assign.ukuran timbangan(kumpulan- konsep timbangan)
TRANSCRIPT
1. PENGENALAN
1.1 KONSEP TIMBANGAN
Menurut Kamus Dewan (1994), timbangan ialah alat yang digunakan untuk mengukur
berat sesuatu benda. Menurut Wikipedia Bahasa(2012) timbangan dikategorikan ke dalam
sistem mekanik dan juga elektronik(digital). Apabila bercakap tentang timbangan ada dua
perkara utama yang selalu orang ramai terkeliru antara konsep berat dengan jisim.
1.1.1 KONSEP JISIM
Yang dimaksudkan dengan jisim ialah amaun atau kuantiti jirim yang terdapat di
dalam sesuatu objek. Jisim sesuatu objek bergantung kepada bilangan dan jenis atom dalam
objek tersebut. Unit SI jisim ialah kilogram(kg) , gram(g) dan miligram (mg).
Unit kilogram digunakan untuk menimbang objek-objek yang mempunyai kuantiti
jirim yang besar seperti orang, barangan runcit seperti bawang, gula dan sebagainya
manakala unit gram(g) digunakan untuk menimbang objek yang mempunyai kuantiti jirim
yang lebih kecil seperti gula, tepung dan sebagainya.
Unit miligram(mg) digunakan untuk menimbang objek-objek yang mempunyai
kuantiti jirim yang sangat kecil seperti hablur yang terdapat di dalam emas dan berlian. Jisim
adalah suatu kuantiti skalar dan ia adalah tetap dan tidak dipengaruhi oleh faktor seperti daya
tarikan graviti.
Di mana-mana saja kita bawa sesuatu objek itu, jisimnya adalah tetap sama.
Contohnya, berat sebungkus tepung ialah 1kg di bumi. Jika kita membawanya ke planet-
planet yang lain, jisimnya tetap 1kg.
1.1.2 KONSEP BERAT
Ini berlainan dengan konsep berat. Berat suatu objek ialah daya tarikan graviti ke atas
objek itu. Jika jisim sesuatu objek ialah m, dan pecutan graviti ialah g,
Maka Berat = mg
Unit SI bagi berat ialah newton (N) dan berat ialah suatu kuantiti vektor. Semua objek
di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh satu daya yang dikenali sebagai daya
tarikan graviti bumi.
Daya ini menyebabkan objek jatuh ke arah bumi apabila dilepaska. Suatu objek yang
jatuh di bawah daya tarikan graviti, tanpa pengaruh daya-daya luar seperti rintangan udara
dikatakan sebagai jatuh secar bebas atau jatuh bebas. Secara praktik, jatuh bebas hanya
berlaku dalam keadaan vakum iaitu ruang yang tiada mengandungi jirim.
Objek yang jatuh bebas akan memecut. Pecutannya dikenali sebagai pecutan graviti.
Nilai pecutan graviti tidak bergantung kepada bentuk dan jisim objek yang jatuh jika tiada
faktor luar seperti geseran udara yang mempengaruhi kejatuhannya.
Contohnya, seorang angkasawan berjisim 75kg di bumi, beratnya di bumi adalah
berlainan beratnya di bulan. Ini disebabkan, di bumi terdapat tarikan graviti manakala di bulan
tiada tarikan graviti.
Contoh kiraan berat angkasawan tersebut :
a) Jika dia berada di permukaan bumi di mana pecutan graviti bernilai 10 ms , maka
Berat = mg
= 75kg x 10ms
=750N
a) Jika dia berada di permukaan bulan di mana pecutan graviti 1/6pecutan graviti di bumi
maka
Berat = mg
= 75kg x 10ms x 1/6
=125N
1.2 HUBUNGAN ANTARA JISIM DENGAN INERSIA
Inersia merupakan sifat semulajadi suatu objek yang cenderung untuk menentang
sebarang perubahan dalam keadaan asalnya, sama ada dalam pegun atau keadaan bergerak.
Sifat inersia sesuatu objek boleh dinyatalkan dalam hukum gerakan Newton pertama yang
menyatakan bahawa:
i) sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya iaitu dalam keadaan pegun
jika tiada daya luar bertindak ke atas objek tersebut.
Atau
ii) keadaan gerakan dengan halaju seragam
jika tiada daya luar bertindak ke atas objek tersebut.
Contoh keadaan untuk (i) :
Apabila buku di tengah satu longgokan disentap, buku yang lain diatasnya akan jatuh
ke bawah. Ini kerana pada awalnya, buku-buku di atas adalah pegun. Iniersianya menentang
perubahan dalam keadaan pegun, maka apabila buku ditengah disentap, buku-buku di atas
tidak bergerak bersama-sama.
Contohnya keadaan untuk (ii)
Apabila sebuah kereta bergerak, penumpang di dalm kereta itu juga bergerak bersama-
sama. Apabila kereta itu diberhentikan dengan tiba-tiba, penumpang di dalamnya akan
terhumban ke hadapan.Inersia penumpang itu menentang perubahan keadaan asalnya iaitu
keadaan bergerak. Dengan itu, penumpang teruskan gerakkannya ke hadapan.
Hukum gerakan Newton ditemui oleh Sir Isaac Newton (1642-1727). Beliau telah
menulis sebuah buku “Philsophiae Naturalis Principia Matematica” yang telah menjadi asas
kepada bidang mekanik. Buku ini juga menerangkan banyak hukum penting termasuk hukum
gerakan Newton I,II dan III.
Hubungan di antara jisim dengan inersia ialah “ Semakin besar jisim sesuatu objek,
semakin besar inersia objek tersebut “ Contohnya, seorang nelayan mendapati bahawa
jisim bahan muatan kapalnya akan mempengaruhi masa yang diambil untuk menggerakkan
atau menghentikan kapal tersebut.
1.3 HUBUNGAN ANTARA JISIM DENGAN MOMENTUM
Momentum linear atau momentum sesuatu objek ditakrifkan sebagai hasil darab jisim
objek dengan halaju.
Momentum = Jisim x halaju
P = m x v
Unit SI momentum ialah kg m s. Momentum ialah satu kuantiti vektor. Arah
momentum adalah sama dengan arah halaju.
Contoh :
Sebuah kereta berjisim 800 kg manakala sebuah lori berjisim 5 000 kg.
a) Bandingkan momentum kedua-dua kenderaan sekiranya masing-masing bergerak
dengan halaju 20 m s .
b) Jika kedua-dua kenderaan bergerak dengan halaju yang sama, yang manakah akan
menyebabkan kerosakan lebih kepada tiang lampu yang dilanggar ?
Penyelesaian :
a) Momentum kereta = 800 kg x 20m s
= 16 000 kg m s
Momentum lori = 5 000 kg x 20m s
= 100 000 kg m s
b) Lori, kerana lori mempunyai momentum lebih besar.
2.0 INSTRUMENT DALAM PENGUKURAN
2.1 DEFINISI ALAT TIMBANGAN
Alat ialah barang apa yang diperlukan atau digunakan untuk membuat (mengerjakan,
menghasilkan) sesuatu timbangan ialah imbangan, banding dan tara. Berat ialah jisim. Oleh
itu alat timbangan berat bermaksud benda yang digunakan untuk mengukur sesuatu jisim.
2.2 JENIS-JENIS INSTRUMENT
Instrument merupakan alatan atau bahan yang digunakan sebagai alatan ukuran
timbangan. Tedapat dua jenis instrument yang digunakan dalam pengukuran. Antaranya
adalah seperti berikut:
a) Instrument Tradisional
b) Instrument Moden Atau Masa Kini
2.2.1 INSTRUMENT TRADISIONAL.
Dalam insrument tradisional ia adalah terdiri daripada sukatan seperti yang nenek moyang
kita gunakan pada zaman dahulu sebelum wujudnya sistem timbangan yang sistematik.
Antara instrumentnya ialah:
a) Cupak
b) Gantang
c) Dacing.
d) Kepoi
Pada zaman dahulu ukuran timbangan atau instrument seperti ini banyak digunakan dalam
kehidupan seharian kita. Bagi ukuran cupak,gantang dan kepoi, biasanya ukuran timbangan
seperti ini biasanya digunakan untuk menyukat padi atau beras.
Rajah 1: Cupak, Gantang dan Kepoi.
Gantang adalah merupakan suatu alat sukatan lama. Satu gantang sukatannya adalah
bersamaan dengan empat cupak.
Rajah 2: Gantang
Dacing pula digunakan secara tradisional untuk menimbang emas,perak,bijih timah dan
rempah.
Rajah 3 : Dacing
Rajah 4: Beberapa contoh instrument tradisional.
2.2.2 INSTRUMENT MODEN ATAU MASA KINI
Bagi Instrument moden pula, ia adalah terdiri daripada sukatan atau bahan yang
digunakan pada zaman sekarang iaitu bahan ukuran sukatan yang telah ditambah baikkan
untuk kemudahan mengikut peredaran zaman. Insrument moden atau masa kini ini,
termasuklah alat-alat timbangan digital dan konvensional.
Alat ini (rajah 5) digunakan untuk menimbang jisim kuantiti bagi objek yang sangat kecil
seperti penutup pen atau untuk jisimnya yang kurang daripada 1 kilogram.
Rajah 5: Penimbang Elektronik
Contoh-contoh timbangan atau instrument moden yang mana penggunaannya adalah
secara meluas pada masa kini. Disebabkan saiz dan fungsi bahannya, instrument moden ini
banyak digunakan.
Rajah 6: Comtoh-contoh Instrument Moden
3.0 UNIT-UNIT UKURAN TIMBANGAN
Dalam setiap instrument ukuran timbangan mahupun sistem ukuran yang lain, unit
merupakan perwakilan sesuatu data sesuatu benda yang diukur atau disukat. Unit-unit untuk
ukuran timbangan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
a) Unit-unit Tradisional
b) Unit-unit dalam Sistem Metrik.
3.1 UNIT-UNIT TRADISIONAL
Unit-unit tradisional ini merupakan cara atau perwakilan yang digunakan pada zaman
dahulu sebelum wujudnya sistem yang ada sekarang ini. Unit-unitnya adalah seperti cupak,
gantang ,tahil ,kati dan pikul.
Unit cupak digunakan untuk menimbang kuantiti yang sedikit iaitu bersamaan dengan
sebelah tempurung. Unit gantang digunakan untuk menimbang kuantiti yang lebih besar.
1 gantang = 4 cupak.
Tahil biasa digunakan di asia timur dan tenggara. Tahil digunakan untuk menimbang
matawang china pada suatu masa dahulu.
1 tahil = 37.7994 g
Kati adalah unit yang lebih besar daripada tahil.kati di gunakan untuk menimbang
barang-barang makanan seperti beras, buah-buahan dan daging.
1 kati = 15 tahil
13.5kg + 12.25kg + 8 000g =
Unit pikul adalah unit yang paling besar dalam sisitem unit tradisional ini. Unit pikul
ini biasanya digunakan untuk menimbang sesuatu beban yang berat seperti kayu, timah dan
banyak lagi.
1 pikul = 100 kati
3.2 UNIT-UNIT DALAM SISTEM METRIK
Sistem metrik ialah sistem ukuran perpuluhan yang digunakan dalam sistem kita
sekarang ini yang serba moden. Sistem metrik ini merupakan suatu sistem yang berasaskan
meter dan gram.
Sistem metrik ini mula diperkenalkan pada 1 Januari 1982 oleh Kerajaan Persekutuan.
Dalam sistem maetrik ini, banyak unit yang telah digunakan. Antara unit-unit yang digunakan
ialah unit gram, kilogram, auns dan tan. Contohnya:
• 1 g = 0.0353 auns
• 1 kg = 1000 g
• 1 tan = 1000 kg
4.0 CONTOH PENGIRAAN
4.1 CONTOH 1
Untuk soalan jenis ini, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru dan murid untuk
menyelesaikannya. Pertama sekali murid-murid kita harus mengetahui unit yang akan kita
gunakan sebagai unit bagi jawapannya. Bagi soalan ini, kita akan menggunakan unit kilogram
(kg). Oleh itu kita harus menukar dahulu unit gram (g) kepada unit kilogram (kg).
8000 g = _________ kg
Pengetahuan asas: 1 kg bersamaan dengan 1000 g
Penukaran Unit: kg kepada g = didarab dengan 1000
g kepada kg = dibahagi dengan 1000
Dengan ini, 8000 g haruslah dibahagikan dengan 1000 untuk mendapatkan jawapan
kepada unit kilogram (kg).
8000 g = ________ kg
8000 g = 8000 ÷ 1000
= 8000
1000
= 8.0 kg
Selepas itu, proses penambahan bolehlah dilakukan, samaada penambahan secara satu-
satu ataupun penambahan secara terus tiga nombor. Dalam soalan ini, kita harus berhati-hati
semasa menambah kerana ia melibatkan nombor pepuluhan. Dengan itu, penambahan
haruslah selari. Iaitu kedudukan titik perpuluhan hendaklah segaris atau selari.
1 3 5 0 kg
1 2 2 5 kg
+ 8 0 0 kg
3 3 7 5 kg
13.5 kg + 12.25 kg + 8000g = 33.75 kg
4.2 CONTOH 2
pisang tepung
1.15 kg 650g
Rajah di atas menunjukkan berat sesisir pisang dan sebungkus tepung. Berapakah jumlah
berat dalam kg, bagi 2 bungkus tepung dan 3 sisir pisang yang sama itu?
Bagi contoh yang kedua ini pula, soalan mengkehendaki kita mencari jumlah berat 2
bungkus tepung dan juga 3 sisir pisang. Hasil tambah berat haruslah dalam unit kilogram (kg)
sebagai jawapan terakhirnya. Dengan ini kita harus mencari jawapan bagi 3 sisir pisang
terlebih dahulu.
1 sisir pisang = 1.15 kg
3 sisir pisang = _________ kg
Satu sisir pisang telah diberikan beratnya iaitu 1.15 kg. Soalan mengkehendaki pisang
sebanyak 3 sisir, maka operasi darab terlibat dalam penyelesaian masalah ini.
1 sisir pisang = 1.15 kg
Maka, 3 sisir pisang = 1.15 kg x 3
= 3.45 kg
1 . 1 5 kg
X 3 langkah pengiraan
3 . 4 5 kg
Setelah itu kita haruslah mencari jumlah berat bagi 2 bungkus tepung. Berat tepung
adalah dalam unit gram (g). Oleh itu kita harus mendarabkan nya terlebih dahulu dan
kemudian barulah kita menukarkan unitnya.
1 bungkus tepung = 650 gram
2 bungkus tepung = 650 gram x 2 = 1300 g
6 5 0 gram
X 2
1 3 0 0 gram
Penukaran unit: gram kepada kilogram = bahagi dengan 1000
Oleh itu;
1300 g = 1300 g ÷ 1000
= 1 3 0 0
1 0 0 0
= 1.3 kg
Langkah yang terakhir sekali kita haruslah menjumlahkan semua berat yang telah kita
kirakan tadi. Operasi tambah terlibat dalam mencari jawapan yang terakhir.
Jumlah berat pisang = 3.45 kg
Jumlah berat tepung = 1. 30 kg
Jumlah semua berat = jumlah berat pisang + jumlah berat tepung
= 3.45 kg + 1.30 kg
= 4.75 kg
3 . 4 5 kg langkah pengiraan terakhir
+ 1 . 3 0 kg
4 . 7 5 kg
4.3 CONTOH 3
BUAH-BUAHAN TEMBIKAI DURIAN NANAS
BERAT (KG) 4.5 0.94 1.7
Hitungkan purata berat, dalam kg, buah-buahan dalam jadual di atas.
Bagi soalan seperti ini, kita harus tahu apa itu konsep untuk purata. Setelah
mengetahui konsepnya barulah kita boleh menyelesaikannya. Langkah pertama kita perlu
menyatakn rumus untuk purata.
Rumus Purata = Jumlah Berat
Bilangan
Kemudian kita harus mencari jumlah berat keseluruhan atau berat semua dengan
menambahkan semua berat buah-buahan seperti dalam jadual tersebut.
Berat Tembikai = 4.5 kg
Berat Durian = 0.94 kg
Berat Nanas = 1.7 kg
Jumlah berat = berat tembikai + berat durian + berat nanas
= 4.5 kg + 0.94 kg + 1.7 kg
= 7.14kg
Selepas itu barulah kita menggunakan rumus purata yang telah kita nyatakan di atas.
Maka; Purata = Jumlah Berat
Bilangan
= 7.14 kg
3
= 2.38 kg
5.0 AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
1. Set Induksi(5 minit)
a) Guru menunjukkan sebiji batu dan segulung kapas
b) Guru bersoaljawab dengan murid
Apakah nama objek yang ditunjukkan oleh guru?
Yang mana satu lebih berat?
Murid memberi jawapan
Guru menerangkan tajuk yang akan diajar
2. Langkah 1
a) Guru menerangkan setiap benda di dunia ini mempunyai jisim/berat dan apakah
alat yang digunakan untuk menimbang objek/barang
b) Guru menunjukkan kepada murid beberapa jenis alat penimbang yang boleh
digunakan untuk menimbang objek/barang dalam kg dan g
c) Guru membimbing murid membaca senggatan dengan betul semasa menimbang
objek/barang.
d) Guru menegaskan bahawa jisim(berat atau ringgan) sesuatu objek tidak
bergantung kepada saiz objek tersebut.
e) Guru menerangkan kepada murid jarum penimbang mesti berada pada tunjuk
angka 0 sebelum menimbang objek.
3. Langkah 2
a) Guru menyediakan beberapa jenis barang untuk ditimbang bersama murid
Tepung garam
b) Guru menimbang bersama murid menggunakan alat penimbang yang sesuai
4. Langkah 3
a) Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan (1 kumpulan 5 orang)
b) Murid diberikan alat penimbang gram dan kilogram, bungkusan kacang hijau,
gula, tepung beras, biskut, beras, coklat, buku teks, pensel
c) Murid menimbang dalam kumpulan menggunakan alat penimbang yang sesuai
d) Murid mengisi jadual yang disediakan
Objek Jisim objek
(kg atau g)
Kacang hijau
Gula
Tepung beras
Beras
Biskut
Coklat
Epal
5. Langkah 4
a) Murid menimbang objek di sekeliling mereka menggunakan alat penimbang yang
sesuai dengan bimbingan guru
b) Murid mencatat jisim objek tersebut di dalam jadual diatas
c) Guru memastikan murid mesti menulis unit yang betul( kg/g)
6. Langkah 5
a) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid sebagai pengukuhan
b) Murid menjawab soalan dalam buku aktiviti m/s 120.
7. Penutup
a) Guru bersoal jawab dengan murid alat yang digunakan untuk menimbang dan unit
yang terlibat.
LEMBARAN KERJA
2. Lukiskan jarum pada penimbang mengikut timbangan yang diberi
3. Isikan berat bagi setiap timbangan berikut
5.0 SOALAN-SOALAN
Pn Aminah membeli 4 kampit tepung, setiap satu
beratnya 6 kg. Dia menggunakan 15.75 kg daripada
tepung itu untuk membuat kek, sementara 2/3
daripada bakinya dibuat biskut. Berapakah berat,
dalam g, tepung yang masih tinggal?
Rajah menunjukkan berat sebiji betik dan sebiji
terung. Berat betik itu ialah 460 g. Berapakah berat
terung dalam kg?
Berapakah jumlah berat dalam kg, lima biji mangga
yang sama saiz seperti di sebelah?
Berapakah jumlah berat, dalam kg, kedua -dua
bungkusan P dan Q dalam rajah di bawah?
Berdasarkan rajah di atas, cari
berat bagi pemberat P, dalam g.
Jadual di bawah menunjukkan berat bagi empat orang murid. Jika purata
berat mereka ialah 43 kg, berat Amuti ialah
444847Berat:
AmutiAbuAliSalma
Nama:
280 g
Berapakah jumlah berat, dalam kg, sembilan bungkus tepung ubi yang sama
seperti di atas?
Berat sebuah kotak ialah 67.3 kg. Berapakah
jumlah berat 8 buah kotak
yang sama?
100 ikat manggis beratnya4.5 kg. Berapakah beratseikat manggis jika,setiap ikat sama beratnya?