latihan

17
“UJRAH” SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN MENGIKUT TURUTAN Nama Penerima Biaya : SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN Nombor Kad Pengenalan : 800108095116 Bil Perkara Untuk kegunaan PTPTN DOKUMEN PERJANJIAN 1 Surat Tawaran Penggabungan Pinjaman dan/atau Pertukaran kepada Pembiayaan Pendidikan Berasaskan Ujrah 2 Salinan 2 Akuan Penerimaan 2 Salinan 3 Surat Kebenaran 1 dan 2 2 Salinan 4 Perjanjian Pembiayaan Pendidikan 2 Salinan 5 Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan - Ditandatangan ringkas oleh Penerima Biaya di setiap muka surat di penjuru kanan bawah 2 Salinan 6 Lampiran A – Akuan Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian 1 Salinan DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN 1 Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. (salinan Kad Pengenalan hendaklah dipalang dua (2) garisan lurus dan ditulis “Kegunaan PTPTN Sahaja”) 1 Salinan 2 Borang Maklumat Pekerjaan/ Kebenaran Potongan Gaji 1 Salinan “Permohonan Pembiayaan PTPTN yang diluluskan adalah kelulusan bersyarat, PTPTN berhak untuk membatalkan kelulusan tawaran pembiayaan sekiranya berlaku ketidakpatuhan syarat kelayakan masuk ke IPT (sila rujuk syarat kelayakan masuk dengan pihak IPT), terdapat perbezaan maklumat permohonan dan tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa ketika sesi semakan dan penyerahan dokumen tawaran kepada PTPTN” Untuk kegunaan PTPTN sahaja: STATUS TAWARAN: TERIMA / TOLAK Catatan: ______________________________________________________________________________ Disemak oleh (Pegawai PTPTN): ........................................................................ Tarikh: ................. / ............... / .................... (Nama Pegawai & Cop Rasmi Jawatan

Upload: maylady-selly

Post on 16-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cemerlang

TRANSCRIPT

Page 1: latihan

“UJRAH”

SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DISERAHKAN MENGIKUT TURUTAN

Nama Penerima Biaya : SRIAYU SELLYWATTY SULAIMANNombor Kad Pengenalan : 800108095116

Bil

Perkara

Untuk kegunaan

PTPTN

DOKUMEN PERJANJIAN

1 Surat Tawaran Penggabungan Pinjaman dan/atau Pertukaran kepada Pembiayaan Pendidikan Berasaskan Ujrah

2 Salinan

2 Akuan Penerimaan 2 Salinan

3 Surat Kebenaran 1 dan 2 2 Salinan

4 Perjanjian Pembiayaan Pendidikan 2 Salinan

5 Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan - Ditandatangan ringkas oleh Penerima Biaya di setiap muka surat di penjuru kanan bawah

2 Salinan

6 Lampiran A – Akuan Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian 1 Salinan

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN

1 Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. (salinan Kad Pengenalan hendaklah dipalang dua (2) garisan lurus dan ditulis “Kegunaan PTPTN Sahaja”)

1 Salinan

2 Borang Maklumat Pekerjaan/ Kebenaran Potongan Gaji 1 Salinan “Permohonan Pembiayaan PTPTN yang diluluskan adalah kelulusan bersyarat, PTPTN berhak untuk membatalkan kelulusan tawaran pembiayaan sekiranya berlaku ketidakpatuhan syarat kelayakan masuk ke IPT (sila rujuk syarat kelayakan masuk dengan pihak IPT), terdapat perbezaan maklumat permohonan dan tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa ketika sesi semakan dan penyerahan dokumen tawaran kepada PTPTN” Untuk kegunaan PTPTN sahaja: STATUS TAWARAN: TERIMA / TOLAK Catatan: ______________________________________________________________________________ Disemak oleh (Pegawai PTPTN):

........................................................................ Tarikh: ................. / ............... / ....................(Nama Pegawai & Cop Rasmi Jawatan

Page 2: latihan

PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONALLot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase PerdanaOff Jalan SemantanDamansara Heights50490 Kuala Lumpur

Telefon:03-2080 4455Faks: 03-2098 6589

Laman Web: www.ptptn.gov.myAduan: http://icare.ptptn.gov.my

“UJRAH”SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN NOMBOR SURAT TAWARAN : 2014/04584402

D/A FAIZAL IZZANI AHMAD, TARIKH : 22/12/2014

JABATAN KECEMASAN HOSPITAL BALIK PULAU

11000 BALIK PULAU

PULAU PINANG

SURAT TAWARAN PENGGABUNGAN PINJAMAN DAN/ATAU PERTUKARAN KEPADA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BERASASKAN UJRAH

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah ditawarkan Penggabungan Pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan/atau pertukaran kepada Pembiayaan Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berasaskan kaedah Ujrah (Upah). Maklumat tawaran seperti berikut:

(i) TUJUAN PENGGABUNGAN PINJAMAN PENDIDIKAN DAN/ATAU PERTUKARAN KEPADA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BERASASKAN KAEDAH UJRAH (UPAH)

(ii) JUMLAH PEMBIAYAAN RM 55,249.84BERASASKAN BAKI PADA 01/12/2014

(iii) TEMPOH BAYARAN BALIK 240 BULAN MULAI 01/12/2014

(iv) UPAH PENGURUSAN PEMBIAYAAN RM 11,049.97

(PEMBIAYAAN YANG DILULUSKAN X 1% SETAHUN X TEMPOH BAYARAN BALIK)

(v) ANSURAN BULANAN RM 276.25 SELAMA 240 BULAN MULAI 01/12/2014

(vi) CARA BAYARAN BALIK PENERIMA BIAYA YANG BEKERJA HENDAKLAH MEMBAYAR ANSURAN BULANAN MELALUI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

PTPTN BERHAK MENGUBAH CARA BAYARAN BALIK DENGAN MEMBERI NOTIS BERTULIS KEPADA TUAN/PUAN

(vii) KOS PENGUATKUASAAN DAN/ATAU KOS-KOS LAIN

PERLU DIBAYAR SECARA BERASINGAN (SEKIRANYA ADA)

2. Sekiranya tuan/puan bersetuju menerima tawaran ini, sila lengkapkan Dokumen Perjanjian dan kembalikannya bersama-samadokumen sokongan kepada PTPTN dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini. Dengan penerimaan tawaran dan penyempurnaanPerjanjian Pembiayaan Pendidikan ini, Perjanjian di bawah Pinjaman Pendidikan yang dinyatakan pada bahagian (i) seperti di atasadalah terbatal.

3. Kegagalan tuan/puan mengembalikan dokumen tersebut dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran initerbatal. Sekiranya tuan/puan masih berminat, sila kemukakan rayuan secara bertulis. PTPTN mempunyai budi bicara yang mutlakdalam mempertimbangkan rayuan tersebut termasuklah penentuan jumlah pembiayaan yang akan diluluskan.

4. Walau apa pun peruntukan di dalam surat ini, PTPTN berhak meminda syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan pada bila-bila masa berdasarkan keperluan tertentu dan tuan/puan adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. PTPTN juga berhakmenarik balik tawaran ini tanpa perlu memberi sebarang sebab.Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(HASRUL NIZAM BIN CHE HASHIM)b.p. Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Dokumen ini adalah cetakan komputer dan tidak memerlukan tandatangan"Dana Pendidikan Pemangkin Pembangunan Negara" 1/4

Page 3: latihan

PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7AKUAN PENERIMAAN

NAMA PENERIMA BIAYA

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN

NOMBOR KAD PENGENALAN

800108095116

NOMBOR SURAT TAWARAN

2014/04584402

TARIKH SURAT TAWARAN

22/12/2014

Saya seperti nama di atas telah membaca dan memahami segala syarat dan terma Pembiayaan seperti yangdinyatakan di dalam Surat Tawaran Penggabungan Pinjaman dan/atau Pertukaran kepada Pembiayaan PendidikanBerasaskan Ujrah mengikut nombor dan tarikh surat tawaran yang tertera di atas.

Saya bersetuju menerima tawaran penggabungan pinjaman dan/atau pertukaran kepada Pembiayaan Pendidikanoleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional berasaskan kaedah Ujrah (Upah) seperti yang terkandungdalam surat tawaran tersebut.

Saya juga mengesahkan bahawa butiran yang tertera di atas adalah betul. Tandatangan :

..................................

Tarikh :

............ /........... /...........

2/4

Page 4: latihan

PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7SURAT KEBENARAN 1

NAMA PENERIMA BIAYA

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN

NOMBOR KAD PENGENALAN

800108095116

ALAMAT D/A FAIZAL IZZANI AHMAD,

JABATAN KECEMASAN HOSPITAL BALIK PULAU

11000 BALIK PULAU

PULAU PINANG

Tarikh .............. / .............. / ..............

Kepada: Tuan, KEBENARAN/KEIZINAN MENGHUBUNGI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI/KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA/PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL/BANK/MANA-MANA AGENSI LAIN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMATBERKAITAN PENERIMA BIAYA

NOMBOR SURAT TAWARAN : 2014/04584402 TARIKH : 22/12/2014

Saya seperti nama di atas, membenarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untukmenghubungi agensi-agensi yang tersebut di atas bagi tujuan mendapatkan maklumat berkaitan saya pada bila-bilamasa diperlukan.

2. Surat kebenaran ini adalah sebagai memenuhi sebahagian syarat-syarat Pembiayaan Pendidikan yang diluluskanoleh PTPTN mengikut Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan seperti di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, .........................................................(Tandatangan PENERIMA BIAYA)

3/4

Page 5: latihan

PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7SURAT KEBENARAN 2

NAMA PENERIMA BIAYA

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN

NOMBOR KAD PENGENALAN

800108095116

ALAMAT D/A FAIZAL IZZANI AHMAD,

JABATAN KECEMASAN HOSPITAL BALIK PULAU

11000 BALIK PULAU

PULAU PINANG

Tarikh ..................... / .................. / ...................

Kepada: Tuan, KEBENARAN/KEIZINAN PEMOTONGAN GAJI KEPADA MAJIKAN BERKENAAN UNTUK BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN SEMULA PINJAMAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

NOMBOR SURAT TAWARAN : 2014/04584402 TARIKH : 22/12/2014

Saya seperti nama di atas, dengan ini bersetuju memberi kebenaran/keizinan kepada tuan supaya memotongsebahagian/sejumlah amaun yang ditentukan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)daripada gaji saya untuk dibayar kepada PTPTN sebagai bayaran balik Pembiayaan Pendidikan PTPTN.

2.Surat kebenaran ini adalah sebagai memenuhi sebahagian syarat-syarat Pembiayaan Pendidikan yang diluluskanoleh PTPTN mengikut Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan seperti di atas.

3. Surat ini sah sehingga keseluruhan Pembiayaan Pendidikan tersebut dilunaskan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.........................................................(Tandatangan PENERIMA BIAYA)

4/4

Page 6: latihan

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN ( 800108095116 ) PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

SETEMHASILRM 10

1. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian I JadualPembiayaan ANTARA Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional suatu pertubuhan perbadanan yangditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (kemudian daripada ini disebut“PERBADANAN”) sebagai pihak pertama DENGAN Penerima Biaya seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian IIJadual Pembiayaan (kemudian daripada ini disebut “PENERIMA BIAYA”) sebagai pihak kedua. PERJANJIAN INIadalah berasaskan kaedah Ujrah (Upah) di mana PERBADANAN sebagai Pemberi Khidmat PengurusanPembiayaan Pendidikan akan mengenakan upah (kemudian daripada ini disebut Upah Pengurusan Pembiayaan)kepada PENERIMA BIAYA sebagai Penerima Pembiayaan Pendidikan.

2. Sebagai balasan bagi Perkara-Perkara yang tersebut di dalam Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan,PERBADANAN dengan ini bersetuju untuk menguruskan Pembiayaan Pendidikan PENERIMA BIAYA seperti yangdinyatakan di dalam Bahagian III Jadual Pembiayaan (kemudian daripada ini disebut “Pembiayaan Tersebut ”).

3. PENERIMA BIAYA dengan ini bersetuju untuk membayar balik Pembiayaan Tersebut beserta dengan UpahPengurusan Pembiayaan seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian V Jadual Pembiayaan kepada PERBADANANdalam tempoh bayaran balik seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian VI Jadual Pembiayaan bermula dari TarikhKuatkuasa Bayaran Balik seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian VII Jadual Pembiayaan.

4. Adalah dengan ini dipersetujui dan diakui bahawa Surat Tawaran Penggabungan Pinjaman dan/atau Pertukarankepada Pembiayaan Pendidikan Berasaskan Ujrah seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian IV Jadual Pembiayaandan apa-apa tambahan atau pindaan kepadanya, Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan dan apa-apaPekeliling Rasmi PERBADANAN yang dikeluarkan oleh PERBADANAN dari semasa ke semasa melalui apa-apa carasekalipun hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini.

1/9

Page 7: latihan

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN ( 800108095116 ) PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7

JADUAL PEMBIAYAAN

BAHAGIAN PERKARA BUTIR-BUTIR

I) TARIKH PERJANJIAN PADA: ______ HARIBULAN:________ TAHUN:_______

II) NAMA PENERIMA BIAYA SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN

NOMBOR KAD PENGENALAN 800108095116

III) PEMBIAYAAN YANG DILULUSKAN RM 55,249.84

IV) NOMBOR SURAT TAWARAN 2014/04584402

V) UPAH PENGURUSAN PEMBIAYAAN RM 11,049.97(PEMBIAYAAN YANG DILULUSKAN X 1% SETAHUN X TEMPOH BAYARAN BALIK)

VI) TEMPOH BAYARAN BALIK 240 BULAN

VII) TARIKH KUATKUASA BAYARAN BALIK 01/12/2014

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS, saya mengakui bahawa saya telah membaca dan memahami syarat-syarat danterma-terma Pembiayaan yang dinyatakan di dalam Perjanjian Pembiayaan Pendidikan ini termasuk LampiranPerjanjian Pembiayaan Pendidikan yang akan dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini danpihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini BERSETUJU menurunkan tandatangan dan meterai mereka di sinipada haribulan dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian I Jadual Pembiayaan untuk mematuhi segalasyarat dan terma Perjanjian Pembiayaan Pendidikan ini. Ditandatangani oleh PENERIMA BIAYA

) ........................................................(Tandatangan PENERIMA BIAYA)

Nama PENERIMA BIAYA: SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN

Disaksikan oleh:

Nama Saksi

)

No. Kad Pengenalan

)

Cop Rasmi Jawatan dan Jabatan

)

...................................................................(Tandatangan Saksi PENERIMA BIAYA)

2/9

Page 8: latihan

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN ( 800108095116 ) PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7

Ditandatangani bagi pihak PERBADANAN

) ...................................................................(Tandatangan Pegawai PERBADANAN)

Nama Pegawai )

Disaksikan oleh:

Nama Saksi

)

No. Kad Pengenalan

)

Cop Rasmi Jawatan dan Jabatan

)

...................................................................(Tandatangan Saksi PERBADANAN)

3/9

Page 9: latihan

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN ( 800108095116 ) PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

LAMPIRAN PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BAHAWASANYA PERBADANAN telah bersetuju untuk menguruskan Pembiayaan Pendidikan, (kemudian daripadaini disebut "Pembiayaan Tersebut") kepada PENERIMA BIAYA tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung didalam Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI DAN DIAKUI PERKARA-PERKARA BERIKUT:- 1. PENERIMA BIAYA, dengan ini bersetuju:

(a) bahawa Pembiayaan Tersebut dikenakan Upah Pengurusan Pembiayaan sebanyak 1% setahun atau apa-apakadar yang ditetapkan oleh PERBADANAN dari semasa ke semasa ke atas Jumlah Pembiayaan sepanjangtempoh bayaran balik yang ditetapkan mulai Tarikh Kuatkuasa Bayaran Balik Pembiayaan Tersebut;

(b) bahawa penentuan Tarikh Kuatkuasa Bayaran Balik Pembiayaan Tersebut dalam Perjanjian PembiayaanPendidikan ini adalah ditentukan oleh PERBADANAN atas budi bicara mutlaknya;

(c) bahawa PENERIMA BIAYA, hendaklah membayar balik semua Pembiayaan Tersebut beserta UpahPengurusan Pembiayaan (kemudian daripada ini disebut "Keseluruhan Pembiayaan Tersebut") kepadaPERBADANAN berdasarkan kaedah yang ditetapkan;

(d) bahawa segala maklumat berkaitan dengan Perjanjian Pembiayaan Pendidikan boleh diberikan olehPERBADANAN kepada mana-mana biro Pinjaman/Pembiayaan atau agensi yang diluluskan oleh BankNegara Malaysia, mana-mana biro lain yang diluluskan oleh Persatuan Syarikat-Syarikat Kewangan diMalaysia dan pihak-pihak ketiga lain yang berkemungkinan berurusan dengan PENERIMA BIAYA dan, pihakPERBADANAN tidak akan menanggung apa-apa liabiliti jika berlaku sebarang kerugian atau kehilangan samaada secara langsung atau tidak langsung. PERBADANAN juga berhak pada bila bila masa untuk memintapihak-pihak di atas menahan apa-apa kemudahan yang dipohon oleh PENERIMA BIAYA; dan

(e) membenarkan PERBADANAN menyiarkan maklumat PENERIMA BIAYA yang gagal menjelaskanKeseluruhan Pembiayaan Tersebut dalam tempoh yang ditetapkan oleh PERBADANAN di dalam mana-manasiaran media sebaran am termasuk akhbar, televisyen, radio dan laman web. PERBADANAN tidak akanbertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, secara langsung atau tidak langsung, yang diakibatkan olehpendedahan berkenaan, sama ada kepada PERBADANAN atau mana-mana pihak lain.

2. PENERIMA BIAYA yang bekerja dikehendaki membuat pembayaran balik Keseluruhan Pembiayaan Tersebutmelalui kaedah potongan gaji yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sebarang kelonggaran kepadaFasal ini adalah tertakluk kepada budi bicara mutlak PERBADANAN. Tandatangan ringkas .............................

T.T Penerima Biaya4/9

Page 10: latihan

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN ( 800108095116 ) PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7

3. Lembaga Hasil Dalam Negeri atau mana-mana ejen lain yang dilantik oleh PERBADANAN menjadi ejenpemungutan untuk dan bagi pihak PERBADANAN untuk mendapatkan pembayaran balik Keseluruhan PembiayaanTersebut yang kena dibayar balik oleh PENERIMA BIAYA kepada PERBADANAN adalah berkuasa memaklumkansecara bertulis kepada seseorang majikan yang mengambil PENERIMA BIAYA bekerja untuk memotong daripadagaji PENERIMA BIAYA apa-apa jumlah wang yang merupakan amaun bayaran balik bulanan yang dikehendakidaripada PENERIMA BIAYA bagi tujuan pelepasan Keseluruhan Pembiayaan Tersebut dan kemudiannya diremitkankepada Lembaga Hasil Dalam Negeri atau mana-mana ejen lain yang dilantik. Bagi PENERIMA BIAYA yang bekerjasendiri PENERIMA BIAYA hendaklah membuat pembayaran balik Keseluruhan Pembiayaan Tersebut terus kepadaLembaga Hasil Dalam Negeri atau mana-mana ejen lain yang dilantik mengikut amaun bayaran balik bulananKeseluruhan Pembiayaan Tersebut yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Pembiayaan Pendidikan.

4. Untuk melindungi kepentingan PERBADANAN akibat kematian atau apa-apa keilatan kekal menyeluruh yangdialami oleh PENERIMA BIAYA di sepanjang tempoh pembayaran balik Keseluruhan Pembiayaan Tersebut,PERBADANAN adalah berhak mengikut budi bicara mutlaknya mengambil dan memenuhi apa-apa prosedur bagimengambil termasuk memberikan akad bagi pihak PENERIMA BIAYA perlindungan insurans/takaful ke atasPembiayaan Tersebut dan PENERIMA BIAYA adalah dikehendaki menanggung semua kos termasuk sumbanganbagi perlindungan takaful tersebut. PENERIMA BIAYA adalah dengan ini memberi persetujuan yang tidak bolehdibatalkan untuk membenarkan PERBADANAN mengenakan kos perlindungan insurans/takaful ini ke atas akaunPembiayaan Tersebut yang dikeluarkan oleh PERBADANAN kepada PENERIMA BIAYA atau mengikut apa-apakaedah yang ditetapkan oleh PERBADANAN. Walau apa pun peruntukan di atas, PERBADANAN atas budi bicaramutlaknya berhak untuk menuntut daripada PENERIMA BIAYA, waris-waris, wasi-wasi penerima-penerima serahakPENERIMA BIAYA, apa-apa jumlah yang masih terhutang kepada PERBADANAN yang tidak dilindungi takaful.

5. PERBADANAN berhak mengenakan Upah Pengurusan Pembiayaan sebanyak 1% setahun atau apa-apa kadaryang ditetapkan oleh PERBADANAN dari semasa ke semasa ke atas Jumlah Pembiayaan sepanjang tempohbayaran balik yang ditetapkan mulai Tarikh Kuatkuasa Bayaran Balik Pembiayaan Tersebut.

6. Tiada apa-apa yang terkandung dalam Fasal 3 boleh menjejaskan hak dan kuasa PERBADANAN untuk menuntutbayaran balik Keseluruhan Pembiayaan Tersebut terus daripada PENERIMA BIAYA.

7. Bagi PENERIMA BIAYA yang gagal membuat pembayaran balik Keseluruhan Pembiayaan Tersebut menurutPerjanjian Pembiayaan Pendidikan, PERBADANAN boleh memberi notis kepada PENERIMA BIAYA supayamembayar balik sekaligus baki Keseluruhan Pembiayaan Tersebut termasuk ansuran bulanan yang tertunggak.

8. Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan olehPERBADANAN, PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepadaPERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang lewat dibayar. Amaun ta'wid(pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterimaoleh PERBADANAN.

Tandatangan ringkas ...........................

T.T Penerima Biaya

5/9

Page 11: latihan

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN ( 800108095116 ) PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7

9. PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk:

a) memaklumkan kepada PERBADANAN secara bertulis alamat terkini tempat tinggalnya dan alamat terkini tempat bekerjanya dan pendapatannya dengan serta merta kepada PERBADANAN dari semasa ke semasa; dan

b) memaklumkan kepada majikan tempat PENERIMA BIAYA bekerja bahawa PENERIMA BIAYA adalah penerima pembiayaan pendidikan PTPTN.

10. Jika PENERIMA BIAYA melakukan pelanggaran terhadap mana-mana Fasal dalam Lampiran PerjanjianPembiayaan Pendidikan, PERBADANAN boleh, menurut budi bicara mutlaknya, menamatkan PerjanjianPembiayaan Pendidikan dan dengan itu tanpa menyentuh hak-hak PERBADANAN termasuk untuk menuntutbayaran balik sekaligus ke atas Keseluruhan Pembiayaan Tersebut termasuk ta'wid (pampasan) daripadaPENERIMA BIAYA di bawah Perjanjian Pembiayaan Pendidikan dan PENERIMA BIAYA tidaklah lagi mempunyaiapa-apa tuntutan ke atas apa-apa manfaat Perjanjian Pembiayaan Pendidikan.

11. Walau apa pun yang tersebut di atas, adalah selanjutnya dipersetujui dan diakui bahawa jika PENERIMA BIAYA:

(a) diisytihar bankrap oleh Mahkamah; atau

(b) telah melakukan apa-apa pelanggaran yang menyebabkan Perjanjian Pembiayaan Pendidikan ditamatkan.

PERBADANAN berhak menamatkan Perjanjian Pembiayaan Pendidikan tanpa memberi sebarang pemberitahuannotis bertulis kepada PENERIMA BIAYA dan PENERIMA BIAYA hendaklah bertanggungjawab membayar balikjumlah Pembiayaan Tersebut yang dikeluarkan kepada PENERIMA BIAYA termasuk Upah Pengurusan Pembiayaansekaligus.

12. Walau apa pun yang tersebut di atas, PERBADANAN boleh menurut budi bicara mutlaknya tanpa memberisebarang pemberitahuan notis bertulis kepada PENERIMA BIAYA menamatkan Perjanjian Pembiayaan Pendidikanpada bila-bila masa, jika PERBADANAN mendapati PENERIMA BIAYA memberi maklumat palsu atau tidak tepatdalam apa-apa dokumen yang dikemukakan dan dengan ini segala manfaat bagi dan tanggungan PENERIMABIAYA di bawah Perjanjian Pembiayaan Pendidikan adalah terhenti tanpa menjejaskan hak PERBADANAN untukmendapatkan kembali apa-apa Pembiayaan yang telah dikeluarkan oleh PERBADANAN kepada PENERIMA BIAYAdi bawah Perjanjian Pembiayaan Pendidikan.

Tandatangan ringkas ...........................

T.T Penerima Biaya

6/9

Page 12: latihan

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN ( 800108095116 ) PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7

13. Tanpa menjejaskan Fasal 3 Lampiran ini, jika PERBADANAN menyediakan satu skim pembayaran balikberkenaan wang yang kena dibayar oleh PENERIMA BIAYA ke atas Keseluruhan Pembiayaan Tersebut kepadaPERBADANAN selain daripada yang ditetapkan di bawah Fasal 3, PENERIMA BIAYA adalah dengan ini memberipersetujuan yang tidak boleh dibatalkan untuk membenarkan PERBADANAN membuat perkiraan dengan sesiapajua majikan PENERIMA BIAYA kemudian nanti supaya pendapatannya dipotong dengan sewajarnya bagi pihakPERBADANAN. PERBADANAN adalah berhak pada bila-bila masa untuk mengubah kadar Upah PengurusanPembiayaan, cara dan/atau masa bagi pembayaran balik itu dan meminta pembayaran balik dengan serta-mertabagi Keseluruhan Pembiayaan Tersebut atau sebanyak mana yang masih belum dibayar menurut budi bicaramutlaknya tanpa memberi apa-apa sebab baginya. PERBADANAN juga berhak pada bila-bila masa untuk memintamana-mana Agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Kumpulan WangSimpanan Pekerja atau Pertubuhan Keselamatan Sosial membayar daripada saguhati persaraan atau carumanPENERIMA BIAYA bagi tujuan pelepasan Keseluruhan Pembiayaan Tersebut. 14. PENERIMA BIAYA dengan ini memberi pengakuan akan membayar balik kepada PERBADANAN apabiladituntut semua kos dan perbelanjaan untuk menuntut, menyaman atau mendapatkan balik apa-apa wang terhutangoleh PENERIMA BIAYA kepada PERBADANAN atau menguatkuasakan apa-apa tanggungan lain di bawahPerjanjian Pembiayaan Pendidikan.

15. PENERIMA BIAYA dengan ini memberi kebenaran kepada PERBADANAN untuk menghubungi bankPENERIMA BIAYA, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Pertubuhan KeselamatanSosial atau mana-mana agensi lain untuk mendapatkan maklumat berkaitan PENERIMA BIAYA apabila diperlukanbagi tujuan menguatkuasakan Perjanjian Pembiayaan Pendidikan.

16. Duti setem yang kena dibayar kepada Perjanjian Pembiayaan Pendidikan hendaklah ditanggung dan dibayaroleh PENERIMA BIAYA.

17. Sebarang kelonggaran, penangguhan tindakan, kelewatan, atau sikap membiarkan oleh PERBADANAN atauwakil yang dilantik oleh PERBADANAN berkenaan dengan melaksanakan mana-mana syarat dan terma PerjanjianPembiayaan Pendidikan ataupun pemberian masa oleh PERBADANAN kepada PENERIMA BIAYA, tidak akandengan apa cara sekalipun memudaratkan, memberi kesan atau mengurangkan hak-hak dan kuasa PERBADANANdi bawah Perjanjian Pembiayaan Pendidikan, begitu juga sebarang penepian oleh PERBADANAN akan pelanggaranoleh PENERIMA BIAYA tidak akan bertindak sebagai penepian terhadap pelanggaran yang berikutnya.

18. Walau apa pun yang tersebut di atas, sekiranya apa-apa peruntukan di dalam Perjanjian PembiayaanPendidikan adalah atau menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan di dalam apa-apa hal sekalipun di bawah apa jua undang-undang, keesahan dari segi undang-undang atau kebolehan untukdikuatkuasakan peruntukan-peruntukan yang lain tidak akan dalam apa cara sekalipun dijejaskan atau dilemahkanolehnya.

Tandatangan ringkas .................................T.T Penerima Biaya

7/9

Page 13: latihan

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN ( 800108095116 ) PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7

19. PERBADANAN adalah dibebaskan dan tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalandalam melaksanakan Perjanjian Pembiayaan Pendidikan jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripadakeadaan-keadaan darurat seperti rusuhan dan kekecohan awam, mogok, kebakaran, taufan, peperangan, bahayalaut atau kerana sebab-sebab atau bahaya yang di luar kawalan PERBADANAN yang menyebabkan pelaksanaanPerjanjian Pembiayaan Pendidikan menjadi mustahil termasuklah perubahan-perubahan dasar Kerajaan yang di luarkawalan PERBADANAN. 20. Sebarang notis yang hendak diberi oleh PERBADANAN mengenai pembayaran balik Keseluruhan PembiayaanTersebut kepada PENERIMA BIAYA termasuk Saman, Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan akan menjadipenyampaian yang cukup kepada PENERIMA BIAYA jika dihantar dengan tangan atau dihantar melalui pos atau posberdaftar atau ditinggalkan di alamat seperti yang tersebut dalam Perjanjian Pembiayaan Pendidikan atau kepadaalamat terkini yang diberikan oleh PENERIMA BIAYA secara bertulis kepada PERBADANAN di bawah Fasal 9 danjika dihantar melalui pos hendaklah disifatkan sebagai diterima oleh PENERIMA BIAYA selepas empat puluh lapan(48) jam notis tersebut diposkan. 21. Sebarang notis yang hendak diberikan oleh PENERIMA BIAYA kepada PERBADANAN hendaklah secarabertulis dan menjadi penyampaian yang cukup kepada PERBADANAN jika dihantar dengan tangan atau dihantarmelalui pos atau pos berdaftar kepada PERBADANAN di alamat seperti yang tersebut dalam Surat Tawaran yangdibaca bersama-sama dengan Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Jika berlaku pertukaran alamat, PERBADANANakan memaklumkan perkara tersebut kepada PENERIMA BIAYA.

22. Walau apa pun yang tersebut di atas, PERBADANAN berhak pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknyameminda atau menambah terma-terma atau syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian PembiayaanPendidikan.

23. Seseorang PENERIMA BIAYA yang ingin meninggalkan Malaysia dan masih dalam tempoh bayaran balikPembiayaan Tersebut adalah bertanggungjawab memberi notis tiga (3) bulan kepada PERBADANAN.PERBADANAN boleh mengikut budi bicara mutlaknya meminta PENERIMA BIAYA untuk membuat bayaran baliksekaligus Keseluruhan Pembiayaan Tersebut sebelum PENERIMA BIAYA meninggalkan Malaysia.

24. Perjanjian Pembiayaan Pendidikan ini adalah dianggap sebagai kontrak yang dibuat di bawah Undang-UndangMalaysia dan bagi semua tujuan akan tertakluk kepada tafsir menurut Undang-Undang Malaysia dan PENERIMABIAYA adalah dengan ini bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah di Kuala Lumpur atau mana-mana Mahkamah sebagaimana yang ditentukan oleh PERBADANAN dan PENERIMA BIAYA adalah dengan inimengenepikan sebarang bantahan terhadap apa-apa tindakan undang-undang yang berbangkit atau yangberkenaan dengan Keseluruhan Pembiayaan Tersebut yang dibawa di dalam Mahkamah di Kuala Lumpur ataumana-mana Mahkamah di bawah Undang-Undang Malaysia sama ada atas alasan lokasi atau forum yangmenyusahkan.

25. Walau apa pun yang tersebut di atas, PERBADANAN boleh menurut budi bicara mutlaknya tanpa memberisebarang pemberitahuan notis bertulis kepada PENERIMA BIAYA menggabungkan, menyatukan ataumencantumkan semua atau mana-mana Pembiayaan PENERIMA BIAYA dengan PERBADANAN danPERBADANAN boleh menolak atau memindahkan apa-apa jumlah Pembiayaan termasuk Upah PengurusanPembiayaan bagi mana-mana Pembiayaan PENERIMA BIAYA dengan PERBADANAN mengikut apa-apa terma dansyarat yang disifatkan oleh PERBADANAN patut dikenakan.

Tandatangan ringkas .............................

T.T Penerima Biaya8/9

Page 14: latihan

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN ( 800108095116 ) PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7

26. PENERIMA BIAYA adalah dengan ini bersetuju bahawa perakuan yang dikeluarkan oleh PERBADANAN dantelah diperakui sah oleh Ketua Eksekutif atau mana-mana pegawai yang diberikuasa memperakuinya hendaklahtanpa sebarang kesilapan nyata menjadi bukti konklusif mengenai amaun Pembiayaan Pendidikan yang belumdijelaskan dan kena dibayar oleh PENERIMA BIAYA kepada PERBADANAN bagi tujuan bayaran balik PembiayaanPendidikan tersebut.

27. Perjanjian ini hendaklah mengikat waris-waris, wasi-wasi penerima-penerima serahak PENERIMA BIAYA.

28. Masa adalah menjadi perkara asas di dalam Perjanjian Pembiayaan Pendidikan.

Tandatangan ringkas .............................

T.T Penerima Biaya9/9

Page 15: latihan

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN ( 800108095116 ) PTPTN-P-03/12-2009 Pin.7

LAMPIRAN A

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalLot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase PerdanaOff Jalan Semantan, Damansara Heights50490 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

Akuan Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian

Saya SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN , No

Kad Pengenalan 800108095116 , rujukan surat tawaran

04584402 dengan ini mengaku bahawa telah menerima satu salinansurat tawaran dan dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN untuksimpanan saya melalui serahan bertarikh / / .

Sekian,terima kasih.

SRIAYU SELLYWATTY SULAIMAN

Tarikh:

Nota: Akuan ini hanya untuk kegunaan PTPTN sahaja

Page 16: latihan

PTPTN-P-04/6-2011 Pin. 1

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONALLot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase PerdanaOff Jalan SemantanDamansara Heights50490 Kuala Lumpur

Hotline: 03 – 2080 4455Portal Rasmi : www.ptptn.gov.myAduan :http:// icare.ptptn.gov.my

"

"UJRAH"

BORANG MAKLUMAT PEKERJAAN/ KEBENARAN POTONGAN GAJI

Sila lengkapkan:BAHAGIAN 1 DAN 2 : Bagi Pemohon Yang Tidak Bekerja BAHAGIAN 1,3,4 DAN 5 : Bagi Pemohon Yang Bekerja

BAHAGIAN 1 - BUTIRAN DIRINama Penerima Biaya

No. K/P Baru NoGaji

No. K/P Lama/Tentera/Polis No Pekerja

Alamat Emel No Telefon (Rumah)No Telefon (Bimbit)

Alamat Surat Menyurat

Alamat Tetap

Catatan : Bayaran melalui potongan gaji hanya untuk ansuran semasa. Ansuran tertunggak perlu dijelaskan secara sendiri. Permohonan potongan gaji akan diproses selewat- lewatnya 3 bulan. Bayaran melalui potongan gaji adalah percuma (tiada caj dikenakan).

BAHAGIAN 2 – PENGAKUAN TIDAK BEKERJA OLEH PENERIMA BIAYASaya, ……………………………………………………., (Nama seperti di dalam kad pengenalan) mengaku masih tidak bekerja dan mengesahkan segala maklumat yang diberikan adalah benar.

................................................(Tandatangan Penerima Biaya)

................................................(Tarikh)

Pengesahan*

................................................( )

*Pengesahan hanya boleh dibuat sama ada oleh Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Peguam, Jaksa Pendamai, Pengetua/ Guru Besar Sekolah (Sekolah Kerajaan sahaja), Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Rumah atau Mukim yang bertauliah.

Nama serta cop Jawatan dan Jabatan yang mengesahkan:BAHAGIAN 3 - MAKLUMAT MAJIKAN /PUSAT PEMBAYAR Nama Majikan AGENSI : sila pilih (/) Agensi

Perkhidmatan

Alamat Majikan Kerajaan

Swasta

No Telefon Pejabat No Faks

**Kod Pusat Pembayar (4 digit)

**Nama Pusat Pembayar

Page 17: latihan

Tandatangan Majikan Cop Majikan

Pengesahan Persetujuan Potong Gaji: Sila tandakan (/) pada kotak di bawah:

Bersetuju (Sila lengkapkan maklumat pada Bahagian 4 dan 5 di bawah)

Tidak Bersetuju (Sila lengkapkan maklumat pada Bahagian 5 di bawah)

BAHAGIAN 4 – PENGAKUAN PENERIMA BIAYA (PENGESAHAN JUMLAH ANSURAN BULANAN)Saya ingin memohon untuk membuat penambahan ansuran bulanan bayaran balik pembiayaan melalui potongan gaji dengan amaun seperti berikut:

Ansuran Bulanan (Baru)* R M :

*Catatan:i) Ansuran bulanan baru mestilah melebihi daripada ansuran bayaran balik mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan. Sekiranya ansuran bulanan baru lebih rendah daripada JBB, jumlah ansuran sebenar akan ditetapkan PTPTN mengikut amaun ditetapkan dalam JBBii) Sekiranya ruangan ini tidak diisi, jumlah amaun potongan gaji akan ditentukan oleh PTPTN berdasarkan kepada ansuran JBB yang telah ditetapkan.iii) Bagi ansuran bulanan mengikut kadar JBB atau lebih, penerima biaya layak menikmati kemudahan rebat diskaun 10% pada bulan ketiga belas berikutnya.

BAHAGIAN 5 – PENGAKUAN PENERIMA BIAYA

Saya,____________________________________________ ,(Nama seperti di dalam kad pengenalan)mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberikan adalah benar.

................................................(Tandatangan)

................................................(Tarikh)

Catatan : Sila kembalikan borang ini dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat untuk tindakan lanjut PTPTN. : Sila lengkapkan dan hantar borang ke Pejabat PTPTN Negeri yang berhampiran.**(Dilengkapkan oleh kakitangan kerajaan. Sila rujuk berdasarkan maklumat pada Slip Gaji)