ini.
Edaran peranti ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 untuk menyediakan akses digital pendidikan melalui akses kepada peranti dan sambungan data internet yang menyasarkan murid dari keluarga berpendapatan rendah.
Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail Abdullah berharap agar peranti yang dibekalkan kepada murid ini dapat meningkatkan peratus kehadiran murid melalui sesi pembelajaran di rumah secara dalam talian.
“Besarlah harapan saya agar murid yang menerima peranti ini tidak lagi ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran secara dalam talian” . Encik Ismail Abdullah.
Agihan telah dilaksanakan secara pandu lalu pada 5 Ogos 2021 di perkarangan sekolah SMK Labuan dan turut dihadiri oleh Encik Yusup Haji Mohamad, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan Tuan Haji Abdul Rahman Ahmad, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid.
Encik Ismail menyerahkan peranti kepada ibu murid yang hadir secara pandu lalu
Tuan Haji Abdul Rahman menyerahkan peranti kepada pelajar Ahmad Khuizzan
Encik Yusup berkata peranti yang dibekalkan ini merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu murid-murid yang memerlukan komputer demi meneruskan kelangsungan proses pendidikan melalui pembelajaran digital di kediaman masing-masing.
“KPM menerusi pelbagai insentif dan inisiatif dilaksanakan bagi memastikan semua murid tidak tercicir dalam arus pendidikan” . Encik Yusup Haji Mohamad
Sementara itu, pelajar Nur Afiqah yang hadir bersama ayahnya mengucapkan rasa syukur dan terima kasih atas bantuan komputer riba ini. Berkongsi kesyukuran, pelajar Mohammad Harriz yang melahirkan rasa kegembiraan di atas bantuan yang diberikan.
“Saya sangat gembira dengan bantuan yang diberikan dan akan
menggunakan komputer ini untuk pembelajaran di rumah nanti”. Mohammad Hariz, murid Tingkatan 3 Fasih.
Pelajar Nur Afiqah berterima kasih atas bantuan yang diberikan
Untuk rekod, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengedarkan sebanyak 455 unit peranti inisiatif CERDIK dan sambungan data internet kepada 455 orang murid melibatkan tiga buah sekolah iaitu SK Pekan Dua, SMK Pantai dan SMK Labuan.
Guru SMK Labuan sedang menerangkan secara ringkas kepada murid mengenai sambungan data internet yang diberikan
ibu murid sedang membuat pendaftaran peranti sambil dibantu oleh guru SMK Labuan
Guru sedang bertungkus-lumus membuat persiapan agihan peranti CERDIK SMK Labuan
Guru membuat serahan komputer kepada ibu bapa yang hadir
Inisiatif ‘PROPER TOP’ SMK Labuan Bantu Murid Mengikuti PdPR
Labuan, 29 Julai – Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Fasa 4 bermula pada 26 Julai hingga 30 Ogos 2021.
Keperluan untuk mengikuti PdPR merupakan cabaran besar kepada murid SMK Labuan yang menghadapi masalah ketiadaan peranti dan data internet. Walaupun jumlahnya tidak ramai tetapi ini akan menjejaskan pembelajaran murid-murid berkenaan sepanjang tempoh PdPR.
Atas keprihatinan guru-guru, staf dan PIBG SMK Labuan bagi membantu murid-murid berkenaan maka terhasillah inisiatif Program Pinjaman Peranti dan Bantuan Top Up data internet (PROPER TOP) SMK Labuan.
Pemilihan murid berdasarkan penelitian guru kelas, Unit Kebajikan Murid dan Unit HEM dengan menilai murid yang sangat memerlukan peranti dan data internet untuk mengikut PdPR secara dalam talian.
Peranti ini diberi sebagai pinjaman untuk tempoh yang sesuai sehingga ibu bapa murid dapat mengusahakan pembelian peranti sendiri.
Dua orang murid Tingkatan 2 penerima pertama peranti
Sumbangan bantuan Top up hanya akan diteruskan kepada murid yang mengikuti PdPR secara konsisten dan betul-betul memerlukan data internet.
Penyerahan pertama peranti telah dilaksanakan pada 25 Julai 2021 kepada 2 orang murid Tingkatan 2, manakala bantuan top up telah diberi kepada 46 orang murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6.
Pengetua SMK Labuan, Encik Ismail bin Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan staf serta PIBG SMK Labuan atas sumbangan yang diberi untuk inisiatif PROPER TOP ini.
Semoga inisiatif PROPER TOP ini akan mencapai matlamatnya, selaras dengan slogan SMK Labuan iaitu “Setiap Murid Bernilai” dan slogan Jabatan Pendidikan WP Labuan “Guru Sayang Muridnya”. Encik Ismail Abdullah
Berita oleh : SMK Labuan
Encik Ismail memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada penerima peranti
STPM SMK LABUAN KEKAL LULUS 100%
Labuan, 1 Julai – Prestasi Wilayah Persekutuan Labuan dalam STPM 2020 kekal 100% dengan mencatatkan lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran bagi calon sekolah kerajaan. STPM 2019 juga mencatatkan keputusan 100%.
SMK Labuan merupakan satu-satunya Pusat Tingkatan Enam di Labuan dengan calon STPM pada tahun 2020 seramai 136 orang.
Dari segi jumlah prinsipal, 76 calon mendapat 4 prinsipal iaitu 55.88%, 31 calon mendapat 3 prinsipal iaitu 22.79%,19 calon mendapat 2 prinsipal iaitu 13.97% dan 10 calon mendapat 1 prinsipal iaitu 7.35%.
Seramai 36 calon mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00 ke atas iaitu 26.47%. Pelajar terbaik STPM 2020 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan ialah JAYNE CAREY WONG dengan mendapat PNGK 3.84.
Pengetua SMK Labuan Encik Ismail Abdullah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menyumbang kepada pencapaian lulus 100%, termasuk 36 orang pelajar yang mencapai keputusan cemerlang PNGK
“Terima kasih juga kepada semua guru yang telah berusaha dengan gigih melaksanakan pembelajaran dalam suasana pandemic Covid-19 yang sangat mencabar. Juga kepada PIBG SMK Labuan yang sentiasa memberi bantuan kewangan untuk melaksanakan program-program kecemerlangan setiap semester.” Encik Ismail Abdullah
Penghargaan kepada Jabatan Pendidikan WP Labuan yang membantu dari segi penempatan guru-guru Tingkatan Enam serta bantuan dalam aspek kurikulum.
Untuk rekod, peperiksaan STPM Ulangan Semester 2/2020, dijalankan pada 8, 9, 10 dan 15 Mac 2021.
STPM Semester 1/2021 dan Ulangan Semester 1/2020, dijalankan pada 16, 17, 18 dan 22 Mac 2021.
STPM Semester 3/2020, dijalankan pada 5, 6, 7, 8 dan 12 April 2021 di satu pusat peperiksaan di Wilayah Labuan iaitu SMK Labuan.
JAYNE CAREY WONG
Senarai pelajar yang mendapat PNGK 3.0 ke atas.
1 JAYNE CAREY WONG 3.84 2 MICHELLE WONG FUI PING 3.83 3 SUSAN LEE MEI SAN 3.75 4 NURUL ATEYRAH BINTI YUSAILI 3.67 5 HASJUHWIYAH BINTI JAMAL 3.67 6 NORHIDAYAHANI NATASHA BINTI ROSLEN 3.67 7 NORHAFIZA AMILAH 3.67 8 AYISHA BINTI MANSOR 3.67 9 VERONLYNN IRENE ANAK JOSEPH 3.59 10 YAPP SEI NEI 3.50 11 ANDI SALLEHWANGI BIN MOHD ARIS 3.42 12 SRISHAFINA AMINA BINTI ABDUL RAZAK 3.33 13 ELLY NAZIRAH BINTI SUFRI 3.25 14 SITTI NURMAMELENA ABDULLAH 3.25 15 WAN DAYANA ABADI BINTI WAN MOHD AZMI 3.25 16 ARDILYN BINTI EDIN 3.25 17 SITI NORAISAH BINTI RASHID 3.25 18 MUHAMMAD IQSHAM BIN ROMIU 3.25
19 SYAMIMI NASUHA BINTI YAMIN 3.25 20 MOHD JASMIE BIN MOHD MASRAPI 3.17 21 MASTURINA BINTI HIDZAR 3.17 22 DAYANG NURLEILA IMAN BINTI AWANGKU HARISYAM 3.09 23 HIDAYATUL HUSNA BINTI YAHYA 3.09 24 NURUL AIN BINTI ABDUL GHANI 3.09 25 LYIA KHARUN EZZANEEY BINTI ABDUL LATIP 3.09 26 ROSANIZA BINTI ROSLI 3.08 27 MOHD AMIRUL SYAFIK BIN MOHD ISHAK 3.08 28 NURAINA BINTI ISHAK 3.08 29 NUR NASHA FARIEZA NIECEE BINTI JAMBLY 3.08 30 NOR ATIKAH BINTI AHMAD 3.08 31 ALEEYA NAZURIN 3.00 32 SYAZA BINTI MUZANI 3.00 33 EZA EISYA BINTI GANDUR 3.00 34 JOSEPHINE TAN HUI LING 3.00 35 SITI NOORHAFIZA NAZWA BINTI NORIZAN 3.00 36 MOHD NASSIP 3.00
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Labuan 2021 Secara Maya
Labuan, 12 Apr – Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Labuan bagi tahun 2021 telah berlangsung secara maya dengan kehadiran 98 orang ahli,
Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) secara bersemuka di sekolah bagi semua tingkatan dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi SOP.
Katanya lagi, Program Kecemerlangan PT3, SPM dan STPM akan diteruskan dengan norma baharu, seperti melaksanakan aktiviti Bengkel Teknik Menjawab, Kelas Tambahan, Program Khas Lulus 100% SPM dan STPM.
Kokurikulum dalam norma baharu akan diberi perhatian untuk memberi peluang murid terlibat dan mendapat markah kokurikulum yang sewajarnya.
Encik Ismail turut menghargai segala bantuan dan sumbangan PIBG dalam bentuk wang ringgit, material dan sokongan moral serta semangat kepada sekolah khususnya kepada guru-guru yang gigih berusaha untuk kebaikan anak-anak murid SMK Labuan.
“Semoga PIBG SMK Labuan terus menyokong dan membantu usaha- usaha sekolah demi kejayaan dan kecemerlangan murid-murid. Kerjasama yang padu sangat penting apatah lagi dalam suasana pandemik Covid-19 yang masih menjadi cabaran utama kepada sekolah dan ibu bapa. Sekolah terus menjunjung slogan SMK Labuan Juara : Setiap Murid Bernilai “, Encik Ismail Abdullah.
Suasana di bilik mesyuarat (Pengetua, YDP dan NYDP)
YDP PIBG SMK Labuan, Tuan Haji Md Yusof bin Haji Chuchu berkata PIBG merupakan satu medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti.
Justeru, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah.
“Sokongan yang padu daripada semua pihak merupakan senjata penting bagi menjana kecemerlangan anak-anak kita. Oleh yang demikian, pihak PIBG akan terus menyokong segala usaha pihak sekolah dalam mengadakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dengan norma baharu.” Tuan Haji Md Yusof
Dalam kita berhadapan dengan pandemik yang agak membimbangkan kita semua, kita masih sedaya upaya berusaha dalam mencapai kejayaan secara holistik dan perkara ini menggambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT.
Mesyuarat telah bersetuju melalui cadangan serta sokongan iaitu kadar sumbangan dikekalkan sebanyak RM50 untuk setiap keluarga. Kadar ini dikekalkan sejak tahun 2012.
Mesyuarat juga bersetuju agar kutipan sumbangan sebanyak RM20 bagi setiap murid Tingkatan 3, 5 dan 6 untuk Program Kecemerlangan PT3, SPM dan STPM.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut, Naib Yang DiPertua PIBG SMK Labuan, Encik Nordin Ahmad, AJK PIBG, ibu bapa dan guru-guru SMK Labuan.
Berita Oleh : SMK Labuan