lawatan ke uitm

6
Ta ini je le yang aku boleh dapat cari dari petang tadi tapi kompelek sukan uitm arau tu payah cari le Universiti Teknologi Mara Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis adalah UiTM yang kedua selepas UiTM Shah Alam. Kampus Perlis mula beroperasi pada 5 Julai 1974 dimana pengambilan pertama yang berjumlah 256 orang pelajar telah ditempatkan di Bangunan Pengakap di Jalan Padang Katong, Kangar Gambar Depan bangunan Pentadbiran sebagai Kampus sementara. Pada tahun 1980 Kampus Cawangan Perlis telah berpindah ke Kampus tetap di Arau. Luas Kampus Perlis lebih kurang 150 hektar dan merupakan cawangan yang kedua terbesar.Kampus Induk baru UiTM akan bertukar dari Shah Alam ke uiTM Sri Iskandar.Induk barula . Kampus Cawangan Perlis ketika itu hanya mempunya 11 blok 4 tingkat asrama yangdapat memuatkan 1992 orang pelajar lelaki dan 1772 pelajarperempuan. Ia juga dilengkapi dengan blok Pentadbiran, Perpustakaan, Bilil Pensyarah, Gimm, Dewan utama, Mini Stadium,Pusat Islam dan sebagainya. Pada dasarnya luas sebenar untuk kampus hanyalah 61.6 hektar manakala yang lain adalah untuk aktiviti course perladangan. Kini UiTM Cawangan Perlis telah bertambah besar apabila terdapat 6 kolej 4 tingkat yang dapat memuatkan lebih kurang 3500 orang pelajar lelaki. Antaranya ialah Kolej Pulai Best, Jati, Damak, Nyatoh, Kempas, dan Resak.Manakala untuk Siswi terdapat banyak blok asrama dari yang bertingkat hingga ke rumah-rumah. Antara kolej Siswi ialah Siding, Cendana, Mayang, Asoka, Beringin, dan banyak lagilah....Malah kini pembinaan untuk Asrama Baru sedang giat dijalankan untuk menampung sejumlah 2000 orang lagi pelajar yang semakin bertambah dan semakin bijak!

Upload: yusnita

Post on 11-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

lawatan

TRANSCRIPT

Page 1: Lawatan Ke Uitm

Ta ini je le yang aku boleh dapat cari dari petang tadi tapi kompelek sukan uitm arau tu payah cari le

Universiti Teknologi Mara

Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis adalah UiTM yang kedua selepas UiTM Shah Alam. Kampus Perlis mula beroperasi pada 5 Julai 1974 dimana pengambilan pertama yang berjumlah 256 orang pelajar telah ditempatkan di Bangunan Pengakap di Jalan Padang Katong, Kangar Gambar Depan bangunan Pentadbiran sebagai Kampus sementara. Pada tahun 1980 Kampus Cawangan Perlis telah berpindah ke Kampus tetap di Arau. Luas Kampus Perlis lebih kurang 150 hektar dan merupakan cawangan yang kedua terbesar.Kampus Induk baru UiTM akan bertukar dari Shah Alam ke uiTM Sri Iskandar.Induk barula .

Kampus Cawangan Perlis ketika itu hanya mempunya 11 blok 4 tingkat asrama yangdapat memuatkan 1992 orang pelajar lelaki dan 1772 pelajarperempuan. Ia juga dilengkapi dengan blok Pentadbiran, Perpustakaan, Bilil Pensyarah, Gimm, Dewan utama, Mini Stadium,Pusat Islam dan sebagainya.

Pada dasarnya luas sebenar untuk kampus hanyalah 61.6 hektar manakala yang lain adalah untuk aktiviti course perladangan.

Kini UiTM Cawangan Perlis telah bertambah besar apabila terdapat 6 kolej 4 tingkat yang dapat memuatkan lebih kurang 3500 orang pelajar lelaki. Antaranya ialah Kolej Pulai Best, Jati, Damak, Nyatoh, Kempas, dan Resak.Manakala untuk Siswi terdapat banyak blok asrama dari yang bertingkat hingga ke rumah-rumah. Antara kolej Siswi ialah Siding, Cendana, Mayang, Asoka, Beringin, dan banyak lagilah....Malah kini pembinaan untuk Asrama Baru sedang giat dijalankan untuk menampung sejumlah 2000 orang lagi pelajar yang semakin bertambah dan semakin bijak!

.

Page 2: Lawatan Ke Uitm

LATAR BELAKANG

Universiti Teknologi MARA bermula daripada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latihan RIDA (Rural Industrial Development Authority), sebuah pusat percubaan untuk menyediakan kursus persediaan bagi belia luar bandar yang berpendidikan Inggeris.

Matlamat penubuhan Dewan Latihan RIDA adalah untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pengambilan pelajar pertama seramai 25 orang bagi kursus London Chamber of Commerce dan kursus untuk peniaga-peniaga kecil. Pada tahun 1965 Dewan Latihan RIDA bertukar nama kepada Maktab MARA (Majlis Amanah Rakyat) hasil dari Kongres Ekonomi Bumiputera yang diadakan di Kuala Lumpur dari 5 hingga 7 Jun 1965.

Pada tahun 1970 Maktab MARA bertukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). ITM diberi autonomi penuh dan tidak lagi diletakkan di bawah Bahagian Latihan MARA. Ia diletakkan terus di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

Pada tahun 1996, Akta ITM dipinda bagi membolehkan ITM berfungsi sebagai universiti tempatan awam dan membolehkan institut melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan, mengadakan kursus secara francais dan menubuhkan cawangan di seberang laut.

Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baru Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah pengisytiharan dibuat oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM.

Kini UiTM menawarkan sejumlah 122 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di pelbagai fakultinya. Pengambilan pelajar bagi kebanyakan program peringkat diploma dibuat dua (2) kali setahun. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti perubatan, pergigian, perakaunan, undang-undang, pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina dan lain-lain. Fakulti tersebut ialah:

Antara Kursus yang ditawarkan di UiTM

Universiti Teknologi MARA bermula daripada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latehan RIDA (Rural Industrial DevelopmentAuthority), pusat kuliah yang menawarkan kursus persediaan kepada pelajar berorientasikan pendidikan Inggeris.

DEWAN LATEHAN RIDA (1956-1965)

Page 3: Lawatan Ke Uitm

Dewan Latehan RIDA adalah inspirasi Dato’ Onn Bin Ja’afar ekoran daripada lawatan ke Ceylon (Sri Lanka) pada tahun 1951.Tujuan utama lawatan itu adalah untuk mendalami program pembangunan dalam negeri. Matlamat penubuhan Dewan LatehanRIDA adalah untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pada tahun 1964,Dewan Latehan RIDA mengadakan majlis Konvokesyen yang pertama. Seramai 50 graduan telah menerima sijil daripada TunAbdul Razak, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu.

MAKTAB MARA (1965-1967)

Untuk mengukuhkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh pihak berkuasa, langkah pertama yang diambil ialah menukarnama RIDA kepada MARA. Menurut Tun Abdul Razak, perubahan ini adalah untuk memberi nafas baru dan harapan kepadaRIDA. Ekoran daripada itu, pada bulan Disember 1965, akta Majlis Amanah Rakyat telah diluluskan oleh Parlimen.Pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA telah ditukarkan kepada Maktab MARA dan menjadi unit terpenting di bawahBahagian Latihan MARA.

INSTITUT TEKNOLOGI MARA (1967-1996)

Pada hari Sabtu, bersamaan 14 Oktober 1967 batu asas pembinaan kampus baru Maktab MARA telah diletakkan oleh Tun AbdulRazak dan seterusnya telah menukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). Pada tahun 1970, ITM diberi autonomi penuhuntuk mentadbir di bawah Kementerian Pembangunan Dalam Negeri. Pada bulan Jun 1976, Akta ITM telah diluluskan olehParlimen dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.

ITM SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI (AKTA PINDAAN 1996)

Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan 1996) meletakkan ITM seiring dengan universiti-universiti lain dalam negara. ITM telahdiberi kuasa sebagai universiti sepenuhnya. Namun begitu, nama ITM terus dikekalkan sehinggalah 26 Ogos 1999.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (26 OGOS 1999)

Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baru Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah perisytiharan di buatoleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM.Kini UiTM menawarkan sejumlah 123 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, 61 program pengajian di peringkatDiploma, 4 program di peringkat Asasi dan 2 program Pra Diploma di pelbagai fakulti. Bidang-bidang pengajian yang ditawarkanmeliputi pelbagai bidang seperti perubatan, pergigian, farmasi, penyiaran, pengurusan, pentadbiran, sains komputer, pentadbiranperniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina, perladangan dan lain-lain.

Page 4: Lawatan Ke Uitm
Page 5: Lawatan Ke Uitm