lawatan ke kuala lumpur

4
SMK TAMAN RIA JAYA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR 2014 1.0 PENDAHULUAN Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Persatuan Bahasa Tamil, SMK Taman Ria Jaya telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Selain menjadi antara aktiviti tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar khususnya ahli-ahli persatuan yang belum pernah ke ibu kota negara kita. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar. 2.0 RASIONAL Program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar khususnya ahli-ahli Persatuan Bahasa Tamil. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini pada masa akan datang. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik. 3.0 OBJEKTIF

Upload: bawany-muniandy

Post on 24-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Lawatan sambil belajar

TRANSCRIPT

SMK TAMAN RIA JAYA,08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJALAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR 2014

1.0 PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatahjauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman,maka Persatuan Bahasa Tamil, SMK Taman Ria Jaya telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Selain menjadi antara aktiviti tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar khususnya ahli-ahli persatuan yang belum pernah ke ibu kota negara kita. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0 RASIONAL

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar khususnya ahli-ahli Persatuan Bahasa Tamil. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini pada masa akan datang. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0 OBJEKTIF

Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepadapelajar - pelajar membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian. Dapat membuka minda pelajar-pelajar dengan suasana dan pengalaman yang baru. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif.

4.0DESTINASI

Kuala Lumpur5.0PERLAKSANAAN LAWATAN Tarikh : 28 - 29 Mei 2014 Hari : Rabu - Khamis Masa : 28.5.2014 6.00 pagi Bertolak dari SMK Taman Ria Jaya 29.5.2014 8.30 malam Tiba di SMK Taman Ria Jaya

5.1 TENTATIF LAWATAN

Hari pertama6.00 amBertolak dari SMK Taman Ria Jaya11.00 amTiba di Kuala Lumpur12.00 pm Makan tengah hari1.00 pm Check in di hotel2.00 pmLawatan ke sekitar Kuala Lumpur3.00 pmBeriadah di I-city6.00 pm Balik ke hotel

Hari kedua7.00 am Sarapan pagi di hotel dan check out8.00 am Lawatan di sekitar Kuala Lumpur3.00 pm Bertolak dari Kuala Lumpur8.30 pm Tiba di SMK Taman Ria Jaya

6.0KUMPULAN SASARAN

Lawatan ini disasarkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar Persatuan Bahasa Tamil, SMK Taman Ria Jaya.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAANBILPENDAPATANJUMBILPERBELANJAANJUM

1.Peruntukan Sekolah1200.001Pengangkutan bas40 x RM30.001200.00

Jumlah1200.00Jumlah1200.00

8.0 PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar SMK Taman Ria Jaya. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh;Disemak oleh;

(PREMANANTHINI A/P DHEMUDU) (Pn. SOFIAH BT ISHAK)Guru Penasihat,PK KokurikulumPersatuan Bahasa TamilSMK Taman Ria JayaSMK Taman Ria Jaya08000 Sungai Petani08000 Sungai PetaniKedah Darul AmanKedah Darul Aman

Diluluskan oleh,

(PN. ROHANI BT. MAT)PengetuaSMK Taman Ria Jaya08000 Sungai PetaniKedah Darul Aman.