latihan mpu3123 soalan struktur empat (4) empat · pdf file12. ukuran, sukatan dan timbangan...

Download LATIHAN MPU3123 Soalan Struktur EMPAT (4) EMPAT · PDF file12. Ukuran, sukatan dan timbangan yang digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional mempunyai istilah tersendiri

If you can't read please download the document

Upload: lekhuong

Post on 06-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • LATIHAN MPU3123

    Soalan Struktur

    1. Konsep keimanan dan konsep kekuasaan adalah antara konsep penting untuk memahami pandangan semesta tamadun Islam.Terangkan kedua-dua konsep tersebut.

    2. Nilai-nilai mulia yang menjadi amalan hidup masyarakat Melayu menjadi asas penting dalam

    ketamadunan Melayu. Nyatakan EMPAT (4) nilai tersebut.

    3. Wujudnya kasta dalam masyarakat merupakan sesuatu amalan yang unik dalam tamadun India. Nyatakan EMPAT (4) kasta utama dalam masyarakat India.

    4. Dalam tamadun Cina, terdapat beberapa konsep yang telah membentuk fahaman dan

    kepercayaan masyarakat Cina, antaranya ialah konsep Tian dan konsep Dao. Terangkan dua konsep tersebut.

    5. Pencapaian tamadun Melayu dalam bidang persuratan dibahagikan kepada dua era iaitu sebelum

    kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam. Kemukakan bentuk persuratan pada kedua-dua era tersebut berserta contoh.

    6. Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang tertumpu di wilayah Asia Tenggara yang

    dikenali dengan pelbagai nama. Nyatakan EMPAT (4) antara nama-nama tersebut.

    7. Terdapat beberapa kerajaan Melayu Islam muncul selepas kedatangan Islam. Nyatakan EMPAT (4) kerajaan tersebut

    8. Ashrama Dharma adalah susun lapis kehidupan dalam tamadun India. Nyatakan.

    9. Empat kasta utama yang wujud dalam masyarakat India mempunyai peranan masing-masing.

    Nyatakan peranan tersebut.

    10. Masyarakat Cina mempercayai kewujudan Tian yang mempunyai kuasa. Kemukakan EMPAT (4) fahaman mereka terhadap Tian.

    11. Lahirnya karya-karya Melayu adalah bukti perkembangan keintelaktualan dan persuratan Islam di

    Alam Melayu. Kemukakan EMPAT (4) contoh karya Melayu Islam.

    12. Ukuran, sukatan dan timbangan yang digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional mempunyai istilah tersendiri. Nyatakan EMPAT (4) istilah tersebut.

    13. Ajaran Buddha menekankan Lapan Jalan Mulia yang perlu dipatuhi oleh penganut-penganutnya.

    Tuliskan EMPAT (4) daripadanya.

    14. Masyarakat dalam tamadun India terbahagi kepada masyarakat Indo Arya dan Dravida. Apakah ciri-ciri yang membezakan kedua-dua masyarakat ini?

    15. Empat ciptaan teknologi yang penting dalam sejarah tamadun Cina telah dihasilkan. Nyatakan.

  • Soalan Esei 1. Kedatangan Islam telah mencorakkan landskap tamadun Melayu. Huraikan ENAM (6) kesan

    pengaruh Islam terhadap perkembangan tamadun Melayu. 2. Terdapat pelbagai agama yang wujud dan berkembang dalam tamadun India. Dengan

    mengemukakan EMPAT (4) agama tersebut, huraikan latarbelakang dan ajaran-ajaran setiap agama tersebut.

    3. Tamadun Islam mempunyai sumber-sumbernya yang tersendiri dan berbeza dengan sumber-

    sumber dalam tamadun lain. Huraikan. 4. Pada masa kini, tamadun Barat dilihat sebagai tamadun yang mendominasi dunia dalam pelbagai

    aspek sehingga menggugat nilai-nilai ketamadunan Islam dan Asia. Bincangkan.

    5. Terdapat tiga teori berserta hujah-hujah yang membahaskan tentang kedatangan Islam ke Alam

    Melayu. Huraikan.

    6. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi kesan kepada masyarakat Melayu dalam aspek akidah, sosial dan ekonomi. Huraikan

    7. Agama Hindu, Buddha, Sikh dan Islam adalah empat agama utama yang wujud dalam

    ketamadunan India dan setiap agama mempunyai ciri-ciri dan ajaran-ajarannya yang tersendiri. Huraikan.

    8. Globalisasi yang didominasi oleh Barat memberi kesan kepada tamadun Islam dan tamadun Asia

    dalam beberapa aspek. Bincangkan.

    9. Pandangan semesta tamadun Melayu membentuk nilai-nilai murni yang menjadi amalan dan

    budaya masyarakat Melayu. Huraikan.

    10. Kemunculan beberapa ahli falsafah Cina dengan membawa ajaran-ajaran falsafah tersendiri telah mempengaruhi kehidupan masyarakat Cina. Huraikan EMPAT (4) falsafah Cina.

    11. Kehidupan dalam masyarakat India mengikut Veda adalah berasaskan susun lapis kehidupan yang

    dikenali Ashrama Dharma dan Purushartha. Huraikan

    12. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai sepunya dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum menerusi dialog. Bincangkan