latihan 2

3
BBM 5204 Nama : Siti Norzehan binti Bordin No. Matrik : GS 34819 Tugasan 2 1. Perbezaan antara klausa fonemik dengan klausa sintaksis. Klausa fonemik atau kumpulan nada adalah satu ujaran yang pendek yang diucapkan dengan kontur satu intonasi, manakala klausa sintaksis atau nama lainnya sentiod pula hampir serupa dengan klausa fonemik tetapi tidak sama. Klausa sintaksis mengadungi satu kumpulan nada yang tunggal, walaupun biasanya dianggap mengandungi struktur dalaman dua klausa sintaksis. Ianya dapat dibezakan seperti dalam ujaran berikut :- Klausa fonemik : Warna apa Klausa sintaksis : Saya hendak ke pasar 2. Berikan satu perkataan untuk eksperimen ‘tot’ (tip of the tongue) beserta definisinya. Definisi : Fungsinya adalah untuk membenarkan udara dan cahaya masuk di setiap rumah pada zaman dahulu. Cara membukanya dengan menolak kedua-dua permukaan ke arah keluar.

Upload: norhafizah-bordin

Post on 13-Aug-2015

52 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan 2

BBM 5204

Nama : Siti Norzehan binti Bordin

No. Matrik : GS 34819

Tugasan 2

1. Perbezaan antara klausa fonemik dengan klausa sintaksis.

Klausa fonemik atau kumpulan nada adalah satu ujaran yang pendek yang diucapkan

dengan kontur satu intonasi, manakala klausa sintaksis atau nama lainnya sentiod pula hampir

serupa dengan klausa fonemik tetapi tidak sama. Klausa sintaksis mengadungi satu kumpulan

nada yang tunggal, walaupun biasanya dianggap mengandungi struktur dalaman dua klausa

sintaksis. Ianya dapat dibezakan seperti dalam ujaran berikut :-

Klausa fonemik : Warna apa

Klausa sintaksis : Saya hendak ke pasar

2. Berikan satu perkataan untuk eksperimen ‘tot’ (tip of the tongue) beserta definisinya.

Definisi : Fungsinya adalah untuk membenarkan udara dan cahaya masuk di setiap

rumah pada zaman dahulu. Cara membukanya dengan menolak kedua-dua permukaan ke

arah keluar. Pada hari ini masih lagi terdapat pada rumah-rumah di negeri melaka misalnya.

Perkataan : jendela

3. 5 contoh Malapropism.

1) Seorang pemuda memberhentikan keretanya untuk membeli air kelapa di tepi

jalan. Dengan yakinnya dia pun terus meminta pesanan. “Bang, bagi air kepala sebungkus!”.

Dalam situasi ini, malapropism telah berlaku. Ini kerana apa yang difikirkan tidak sama

dengan apa yang dikeluarkan atau dilafazkan. Kelapa menjadi kepala.

Page 2: Latihan 2

2) Seorang pensyarah bahasa sedang menerangkan pengajarannya tentang

maksud klausa fonemik kepada pelajarnya di dalam dewan kuliah. Beliau dengan yakinnya

menyebut “klausa fomenik adalah…”. Dalam situasi ini juga malapropism telah berlaku.

Huruf konsonan di belakang telah bertukar dengan huruf konsonan sebelumnya. Fonemik

menjadi fomenik.

3) Seorang pemuda sedang berfikir sendirian. Di dalam pemikirannya, dia ingin

menghantar keretanya untuk dicuci tetapi tidak pasti di mana tempat untuk menghantarnya.

Di hadapannya ada seorang pemuda lain. Dengan yakinnya, dia bertanya kepada pemuda

tersebut. “dekat mana ada used car ye?”. Dalam situasi ini malapropism telah berlaku. Apa

yang difikirkan itu tidak seperti apa yang dilafazkan. Konsep dalam pemikirannya itu sudah

ada, iaitu ianya tetap berkaitan dengan kereta. Namun ianya tersasar sedikit dan

menyebabkannya mengeluarkan maksud lain dari apa yang difikirkannya. Car wash menjadi

used car.

4) Seorang bapa berhasrat untuk memanggil anaknya yang bernama Fizah. Tetapi

beliau telah menyebut kesemua nama anak perempuannya yang lain terlebih dahulu.

Malapropism seperti ini sering kali berlaku kerana nama adik-beradik yang hampir sama.

“Idah! Eh Zirah! Eh Mizah! Eh Fizah…”. Fizah menjadi Idah, Zirah, Mizah.

5) Seorang pemuda sedang memberi arahan melalui telefon bimbit kepada

rakannya bagaimana hendak ke rumahnya. Dengan ujaran yang agak laju, dia pun bercakap,

“lepas trafic light tu kau lu turn”. Dia sebenarnya ingin menyebut u-turn. Keadaan seperti ini

mungkin disebabkan oleh kehadiran perkataan lain sebelum u-turn itu bermula dari konsonan

l, seperti perkataan “lepas” dan “light” telah mengganggunya. Dengan keadaannya yang

bercakap laju, dia tidak dapat menyebut perkataan u-turn dgn tepat. Oleh itu berlakulah

malapropism. U-turn menjadi lu turn.