latihan pengukuhan bm

2
Latihan Pengukuhan: Kata ganti nama Ayat berikut mengandung kesalahan. Garisi kesalahan tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat. 1. “Aku minta diri dulu” kata Zalina kepada Profesor Azman Mentali. [ _______saya______ ] 2. “ Engkau berkhidmat di sekolah ini sejak bila?” Tanya Lily kepada Cikgu Imran.[_______cikgu_____] 3. “Berapa lama awak telah mengajar di sini tanya?” Ming Ho kepada Cikgu Nazrin. [___________cikgu______] 4.Daku sering terkenang akan suasana di kampung. [ _____Aku_________ ] 5. “Engkau ada berapa orang adik-beradik” tanya Amran kepada Kak Izlin.[ _____Kakak____ ] 6. Dikau mesti mempercayai ku. (_____________Kau__________] 7. Kau tidak bersalah dalam hal ini. [ ____Engkau__________ ] 8. “Kamu mesti datang ke pejabat saya” kata Puan Suzanty kepada Samy dan rakan-rakannya. [ __ _Kalian_____ ___ ] 9. Penculik kanak-kanak itu telah diberkas polis. Beliau ditahan reman selama lapan hari. [ _________Dia__________ ] 10. Kucing itu sakit. Ia dibawa ke klinik haiwan. [___Kucing itu_______] 11. Pokok itu tumbang. Ia dilanggar lori. [____Pokok itu tumbang kerana dilanggar lori____ ____] 12. Selvan dipecat kerana ianya selalu ponteng kerja. [_______dia_________] 13. Memartabatkan Bahasa Melayu adalah tanggungjawab semua pihak. [________bahasa____ ___]

Upload: madina

Post on 22-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

latihan

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Pengukuhan bm

Latihan Pengukuhan: Kata ganti nama

Ayat berikut mengandung kesalahan. Garisi kesalahan tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat.

1. “Aku minta diri dulu” kata Zalina kepada Profesor Azman Mentali. [ _______saya______ ]

2. “ Engkau berkhidmat di sekolah ini sejak bila?” Tanya Lily kepada Cikgu

Imran.[_______cikgu_____]

3. “Berapa lama awak telah mengajar di sini tanya?” Ming Ho kepada Cikgu Nazrin. [___________cikgu______]

4.Daku sering terkenang akan suasana di kampung. [ _____Aku_________ ]

5. “Engkau ada berapa orang adik-beradik” tanya Amran kepada Kak Izlin.[ _____Kakak____ ]

6. Dikau mesti mempercayai ku. (_____________Kau__________]

7. Kau tidak bersalah dalam hal ini. [ ____Engkau__________ ]

8. “Kamu mesti datang ke pejabat saya” kata Puan Suzanty kepada Samy dan rakan-rakannya. [ __ _Kalian_____ ___ ]

9. Penculik kanak-kanak itu telah diberkas polis. Beliau ditahan reman selama lapan hari. [ _________Dia__________ ]

10. Kucing itu sakit. Ia dibawa ke klinik haiwan. [___Kucing itu_______]

11. Pokok itu tumbang. Ia dilanggar lori. [____Pokok itu tumbang kerana dilanggar lori____ ____]

12. Selvan dipecat kerana ianya selalu ponteng kerja. [_______dia_________]

13. Memartabatkan Bahasa Melayu adalah tanggungjawab semua pihak. [________bahasa____ ___]

14. Ibu bapa semakin sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris. [__________bahasa_______ __]

15. Kami kurang setuju dengan cadangan ia. [________cadangannya_________]

16. Sampah itu mesti kau buang sekarang. [_____kau mesti buang________]

17. Oh Tuhan ku, hanya padamu aku memohon pertolongan! [_________Tuhanku___pada-Mu__ _____]

18. Segala-galanya sudah tertulis mengikut kehendaknya. [___kehendak-Nya________]

19. Saya amat memerlukan bantuan dia. [____bantuannya__________]

Page 2: Latihan Pengukuhan bm

20.Emak mengajak saya pergi ke pusat membeli-belah Pasaraya Aeon Jusco. [__Pasar Raya_______________]

21. Kata-kata aluan penceramah itu diselitkan beberapa rangkap pantun. [_____Kata alu-aluan_________]

22. “Kamu ada nampak Liza?” Ada…saya bertemu dengan dia perpustakaan tadi. [__dengannya____________]

23. “Engkau ni memang rajin, patutlah semua pelajar suka akan engkau” kata Cikgu Rashidah kepada rakan baiknya Cikgu Rahimah. [_______ayat ini betul__________________]

24.Bantuan biasiswa itu mesti kau terima. [_______kauterima_________________]

25.“Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri. [____kauambilkan_______]

26.Saya berasa seronok dapat berkawan dengan dia. [__dengannya______]