latihan ayat pasif dan aktif

3
LATIHAN 1 Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif. 1. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga. ______________________________________________________________________ 2. Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting. ______________________________________________________________________ 3. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari. ______________________________________________________________________ 4. Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah. ______________________________________________________________________ 5. Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat ulang kaji. ______________________________________________________________________ 6. Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang- wenangnya. ______________________________________________________________________ LATIHAN 2 Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif. 1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah. ______________________________________________________________________ 2. Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal.

Upload: man-jawa

Post on 20-Nov-2015

178 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

la

TRANSCRIPT

LATIHAN 1Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.1.Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.

______________________________________________________________________2.Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.

______________________________________________________________________3.Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat sayagemari.

______________________________________________________________________4.Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.

______________________________________________________________________5.Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat ulang kaji.

______________________________________________________________________6.Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.

______________________________________________________________________LATIHAN 2Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.1.Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

______________________________________________________________________2.Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal.3.Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelahberjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

______________________________________________________________________4.Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama._____________________________________________________________________

5.Alat pendingin hawa itu dijualnya dengan harga yang tinggi.

______________________________________________________________________6.Komputer itu saya beli untuk adik di kolej.______________________________________________________________________LATIHAN 3Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.1.Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni.

______________________________________________________________________2.Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di dalamnya memberikan ilmu kepada mereka.

______________________________________________________________________3.Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding buluh.

______________________________________________________________________4.Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang lalu.

______________________________________________________________________5.Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut.

______________________________________________________________________6.Kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta itu akan ditangguhkan oleh mereka berminggu-minggu._____________________________________________________________________________________

JAWAPAN LATIHAN SPM1Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.Mereka memegang jawatan yang sangat penting.Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.Para pekerja memangkas pokok-pokok itu supaya sentiasa rendah.Mahasiswa itu mengemaskinikan nota pelajaran supaya mudah membuat ulang kaji.Kamu tidak harus memperalat orang yang lurus bendul itu sewenang-wenangnya.JAWAPAN LATIHAN SPM 2Guru disiplin menahan pelajar itu selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.Ibu bapa sewajarnya mengawal anak-anak supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal.Guru bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.Mereka melaksanakan satu misi bersama-sama.Dia menjual alat pendingin hawa itu dengan harga yang tinggi.Saya membeli komputer itu untuk adik di kolej.JAWAPAN LATIHAN SPM3Pokok teratai yang berwarna-warni melitupi permukaan air itu.Golongan remaja kurang meminati majalah bercorak akademik meskipun bahan di dalamnya memberikan ilmu kepada mereka..Orang tua itu mendiami pondok buruk yang beratapkan rumbia dan berdinding buluh.Kakak menjahitkan adik perempuan saya baju kurung pada hujung minggu yang lalu.Kami tidak berani menghampiri rumah itu kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut.Mereka akan menangguhkan kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta berminggu-minggu.