latihan 1 - kebarangkalian

2

Click here to load reader

Upload: nur-azlina

Post on 06-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kebarangkalian Tingkatan 5

TRANSCRIPT

KEBARANGKALIAN7.3 KEBARANGKALIAN SUATU PERISTIWA

LATIHAN 1

1. Seorang murid telah melambungkan duit syiling sebanyak 1000 kali. Dalam ujikaji itu, murid itu mendapat ekor sebanyak 490 kali. Cari kebarangkalian mendapat ekor daripada ujikaji ini.

2. Azman membaling dadu sebanyak 600 kali. Jumlah mendapat nombor 6 adalah sebanyak 270 kali. kira kebarangkalian mendapat nombor 6.

3. Satu dadu telah ditandakan dengan huruf A, B, C, D, E dan F. Jika dadu itu dilambung. Cari kebarangkalian mendapat

a) Huruf vokalb) Huruf konsonan.

4. Sebuah laci mengandungi sepasang stoking berwarna merah, dua pasang stoking berwarna hijau dan sepasang stoking berwarna kuning. Sekiranya sepasang stoking diambil secara rawak dari laci itu, cari kebarangkalian mendapat stoking berwarna:

a) Hijaub) Biruc) Kuning

5. Sebiji guli dikeluarkan secara rawak daripada sebuah beg yang mengandungi sebiji guli merah dan tiga biji guli hijau. Guli yang dikeluarkan, dimasukkan semula ke dalam beg sebelum guli yang kedua dikeluarkan. Proses ini diulang sebanyak 120 kali, didapati bilangan mendapat guli merah adalah sebanyak 30 kali manakala mendapat guli hijau adalah sebnyak 90 kali.

a) Cari nisbah bilangan mendapat guli merah kepada bilangan percubaan.b) Cari nisbah bilangan mendapat guli haijau kepada bilangan percubaan.

6. Suatu kajian telah dijalankan ke atas 250 orang murid di sebuah sekolah untuk mengetahui mata pelajaran kegemaran mereka. Keputusan kajian ditunjukkan di bawah:

Mata PelajaranMatematikSainsPerdaganganGeografi

Bilangan Pelajar75607045

Seorang murid dipilih secara rawak dari kumpulan itu. Cari kebarangkalian murid yang dipilih:a) Menggemari Matematikb) Menggemari Sainsc) Menggemari Perdagangand) Menggemari Geografi