laporan lawatan ke muzium kesenian islam kuala lumpur

18
Penghargaan “ Dengan nama Allah , Yang Maha Pengasih dan Penyayang ” Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT . Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan , seta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan . Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT , maka mereka tidak sesat selamanya . Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya . Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat. Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya , kami telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya . Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat membantu kami dalam usaha menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah bagi kursus ini iaitu Dr. Asyiqin Ab Halim dan juga tutor Puan Zahidah yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna . Tidak dilupakan juga kepada ahli keluarga dan sahabat- sahabat kami sendiri. Semoga segala budi yang telah ditaburkan mendapat keredhaan dan ganjaran daripada Allah kerana Dia-lah sebaik- baik pemberi balasan. Akhir kalam, semoga melalui tugasan laporan ke Muzium Kesenian Islam kami akan merperoleh banyak manfaat darinya 1

Upload: nhur-awatif

Post on 09-Nov-2015

469 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

ISEU1104

TRANSCRIPT

Penghargaan Dengan nama Allah , Yang Maha Pengasih dan Penyayang Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT . Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan , seta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan . Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT , maka mereka tidak sesat selamanya . Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya .Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt . Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat. Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya , kami telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya . Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat membantu kami dalam usaha menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah bagi kursus ini iaitu Dr. Asyiqin Ab Halim dan juga tutor Puan Zahidah yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna . Tidak dilupakan juga kepada ahli keluarga dan sahabat- sahabat kami sendiri. Semoga segala budi yang telah ditaburkan mendapat keredhaan dan ganjaran daripada Allah kerana Dia-lah sebaik- baik pemberi balasan.Akhir kalam, semoga melalui tugasan laporan ke Muzium Kesenian Islam kami akan merperoleh banyak manfaat darinya disamping turut membakar semangat kami untuk lebih mendalami lagi mengenai Tamadun Islam. Sekian terima kasih.

PendahuluanPada 24 April 2015 seramai 24 orang mahasiswa tahun tiga Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya telah berkunjung ke Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur. Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam. Muzium ini telah dibina oleh hartawan bumiputera, Tan Sri Syed Bukhari. Ianya mula dibuka kepada orang awam pada tahun 1998. Muzium Kesenian Islam berlokasikan di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur, muzium indah ini mempunyai lebih daripada 7000 artifak dan sebuah perpustakaan yang memuatkan buku-buku sejarah berkenaan kesenian Islam dari seluruh pelusuk dunia. Muzium ini terkenal bukan hanya kerana mempunyai koleksi- koleksi yang menarik dan mengagumkan, tetapi juga melalui reka bentuk bangunannya yang unik dan ini dapat dilihat walaupun diluar bangunan. Reka bentuk bangunannya secara nyata memperlihatkan gabungan antara reka bentuk kontemporari antarabangsa dan juga ciri- ciri tradisional yang diambil daripada Negara Iran dan Asia Tengah. Hasil daripada suntikan kedua- dua elemen ini telah menjadikannya Muzium Kesenian Islam ini sebagai salah satu mercu tanda kebanggaan Negara di ruang angkasa Kuala Lumpur.Kunjungan ilmiah kami ke sini merupakan hasil inisiatif pensyarah kami iaitu Dr Asyikin Abd Halim, pensyarah bagi kursus Pengantar Tamadun Islam yang bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajarnya hasil kesenian Islam yang sebenar sebagai praktikal kepada teori Pengantar Tamadun Islam yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah sebelum ini. Subjek Pengantar Tamadun Islam ini merupakan salah satu kursus wajib pengkhususan bagi kesemua mahasiswa program Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya.Sebagaimana yang telah dipersetujui, kesemua ahli rombongan mula berkumpul di perkarangan Akademi Pengajian Islam pada pukul 2.30 petang. Setelah semua urusan diselesaikan, kami bertolak ke Muzium Kesenian Islam dengan menaiki sebuah bas. Setelah mengharungi perjalanan yang hanya mengambil masa setengah jam, kami selamat tiba ke destinasi yang dituju. Kedatangan kami telah disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam muzium berkenaan iaitu Puan Nur Nizreen binti Osman. Beliau kemudiannya berperanan sebagai pemandu pelancong bagi kami. Beliau telah memberikan sedikit taklimat ringkas kepada kami sebelum bermulanya sesi penerokaan dan lawatan.Maklumat Semasa LawatanSecara umumnya, muzium ini mempunyai dua belas galeri pameran yang disediakan untuk tatapan pengunjung yang bertandang. Kesemua galeri ini pula berada di tempatnya yang telah dikhaskan iaitu aras Lower Ground (LG), Ground (G), Tingkat Satu dan akhir sekali Tingkat Dua. Galeri pertama yang telah kami jejaki ialah Galeri Senibina yang berada di tingkat satu. Di galeri ini dipamerkan dua puluh model- model atau replica masjid dan beberapa bangunan yang signifikan dengan ketamadunan Islam daripada seluruh dunia. Menurut pemandu pelancong kami, kesemua artifak dalam muzium itu sebahagiannya adalah merupakan hak milik muzium sendiri dan setengahnya pula merupakan sumbangan dari Negara- Negara tersebut kepada pihak muzium. Kami sangat teruja kerana dapat melihat keindahan dan keunikan kesemua model- model atau replica masjid berkenaan secara dekat. Antara model masjid yang menarik perhatian ialah model masjid dari Negara Abu Dhabi yang semestinya melambangkan kemewahan Negara tersebut. Selepas terpukau dengan kilauan kemewahan masjid tersebut, pandangan kami tertumpu pula pada masjid Djenne yang terletak di Mali. Perkara yang menakjubkan mengenai masjid ini ialah ianya tetap mempamerkan keindahannya yang tersendiri walau hanya dibina menggunakan lumpur tanah. Keterujaan kami semakin bertambah apabila melihat dua bangunan yang diiktiraf termasuk dalam senarai tujuh keajaiaban dunia. Bangunan tersebut ialah istana al Hambra yang bertempat di Granada dan juga Taj Mahal dari India. Keindahan senibina Istana al Hambra mempamerkan kemegahan Islam yang pernah bertapak kukuh di bumi sana. Dalam ketakjuban kami meneliti keagungan istana ini, terpalit rasa sedih dan sayu apabila mengenangkan istana yang suatu masa dahulu menjadi bukti Islam pernah bertapak kukuh di bumi Sepanyol kini hanya sekadar menjadi tempat tumpuan pelancongan dan tidak mempunyai fungsi yang sama seperti zaman kegemilangan Islam di Sepanyol. Persoalan yang berlegar di fikiran kami ialah bilakah masanya ia akan berdiri megah kembali? Monumen Taj Mahal juga tidak kurang hebatnya dan ia sangat memukau dari segi keindahannya. Taj Mahal bukanlah hanya berkisar menganai lambang cinta sejati suami kepada isterinya tetapi ianya juga mengenai kehebatan teknologi yang digunakan dalam membangunkannya. Seterusnya, kami merasa sangat terharu apabila turut berpeluang melihat model atau rerplika masjid- masjid yang paling dimuliakan dalam Islam, bahkan disebut namanya di dalam Al Quran dan Hadis iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan juga Masjid Al- Aqsa. Pengalaman melihat model- model masjid dan bangunan yang signifikan dengan ketamadunan Islam ternyata memberi kesan mendalam kepada kami walaupun sekadar melihat modelnya sahaja. Seterusnya, kami meneruskan tinjauan ke Ottoman Room yang diterbangkan khas daripada Syria. Ottoman Room ini sebuah bilik tamu pada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah. Ianya adalah daripada tinggalan yang asal dengan sedikit penambahbaikan daripada pihak muzium. Kemudian kami memasuki Galeri Al Quran dan Manuskrip. Di sini dipamerkan manuskrip asal al- Quran seawal abad ke 9 Masihi. Kami sempat meneliti salinan manuskrip Al- Quran yang terawal yang ditulis pada kulit kayu dan binatang dan merupakan tulisan tangan. Tulisan khatnya pula ternyata sukar untuk difahami dan dibaca kerana bentuk tulisan yang berbeza dan juga tidak mengandungi titik dan tanda baca. Melalui koleksi- koleksi Al Quran dan manuskrip ini, kami dapat melihat revolusi yang berlaku terhadap tulisan khat daripada zaman permulaan Islam sehinggalah sekarang.Seterusnya, kami sampai pula ke Galeri Melayu, China dan India. Di ketiga- tiga galeri ini memaparkan kesenian Islam yang terdapat ketika kedatangan Islam di ketiga- tiga Negara tersebut. Melalui apa yang dipamerkan di galeri- galeri tersebut, kami telah mendapati sumbangan kesenian Islam bagi tamadun Melayu adalah dari segi seni ukir, tulisan jawi, prosa tradisional dan juga manuskrip. Bagi tamadun China pula lebih kepada kesusateraan seperti kaligrafi, seni lukis juga seni bina. Tamadun india pula dapat dilihat daripada bentuk seni bina, seni lukis dan sebagainya. Tinjauan di ketiga- tiga galeri tersebut mengakhiri lawatan kami di tingkat satu.Seterusnya, kami dibawa pula ke tingkat dua muzium. Kami memilih untuk menaiki tangga daripada lif bagi lebih menghayati keindahan senibina muzium ini. Kami terpegun melihat kesemua lima buah kubah yang terdapat di dalam muzium ini. Empat buah kubahnya dapat dilihat dari luar, dan satu kubah dapat dilihat daripada dalam muzium. Di tingkat dua muzium ini, terdapat lagi tujuh buah galeri yang terdiri daripada Galeri Barang Kemas, Galeri Senjata dan Perisai, Galeri Seramik, Galeri Kerja Logam, Galeri Matawang dan Cap Mohor, Galeri Tekstil dan juga Galeri Kerja kayu dan Gaya Hidup. Di Galeri Barang Kemas, kami semua terpaku seketika pada kehalusan seni pembuatan perhiasan tersebut sehingga membuatkan kami berfantasi alangkah indahnya jika kami berada pada zaman itu dan menjadi milik kami. Manakala, di Galeri Senjata dan Perisai, dipamerkan pelbagai senjata seperti pedang, peralatan memanah, baju perisai besi, dan pelbagai lagi peralatan perang yang lain. Terdapat juga replika pedang yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam peperangan dan pedang pemerintah-pemerintah yang termasyhur pada suatu masa dahulu. Seterusnya, di Galeri Seramik pula kami disajikan dengan pelbagai peralatan seramik yang sangat cantik dan berwarna- warni. Kesemua peralatan tersebut seperti pinggan, tembikar, cawan dan sebagainya juga ternyata masih di dalam keadaan yang baik ada ada juga yang kelihatan seakan masih baru. Info yang kami dapati daripada pegawai yang mengiringi kami bahawa peralatan seramik dan perhiasan pada zaman dahulu dibuat daripada bahan yang seratus peratus semulajadi. Misalnya untuk mendapatkan sesuatu warna, adalah sangat susah dan adakalanya darah juga dijadikan sebagai pewarna merah. Hal ini menjadikan kesemua elemen tersebut tahan lama dan masih kekal sehingga sekarang. Tambahan itu, di Galeri Kerja Logam dan Galeri Matawang dan Cap Mohor, kami melihat hasil ciptaan logam pada zaman dahulu, cap mohor dan juga matawang- matawang yang unik dan pelbagai dari segi bentuk, saiz dan ukiran. Di galeri ini juga terdapat wang syiling yangmempunyai pelbagai bentuk ada yang bulat, empat segi ada yang berlubang ditengah dan banyak lagi. Selain itu, di galeri ini juga kami dapat melihat wang syiling pada zaman awal Malaysia seperti wang syiling negeri Kelantan, Kedah, Melaka dan banyak lagi ini amat menarik perhatian kami kerana merupakan kali pertama melihat pelbagai bentuk wang syiling yang pernah ada pada suatu masa dahulu.Akhir sekali, kami meninjau Galeri Tekstil dan Galeri Kerja Kayu dan Gaya Hidup yang mana di sini terdapat pelbagai jenis tekstil yang mewakili pelbagai Negara. Juga terdapat contoh baju- baju tradisi pelbagai Negara, sebagai contoh baju rasmi Negara Arab. Kami juga sempat meneliti kehalusan seni ukiran kayu yang sangat indah dan mempesonakan sepanjang berada di Galeri ini. Perjalanan kami tidak lagi terhenti di situ. Ada lagi dua aras yang belum kami telusuri iaitu di aras Lower Ground (LG) dan Ground (G). Di LG, terdapat satu galeri iaitu Galeri Khas 1. Kami difahamkan bahawa pameran di galeri- galeri khas adalah berubah-ubah mengikut tema yang ditetapkan oleh pihak muzium. Sewaktu kunjungan kami, tema yang ditetapkan ialah Simbol Kekuasaan dan Keindahan. Jadi, kami berpeluang melihat koleksi- koleksi senjata dan perisai tentera Islam yang suatu masa dahulu pernah digunakan dalam peperangan. Seni hiasan yang terdapat pada senjata dan perisai ini mencerminkan kemahiran yang unggul dalam teknik pengikatan batu permata, seni kaligrafi yang bertatah emas dan perak serta tahap tertinggi dalam pencapaian sesuatu logam. Antara senjata yang dipamerkan ialah pedang Uthmaniyyah pada abad ke- 17 dan juga baju perisai Nizam Ali Khan Hyderabad pada abad ke- 17. Di aras (G) juga memperlihatkkan pameran daripada unsur yang sama, juga terdapat beberapa lukisan indah di dinding yang setiap satunya membawa kepada suatu kisah dan peristiwa pada zamannya. Terdapat juga lukisan 3D atau 3 dimensi yang sangat cantik dan nampak seakan- akan hidup. Justeru kami semua tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan di situ dengan mengambil seberapa gambar sebagai kenangan dan bukti kami pernah ke Muzium Kesenian Islam.Setelah berjaya meninjau kesemua galeri yang terdapat di sini dengan jayanya, tibalah masa untuk membeli cenderahati sebagai kenang- kenangan di Kedai Muzium. Terdapat pelbagai jenis cenderahati yang sangat cantik dan eksklusif. Tepat pukul 4.45 petang, kami mengakhiri sesi lawatan kami dengan berterima kasih kepada pegawai yang mengiringi kami kerana kesudiannya menemani kami sepanjang kunjungan ini.

Komentar Sepanjang LawatanKunjungan kami ke Muzium Kesenian Islam ini ternyata merupakan satu pengalaman yang sangat mengujakan dan menggembirakan kami. Hal ini kerana di sini kami dapat mengambarkan sekaligus mengaplikasikan apa yang telah kami pelajari di dalam kursus Pengantar Tamadun Islam. Kami dapat merasai kegemilangan pemerintahan Uthmaniyyah sekadar dengan melihat Ottoman Room yang indah. Selain itu, dengan menjejaki istana Al Hambra, kami turut merasai kepiluan mengenangkan kemegahan Islam yang telah hilang di bumi Sepanyol. Melalui keajaiban senibina Taj Mahal pula melahirkan kekaguman kami kepada teknologi yang di gunapakai pada zaman itu. Dalam pada masa yang sama, kehalusan seni- seni perhiasan, seramik, tekstil dan pelbagai lagi turut menakjubkan kami. Kemudian, beralih pula kepada manuskrip dan salinan Al Quran yang dipamerkan, timbul rasa insaf pada diri kami apabila membayangkan kegigihan umat Islam pada zaman itu demi memastikan ianya dapat sampai kepada generasi akan datang dan juga atas tujuan mempertahankan ajaran Islam itu sendiri. Segala kesenangan yang telah kita kecapi sekarang adalah hasil pengorbanan generasi yang terdahulu. Justeru adalah wajar untuk kita memainkan peranan kita pula iaitu dengan mempertahankannya agar keindahan Islam dapat terus dinikmati oleh generasi akn datang. Segala tinggalan setiap tamadun Islam yang dipamerkan di muzium in menjadi bukti bahawa suatu masa dahulu, kerajaan Islam pernah berkuasa penuh di dunia ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus berusaha demi mengembalikan semula kegemilangan Islam yang telah hilang ini. Segala keindahan dan kemegahan Islam yang terdapat di muzium ini ternyata bukan hanya melahirkan kekaguman pada diri kami, tapi apa yang lebih utama ialah kami merasakan sangat insaf dan menyedari akan hakikat diri manusia yang kerdil ini. Hal ini kerana segala kehebatan yang telah terakam sebagai sejarah ini hanyalah secebis cuma untuk dibandingkan dengan kehebatan dan kebesaran Yang Maha Pencipta alam ini. Dia lah yang bertanggungjawab keatas kesemua tinggalan ini untuk dijadikan renungan kepada manusia- manusia yang mahu berfikir.Akhir sekali, kami ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pensyarah kami iaitu Dr Asyikin binti Abdul Halim yang telah memberi peluang kepada kami untuk mengunjungi muzium ini. Juga kepada kesemua rakan rakan yang terlibat dan turut serta dalam menjayakan lawatan ini. Tidak dilupakan juga kepada pihak muzium sendiri yang sudi menerima kunjungan kami disamping memberikan kerjasama yang baik. Sesungguhnya kunjungan ke muzium ini adalah suatu yang sangat bermakna dan bererti kepada kami semua. Kami juga berpeluang menimba pelbagai ilmu dan pengalaman hasil daripada kunjungan ini. Akhir kata semoga kunjungan memberikan manfaat yang besar kepada kita semua, dan semoga kita semua di dalam keredhaan Allah selalu.

Lampiran1) Kami bersama pegawai muzium yang bertindak sebagai pemandu pelancong kami

2) Contoh Naskah Al-Quran yang ditulis menggunakan tangan pada zaman dahulu

3) Pelbagai bentuk Al-Quran

4) Replika Ottoman Room

5) Contoh replika Masjid

6) Contoh barang seramik pada zaman dahulu

7) Barang perhiasan wanita

8) Pedang pada zaman dahulu

9) Tekstil atau kain pada zaman dahulu

1