latihan murid alam belajar pengukuhan soalan dan jawapan

10
LATIHAN PENGUKUHAN SOALAN DAN JAWAPAN TOPIK 1 : ALAM BELAJAR BAHAGIAN A 1. Pengalaman belajar secara langsung merupkan satu kaedah belajar semula jadi yang amat berkesan. a) Jelaskan 3 kaedah pembelajaran yang berkesan bagi memberi pengalaman belajar secara langsung kepada murid. - murid libatkan secara aktif bersama-sama guru dalam aktiviti pembelajaran bermula daripada proses merancang sehinggalah kepada pelaksanaan - murid belajar sendiri yang amana murid mempelajari sesuatu kemahiran secara kendiri tanpa diajar oleh guru. -murid belajar melalui aktiviti pengajaran yang dirancang dan disusun oleh guru berperanan sebagai pemudahcara sahaja. b) Nyatakan 4 prinsip pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran semulajadi kanak-kanak. - kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu perkara baru dengan baik apabila melalui sendiri perkara tersebut. - kanak-kanak dapat menghayati nilai-murni instrinsik dalam perkara yang dipelajari oleh mereka. - Setiap kanak-kanak secara semulajadi memiliki daya ingin tahu dan berkeupayaan untuk belajar secara langsung tentang dunia disekitarnya. -kanak-kanak belajar paling baik tentang hubungan dengan orang lain melalui interaksi dengan pelbagai peringkat usia. 2. a) Huraikan 5 kepentingan bermain untuk kanak-kanak. - memupuk pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan kanak-kanak. - memenuhi perasaan ingin tahu kanak-kanak menerusi aktiviti penerokaan yang dijalankan. - kanak-kanak akan lebih memahami dirinya menerusi aktiviti dan hubungan sosial yang dilalui. -memupuk kemahiran bersosial kanak-kanak menerusi interaksi yang terjalin dengan individu dipersekitarannya. - Dapat mengasah kemahiran berbahasa kanak-kanak sama ada secara lisan atau bukan lisan. - Memenuhi sifat semulajadi kanak-kanak suka bermain.

Upload: aniks-membaq

Post on 04-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

latihan pengukuhan Murid alam belajar

TRANSCRIPT

LATIHAN PENGUKUHAN SOALAN DAN JAWAPANTOPIK 1 : ALAM BELAJARBAHAGIAN A1. Pengalaman belajar secara langsung merupkan satu kaedah belajar semula jadi yang amat berkesan.a) Jelaskan 3 kaedah pembelajaran yang berkesan bagi memberi pengalaman belajar secara langsung kepada murid.- murid libatkan secara aktif bersama-sama guru dalam aktiviti pembelajaran bermula daripada proses merancang sehinggalah kepada pelaksanaan- murid belajar sendiri yang amana murid mempelajari sesuatu kemahiran secara kendiri tanpa diajar oleh guru.-murid belajar melalui aktiviti pengajaran yang dirancang dan disusun oleh guru berperanan sebagai pemudahcara sahaja.b) Nyatakan 4 prinsip pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran semulajadi kanak-kanak.- kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu perkara baru dengan baik apabila melalui sendiri perkara tersebut.- kanak-kanak dapat menghayati nilai-murni instrinsik dalam perkara yang dipelajari oleh mereka.- Setiap kanak-kanak secara semulajadi memiliki daya ingin tahu dan berkeupayaan untuk belajar secara langsung tentang dunia disekitarnya.-kanak-kanak belajar paling baik tentang hubungan dengan orang lain melalui interaksi dengan pelbagai peringkat usia.2. a) Huraikan 5 kepentingan bermain untuk kanak-kanak.- memupuk pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan kanak-kanak.- memenuhi perasaan ingin tahu kanak-kanak menerusi aktiviti penerokaan yang dijalankan.- kanak-kanak akan lebih memahami dirinya menerusi aktiviti dan hubungan sosial yang dilalui.-memupuk kemahiran bersosial kanak-kanak menerusi interaksi yang terjalin dengan individu dipersekitarannya.- Dapat mengasah kemahiran berbahasa kanak-kanak sama ada secara lisan atau bukan lisan.- Memenuhi sifat semulajadi kanak-kanak suka bermain.-Memberi peluang kanak-kanak meluahkan perasaan menerusi permainan.

b) Berikan 5 contoh jenis permainan yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah- main solitari-main selari- main koperatif- main fungsian- main dramatik-Permainan yang berperaturan- main fantasi- Main pemerhatian3. Susunan fizikal bilik darjah bukan sahaja mempengaruhi faktor psikologi murid-murid, bahkan turut mencerminkan gaya pengajaran seorang guru.a) Nyatakan 5 bentuk penyusunan bilik darjah yang dapat membantu pembelajaran murid.- Gaya auditorium- Gaya off-set- Gaya bersemuka- Gaya seminar-Gaya klusterb) Dalam konteks institusi pendidikan, nyatakan 5 ciri komuniti pembelajaran.- kolaberasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif- Kolaberasi sesama murid dan guru- Fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran- Tanggungjawab ke atas pengetahuan dan kawalan terhadap ilmu yang akan diperoleh akan dikongsikan bersama- sumber jaringan sokongan akademik dan sosial4. Konsep pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu fizikal, psikososial dan komuniti pembelajaran.a) Terangkan maksud aspek fizikal dan psikososial dari segi persekitaran pembelajaran.i) Aspek fizikal : aspek fizikal bermaksud aspek-aspek yang diperlukan untuk melaksanakan proses pembelajaran yang kondusif termasuk lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur meja kerusi, paparan termasuk pengudaraan dan kedudukan bilik darjah.ii) aspek psikososial : iklim bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran termasuk perasaan selamat, penerimaan, penghargaan, perkongsian dalam banyak aspek, hubungan positif antara guru murid dan antara murid dengan murid.b) Terangkan dua ciri komuniti pembelajaran.- kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif- fokus kepada pembinaan hasil pembelajaran- sumber jaringan sokongan akademik dan sosial.- sumber jaringan sokongan sosialBAHAGIAN B1. Proses bermain merupakan satu kaedah belajar secara semulajadi yang amat berkesan.a) Terangkan bagaimana kemahiran berbahasa boleh dipupuk dalam kalangan murid melalui aktiviti bermain.- murid belajar kemahiran berkomunikasi sewaktu bermain- murid berfikir tentang apa yang sedang dan akan dilakukan- menggunakan bahasa sewaktu bermain- Memberikan respon yang bersifat emosional- melahirkan ekspresi pengalaman sedia ada sewaktu bermain.

b) Dengan menggunakan teknik main peranan dan sosiodrama, terangkan bagaimana kaedah belajar secara langsung ini dapat meningkatkan pelbagai kemahiran murid.- dapat memberi pemahaman kepada kanak-kanak tentang peranan dan tindakan yang dijangkakan.- keperluan bertindak dalam situasi tertentu- membolehkan kanak-kanak belajar memahami perasaan orang lain- menerima kekalahan dan kemenangan dengan baik.- mempelajari peranan sebagai orang dewasa

2. Dengan menggunakan contoh permainan tradisional yang boleh digunakan di dalam bilik darjah, terangkan bagaimana permainan yang dipilih boleh dikendalikan pelaksanaannya dan dapat memberi manfaat kepada murid.Permainan batu seremban Manfaat kepada murid dari aspek :i. Emosi :- dapat meluahkan perasaan seperti gembira, sedih, marah dan sebagainya dengan cara yang betul.- mengalami keseronokkan bermain.- melahirkan rasa kecewa dengan cara yang betulii. Psikomotor :- cara duduk yang sesuai dan betul- koordinasi hubungan mata dengan pergerakan- membina motor halus dan motor kasariii. Sosial :- menjalin hubungan dengan sihat- menghormati hak orang lain- berkomunikasi dengan cara yang betul- mengisi masa lapang dengan bermanfaat- kemahiran interaksi yang positif dan saling memahamiiv. moral/nilai murni- kebersihan fizikal dan mental- mematuhi peraturan permainan- hormat- menghormati, keberanian- bekerjasama dalam kumpulan3. Main merupakan sebahagian penting dalam kehidupan dan alam belajar kanak-kanak.a) terangkan 4 jenis permainan Kategori Main Sosial dan kelebihan-kelebihannya.- main (unoccupied) : tidak bermaind engan alatan atau sesiapa sahaja tetapi berada berdekatan dengan kawasan permainan- main diri sediri : bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan/ keadaan sekeliling- main selari : bermain seorang diri, menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan tanpa sebarang berbincang atau komunikasi- main koperatif : bermain dalam kumpulan, bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulanb) Terangkan 3 ciri main yang boleh merangsang pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.i. memupuk motivasi secara intrinsikii. bebas untuk memilihiii. Penglibatan aktifiv. menyeronokkan/ penerokaan

TOPIK 2 : KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBAHAGIAN A1. a) Senaraikan 5 pelbagai kecerdasan yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah semasa proses p&P- kecerdasan verbal linguistik- kecerdasan logik matematik- kecerdasan ruang- kecerdasan kinestetik-kecerdasan muzikb) Senaraikan 5 kategori kemahiran intelek yang telah diperkenalkan oleh Gagne.- pembelajaran Isyarat- Pembelajaran Hukum-Pembelajaran konsep- Pembelajaran Diskriminasi- Penyelesaian masalah- Rantaian- Asosiasi Verbal2. (a) Senaraikan 8 peringkat dalam proses P&P yang dikemukakan oleh Gagne.Peringkat 1> Motivasi : manusia belajar kerana didorong oleh motivasi.Peringkat 2 > Memberikan perhatian : murid akan belajar jika mereka mendengar dan menumpukan perhatian terhadap apa yang dipelajarinyaPeringkat 3 & 4 > Perolehan dan ingatan : sesuatu pelajaran harus diingatiPeringkat 5 > Ingatan kembali dan retriveal : maklumat yang disimpan akan diingat kembali dan digunakanPeringkat 6 > Generalisasi : mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupanPeringkat 7 > Prestasi : membuat aktiviti dan respon daripada murid., guru menilai prestasi muridPeringkat 8> Maklum Balas dan peneguhan : guru bagi maklum balas tentang prestasi murid

b) Nyatakan 2 contoh aktiviti belajar yang melibatkan kemahiran psikomotor kanak-kanak.- gimnastik- sukaneka- permianan kecil- sukaneka-sukan rakyat3. Ewell (1997) telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip P&P dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan di dalam bilik darjah.a) Berikan 5 prinsip pembelajaran yang diapdatasi daripada model Ewell.- penglibatan aktif- konstruktivisme- pembelajaran informal- pengalaman langsung- situasi mendesak- maklum balas berterusan- suasana yang menyeronokkan- refleksib) Berikan 5 Faktor suasana yang menyeronokkan kepada murid sewaktu proses P&P menurut model Ewell.- suara guru-gaya kepimpinan guru- sikap guru dan rakan-rakan sekelas- kemesraan- kawalan kelas- nada suara berintonasi- suasana yang tidak tegangBAHAGIAN B1 a) Terangkan 8 fasa dalam proses pembelajaran Gagne.Fasa motivasi : manusia belajar kerana didorong oleh motivasi. Manusia juga belajar kerana ada motif tertentu. Motif digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajarFasa tanggapan : kefahaman-pemerhatian-persepsiFasa penyimpanan : rangsangan akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek-dikodkan dalam bentuk-bentuk yang mudahFasa penahanan- stor ingatan- dibawa kepada ingatan jangka panjang- ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan mudah dikeluarkan seperti sesuatu peristiwa atau pengalaman yang pernah dilalui.Fasa mengingat kembali : mencari pengalaman atau maklumat yang telah disimpanFasa generalisasi : fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi. Individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor jangka panjang dan menggunkannya untuk situasi yang serupa.Fasa prestasi : fasa ini turut dikenali sebagai fasa perlakuan-melihat perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran.Fasa maklum balas- berlaku selepas individu memberi tindakbalas yang tepat seperti murid dapat memberikan jawapan yang tepat dan guru harus memberikan pujian.b) Huraikan 5 kemahiran berfikir secara kritis dan 5 kemahiran berfikir secara kreatif.kritisKreatif

Membanding dan membeza ideaMenjana dan menghasilkan

mengkategoriMembuat hipotisis

MencariMeramal perkara baharu

MenghuraiMensintesis

MenyusunMenghubungkait

MenaakulMencipta analogi atau definisi

MenganalisisMerekacipta

2. a) Terangkan beserta contoh prinsip pembelajaran menurut Model Ewell.- penglibatan aktif- pola dan perkaitan-pembelajaran informal-pengalaman langsung- situasi mendesak- maklum balas berterusan- suasana yang menyeronokkan- membuat refleksib) Terangkan bagaimana maklum balas yang berterusan mampu meningkatkan prestasi murid dalam sesuatu proses pembelajaran.- murid akan membuat penambahbaikkan terhadap hasil kerja mereka- motivasi dan bimbingan yang diperoleh secara langsung daripada guru- komen rakan sebaya secara verbal dan bertulis- memperoleh cadangan bagaimana cara memperbaiki kerja boleh dilakukan- latihan dan latih tubi dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

TOPIK 3 : TEORI-TEORI PEMBELAJARANBAHAGIAN A1 a) Senaraikan 5 implikasi teori pembelajaran sosial yang dipolapori oleh Albert Bandura dalam proses P&P.- proses pembelajaran berlaku melalui aktiviti pemerhatian dan peniruan- tingkah laku yang hendak dijadikan aspek peniruan diperkukuh- menggunakan model sebenar untuk kesan peniruan yang lebih berkesan- pastikan setiap murid dapat melihat model dengan jelas- memaparkan hasil kerja yang terbaik memotivasikan murid untuk terus berusaha dengan lebih gigih.b) Dalam teori Pembelajaran Konstruktivisme, Jean Piaget membahagikan adaptasi kepada dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi. Jelaskan konsep asimilasi dan akomodasi yang terdapat dalam teori tersebut.Asimilasi : penyerapan maklumat yang berlaku apabila maklumat yang berlaku apabila maklumat baharu mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat sedia ada dalam skema dan menghasilkan keseimbangan.Akomodasi : sesuatu proses psikologikal yang berlaku semasa seorang individu berusaha atas inisiatif sendiri melalui mengubah struktur kognitif dengan tujuan mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya.2. Scaffolding ialah peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan mengikut keperluan murid.a) senaraikan 5 teknik yang boleh digunakan untuk scaffolding.- penjelasan secara lisan- soal jawab- Prompting- Cueing- Modelingb) Carl Roger ialah seorang tokoh kaunseling tetapi berpusatkan klien. Beliau berpendapat bahawa secara dasarnya manusia bersifat baik dan bermotivasi tinggi untuk mencapai potensi diri. Nyatakan 5 kualiti insan yang sempurna menurut Carl Roger.- Berfikir terbuka terhadap pengalaman yang dilaluinya.- Menerima keadaan hidup seadanya- Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial di samping menyumbang kepada masyarakat mengikut kebolehan masing-masing- percaya bahawa pemikiran dan perasaan sendiri adalah sesuatu yang tepat- menghargai kebasan diri dan bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan.BAGAHIAN B1. Cikgu Azura seorang guru yang percaya bahawa pembelajaran berkesan seharusnya berpusatkan murid. Beliau sering mengaplikasikan teori pembelajaran kognitif dan konstruktivisme bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.a) Jelaskan 5 prinsip pembelajaran teori konstruktivisme yang perlu diambil kira oleh cikgu Azura.