latihan sce3114

Upload: alynnsakina

Post on 02-Jun-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 LATIHAN SCE3114

    1/10

    LATIHAN SCE3114

    ISU PEMULIHARAAN SUMBER AIR

    1. Nyatakan maksud air

    Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu

    bilik. Air meliputi 70% daripada permukaanbumi.Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terushidup.

    2. Senaraikan semua kegunaan air kepada manusia

    Kegunaan harian

    Tujuan komersil

    Tujuan industri

    Tujuan pertanian

    Tujuan penternakan

    3. Nyatakan sumber sumber air kepada manusia

    Sungai

    Tasik

    Kolam Air bawah tanah

    Lautan

    Hujan

    Air perigi/telaga

    4. Bincangkan aspek aspek yang telah menjejaskan kualiti dan bekalan air di Malaysia sehinggakan

    mendorong kerajaan mengalakkan rakyat Malaysia memulihara sumber ini

    Perlombongan

    Pertanian

    Penternakan

    Pembalakkan

    Tumpahan minyak Perindustrian

    Petempatan

    Pembersihan hutan

    Perubahan cuaca dan suhu dunia pula yang mengubah kepada musim banjir dan kemarau

    5. Bincangkan kenapa penduduk di bandar lebih sukar mendapatkan bekalan air berbanding penduduk

    di luar bandar

    Terlalu bergantung kepada air paip

    Tidak terdapat sumber air bersih

    Bilangan penduduk yang ramai

    6. Cadangkan bagaimana penghuni penghuni kawasan perumahan dapat menjimatkan penggunaan air

    Mengurangkan penggunaan air yang tidak perlu Mengawal kebocoran paip air

    Mengurangkan isipadu curahan air dalam tandas

    7. Cadangkan bagaimana penduduk luar bandar dapat menjamin kemapanan sumber air mereka

    Mengurangkan pencemaran air

    Memulihara sungai

    Mengawal selia penggunaan air

    Mengantikan paip paip lama

    8. Jelaskan dengan member contoh setempat maksud perkataan krisis air

    Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia olehPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan

    situasi sumber air mentah ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang boleh

    digunakan dan pencemaran air.9. Nyatakan 4 aspek yang mungkin penyumbang kepada krisis air di masa akan datang

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bumi
  • 8/10/2019 LATIHAN SCE3114

    2/10

    Perubahan suhu dunia

    Kecurian air

    Peningkatan jumlah penduduk

    10. Nyatakan sekurangkurangnya satu krisis air yang telah berlaku di Malaysia

    Krisis air Lembah Kelang 1998 merujuk kepada krisis yang berlaku di Malaysia pada bulan Februari 1998

    apabila tiga empangan air diLembah Kelang iaituEmpangan Klang Gates,EmpanganBatu danEmpangan Semenyih mengalami tahap penurunan air yang serius disebabkan fenomenaEl

    Nino. Ini menyebabkan berlaku kekurangan bekalan air yang melibatkan hampir kesemua penduduk di

    Lembah Kelang. Krisis ini menyebabkan kerajaan melakukan catuan air yang dibuat sebelumSukan

    Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

    11. Air laut sememangnya adalah sumber air tetapi tidak dapat digunakan oleh manusia secara

    langsung sebagai keperluan harian. Jelaskan

    Air laut memiliki kadar garam secara purata sebanyak 3.5%. Maksudnya dalam setiap 1liter (1000 mL) air

    laut, terdapat 35 gram. Kehadiran garam ini membolehkan air laut tidak dapat digunakan secara langsung

    kecuali setelah melalui proses penyahgaraman.

    12. Jelaskan dengan sokongan fakta mengapa kajian mengatakan Malaysia bertuah mempunyai banyak

    sumber air. Kedudukannya di garisanKhatulistiwa memberikannya hujan sepanjang tahun berjumlah lebih dari 2,000 mm

    setahun sementara di kawasan pantai timur pula purata sebanyak 5,000 mm.

    Mempunyai lebih dari 150 buah sungai yang merupakan sumber air

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Kelanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Klang_Gateshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Batuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Batuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Semenyihhttp://ms.wikipedia.org/wiki/El_Ninohttp://ms.wikipedia.org/wiki/El_Ninohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Komanwel_1998http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Komanwel_1998http://id.wikipedia.org/wiki/Literhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Khatulistiwahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Khatulistiwahttp://id.wikipedia.org/wiki/Literhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Komanwel_1998http://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Komanwel_1998http://ms.wikipedia.org/wiki/El_Ninohttp://ms.wikipedia.org/wiki/El_Ninohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Semenyihhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Batuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Batuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Klang_Gateshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Kelang
  • 8/10/2019 LATIHAN SCE3114

    3/10

    Soalan 15

    Huraikan dengan ringkas jenis jenis pencemaran yang sedang berlaku.

    PENCEMARAN UDARA

    Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar

    kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global

    yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini

    menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap

    pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang bertumpukan industri

    perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini

    dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah

    bagi menangani masalah ini.

    Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan

    pencemaran sekunder.

    1.

    Pencemaran primer

    Merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari

    pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan

    pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan

    pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal

    2.

    Pencemaran sekunder

    Tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gasgas yang tidak di

    perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan

    menghasilkanasid sulfurik.

    Punca-punca

    Perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industry kilang

    Penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan

    Punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti

    kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang

    mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan

    di sekitar tempat kejadian berlaku.

    Kesan-kesan Menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang

    tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-

    gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan

    melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah

    dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan

    sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali

    ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan.

    Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun)

    dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana

    udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.

  • 8/10/2019 LATIHAN SCE3114

    4/10

    Memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur

    dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan

    asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian

    dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan

    menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

    Memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat

    daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang

    terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan

    bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang

    besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.

    Pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC

    (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini

    kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen

    yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta

    memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan

    mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan

    manusia

    Langkah-langkah

    Pengasing elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara

    dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan bahan

    tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat yang digunakan

    berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan tercemar

    dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah penampalan ozon dimana bahagian zon yang

    berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon

    helium. Selain itu, menembak peluru zon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal

    ozon.

    Menghijaukan kawasan. Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman

    perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida

    dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses

    fotosintesisnya.

    Penggunaan petrol tanpa plumbum.Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan

    kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah

    jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti

    batuk dan selsema daripada berlarutan.

    Program kitar semula.Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk

    di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang

    yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula

    ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses

    semula untuk menghasilkan kertas baru.

    Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap.Pihak berkuasa mesti mewajibkan

    pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu

    hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah

    dirawat dan tidak mencemarkan udara.

    Penguatkuasaan undang-undang.Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi

    mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta

  • 8/10/2019 LATIHAN SCE3114

    5/10

    kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil

    tindakan selanjutnya.

    Kempen. Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati

    supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu

    agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

    PENCEMARAN AIR

    Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna

    sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran

    ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam

    pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja

    tetapi juga di laut , pantai dan lain-lain tempat berair.

    Punca Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan

    ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam

    sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut.

    Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai

    tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air

    di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.

    Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di

    dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan

    letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air

    laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan negatif kepada kehidupanair seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan seterusnya menjejaskan sumber protein

    manusia.

    Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang

    kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal yang

    mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air telah mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen

    nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.

    Pencemaran air boleh berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa radioaktif seperti di Laut Kaspian

    dan di perairan Hemisfera Utara.

    Kesan-kesan Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air.

    Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini.

    Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan meminum

    atau menggunakan air yang tercemar.

    Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk

    terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia

    sendiri.

    Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan memperuntukkan

    kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini

    akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah pertama ialah jika sisa ini mengalir dipermukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai.

  • 8/10/2019 LATIHAN SCE3114

    6/10

    Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan

    menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan

    mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

    Langkah-langkah

    Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air

    buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu

    menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah, pihak

    kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan

    perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan supaya dapat

    dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan

    ke dalam sistem perparitan.

    Pengurusan sampah yang lemah di kawasan perumahan dan tempat tinggal perbandaran telah

    menyebabkan sampah- sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu,tong sampah perlu ditambah di

    tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.Pertambahn

    tong sampah juga membolehkan penduduk mempunyai tempat pembuangan sampah-sarap yang

    cukup.

    Kkempen kesedaran melalui iklan televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan

    disebarkan dalam radio akan memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan orang ramai akan

    lebih mudah memahami peranan mereka dan mula menanam sikap bertanggungjawab dalam diri

    sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen kesedaran. Antara kempen-

    kempen yang melindungi sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita. Kempen Cintai Sungai

    Kita telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Dalam kempen-

    kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga sungai dan cara-cara

    menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan tahap pencemaran air ke tahap yang

    paling minimum .

    PENCEMARAN TANAH

    Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya

    pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama

    ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia ataufizik.Kegiatan manusia seperti perusakan hutan dan pertanian ladang berpindah mempengaruhi

    kualiti tanah. Terkontaminasinya tanah oleh zat kimia dapat mengakibatkan terjadinya pencemaran

    air dan tanah. Jika tidak segera dihentikan, hal ini akan menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat

    menimbulkan bencana bagi kehidupan manusia.

    Punca

    Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.

    Pembuangan sampah merata-rata

    Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan.

    Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan

    indah juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah.

  • 8/10/2019 LATIHAN SCE3114

    7/10

    Penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun

    dan tanah runtuh di Malaysia .

    Pembangunan yang tidak dirancang

    Pembalakan yang giat dijalankan

    Pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar

    contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

    Pengujian senjata nuklear

    Kesan

    Merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan

    pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti

    menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna

    dan tidak subur.

    Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau

    pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak.

    Penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah.

    Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Pasti

    tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa

    penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan

    kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan

    lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

    Pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Tanah

    bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia

    secara perlahan.Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia.

    Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada

    kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah

    tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan

    membahayakan kesihatan.

    Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan

    menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air

    bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

    Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan

    sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan

    nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang

    sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang

    boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisanadalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat

    menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan,

    padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.

    PENCEMARAN BUNYI

    Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan

    telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini mengikut situasi

    dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu

    kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli.

  • 8/10/2019 LATIHAN SCE3114

    8/10

    Punca

    Pembangunan dalam kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui

    pemprosesan material, jentera,dan kenderaan.Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan

    menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan

    pemikiran dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang dikeluarkan.

    Proses pembinaan yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah demi membinakan

    bangunan-bangunan yang tinggi.

    Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di

    kawasan penempatan dan sekitar. Contohnya pemandu kereta yang suka `hon` sesuka hati dan tidak

    mematikan enjin sementara menunggu anak di sekitar sekolah .

    Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara yang

    kuat. Pada sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim

    perayaan dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga

    merupakan pencemaran bunyi yang sering berlaku .

    Kesan

    Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang

    mengakibatkan rembesan adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan

    keadaan yang membahayakan.

    Kesan Fisiologi

    melibatkan kehilangan pendengaran dan respons kepada keadaan cemas manakala

    Kesan Psikologi

    mengganggu komunikasi

    mengganggu tidur

    menjejaskan kestabilan mental

    mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.

    PENCEMARAN RADIOAKTIF

    Pencemaran radioaktif biasanya adalah akibat hasil tumpahan atau kemalangan semasa penghasilan

    atau penggunaan radionuklid (radioisotop), nukleus tidak stabil yang memiliki tenaga berlebihan.

    Kurang biasa, guguran nuklear ("nuclear fallout") iaitu taburan pencemaran radioaktif akibatan

    ledakan nuklear. Jumlah bahan radioaktif yang dibebaskan dalam kemalangan dikenali

    sebagai istilah sumber.Pencemaran mungkin berlaku dari gas beradioaktif, cecair atau zarah. Sebagai contoh, sekiranya

    radionuklear digunakan dalam perubatan nuklear tertumpah secara tidak sengaja, bahan itu boleh

    disebarkan oleh orang ketika mereka berjalan merata-rata. Pencemaran radioaktif mungkin juga

    hasil tidak disengajakan proses tertentu, seperti pembebasanxenonberadioaktif dalam

    pemprosesan bahan api nuklear.

    Kesan biologi

    Kesan biologi kepada mendakan radionuklid dalaman bergantung kebanyakannya pada aktiviti dan

    taburanbio dan kadar penyingkiran radionuklid, yang sebaliknya bergantung kepada bentuk

    kimianya. Kesan biologi juga mungkin bergantung kepada keracunan kimia bahan termendak, bebasdari keradioaktifannya. Sesetengah radionuklid mungkin tersebar secara umum dalam badan dan

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Xenonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Xenonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Xenon
  • 8/10/2019 LATIHAN SCE3114

    9/10

    disingkirkan dengan pantas, sebagaimana dalam kes air tritiat. Sesetengah organ menumpukan

    sesetengah unsur dan dengan itu variasi radionuklid unsur tersebut. Tindakan ini mungkin

    mendorong kepada kadar penyingkiran lebih rendah. Sebagai contoh, kelenjarthyroidmenyerap

    sebahagian besar peratusaniodinyang memasuki tubuh. Sekiranya sejumlah besar iodin

    beradioaktif dihidu atau ditelan, thyroid mungkin lumpuh atau musnah, sementara tisu lain terjejas

    pada kadar yang lebih rendah. Iodin beradioaktif adalah hasil fision nuklear biasa; ie merupakan

    komponen utama radiasi dibebaskan dari akibat bencana Chernobyl, mendorong kepada sembilan

    kes kematian barah thyroid pediatrik dan hypothyroidism. Sebaliknya, iodin radioaktif digunakan

    dalam diagnosis dan rawatan kebanyakan penyakit thyroid khususnya kerana pengambilan iodine

    khas oleh thyroid.

    PENCEMARAN TERMA/HABA

    Pencemaran terma/haba ialah perubahan atau peningkatan suhu sungai dan udara sekitarnya yang

    yang berlaku khasnya akibat aktiviti manusia.

    Punca-punca

    Peningkatan kawasan perindustrian .

    Kawasan perindustrian seringkali membebaskan air panas yang telah digunakan ke dalam sungai.

    Keadaan ini mengakibatkan suhu air sungai meningkat . Apabila suhu sungai meningkat ia tidak

    sesuai berfungsi sebagai habitat hidupan akuatik , perkara ini berlaku kerana kandungan oksigen

    berkurangan dan ini menyukarkan hidpan akuatik untuk hidup di kawasan tersebut.

    Kewujudan bangunan bercermin.

    Apabila cermin digunakan sebagai dinding bangunan ini memburukkan lagi suhu kawasan sekitar.

    Ini kerana cermin yang berfungsi sebagai dinding tersebut akan menyerap haba dan

    memantulkannya ke atmosfera lalu memanaskan suhu sekitar.

    Bandar raya yang pesat membangun.

    Apabila wujud banyak bangunan yang tinggi dan rapat dengan satu sama lain ini akan menyukarkan

    pengaliran udara. Bangunan-bangunan tersebut akan memerangkap udara yang berhabuk dan

    berkepekatan karbon dioksida yang tinggi. Udara di kawasan tersebut akan menjadi penebat haba

    dan kemudiannya suhu akan meningkat di kawasan tersebut.

    Stesen penjanaan kuasa elektrik.

    Stesen ini menghasilkan haba yang banyak dan selalunya didirikan di tebing sungai untuk

    dibekalkan air sungai untuk menyejukkanya. Dengan itu suhu air sungai akan meningkat dan di

    situlah berlakunya pencemaran terma/haba. Pertambahan bilangan kenderaan bermotor.

    Jumlah kenderaan bermotor di Malaysia telah meningkat dua kali ganda sejak 1980.Keadaan ini

    turut menyumbang kepada berlakunya pencemarn terma/haba di Malaysia. Ini kerana kenderaan

    tersebut mengeluarkam karbon dioksida yang mengakibatkan suhu menjadi semakin meningkat.

    Pertambahan bilangan kederaan akan mengakibatkan pertambaha suhu sekitarnya.

    Kesan-kesan

    Kematian

    Bumi kini sedang mengalami demam panas akibat pemanasan global yang turut membawa

    bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telahmembunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara langsung

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Thyroid&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Thyroid&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Thyroid&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Iodinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Iodinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Iodinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Iodinhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Thyroid&action=edit&redlink=1
  • 8/10/2019 LATIHAN SCE3114

    10/10

    ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan perangkaan tersebut

    menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di Asia Pasifik, benua yang paling padat

    penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang terbunuh

    akibat pencemaran setiap tahun.

    Pencairan ais di kutub

    Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon

    yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada

    kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya

    terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula

    mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan

    menghakis permukaan tanah besar.

    Ribut taufan dan angin monsun

    Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada

    pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa.

    Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam gelombang haba di Eropah yang

    menyebabkan angka kematian meningkat sejak tahun 2000. Gelombang kepanasan ini telah

    menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada

    kebiasaannya.Perubahan sama turut dirasai oleh wilayah beriklim tropika yang menghadapi musim

    monsun lebih teruk kini, sementara negara seperti Amerika Syarikat dilanda ribut salji dan ribut

    taufan lebih teruk seperti Taufan Katrina pada tahun 2005. Pada tahun 2006, sepuluh negara yang

    paling teruk dilanda bencana alam ialah Filipina, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Ethiopia, India,

    China, Afghanistan, Amerika Syarikat dan Romania.

    Peningkatan bilangan vektor penyebab penyakit berjangkit

    Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus, nyamuk,kutu dan

    pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit seperti malaria, denggi dan

    demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim sejuk. Hal ini

    terbukti apabila negara beriklim sejuk seperti Nepal dan Bhutan mencatatkan kes malaria pertama

    di kawasan-kawasan tanah tinggi dua negara tersebut. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat

    membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan

    penyakit Leptopirosis dan Legionellosis yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama

    urin atau najis tikus.