latar belakang(terusan wan mat saman)

14
Latar Belakang Nama penuh beliau ialah Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail. Beliau dilahirkan di Alor Janggus pada tahun 1830-an. Semasa kecil beliau mendapat didikan asas mengenai perkara-perkara agama dan juga diajar mengaji Al-Quran. Di samping itu, beliau juga mahir bertutur Bahasa Siam. Wan Muhammad Saman juga dikenali sebagai Tokoh Pembangunan Negeri Kedah kerana berjaya mencetuskan idea untuk membina terusan sepanjang 22 batu bermula dari Alor Setar hingga ke Kaki Gunung Jerai. Hasil usaha beliau itu maka bermulalah titik tolak ke arah pembangunan Negeri Kedah terutamanya dalam bidang pertanian sehingga dikenali sebagai "Negeri Jelapang Padi" atau "Jelapang Padi Malaysia". Kedah juga merupakan negeri yang paling banyak mempunyai terusan atau tali air. Wan Muhammad Saman meninggal dunia pada 14 Disember 1898 dan dikebumikan di Makam DiRaja Langgar. Tempatnya sebagai Perdana Menteri Kedah telah diganti oleh Tengku Abdul Aziz. Dengan kematian Wan Muhammad Saman maka berakhirlah sistem pemerintahan secara tradisional dan bermulalah satu zaman baru bagi Negeri Kedah. Almarhum Duli Yang Maha Mulia Allahyarham Wan Muhammad Saman Sultan Abdul Hamid Halim Shah Perdana Menteri Kedah 1870-1898 Ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Meninggal dunia : 14 Disember 1898 Shah, K.C.M.G. Sultan dan Yang DiPertua Negeri Kedah Almarhum diputerakan pada 4-6-1864 – mangkat pada 15-5-1943 (Memerintah Negeri Kedah 1882-1943)

Upload: saravin-selhvadurai

Post on 01-Jul-2015

1.228 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latar Belakang(Terusan Wan Mat Saman)

Latar Belakang 

Nama penuh beliau ialah Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail. Beliau dilahirkan di Alor Janggus pada tahun 1830-an. Semasa kecil beliau mendapat didikan asas mengenai perkara-perkara agama dan juga diajar mengaji Al-Quran. Di samping itu, beliau juga mahir bertutur Bahasa Siam.

Wan Muhammad Saman juga dikenali sebagai Tokoh Pembangunan Negeri Kedah kerana berjaya mencetuskan idea untuk membina terusan sepanjang 22 batu bermula dari Alor Setar hingga ke Kaki Gunung Jerai. Hasil usaha beliau itu maka bermulalah titik tolak ke arah pembangunan Negeri Kedah terutamanya dalam bidang pertanian sehingga dikenali sebagai "Negeri Jelapang Padi" atau "Jelapang Padi Malaysia". Kedah juga merupakan negeri yang paling banyak mempunyai terusan atau tali air.

Wan Muhammad Saman meninggal dunia pada 14 Disember 1898 dan dikebumikan di Makam DiRaja Langgar. Tempatnya sebagai Perdana Menteri Kedah telah diganti oleh Tengku Abdul Aziz. Dengan kematian Wan Muhammad Saman maka berakhirlah sistem pemerintahan secara tradisional dan bermulalah satu zaman baru bagi Negeri Kedah.

Almarhum Duli Yang Maha Mulia Allahyarham Wan Muhammad Saman Sultan Abdul Hamid Halim Shah Perdana Menteri Kedah 1870-1898Ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Meninggal dunia : 14 Disember 1898 Shah, K.C.M.G.Sultan dan Yang DiPertua Negeri KedahAlmarhum diputerakan pada 4-6-1864 – mangkat pada 15-5-1943 (Memerintah Negeri Kedah 1882-1943)

Page 2: Latar Belakang(Terusan Wan Mat Saman)

Dilantik Sebagai Perdana Menteri 

Sebagai anak pembesar, beliau diajar dengan pelbagai ilmu terutama ilmu peperangan. Oleh kerana beliau telah menunjukkan bakat kepimpinannya dan mempunyai kebolehan, maka Sultan Ahmad Tajuddin III telah memilih Wan Muhammad Saman mengiringi baginda Sultan ke Negeri Thai pada tahun 1865 untuk meninjau pembangunan di sana. Pada tahun 1870, Sultan Ahmad Tajuddin III dalam usaha membangunkan Kedah telah mewujudkan jawatan Perdana Menteri dan telah melantik Wan Muhammad Saman sebagai Perdana Menteri Kedah.

Apabila beliau memegang jawatan Perdana Menteri, beliau telah mengadakan beberapa perubahan di dalam struktur pentadbiran Negeri Kedah. Buat pertama kalinya beliau berusaha untuk menyelaras semua pemerintahan di bawah pentadbiran beliau. Di dalam konteks itulah Wan Muhammad Saman telah menjadikan Alor Setar sebagai pusat pentadbiran Negeri Kedah

Projek Pembangunan 

Semasa lawatan ke Negeri Siam, Wan Muhammad Saman telah tertarik dengan terusan-terusan yang merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan utama di Kota Bangkok. Lawatan itu telah memberi ilham kepada beliau untuk membina sebatang terusan yang dapat membangun ekonomi Negeri Kedah melalui projek pertanian supaya usaha pertanian dapat dijalankan secara besar-besaran sekiranya mempunyai sistem tali air yang teratur.

Wan Muhammad Saman juga telah memikirkan untuk membina sebuah terusan bagi mengairi kawasan persawahan yang luas disebabkan oleh faktor-faktor seperti berikut :-

i. Sawah bendang di kawasan itu banyak mengharapkan air hujan semata-mata.ii. Tidak ada cara lain bagi petani-petani di kawasan itu untuk mendapatkan air bagi sawah

mereka.iii. Kemungkinan berlakunya banjir besar sekiranya hujan turun terlalu lebat.iv. Sekiranya terusan dibina, ia boleh digunakan sebagai jalan untuk penduduk-penduduk yang

tinggal di sepanjangnya kerana pada masa itu jalan yang ada hanyalah sungai sahaja.v. Sekiranya kawasan itu kekurangan air, terusan itu boleh digunakan untuk memasukkan air

dari sungai besar, dan sekiranya kawasan-kawasan itu berlebihan air, air itu pula boleh disalirkan ke kawasan sawah.

vi. Dengan terbinanya terusan itu adalah dipercayai bahawa segala masalah dan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh petani di kawasan itu akan dapat diatasi.

Keadaan ekonomi Negeri Kedah pada masa itu adalah kukuh berbanding dengan Negeri-negeri Melayu yang lain. Oleh kerana itulah Sultan Abdul Hamid telah memerintahkan Wan Muhammad Saman supaya sebatang terusan dari Alor Setar ke kaki Gunung Jerai dikorek.

Mengikut catatan yang tertulis di Batu Peringatan adalah seperti berikut:

"Sanah 1303, 10 haribulan Shawal. Kadam Wan Muhammad Saman Ibni Wan Ismail, mulai korek sungai Korok di hujung Sungai Pengkalan Kundur tuju ke Gunung Jerai dan muka kualanya di seberang tentang dengan balai air Kota Setar ini, tammat" 40

a) Masalah yang dihadapi pada Peringkat Awal 

Page 3: Latar Belakang(Terusan Wan Mat Saman)

Sebelum pembinaan terusan Wan Muhammad Saman, beliau manghadapi berbagai-bagai masalah dari segi teknik dan penawaran tenaga buruh. Misalnya terusan yang hendak dibina itu terpaksa melalui berbagai-bagai jenis hutan termasuk hutan berpaya yang di dalamnya mengandungi bakau dan hutan nipah. Satu lagi masalah besar yang dihadapinya ialah bagaimana terusan itu hendak dibina, seluas mana, sebesar mana dan sejauh mana.

Untuk mengatasi masalah ini Wan Muhammad Saman telah menjemput seorang tukang pelan untuk membuat peta terusan ini supaya lurus dan tidak bengkang-bengkok yang bernama En. Embi serta dua orang juru ukurnya bernama Haji Kechik dan Fakhruddin dan dua orang pegawai dari Thailand yang turut datang ke Kedah untuk memberi tunjuk ajar.

Selain itu, Wan Muhammad Saman juga menghadapi masalah kekurangan modal untuk membayar upah kepada buruh-buruhnya. Untuk mengatasi masalah tersebut beliau menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri untuk mendapatkan tenaga buruh secara percuma. Beliau mengenakan "sistem kerah" untuk menjalankan projek menggali terusan. Kerja menggali terusan dibuat secara "berderau" iaitu penduduk sesebuah kampung hendaklah sepakat bekerjasama dengan penduduk kampung lain, kemudian menyudahkan kerja yang ditentukan untuk kedua-dua buah kampung mereka secara bersama-sama.

b) Proses Membuat Terusan 

Wan Muhammad Saman telah memulakan usaha mengorek terusan pada 31 Ogos 1885. Rakyat telah dikerah untuk menggali terusan itu dengan menggunakan alat-alat tradisional seperti cam, cop dan parang. Wan Muhammad Saman telah mengarahkan penghulu-penghulu untuk membuat jadual giliran kepada anak buah mereka supaya tidak timbul masalah-masalah seperti sawah yang terbiar. Penghulu pula melantik Panglima dan Tok Kwang untuk melicinkan peraturan sewaktu bekerja.

Dengan sistem itu, setiap orang tidak akan terlepas daripada kerahan tenaga. Malah orang-orang tua juga diberikan tugas untuk membekalkan makanan kepada pekerja-pekerja. Semasa menjalankan kerja menggali, beliau akan memastikan bahawa setiap orang tidak akan terlepas daripada kerahan tenaga tersebut. Sekiranya terdapat pekerja yang ponteng kerja, tanpa alasan yang logik mereka akan dihukum dengan seberat-berat hukuman.

Pembinaan terusan Wan Muhammad Saman dijalankan dalam tiga peringkat:

Peringkat pertama: Kerja menggali dimulakan dari hujung Sungai Pengkalan Kundur ke Kota Sarang Semut. Tempat yang dipanggil Lubuk Katong itu sekarang dikenali sebagai "Tandop" kerana di situlah dibinanya sebuah tandop atau empangan yang boleh mengawal air supaya tidak berubah kedudukannya apabila berlaku musim tengkujuh atau kemarau.

Peringkat kedua: Pembinaan bermula dari Kota Sarang Semut hingga ke Kaki Gunung Jerai.

Peringkat ketiga: Menyambungkan terusan di Tandop dengan Sungai Kedah di Alor Setar.

Wan Muhammad Saman menghadapi pelbagai masalah semasa pembinaan projek beliau. Ramai pekerjanya telah mati dan sakit akibat diserang penyakit demam malaria. Terdapat juga pekerja-pekerja yang lari ke Pulau Pinang kerana tidak tahan dengan sikap beliau yang agak keras. Masalah yang paling berat ditanggung ialah ketika beliau hendak menyelesaikan kerja pembinaan pada peringkat ketiga kerana orang-orang Melayu tidak sanggup lagi meneruskan kerja-kerja pembinaan disebabkan terlalu ramai nyawa yang terkorban. Justeru itu, Wan Muhammad Saman terpaksa menggunakan khidmat buruh kontrak Cina yang dibayar upah RM2.00 hingga RM3.00 sehari. Kadangkala buruh-buruh Cina itu juga sering mengancam nyawa beliau kerana tidak dapat membayar upah kepada mereka. Ini disebabkan buruh Cina tidak terikat dengan undang-undang Negeri Kedah kerana menganggap diri mereka sebagai rakyat British

Page 4: Latar Belakang(Terusan Wan Mat Saman)

c) Kejayaan Projek terusan Wan Muhammad Saman 

Walaupun Wan Muhammad Saman terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan, namun akhirnya pada 10 tahun kemudian projeknya itu telah terlaksana dengan jayanya. Terusan sepanjang 22 batu, 24 kaki lebar dan 5 kaki dalam itu telah siap dibina pada tahun 1895. Proses pembinaan terusan itu telah mengorbankan banyak wang dan nyawa manusia.

Sempena mengenangkan jasa Wan Muhammad Saman yang tidak terhingga kepada pembangunan Negeri Kedah, maka terusan tersebut dinamakan atas nama beliau iaitu "Terusan Wan Muhammad Saman".

d) Implikasi Pembinaan Terusan Wan Muhammad Saman 

Terusan Wan Muhammad Saman merupakan satu tali air untuk saliran dan pengairan tanah-tanah sawah. Malah kejayaan beliau telah memberi banyak implikasi kepada pembangunan Negeri Kedah sebagai contoh kepada pembesar-pembesar Kedah lain. Antara kesan-kesan hasil daripada pembinaan terusan Wan Muhammad Saman ialah:

i. Telah berjaya menarik minat pembesar-pembesar lain untuk mengikut jejak langkah beliau. Sebagai contoh kejayaan Wan Yunus mengorek Sungai Dulang, Tuan Syed Othman mengorek Sungai Yan Kecil, Tunku Yaakub mengorek Sungai Alor Changlih dari Jitra ke Kuala Jerlun dan Wan Yahaya mengorek Sungai Korek dari Kodiang ke Kuala Sanglang. 

ii. Pembinaan terusan Wan Muhammad Saman telah menyebabkan banyak tanah dibuka untuk penanaman padi. Oleh yang demikian banyak lagi saliran-saliran kecil telah dibina bagi membawa air terus ke kawasan pedalaman untuk mengairi tanah-tanah sawah. Antara anak terusan yang masih digunakan hingga sekarang ialah Sungai Kota Sarang Semut, Sungai Simpang Empat, Sungai Limau dan Guar Cempedak. 

iii. Hasil daripada pembukaan terusan itu juga menyebabkan ramai penduduk membuka penempatan baru di sepanjang terusan itu. Oleh sebab itulah terdapatnya penempatan berjajar di sepanjang kawasan terusan Wan Muhammad Saman. Antaranya Pekan Tandop, Simpang Empat, Kota Sarang Semut, Guar Cempedak dan Gurun. 

iv. Pekan itu telah berkembang dari masa ke masa. Pekan-pekan itu memainkan peranan penting untuk penduduk-penduduk bertukar-tukar pandangan dan pemikiran, malah merupakan pusat pertembungan idea-idea baru yang merupakan asas kepada pembentukan masyarakat yang progresif. 

v. Terusan itu juga merupakan asas kepada pembinaan jalan raya yang utama kerana di atas tanah yang dilonggokkan di tebing terusan itulah terbinanya jalan raya tersebut. Jalan raya itu masih kekal hingga ke hari ini yang menghubungkan bandar Alor Setar dengan tempat-tempat lain yang menuju arah selatan

Page 5: Latar Belakang(Terusan Wan Mat Saman)

Tandop Lubuk Katong (Tandop), Tandop yang terakhir dalam siri-siri Tandop Terusan Wan Muhammad Saman

Tandop Batu 16/Padang Lumat, satu lagi pintu penyalur air dari Terusan Wan Muhammad Saman ke tanah bendang

Tandop Batu 17 Tandop yang kedua, satu lagi pintu penyalur air dari Terusan Wan Muhammad Saman ke tanah bendang

Tandop Batu 18-Tandop pertama. Melalui Tandop inilah tanah bendang di sebelah jalan raya Alor Setar - Sungai Petani diairi

Terusan Wan Muhammad Saman di bahagian Kaki Gunung Jerai (Kepala Bukit Gurun) seiring dengannya ialah jalan raya Alor Setar - Sungai Petani (Batu 20)

Sawah padi yang mendapat bekalan air dari Terusan Wan Muhammad Saman

Page 6: Latar Belakang(Terusan Wan Mat Saman)

Anak sungai mengalir dari air terjun ke Terusan Wan Muhammad Saman

Air terjun di Gunung Jerai menjadi punca air bagi Terusan Wan Muhammad Saman

Batu kenangan yang menunjukkan Terusan Wan Muhammad Saman mulai dikorek pada 10-10-1303 bersamaan 1885, terletak di Kaki Gunung Jerai yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Osman Bin Aroff SSDK..DHMS..DSDK..JMN..JP. Menteri Besar Kedah yang terletak di Kaki Gunung Jerai

Batu peringatan yang menunjukkan Terusan Wan Muhammad Saman mulai dikorek pada 10-10-1303 bersamaan 1885

Batu kenangan yang telah dibina ini menceritakan secara ringkas tentang Terusan Wan Muhammad Saman untuk makluman pelancong yang datang ke Negeri Kedah

Page 9: Latar Belakang(Terusan Wan Mat Saman)

Wan Muhammad Saman telah berjaya melancarkan rancangan pembangunan Negeri Kedah. Dengan terbinanya Terusan Wan Muhammad Saman itu telah berjaya mengubah tanah paya kepada kawasan pertanian. Usaha-usaha itu merupakan titik-tolak di dalam pembangunan yang telah berjaya dijalankan.

Dari segi sikap dan tindak tanduknya, Wan Muhammad Saman telah menunjukkan sifatnya sebagai pemimpin tradisional yang menumpukan penuh taat setia kepada Raja dan tanah air serta membuktikan dirinya sebagai seorang pentadbir yang cekap dan perancang ekonomi yang bijak di Negeri Kedah. Walaupun dengan keadaan zamannya yang serba sukar itu beliau mampu membawa beberapa perubahan ke dalam Negeri Kedah. Sesungguhnya Wan Muhammad Saman telah berjaya menempatkan dirinya di dalam senarai pemimpin Melayu yang teragung di Tanah Melayu. Justeru itulah beliau tetap dikenang oleh seluruh masyarakat Melayu Kedah sebagai "perintis pembangunan" Negeri Kedah

TERUSKAN TERUSAN MAT SAMANAssalamualaikum,

Kerajaan Kedah sedang menimbang untuk membuka semula Terusan Mat Saman.Kerajaan Negeri bersetuju menimbang cadangan penduduk Yan untuk membuka semula Terusan Wan Mat Saman bagi mengatasi masalah banjir di daerah berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya sudah berbincang dengan beberapa pihak berkenaan untuk mengkaji keperluan membuka semula terusan itu.

Terusan Wan Mat Saman merupakan terusan yang terpanjang di Malaysia. Terusan ini menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar hingga ke kaki Gunung Jerai di Gurun, selatan Kedah. Terusan sepanjang 36 km ini dibina pada tahun 13 Ogos 1885 dan berfungsi untuk mengairi kawasan sawah padi diKedah. Pembinaan Terusan Wan Mat Saman merupakan suatu pencapaian yang mengagumkan pada masa itu.

Terusan Wan Mat Saman dinamakan sempena nama Menteri Besar Kedah pada masa itu iaitu Dato' Wan Muhammad Saman Wan Ismail. Wan Mat Saman merupakan Menteri

Page 10: Latar Belakang(Terusan Wan Mat Saman)

Besar semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah dan Sultan Abdul Hamid Halim Syah.

Terusan Wan Mat Saman mula dibina pada 13 Ogos 1885 dan siap dibina pada 12 Julai 1896. Panjang terusan ini adalah 36 km, kedalaman 1.5 m dan selebar 7.5 

Terusan Wan Mat Saman akan dibuka semula

ALOR SETAR, 18 Sept. :  Kerajaan Negeri bersetuju menimbang cadangan penduduk Yan untuk membuka semula Terusan Wan Mat Saman bagi mengatasi masalah banjir di daerah berkenaan. 

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya sudah berbincang dengan beberapa pihak berkenaan untuk mengkaji keperluan membuka semula terusan itu. 

“Kita sudah bincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menangani isu banjir di daerah tersebut dan antaranya mengenai keperluan membuka semula terusan itu,” katanya.

Azizan berkata, peranan terusan itu suatu masa dahulu amat penting bagi mengairi sawah padi selain mengawal banjir, dan pihaknya akan cuba menyelesaikan isu itu secepat mungkin.

“Saya percaya JPS akan bertindak segera sebab mereka mempunyai peruntukan untuk mengatasi masalah banjir, termasuk peruntukan Projek Pembangunan Koridor Wilayah Utara (NCER) yang di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat,” katanya.

Page 11: Latar Belakang(Terusan Wan Mat Saman)

Menurutnya, Kerajaan Negeri prihatin dengan kesan yang terpaksa dihadapi penduduk akibat banjir di kawasan berkenaan kerana banyak tanaman musnah dan menyebabkan kerugian kepada penduduk.

“Kita akan bincang dan atasi masalah ini secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, penduduk Yan mendakwa sejak Terusan Wan Mat Saman ditutup daripada menyalurkan air dari kawasan sekitar Gurun dan Yan, masalah banjir mula berlaku dan semakin kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Berikutan itu, penduduk menggesa supaya terusan itu dibuka semula sebagai usaha menangani masalah banjir di kawasan terbabit.SH 

Pada hari ini 08.12.1885, pembinaan Terusan Wan Mohd. Saman di Kedah telah dimulakan.Pembinaan terusan itu telah diselenggarakan oleh Wan Mohd. saman bin Wan Ismail yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada tahun 1875. Inisiatif untuk membina terusan ini timbul setelah beliau dilantik menjadi Menteri Besar. Ketika lawatannya ke negeri Siam itu, terusan-terusan yang merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan di Kota Bangkok telah menarik perhatian beliau. Lawatan itu telah memberi ilham kepada Wan Mohd. Saman untuk membina sebatang terusan untuk membangunkan ekonomi negeri Kedah melalui projek-projek pertanian. Cadangan pembinaan terusan itu telah diperkenankan oleh Sultan Abdul Hamid yang memerintah ketika itu dan baginda memerintahkan agar sebatang terusan dibina dari Alor Star hingga ke kaki Gunung Jerai.

Pembinaan terusan tersebut telah dijalankan dalam tiga peringkat:-

Peringkat Pertama: 

Kerja-kerja menggali dibuat dari hujung Sungai Pengkalan Kundor atau Tandop, iaitu di sebuah Lubok bernama Lubok Ketong hingga ke bandar Kota Sarang Semut.

Peringkat Kedua:

Kerja-kerja menggali dari bandar kota sarang Semut hingga ke Kaki Gunung Jerai di Gurun.

Peringkat Ketiga:

Kerja-kerja menyambung terusan di Tandop dengan Sungai Kedah di Alor Setar.Berbagai masalah telah dihadapi semasa kerja-kerja pembinaan terusan dijalankan seperti

Page 12: Latar Belakang(Terusan Wan Mat Saman)

kekurangan tenaga buruh akibat kematian kerana penyakit demam kepialu.

Walaubagaimanapun sepuluh tahun kemudian iaitu dalam tahun 1895 terusan Wan Mohd. Saman sepanjang 35.2 km lebar 7.3 dan 1.5 m dalamnya telah disiapkan.

Dengan pembinaan terusan Wan Mohd. Saman yang dimulakan pada hari ini dalam tahun 1885 maka berbagai perubahan dan kemajuan telah dapat dilaksanakan di negeri Kedah sehingga ianya terkenal sebagai negeri Jelapang Padi