latar belakang syarikat.docx

7
LATAR BELAKANG SYARIKAT Perniagaan MUDIM telah ditubuhkan sejak tahun 1987 di negeri Kedah. Perniagaan yang ditubuhkan ini merupakan salah satu daripada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) di Malaysia yang mengeluarkan produk makanan. Perniagaan yang dibangunkan ini menggunakan modal permulaan sebanyak RM 10 000 dan diuruskan dengan cekap serta efisyen sehingga perniagaan MUDIM telah mencapai peningkatan aset kepada RM 300 000. Selepas 20 tahun, MUDIM terus berusaha menghasilkan produk yang inovatif bagi memenuhi permintaan yang banyak sama ada dari dalam atau luar negara. MISI Misi syarikat MUDIM yang pertama ialah sentiasa komitmen untuk membina jenama syarikat serta menambah nilai untuk mencapai jangkaan pengguna. Selain itu juga, misi kedua MUDIM ialah akan sentiasa memberikan keluaran yang amat memuaskan pelanggan dengan kualiti produk yang tinggi pada harga yang berpatutan. Misi ketiga syarikat MUDIM ialah syarikat ini akan sentiasa terus komited untuk menjadi peneraju dalam industri makanan di Malaysia. Misi terakhir pula ialah MUDIM akan sentiasa kreatif, inovatif, kompetitif dan berdaya maju bagi menuju ke arah syarikat yang ‘CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG’ menjelang wawasan 2020. VISI Visi syarikat MUDIM ialah syarikat ini akan mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi dan HALAL untuk pasaran dalam dan luar negara. Selain itu, visi yang kedua MUDIM ialah syarikat ini akan terus menjadi penyumbang kepada peningkatan ekonomi bumiputera di Malaysia. FALSAFAH Falsafah perniagaan MUDIM ialah mereka yakin akan dapat mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan oleh organisasi

Upload: ecam-ali

Post on 26-Dec-2015

717 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

Page 1: LATAR BELAKANG SYARIKAT.docx

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Perniagaan MUDIM telah ditubuhkan sejak tahun 1987 di negeri Kedah. Perniagaan yang ditubuhkan ini merupakan salah satu daripada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) di Malaysia yang mengeluarkan produk makanan. Perniagaan yang dibangunkan ini menggunakan modal permulaan sebanyak RM 10 000 dan diuruskan dengan cekap serta efisyen sehingga perniagaan MUDIM telah mencapai peningkatan aset kepada RM 300 000. Selepas 20 tahun, MUDIM terus berusaha menghasilkan produk yang inovatif bagi memenuhi permintaan yang banyak sama ada dari dalam atau luar negara. 

MISI

Misi syarikat MUDIM yang pertama ialah sentiasa komitmen untuk membina jenama syarikat serta menambah nilai untuk mencapai jangkaan pengguna. Selain itu juga, misi kedua MUDIM ialah akan sentiasa memberikan keluaran yang amat memuaskan pelanggan dengan kualiti produk yang tinggi pada harga yang berpatutan. Misi ketiga syarikat MUDIM ialah syarikat ini akan sentiasa terus komited untuk menjadi peneraju dalam industri makanan di Malaysia. Misi terakhir pula ialah MUDIM akan sentiasa kreatif, inovatif, kompetitif dan berdaya maju bagi menuju ke arah syarikat yang ‘CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG’ menjelang wawasan 2020. 

VISI

Visi syarikat MUDIM ialah syarikat ini akan mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi dan HALAL untuk pasaran dalam dan luar negara. Selain itu, visi yang kedua MUDIM ialah syarikat ini akan terus menjadi penyumbang kepada peningkatan ekonomi bumiputera di Malaysia. 

FALSAFAH

Falsafah perniagaan MUDIM ialah mereka yakin akan dapat mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan oleh organisasi mereka.  Selain itu juga , MUDIM yakin akan terus dapat menjalankan perusahaan yang sejajar dengan perkembangan ekonomi dan sosial bagi jangka masa panjang. MUDIM juga yakin bahawa organisasi  akan dapat berkongsi faedah dengan pengedar dan pembeli. 

AKTIVITI UTAMA

Aktiviti utama perniagaan yang dijalankan adalah sebagai pengeluar atau pengilang kicap, sos cili dan cuka. Selain itu juga syarikat ini turut menjalankan aktiviti mempromosi

Page 2: LATAR BELAKANG SYARIKAT.docx

produk keluaran syarikat mereka dan mengagihkan ke dalam pasaran. Bermula awal tahun 2005, MUDIM telah mula memasarkan produk keluarannya sehingga ke seluruh negara. 

Sebelum itu, Syarikat MUDIM hanya memasarkan produk mereka meliputi di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sahaja. Dengan strategi pemasaran yang dipertingkatkan melalui pengalaman lalu, kemajuan teknologi serta kepakaran, kawalan kualiti produk keluaran syarikat dan pengurusan pengagihan produk yang cekap, MUDIM kini lebih berkeyakinan untuk menembusi pasaran industri makanan di luar negara. Hal ini terbukti apabila produk keluaran MUDIM telah berjaya membuat promosi produk keluarannya ke London, United Kingdom dan Arab Saudi. 

            Syarikat MUDIM merupakan perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Di bawah pentadbiran En. Shaarani bin Zakaria yang mengamalkan konsep Islam dalam pengurusan, MUDIM kini dalam proses mencapai tahap GMS (Good Manufacturing Practice) bagi memastikan ketulenan dan kebersihan produk yang dikeluarkan. Selain itu juga produk keluaran MUDIM dijamin HALAL dan telah diperakui oleh pihak JAKIM.

ANALISIS INDUSTRI

Berdasarkan analisis yang dibuat, syarikat MUDIM merupakan salah satu Industry Kecil dan Sederhana (IKS) yang mengeluarkan pelbagai jenis produk untuk makanan iaitu kicap, sos, dan cuka. Syarikat MUDIM adalah menguasai industry pengeluaran produk untuk makanan terutama untuk produk seperti kicap dan sos. Selain itu juga produk keluaran MUDIM dijamin HALAL dan telah diperakui oleh pihak JAKIM. 

Syarikat MUDIM berjaya meguasai tiga negeri yang utama iaitu kedah, perlis, dan pulau pinang. Oleh itu, syarikat MUDIM memperolehi keuntungan yang agak tinggi dan pasaran yang agak kukuh dalam ketiga-tiga negeri ini untuk keluaran produk untuk makanan. Disamping itu, syarikat MUDIM adalah salah satu syarikat Industri Kecil dan Sederahana dalam Kedah yang mampu bertahan kepada generasi kedua dan semakin kukuh di pasaran. Syarikat MUDIM adalah dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Di bawah pentadbiran En. Shaarani B. Zakaria yang mengamalkan konsep Islam dalam pengurusan, MUDIM kini dalam proses mencapai tahap GMP ( Good Manufacturing Practice ) bagi memastikan ketulenan dan kebersihan produk. Sehubungan itu, MUDIM telah menghantar wakil syarikat bagi mengikuti beberapa kursus yang dianjurkan oleh pihak SIRIM demi memantapkan syarikat dalam bidang pengurusan dan kemahiran  ke arah mencapai GMP.

Dengan strategi pemasaran yang dipertingkatkan melalui pengalaman lalu, kemajuan teknologi serta kepakaran, kawalan kualiti produk keluaran syarikat dan pengurusan pengagihan produk yang cekap, MUDIM kini lebih berkeyakinan untuk menembusi pasaran industri

Page 3: LATAR BELAKANG SYARIKAT.docx

makanan, bukan hanya pasaran tempatan malah pasaran luar negara. Ini terbukti, apabila MUDIM telah berjaya membuat promosi produk keluarannya ke London - United Kingdom dan Arab Saudi.

PRODUK KELUARAN MUDIM

Syarikat MUDIM menawarkan pelbagai barangan atau produk yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan dalam pelbagai saiz yang mengikut keperluan pengguna. Antara produk keluaran MUDIM ialah Kicap Istimewa, Kicap Manis, Kicap Lemak Manis, Sos Cili dan Cuka Buatan.

MUDIM KICAP ISTIMEWA

415g x 12 botol = RM22.00

800g x 12 botol = RM41.00

BAHAN MENTAH

Produk utama yang dikeluarkan oleh Syarikat MUDIM adalah kicap, sos, dan cuka. Oleh itu, syarikat MUDIM mendapat pembekal utama dari Pulau Pinang yang membekalkan bahan mentah untuk pengeluaran produk MUDIM. Bahan mentah yang digunakan oleh syarikat MUDIM adalah seperti soya, caramel, gula, garam tepung, bahan pengawet dan perisa makanan yang dibenarkan. Hubungan yang baik dengan pihak pembekal menyebabkan syarikat MUDIM

Page 4: LATAR BELAKANG SYARIKAT.docx

tidak mempunyai masalah mengenai bahan mentah dan hantaran bahan mentah akan sampai pada waktunya.

Bahan mentah biasanya akan dihantar seminggu sekali mengikut keperluan operasi agak stok tidak terlalu banyak atau tidak terlalu sedikit. Keadaan ini adalah untuk megelakkan kerugian akibat lebihan stok. Pengurusan operasi syarikat MUDIM agak cekap dan mampu membahagikan tugas kepada pekerja yang boleh melakukannya dengan baik. Oleh itu. Hasil pengeluaran produk MUDIM dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Keuntungan yang diperolehi meningkat dari tahun ke tahun berikutnya membolehkan syarikat MUDIM mengubahsuai kilang dan memperluaskan kilang agar operasi lebih banyak dapat dijalankan.Maklumat Syarikat:

Syarikat Mudim Sdn Bhd

Produk:

Menjual produk beasaskan bahan mentah seperti sos, kicap dan cuka.

Alamat Perniagaan:

Kampung Jelutong,

Mukim Tobiar,

06700 Pendang,

Kedah Darul Aman, Malaysia.

No. Tel: 04-7846270

No. Faks: 04-7846628

Perniagaan Mudim Zakaria ( MUDIM ) telah diasaskan oleh Tuan Haji Zakaria Bin Arshad yang juga

dikenali sebagai Mudim Zakaria. Bermula dengan perniagaan ubat-ubatan tradisional secara kecil-kecilan

di kampung, perusahaannya bertambah maju dengan usaha gigih yang dilakukannya. Kemudiannya

pada tahun 1987, beliau berjaya menambah barisan keluaran produknya dengan menjadi pengeluar

kicap dan sos. Perkembangan dan kemajuan MUDIM juga turut dibantu oleh kesungguhan anak beliau

iaitu En. Shaarani Bin Zakaria yang kini telah dipertanggungjawabkan mengambil alih pengurusan

syarikat.

En. Sharaani Bin Zakaria merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik. Beliau dilahirkan pada 8

Oktober 1960 di Kampung Jelutong, Mukim Tobiar , Pendang, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal

di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusuh, Pendang, Kedah, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah

Menengah Pendang, Kedah dan beliau berjaya lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Setelah itu, beliau

menamatkan pengajian tingkatan enam di Sekolah Persatuan Belia Bimbingan.

Page 5: LATAR BELAKANG SYARIKAT.docx

Di awal usia 20-an, En. Shaarani telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan dengan bimbingan dan

tunjuk ajar daripada bapanya. Walupun ketika itu hanya perniagaan keluarga yang diusahakan secara

kecil - kecilan, beliau tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukannya. Beliau begitu komited

terhadap setiap kerja yang dilakukan  dan berazam untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Melihat

keyakinan dan kesungguhannya yang mendalam terhadap  pengeluaran kicap dan sos, bapanya

memberi beliau galakkan dan sokongan sepenuhnya untuk mengembangkan perusahaan tersebut. Bagi

memantapkan diri beliau dalam dunia perniagaan, beliau begitu komitmen menghadiri pelbagai kursus

yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan seperti MARDI, MARA, MADA, FAMA dan SIRIM.

Bagi memantapkan lagi produk MUDIM di dalam pasaran, En. Shaarani telah menyertai beberapa ekspo

produk makanan anjuran pihak-pihak yang berkenaan. Antaranya Ekspo MIHAS di Melaka, Ekspo IAT di

Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan Ekspo MAHA di Serdang, Selangor. Kesan daripada itu,

permintaan terhadap produk keluaran MUDIM semakin meningkat. Permintaan kepada produkMUDIM

bukan sahaja dari pasaran tempatan malah dari pasaran luar negara juga. Ini membuktikan En. Shaarani

telah berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’ di pasaran global.

Berkat doa restu daripada ayah dan bonda tercinta, keluarga tersayang dan seluruh wargaMUDIM yang

gigih berusaha, kini En. Shaarani merupakan usahawan bumiputera yang berjaya menjadi pengeluar

kicap, sos, dan cuka. Beliau juga berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’sebaris dengan pesaing yang lain

di pasaran. Walaupun begitu beliau masih tekun berusaha memajukan perniagaannya dan berazam

untuk menjadi pengeluar kicap dan sos terunggul di Malaysia.

PRODUK KELUARAN MUDIM

Syarikat MUDIM menawarkan pelbagai barangan atau produk yang berkualiti tinggi pada harga yang

berpatutan dalam pelbagai saiz yang mengikut keperluan pengguna. Antara produk keluaran MUDIM

ialah Kicap Istimewa, Kicap Manis, Kicap Lemak Manis, Sos Cili dan Cuka Buatan.

BAHAN MENTAH

Produk utama yang dikeluarkan oleh Syarikat MUDIM adalah kicap, sos, dan cuka. Oleh itu, syarikat

MUDIM mendapat pembekal utama dari Pulau Pinang yang membekalkan bahan mentah untuk

pengeluaran produk MUDIM. Bahan mentah yang digunakan oleh syarikat MUDIM adalah seperti soya,

caramel, gula, garam tepung, bahan pengawet dan perisa makanan yang dibenarkan. Hubungan yang

baik dengan pihak pembekal menyebabkan syarikat MUDIM tidak mempunyai masalah mengenai bahan

mentah dan hantaran bahan mentah akan sampai pada waktunya.

Bahan mentah biasanya akan dihantar seminggu sekali mengikut keperluan operasi agak stok tidak

terlalu banyak atau tidak terlalu sedikit. 

Page 6: LATAR BELAKANG SYARIKAT.docx

Keadaan ini adalah untuk megelakkan kerugian akibat lebihan stok. Pengurusan operasi syarikat MUDIM

agak cekap dan mampu membahagikan tugas kepada pekerja yang boleh melakukannya dengan baik.

Oleh itu. Hasil pengeluaran produk MUDIM dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Keuntungan yang

diperolehi meningkat dari tahun ke tahun berikutnya membolehkan syarikat MUDIM mengubahsuai kilang

dan memperluaskan kilang agar operasi lebih banyak dapat dijalankan.