ayat pasif

72
A. AYAT AKTIF: i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat) ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’. iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat) B. AYAT PASIF: i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat). ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan. Contoh : i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama) C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF: Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif. 1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya. Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya. 2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya. Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut. 3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.

Upload: zumhm

Post on 27-Jun-2015

1.198 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat pasif

A. AYAT AKTIF:i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)

B. AYAT PASIF:i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.Contoh : i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doktor yang berkaca mata tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

Page 2: Ayat pasif

D. LATIHAN:Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.

2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.

6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti. Jalan raya menuju ke sungai itu patut kalian seberangi pada sebelah petang nanti.

8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.

10. Kamu jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku.15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.

Page 3: Ayat pasif

Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.

F. LATIHAN :Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.

1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi.

2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik penyertaan orang ramai.

3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan keluarga yang menetap di situ.

4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur.

5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata pelajaran teras.

6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir bulan itu.

7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an.

9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga

Page 4: Ayat pasif

diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.

10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut.11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka pada setiap akhir tahun.12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak ditinggalkan oleh pemiliknya.13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang tahun kelahirannya.14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu dalam pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah padinya pada petang kelmarin

Page 5: Ayat pasif

A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.

a. Langkah menukarkan ayat:

1. Jangan mengubah makna asalnya.

2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)

3. Lakukan perubahan perkataan:contoh:- saya .....................dia..................................- kamu ...............................dia- kami ....................mereka..........................- hamba..............................dia- di sini...................di situ/di sana...............- begini................................begitu- kini.......................ketika itu.......................- dan sebagainya.

4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.contoh:- mengapa..............punca/sebab................- bagaimana........................cara/keadaan- berapa..................jumlah/harga...............- bila....................................masa

5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.contoh:i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".

6. Contoh penukaran ayat:

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.Jawapah: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

Page 6: Ayat pasif

iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya supaya makan ubat yang diberinya itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:

Contoh 1:Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.Samad .....: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.Aziz .........: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, .................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong ....................tempatan .pelancong di dalam negeri.Kamariah.:.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi.................... potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat .....................percutian mereka.Samad .....: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam ....................dalam diri.

Jawapan:...............Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan

Page 7: Ayat pasif

pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Contoh 2:

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya.Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul memberikan alasan.

Jawapan: 1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur.6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya. ................................................

Page 8: Ayat pasif

c. Latihan Pengukuhan...........................................Latihan 1Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

“ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh.“ Rancangan apa? “ jawab Ani.“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. ............[ 6 markah ]

Salleh bertanyakan kepada Ani tentang rancangannya.Ani bertanyakan kepada Salleh tentang perancangan yang dimaksudkan. Salleh memberitahu Ani tentang rancangan untuk mendaki gunung yang Ani katakan kepadanya tempoh hari. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Sabtu depan. Salleh memuji Ani dan menyokong rancangan tersebut.Ani berasa gembira apabila mendengar pujian daripada Salleh.

Latihan 2:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”“Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.“Ya, Tuk Yahya tahu.........”“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu hampir meraung.“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya .

....................................[ 6 markah ]

Ani memberitahu bahawa dia keseorangan.Tuk Yahya melarang Ani tinggal di situ kerana bahaya sambil meneliti mata belolok Ani.Ani merengek lagi lalu memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sesiapa lagi..Tuk Yahya mengiakan kata-kata Ani.Hampir meraung Ani memberitahu bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah kerana takut bom akan jatuh lagi . Lagi pun datuknya tidak ada. .Tuk Yahya memujuk Ani dan mengatakan bahawa dia dan Comot masih ada.

Page 9: Ayat pasif

Latihan 3:

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim. .....[ 6 markah ]

Nizam bertanyakan sebab Salim kelihatan muram sahaja. Dengan perasaan sayu, Salim memberitahu bahawa pagi tadi Cikgu Khairul telah bertanyakan kepadanya tentang yuran peperiksaan yang masih belum dibayarnya. Dengan perasaan hairan, Nizam menanyakan tentang duit biasiswa Salim dan menggunakan duit biasiswa yang diterimanya untuk membayar yuran tersebut. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswa tersebut telah digunakan baru-baru ini untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang telah dimasukkan ke hospital. Nizam mencadangkan supaya Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenarnya. Salim menyatakan bahawa dia takut untuk berjumpa Cikgu Khairul kerana beliau sangat garang.

Latihan 4:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?FELIX : Mi Pedas.MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. ............`.......[ 6 markah ]

Mawi memuji keenakkan mi yang dimakannya lalu bertanya nama mi tersebut kepada Felix .Felix memberitahu bahawa nama mi tersebut ialah Mi Pedas . Mawi mengakui bahawa mi tersebut memang pedas tetapi dia ingin mengetahui nama sebenar mi tersebut .Felix meyakinkan Mawi bahawa nama mi tersebut ialah Mi Pedas kerana Dollah memberitahunya. Mawi mulai perasan bahawa sememangnya tujuan Felix ke kedai itu ialah semata-mata untuk makan mi pedas.Felix bersetuju dengan kata-kata Mawi kerana dia telah berjanji untuk belanja Mawi , dan Mi Pedas itulah yang dimaksudkannya..

Page 10: Ayat pasif

.......................Kkjbhhbj ddd AWNNMMMMYERYWUNX MMMMAWI ....................

...................................................Latihan 5:Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita ...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit. ........................................................[ 6 markah ] .....................................................................................................................................................................................................................................................

........................................................

Page 11: Ayat pasif

B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.

a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:

1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.

2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya semula kepada bentuk asal seperti yang telah dipelajari dalam “menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat pindah”. Jika anda lupa, sila rujuk semula.

3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya untuk mengelakkan markah anda ditolak.

b. Contoh soalan dan jawapan:

Contoh 1:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh Samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu. ...........[ 6 markah ]

Jawapan :

Kamariah ...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad ........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi

Page 12: Ayat pasif

...................... yang ..indah.

Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia,

....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

Kamariah : Saya bersetuju dengan pandangan awak itu.

Samad .........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong

....................... tempatan melancong di dalam negeri.

Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi

potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi

pusat percutian .mereka.

Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri

perlu ditanam dalam diri.

Kamariah & Samad : Kami bersetuju dengan pendapat itu.

Contoh 2:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu isterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Page 13: Ayat pasif

Jawapan:

Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

...................................................................................c. Soalan Latihan:

Latihan 1:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

...............Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani itulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

Azman: Bagaimana dengan keputusan awak hendak ke bandar?

Yahya : Ya,keputusan saya adalah muktamad dan saya tidak mahu awak memujuk saya lagi.

Azman:Apa kurangnya di kampung kita berbanding dengan di bandar?

Yahya : Saya sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah

Azman : bukankah kita sama – sama lulus dalam lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani,itulah yang sepatutnya menjadi pilihan kita.

Yahya:kamu sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi saya tetap hendak ke Bandar.

Azman;Marilah kita mengerjakan tanah terbiar di kampung kita ini kerana hasilnya lumayan

Page 14: Ayat pasif

Yahya;Saya tetap akan ke Bandar dan kamu sajalah pergi mengerjakannya sendiri. Saya hendak bekerja makan gaji di bandar

Latihan 2:

Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.

Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnye

Kamarul:Ya,kami berada di dalam rumah

Kamarul:Jemputlah naik cikgu,Redwan ada di dalam rumah

Cikgu Hassan;Tentulah saya akan naik,kalau tidak masakan saya datang ke sini?

Redwan :Cikgu saya minta maaf kerana rumah belum dikemaskan lagi.

Kamarul : Kami tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi

baru selesai dua hari yang lalu.

Page 15: Ayat pasif

Jawapan soalan 1:

Azman : Sudah muktamadkah keputusan engkau hendak ke bandar?Yahya : Ya, aku sudah nekad. Engkau jangan pujuk aku lagi.Azman : Apa kurangnya kampung kita berbanding dengan bandar?Yahya : Aku bosan, hari-hari bermain lumpur di sawah.Azman : Bukankah pengkhususan kita bidang pertanian? Jadi, bertanilah pilihan kita.Yahya : Kalau engkau hendak engkau sahajalah yang buat, aku tetap hendak ke bandar.Azman : Lebih baik kita usahakan tanah terbiar itu, tentu hasilnya lumayan.Yahya : Engkau sahajalah yang kerjakan, aku hendak makan gaji.

Jawapan soalan 2:

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.“ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya.Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan“Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.

Page 16: Ayat pasif

“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul memberikan alasan.

JAWAPAN SOALAN 1:

1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtu akan datang.5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya.6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

JAWAPAN SOALAN 2:

1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat itu bahaya sambil meneliti mata belolok Ani.3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa .4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya sudah tiada lagi.6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot

Page 17: Ayat pasif

JAWAPAN SOALAN 3:

1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan tentang yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum menjelaskan yuran peperiksaannya.4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan perkara yang sebenarnya.6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan seorang yang sangat garang.

JAWAPAN SOALAN 4:

1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepadaFelix.2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastiannamanya sekali lagi daripada Felix.4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata-mata makan Mi Pedas.6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan dahulu.

JAWAPAN SOALAN 5:

1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah.3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit

Page 18: Ayat pasif

AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK.

A. MAKSUD AYAT:1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal.- ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu predikat sahaja.2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang.- ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada satu pradikat.

B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK :

Syarat penukaran:

i. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.

ii. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti didahulukan.

iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan sebagainya.b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab….maka, walaupun ….namundan lain-lain.

iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali ‘atau’ digunakan.

v. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.

vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang berlainan daripada perkara yang sebelumnya.

vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 :1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli gula. Mereka membeli ikan.Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan ikan.

2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.

3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.Ayat majmuk : 1. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan melabur.2. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.

4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.Ayat majmuk : Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.

Page 19: Ayat pasif

5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut.

D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :

Contoh 1 : (Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan.

Jawapan :1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual pelbagai barang dengan harga yang murah.

2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut.

3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar malam itu bersama ibu bapa dan rakan-rakan.

Contoh 2 : (Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga. Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.

Jawapan :1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian supaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik t masih engkar.

2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-undang dengan menangkap pesalah dan didenda RM300.

3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman supaya dapat dijadikan pengajaran.

Page 20: Ayat pasif

E. LATIHAN :Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3 ayat majmuk.

Soalan 1 :Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu selera. Jamuan itu ialah jamuan hari jadi. Jamuan itu sempena hari jadi anak Tok Mudim. Ramai tetamu yang hadir. Mereka dating dari seluruh kampung itu. Mereka meraikan hari jadi anak Tok Mudim. Hari jadi itu ialah hari jadi yang ke lima. Banyak makanan disediakan. Makanan itu untuk para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka sungguh gembira.

Soalan 2 :Tanaman getah telah diperkenalkan di Malaysia. Tanaman itu ditanam pada tahun 1930-an. Tanaman itu oleh penjajah Inggeris. Kini tanaman itu sangat penting. Tanaman itu menjadi tanaman kedua utama. Tanaman itu telah dieksport. Tanaman itu dieksport ke seluruh dunia. Tanaman itu semakin berkurangan. Banyak tanah telah ditebus guna. Tanah itu dijadikan kawasan industri. Tanah itu dijadikan kawasan tanaman kelapa sawit.

Soalan 3 :Rakyat Malaysia diseru supaya bersabar. Rakyat Malaysia diseru supaya berjimat cermat. Harga minyak sedang melambung tinggi. Harga barangan pengguna sedang meningkat. Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah. Kerajaan akan membantu meringankan beban rakyat. Kerajaan akan memulihkan harga minyak. Kenaikan harga minyak ini adalah fenomena luar biasa. Harga minyak dunia meningkat dengan mendadak. Harga minyak meningkat sehingga US45 setong.

Soalan 4 :Tiga buah Negara telah menjajah negara kita. Negara tersebut ialah England, Portugal dan Jepun. Mereka mula menjajah sejak tahun 1511. Mereka menjajah selama lebih 400 tahun. Semasa penjajahan rakyat hidup menderita. Ramai mangsa telah dibunuh. Mereka dibunuh dengan kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar. Mereka menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah. Mereka ingin mendapatkan kemerdekaan tanah air.

F. LATIHAN DAN JAWAPAN

Panduan kepada pelajar :

1. PADAMKAN PERKATAAN BERHURUF TEBAL ATAU BERWARNA MERAH UNTUK MENDAPAT JAWAPAN YANG BETUL!!!!!!!!!!!!!!!!

2. PERKATAAN CONDONG IALAH PERKATAAN PERLU DITAMBAH.

LATIHAN spm 1Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja

Page 21: Ayat pasif

tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia seperti manusia berburu sesuka hati mereka dan Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan.3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 2

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.

1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut dan mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan

LATIHAN SPM 3

Page 22: Ayat pasif

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

1) Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM dan rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga.2) Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat dan hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

LATIHAN SPM 4

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.

1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini.2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demi hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan yang kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar.3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer serta langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang ini komputer juga.

LATIHAN SPM 5Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja

Page 23: Ayat pasif

tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

1) Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. buku ini yang dikarang oleh Darulsalam.2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti ke PulauSayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya ketika mereka bercuti ke Pulau Sayak3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tetapi tanpadisedari. nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskankumpulan itu.

LATIHAN SPM 6Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat . kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu serta kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki.3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan walaupun keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

LATIHAN SPM 7

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja

Page 24: Ayat pasif

tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia.2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan.3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah seperti peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

LATIHAN SPM 8Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan. Pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama. Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara. Usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

1) Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara.2) Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan dan pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama.3) Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan untuk usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara serta usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

LATIHAN SPM 9Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Page 25: Ayat pasif

Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada pelbagai keturunan. Peringkat umur mereka pun pelbagai. Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara. Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan. Usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan. negara.

1) Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat dan mereka terdiri daripada pelbagai keturunan serta peringkat umur mereka pun pelbagai.2) Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita serta Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara.3) Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia dan usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan negara.

LATIHAN SPM 10

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992. Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal. Langkah berhati-hati perlu diambil. Tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar. Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu pencemaran berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

1) Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi yang sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992.2) Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal dan langkah berhati-hati perlu diambil. tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar.3) Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara dan selain itu pencemaran yang berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

LATIHAN SPM 11Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Page 26: Ayat pasif

Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. Perubahan itu bertujuan mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah. Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pendidikan sebagai punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah. Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman. Sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi “keperluan semalam”. Yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk “keperluan esok”.

1) Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. perubahan itu bertujuan untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah.2) Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pelajaran sebagai punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah.3) Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman kerana sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi “keperluan semalam” sedangkan yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk “keperluan esok”.

LATIHAN SPM 12

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga. Masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga. Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial. Masalah tersebut begitu rumit. Masalah tersebut kian bertambah. Pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa. Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat. Perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat. Perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

1) Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah yang masalah tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga dan masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga.2) Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial yang masalah tersebut begitu rumit dan masalah tersebut kian bertambah pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa.3) Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat dan perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat serta perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

LATIHAN SPM 13

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Page 27: Ayat pasif

Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri. Perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara. Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah. Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta. Rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini. Sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara. Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita. Hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut.

1) Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara dan Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah.2) Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta kerana rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini serta sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara.3) Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita dan hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut

LATIHAN SPM 14

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu berlangsung pada Ogos 1971. Penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu. Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu. Resolusi itu berasaskan tiga prinsip utama. Prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. Rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969. Rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

1) Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan penggubalan itu berlangsung pada Ogos 1971. penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu.2) Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu yang resolusi itu berasaskan tiga prinsip utama prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini , prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dan prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969 dan rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

Membina perkataan hampir sama bunyi:

Perhatian:

Page 28: Ayat pasif

1. Jangan lakukan kesalahan tatabahasa atau ejaan. ( potongan setengah markah )2. Jangan letakkan sebarang imbuhan pada kata yang diberikan. ( 0 markah )3. Jangan gandakan kata yang diberikan. ( 0 markah )4. Jangan bentuk Kata Nama Khas daripada kata yang diberikan. ( 0 markah )5. Jangan gunakan kata yang diberikan sebagai simpulan bahasa atau cogan kata. ( 0 markah )6. Jangan bentuk kata yang diberikan sebagai kata majmuk. ( 0 markah )7. Untuk kata nama tidak berimbuhan, anda boleh menggunakan ayat dialog:Contohnya - tebang ("Jangan tebang pokok buluh itu", kata Chong Meng.)8. Jangan buat ayat yang tidak menunjukkan makna. ( 0 markah )Contohnya - tebang (Saya bertanya guru saya maksud perkataan tebang.)

Bina ayat daripada perkataan yang diberi di bawah bagi menunjukkan anda faham penggunaan dan maksudnya.

1. hemah / hemat

2. kerangka / rangka3. perap / perah

4. melarik / melirik5. mentaksir / mentafsir

6. menjurus / menjirus7. mengubah / menggubah

8. menghembuskan / menghemburkan9. menatap / meratap

10. meraung / melaung11. menyumpah / menyampah

12. rencam / rencah13. diharap / digarap

14. laksana / laksamana15. sering / seiring

16. menghidap / menghadap17. secocok / secucuk

18. sasaran / sesaran19. tergolong / tergulung

Page 29: Ayat pasif

20. sepadan / sempadan21. persatuan / penyatuan

22. menembuk / menembok23. sembang / sumbang.

24. menyeluruh / menyeloroh25. belot / belut

26. mengindahkan / mengendahkan27. menyerap / mencerap

28. mengabaikan / mengaibkan29. tapak / tepak

30. menyuraikan / menyuarakan31. bertitah / bertatah

32. gumpal / gempal33. mencolek / menculik

34. memerah / memeras35. melencong / melancong

36. bertelur / bertelor37. berkenan / berkenaan.

38. menempa / menempah39. menyurut / menyorot

40. melagakan / melegakan41. melayukan / melayurkan

42. mengibas / mengimbas43. pedalaman / pendalaman

44. merimaskan / meramaskan45. benteng / beting

46. menuntun / menonton47. pujuk / pojok.

48. beradat / beradab49. hempas / hampas

Page 30: Ayat pasif

50. lengan / lengang51. tabik / tabib

52. resmi / rasmi53. padan / pandan

54. perah / perap

Contoh ayat bagi perkataan hampir sama bunyi.

1. hemat – “Pada hemat saya, mesyuarat hari ini perlu ditangguhkan dahulu”,kata pengetua.

Page 31: Ayat pasif

....hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji.

2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu.....rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu.

3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku.....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak.

4. melarik – Ali melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas.....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh.

5. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun.....mentafsir - Abu cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepadanya tadi.

6. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan.....menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas.

7. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas.....menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang.

8. menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam.....menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas.

9. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu.....meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia.

10. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu.......melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon.

11. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu.......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas.

12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari.......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini.

13. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton.......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif.

14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang.......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar.

15. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber.......seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu.

Page 32: Ayat pasif

16. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas.......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau.

17. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok.......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat.

18. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran.......sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi.

19. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun.......tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi.

20. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan.......sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka.

21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya.......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati.

22. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum.......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu.

23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik Kulasingam.......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu.

24. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh.......menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi.

25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu.......belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut.

26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarikpelancong.......mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya.

27. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida.......mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2.

28. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita.......mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri.

29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan.......tepak - Encik Gundu memberi tepak berisi sireh kepada tetamunya.

30. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin.

Page 33: Ayat pasif

......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat hadir semalam.

31. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana.......bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata.

32. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu.......gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan.

33. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya.......menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan.

34. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya.......memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata Encik Chew.

35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain.......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.

36. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai.......bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan.

37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu.......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah.

38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate.......menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu.

39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam.......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu.

40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh.......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering.

41. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya.......melayurkan - Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih.

42. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala.......mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati.

43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya.......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi.

44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar.......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air mandian.

Page 34: Ayat pasif

45. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan Mancister.......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar.

46. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan.......menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen.

47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk.......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama.

48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain.......beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong.

49. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah.......hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan.

50. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca.......lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang.

51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya.......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya.

52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit.......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas.

53. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya.......pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah harum

PERIBAHASA

Page 35: Ayat pasif

Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah:

A. Membina ayat daripada peribahasa:Contoh:1. bagai menatang minyak yang penuhIbu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa.

2. seperti katak di bawah tempurungSikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung.

3. seperti paku dengan penukulPelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

4. ketam mengajar anaknya berjalan lurusMasih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.

1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.

i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)iii. anak emas (anak kesayangan)iv. air muka (diri, peribadi)

2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan kasih sayang akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.

i. bagai pinang dibelah dua.ii. sedangkan lidah lagi tergigit.iii. bagai embun di hujung rumput.

Page 36: Ayat pasif

C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:Contoh:

1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:Contoh:

1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama …………(i)…………… Mereka sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ……(ii)…….. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah …………(iii)………..nya itu supaya dapat memuaskan hati semua pihak.

i. rumah siap pahat berbunyiii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.iii. anak buah

Latihan 1:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. bagaikan kera mendapat bunga2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit3. burung terbang dipipiskan lada4. menegakkan benang yang basah5. bagaikan telur dihujung tanduk6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya7. bagaikan tikus jatuh di kepuk8. matinya semut kerana gula9. air dicincang tidak akan putus10. bagaikan embun di hujung rumput

Page 37: Ayat pasif

Latihan 2:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. seperti mendukung biawak hidup2. sudah jatuh ditimpa tangga3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina8. genggam bara api biar sampai menjadi arang9. bagai mencurah air ke daun keladi10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak

Latihan 3:Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain4. seperti pelanduk dua serupa5. melentur buluh biarlah dari rebungnya6. seperti ular kena palu7. mati semut kerana gula8. bagai mendapat durian runtuh9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

Page 38: Ayat pasif

Latihan 4:Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.

5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.

6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.

7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.

8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.

10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Wong Du Hou.

Latihan 5:Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.

Page 39: Ayat pasif

2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu.

3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.

4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah.

5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.

6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.

7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.

8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka.

9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.

10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan pandai bersilat itu.

Latihan 6:Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan cerita dan situasi tersebut.

1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.

Page 40: Ayat pasif

2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya.

3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya. Rakan-rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada di pejabat. Pada satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya.

Latihan 7:Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan cerita dan situasi tersebut.

1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam perkahwinan mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah sebangsa atau rakyat Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya akan membawanya bercuti selama dua minggu ke Eropah.

2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou Chee Pet mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat baktinya sebagai guru. Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika bertugas di bandar, namun keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi.

3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia sentiasa asyik tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha, mereka pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita tidak akan berjaya.

LATIHAN TAMBAHAN PERIBAHASA

Page 41: Ayat pasif

Beri maksud peribahasa di bawah:

1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau7. umpama mintak setitik, di laut sekalipun timbul juga8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan9. bagai lebah menghimpun madu10. cepat kaki, ringan tangan

11. genggam bara api biar sampai jadi arang12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya13. malas bergarit perut perit14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan15. seperti anai-anai makan kayu16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang17. bagai beliung dengan asahan18. biduk berlalu kiambang bertaut19. buang yang keruh ambil yang jernih20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga

21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga24. jauh bau bunga, dekat bau tahi25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak27. seperti pungguk rindukan bulan28. ikut hati mati, ikut rasa binasa29. nasi sudah menjadi bubur30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

31. sudah terantuk baru tengadah32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya33. alah membeli menang memakai34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah35. biar titik jangan tumpah36. cencaru makan petang37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar38. cicir dipungut, hilang di cari39. ukur baju di badan sendiri40. sediakan paying sebelum hujan

Page 42: Ayat pasif

41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu42. seperti air dalam kolam43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya44. cacing hendak menjadi naga45. membujur lalu melintang patah46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek54. seperti kerbau dicucuk hidung55. seperti belut pulang ke lumpur56. seperti gagak pulang ke benua57. seperti ikan pulang ke lubuk58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga59. jangan bermain di air keruh60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

61. diam ubi berisi, diam besi berkarat62. bagaikan harimau sembunyikan kuku63. jauhari juga yang mengenal manikam64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi66. air yang dingin juga dapat memadamkan api67. bagai menjaga intan dicanai68. karam sambal oleh belacan69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan

71. bagai menatang minyak yang penuh72. bagai ditatang di anak lidah73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang74. pandai menyelam air dangkal75. timba air mandikan diri76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang77. bagai duduk dengan cupak dan gantang78. seduit dibelah tujuh79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak

81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati

Page 43: Ayat pasif

82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya83. bagai kaduk naik junjung84. bagai laying-layang terputus talinya85. alah bias tegal biasa86. ditelan mati emak, diluah mati bapa87. beras secupak tak akan jadi segantang88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar89. bagaikan hidup segan mati tak mahu90. bagaikan itik pulang petang

Jawapan Latihan 4:

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.Jawapan: Ada udang di sebalik batu / Seperti menanam tebu di tepi bibir (janji yang ada sesuatu di sebaliknya)

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.Jawapan: Biduk berlalu kiambang bertaut (perselisihan faham akan kembali tenang/ baik semula)

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.Jawapan: Bagai itik pulang petang (tiada perubahan sebelum atau selepasnya)

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.Jawapan: Meriam buluh (kelihatan garang tetapi sebenarnya baik dan lemah lembut)

5. Walaupun keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.Jawapan: Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup / bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun/ pelepah. (sesuatu berita yang tidak baik akhirnya akan tersebar juga)

6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.Jawapan: Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit / kerana nila setitik, rosak susu sebelanga (seorang ahli berbuat keburukan, nama baik kumpulannya akan tercemar)

Page 44: Ayat pasif

7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.Jawapan: Belakang parang jika diasah lagikan tajam (Orang yang bodoh jika diajar akan menjadi pandai)

8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Jawapan: Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga (Jika tidak ada kemampuan janganlah melakukan sesuatu yang kita tidak mampu lakukan)

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.Jawapan: Bagai ikan pulang ke lubuk/ bagaikan belut pulang ke lumpur (balik semula ke kampung halaman setelah lama tinggal di tempat orang)

10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Wong Du Hou.Jawapan: Mencurah air ke daun keladi (membuat kerja yang sia-sia)

Jawapan Latihan 5:

1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.Jawapan: Bagaikan tikus membaiki labu (menjadikan sesuatu lebih teruk rosaknya)

2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu.Jawapan: batu loncatan (menggunakan seseorang untuk mencapai sesuatu maksud)

3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.Jawapan: Bagai itik pulang petang (balik dalam keadaan berbaris-baris)

4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah.Jawapan: ikut rasa binasa, ikut hati mati (melakukan perbuatan tanpa berfikir akan menyebabkan kesan yang buruk)

5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.

Page 45: Ayat pasif

Jawapan: Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi (Orang bijak yang tidak suka menunjuk-nunjuk)

6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.Jawapan: seperti kaduk naik junjung (semakin berlagak setelah mendapat kenaikan pangkat)

7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.Jawapan: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung (mengikut adat resam di mana kita berada)

8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka.Jawapan: Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. (manusia dipercayai jika menunaikan janjinya)

9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.Jawapah: Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung (berita kejayaan yang tidak seberapa tetapi menjadi riuh di seluruh tempat)

10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan pandai bersilat itu.Jawapan: Kecil-kecil cili padi (walaupun berbadan kecil tetapi amat berani)

Jawapan Latihan 6:1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.Jawapan: -anak emas-bagai menatang minyak yang penuh-susu diberi, dibalas tuba

Page 46: Ayat pasif

2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya.Jawapan:-ada udang di sebalik batu-tanam tebu di tepi bibir-(cikgu lupa!!!!!!!! bagi kemudian)

3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya. Rakan-rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada di pejabat. Pada satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya.Jawapan:-curi tulang-bagai mencurah air ke daun keladi-bagai telur di hujung tanduk.-Jawapan Latihan 7:

1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam perkahwinan mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah sebangsa atau rakyat Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya akan membawanya bercuti selama dua minggu ke Eropah.Jawpan:-langkah bendul-atas angin-bulan madu

2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou Chee Pet mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat baktinya sebagai guru. Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika bertugas di bandar, namun keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi.Jawapan:-belut pulang ke lumpur/ ikan pulang ke lubuk

Page 47: Ayat pasif

-hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri-(cikgu lupa!!!!!!! bagi kemudian)

3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia asyik tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha, mereka pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita tidak akan berjaya.Jawapan:-seperti paku dengan penukul-belakang parang kalau diasah lagikan tajam-di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Page 48: Ayat pasif

JAWAPAN LATIHAN PERIBAHASA

Maksud peribahasa:

1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisiJawapan: Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin merendah diri sifatnya.

2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalangJawapan: Mengikut sifat orang berilmu yang suka merendah diri daripada bersikap sombong.

3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekaliJawapan: Berbuat baik biarlah berpatutan tetapi janganlah berbuat jahat sama sekali.

4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan namaJawapan: Perkara yang selalu dikenang apabila seseorang telah tiada ialah nama baiknya.

5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasaJawapan: Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri dan masyarakat dan jangan berbuat jahat.

6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulauJawapan: Orang yang berketurunan baik, ke mana dia pergi akan menjadi baik juga akhirnya.

7. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jugaJawapan: Orang yang baik jika berada di mana-manapun akan dimuliakan orang juga.

8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lenganJawapan: Setiap perbuatan mesti dilakukan bersungguh-sungguh sehingga mendapat hasil yang baik.

9. bagai lebah menghimpun maduJawapan: Orang yang sangat rajin mencari ilmu atau harta.

10. cepat kaki, ringan tanganJawapan: Orang yang rajin dan cekap bekerja.

11. genggam bara api biar sampai jadi arangJawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sehingga mendapat hasil.

Page 49: Ayat pasif

12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaJawapan: Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak berusaha.

13. malas bergarit perut peritJawapan: Sikap malas berusaha akan menyebabkan kita mendapat kesusahan.

14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalanJawapan: Orang yang malas tidak akan maju.

15. seperti anai-anai makan kayuJawapan: Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.

16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayangJawapan: Sesuatu hasil yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha yang rajin kerana rezeki tidak datang dengan sendiri.

17. bagai beliung dengan asahanJawapan: Perhubungan sahabat yang sangat rapat.

18. biduk berlalu kiambang bertautJawapan: Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya.

19. buang yang keruh ambil yang jernihJawapan: Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

20. cubit peha kanan peha kiri terasa jugaJawapan: Jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan, kita akan merasakan kesusahan itu juga.

21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersamaJawapan: Perhubungan yang sama taraf.

22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semuaJawapan: Jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat susah, ahli yang lain juga turut merasai kesusahannya.

23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu jugaJawapan: Jikalau ada jodoh, di mana-mana pun akan ditemukan juga.

24. jauh bau bunga, dekat bau tahiJawapan: Kaum keluarga yang tinggal berjauhan akan berasa rindu tetapi jika tinggal berdekatan akan selalu berkelahi.

25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyiJawapan: Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika melibatkan seorang sahaja.

Page 50: Ayat pasif

26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anakJawapan: Hubungan anak dengan bapa yang sangat baik dan saling bertolongan.

27. seperti pungguk rindukan bulanJawapan: Seseorang yang sentiasa mengingati dan merindui kekasihnya.

28. ikut hati mati, ikut rasa binasaJawapan: Orang yang mengikut kehendak nafsu akan musnah hidupnya.

29. nasi sudah menjadi buburJawapan: Perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak dapat diubah lagi.

30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalanJawapan: Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan agar tidak menyesal kemudian hari.

31. sudah terantuk baru tengadahJawapan: Sudah ditimpa kemalangan barulah hendak beringat-ingat/ berhati-hati.

32. air yang tenang jangan disangka tiada buayaJawapan: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

33. alah membeli menang memakaiJawapan: Biarlah membeli barang yang berkualiti dan lebih mahal harganya asalkan barangan itu tahan lama.

34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidahJawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati.

35. biar titik jangan tumpahJawapan: Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.

36. cencaru makan petangJawapan: Mendapat keuntungan atau kemenangan pada saat-saat akhir.

37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengarJawapan: Seseorang itu mestilah berhati-hati apabila bercakap atau memberi pendapat tentang sesuatu perkara.

38. cicir dipungut, hilang di cariJawapan: Jangan membazirkan sesuatu makanan hanya kerana ingin berjimat.

39. ukur baju di badan sendiriJawapan: Berbelanja atau melakukan sesuatu perkara biarlah mengikut kemampuan diri kita sendiri.

Page 51: Ayat pasif

40. sediakan payung sebelum hujanJawapan: Berjaga-jaga lebih baik sebelum bencana atau perkara buruk berlaku.

41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahuJawapan: Sekali kita tertipu, akan membuatkan kita lebih berhati-hati.

42. seperti air dalam kolamJawapan: Orang yang bersifat dan kelihatan tenang.

43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnyaJawapan: Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

44. cacing hendak menjadi nagaJawapan: Orang biasa yang cuba bertindak seperti orang besar/ berpengaruh.

45. membujur lalu melintang patahJawapan: Seseorang yang tidak takut pada halangan atau cabaran.

46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakatJawapan: Mencapai kata sepakat.

47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicahJawapan: Pengagihan yang adil dan sama banyak.

48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruniJawapan: Perhubungan yang sama akrab sehingga susah dan senang sanggup dihadapi bersama.

49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturutJawapan: Kita hendaklah patuh pada adat dan undang-undang di tempat kita berada.

50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungJawapan: Kita hendaklah patuh undang-undang dan peraturan di mana kita menetap.

51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanahJawapan: Semasa hidup kita mesti mengikut peraturan dan adat, tetapi setelah mati kita akan mengikut hukum Tuhan.

52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinyaJawapan: Manusia akan dipercayai jika menepati segala janji.

53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembekJawapan: Seseorang itu mestilah menyesuaikan diri dengan tempat di mana dia berada.

Page 52: Ayat pasif

54. seperti kerbau dicucuk hidungJawapan: Seseorang yang hanya tahu mengikut kehendak atau arahan orang lain.

55. seperti belut pulang ke lumpurJawapan: Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau.

56. seperti gagak pulang ke benuaJawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

57. seperti ikan pulang ke lubukJawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau jugaJawapan: Sejauh manapun seseorang itu merantau, akhirnya dia akan kembali ke tempat asalnya semula.

59. jangan bermain di air keruhJawapan: Perbuatan yang negative janganlah ditiru.

60. ke tengah boleh, ke tepi pun bolehJawapan: Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

61. diam ubi berisi, diam besi berkaratJawapan: Orang yang berilmu biasanya diam kerana berfikir tetapi orang yang tidak berilmu selalunya banyak bercakap.

62. bagaikan harimau sembunyikan kukuJawapan: Orang berilmu yang menyembunyikan kelebihan dirinya.

63. jauhari juga yang mengenal manikamJawapan: Orang yang bijaksana sahaja tahu menilai kelebihan sesuatu perkara.

64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan didugaJawapan: Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan sesuatu perkara, lebih baik jangan melakukannya.

65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggiJawapan: Orang yang sama taraf atau sepadan.

66. air yang dingin juga dapat memadamkan apiJawapan: Kata-kata yang lemah lembut akan dapat meredakan kemarahan seseorang.

67. bagai menjaga intan dicanaiJawapan: Kasih sayang yang amat tinggi.

Page 53: Ayat pasif

68. karam sambal oleh belacanJawapan: Seseorang yang dikasihi tetapi merosakkan harta benda yang diberi kepadanya.

69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang peganganJawapan: Kasih ibu bapa terhadap anak-anaknya berkekalan selama-lamanya, tetapi kasih anak kepada ibu bapa biasanya tidak tetap.

70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkanJawapan: Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan dan jangan terlalui dimanjai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

71. bagai menatang minyak yang penuhJawapan: Menjaga anak yang dikasihi dengan penuh kasih dan sayang

72. bagai ditatang di anak lidahJawapan: Orang yang terlalu kasih akan anak dan isterinya.

73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberangJawapan: Orang yang pandai membawa diri, ke mana-mana pun mereka pergi pasti akan selamat.

74. pandai menyelam air dangkalJawapan: Orang yang pandai membawa diri

75. timba air mandikan diriJawapan: Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain.

76. yang tegak disokong, yang lemah ditopangJawapan: Orang kaya dimuliakan manakala orang miskin diberi pertolongan.

77. bagai duduk dengan cupak dan gantangJawapan: Rakyat yang hidup di bawah kepimpinan yang adil.

78. seduit dibelah tujuhJawapan: Pembahagian yang sama rata.

79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserakJawapan: Bijaksana dalam menyelesaikan masalah.

80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidakJawapan: Melaksanakan hukuman secara tidak adil.

81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hatiJawapan: Orang yang berkuasa dan bebas untuk melakukan apa-apa sahaja.

Page 54: Ayat pasif

82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinyaJawapan: Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing.

83. bagai kaduk naik junjungJawapan: Orang yang mengada-ngada.

84. bagai layang-layang terputus talinyaJawapan: Hidup yang tiada berpedoman.

85. alah bisa tegal biasaJawapan: Kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah.

86. ditelan mati emak, diluah mati bapaJawapan: Terlalu sukar membuat keputusan.

87. beras secupak tak akan jadi segantangJawapan: Kehidupan seseorang atau kemiskinan yang tidak mungkin dapat diubah.

88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakarJawapan: akibat marah akan seseorang, semua orang dipersalahkan.

89. bagaikan hidup segan mati tak mahu:Jawapan: Hidup dalam keadaan ala kadar/ sesuatu yang tidak sempurna

90. bagaikan itik pulang petangJawapan: Berjalan dalam keadaan berbaris-baris dalam satu kumpulan