latarbelakang dan sejarah pribumi sarawak
TRANSCRIPT
-
8/18/2019 Latarbelakang Dan Sejarah Pribumi Sarawak
1/1
Latarbelakang dan Sejarah Pribumi SarawakSecara umum, penduduk pribumi diklasifikasikan mengikut kawasan petempatan
seperti persisiran pantai, lembah sungai dan daerah pendalaman termasuklah di kawasan
tanah tinggi.Kawasan-kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah dataran pantai dan
di lurah-lurah di bahagian barat di Kuching dan di kawasan antara Sungai Kayan danMukah.Perkembangan kebudayaan penduduk pribumi Sarawak menunjukkan bahawa
masyarakat penduduknya terdiri daripada yang paling simple iaitu hidup berpindah-randah
dan menjalankankegiatan perburuan du hutan-belantara seperti orang Penan hainggalah
kepada masyaraka yangtelah bertamadun, tinggal di persisiran pantai di lembah sungai seperti
orang Melayu, Melanaudan Iban. Sebelum kedatangan orang arat !"ejim rooke dan
Penjajah ritish# ke Sarawak, penduduk pribumi mengenali diri mereka mengikut nama
sungai tempat mereka tinggal seperti$kami Skrang$ dan $kami Saribas$.
Faktor-faktor alam semulajadi banyak mempengaruhi corak petempatan
dan kebudayaan pribumi Sarawak dan oleh itu, penduduk pribumi
tempatan tidak banyak perhubungan denganorang luar dan mereka ini
menjadi terpencil kerana keadaan alam semulajadi seperti sungai
yang panjang dengn jeram yang deras arusnya dan kawasannya terlalu
luas telah memisahkan penduduk pribumi darai satu tempat ke satu
tempat yang lain. Justeru itu didapati tiap-tiapkelompok membentuk
identiti kebudayaan masing-masing mengikut keadaan alam
sekitarnya.Seperti masyarakat pribumi Melayu, penduduk pribumi
Sarawak menuturkan bahasa rumpunAustronesia. Asal-usul mereka boleh
dikaitkan dengan gelombang penghijrahan dari tempat laindi benua Asia.