latar belakang pendidikan vokasionalptv

16
Transformasi Pendidikan Vokasional Pengenalan ; 1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal? Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga). 2. Apakah pula makna aliran vokasional? Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliran ini ialah membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik. 3. Maksud aliran kemahiran? Manakala aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendah tetapi berminat kepada pembelajaran amali (hands- on). Objektif aliran ini apabila tamat kursus akan menjadi tenaga mahir di industri atau bekerja sendiri. Kandungan kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus

Upload: sharizal-sanik

Post on 14-Feb-2015

43 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

PTV

TRANSCRIPT

Page 1: Latar Belakang Pendidikan VokasionalPTV

Transformasi Pendidikan Vokasional 

Pengenalan ;

1. Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal? 

Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat

Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu

melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan

(pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga). 

2. Apakah pula makna aliran vokasional? 

Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan

sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan

(vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliran

ini ialah membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu

teknik. 

3. Maksud aliran kemahiran? 

Manakala aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendah

tetapi berminat kepada pembelajaran amali (hands-on). Objektif aliran ini apabila tamat

kursus akan menjadi tenaga mahir di industri atau bekerja sendiri. Kandungan kursus

aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian

Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus ini akan dianugerah dengan

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Transformasi Pendidikan Vokasional  

Page 2: Latar Belakang Pendidikan VokasionalPTV

APABILA transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka

aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum

beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran

akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika

dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang

akan memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan

peperiksaan SPM. 

Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan

Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam

sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke

peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas

tingkatan tiga. 

Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh

memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan

satu. 

Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di

kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari

dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara. 

Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi

penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan

komposisi akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan

diperkenalkan kepada pelajar mulai tingkatan satu. 

Page 3: Latar Belakang Pendidikan VokasionalPTV

Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada

tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada di

tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas

tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga

peringkat diploma iaitu SKM tahap empat. 

Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan

(NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri. 

Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation,

maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-

lain dalam aliran ini. 

Dengan kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan

supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama

pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju. 

Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar

yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan

dengan negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman

59%, Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang

berjumlah 44 negara puratanya ialah sebanyak 44%. 

Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan pelajar vokasional

akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh dicapai sekiranya

pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan kemudahan

pendidikan tersebut. 

Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? Perubahan ini

Page 4: Latar Belakang Pendidikan VokasionalPTV

diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang

berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan. 

Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan

amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan

mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah

mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini. 

Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan

adalah mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa

kemahiran teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan

bulanan. Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan. 

Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh

meningkat di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini

adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan

tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju

pada tahun 2020. 

Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan

bagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlah

pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap

tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan. 

Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai

pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan

peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah

tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk

mengikuti aliran ini. 

Page 5: Latar Belakang Pendidikan VokasionalPTV

Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan

lagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan

berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020.

Program Asas Vokasional (PAV)

Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program Asas

Vokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan

dilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional sebagai

pendidikan arus perdana, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad

Zarkashi. 

Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang

diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian

teknik dan vokasional. 

"Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan

pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi

dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang

kita usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil

Pelajaran Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad. 

Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai

sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam

PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat. 

Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah

sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu

Page 6: Latar Belakang Pendidikan VokasionalPTV

penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke

kolej vokasional sedia ada. 

Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih

pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat

menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik. 

"Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk

melihat minat mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),

PAV ini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya. 

Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian

Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajar

yang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap

Diploma atau SKM Tahap IV. 

Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan

ia adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka

mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa. 

"Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus

vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di

negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan

hanya 30 peratus akademik," katanya. 

Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun

di kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurang-

kurang perlukan tiga tahun termasuk 'job training' yang penting bagi melahirkan

graduan berkemahiran tinggi. 

Page 7: Latar Belakang Pendidikan VokasionalPTV

 Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran menutup 'Perak Expo for Young Scientis' bertemakan 'Innovation of Science and Technology for Environmental Sustainability' yang berlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, K-Perak Implementation and Coordination Corporation (KPerak), Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah mengurus serta mengekalkankesejahteraan alam. 

Isu Terkini ; ( UTUSAN 30 Disember 2011)

Page 10: Latar Belakang Pendidikan VokasionalPTV

Transformasi Pendidikan Vokasional lahir tenaga Mahir 

PENDIDIKAN teknikal dan vokasional sememangnya memerlukan satu anjakan baru yang bukan sahaja membolehkan pelajar memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun, malah dijangka mengubah lanskap pendidikan negara untuk mengarusperdanakan pendidikan vokasional serta mengubah komposisi modal insan

Page 11: Latar Belakang Pendidikan VokasionalPTV

daripada berorientasikan lepasan akademik kepada lepasan aliran vokasional sejajar amalan di negara maju.Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menstruktur semula sistem pendidikan ini menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang akan dikuatkuasakan pada 2013 kena pada masanya bagi mengangkat martabat pendidikan vokasional sebagai aliran pendidikan yang akan menjadi pilihan pelajar.

Apabila transformasi ini dilaksanakan, maka aliran vokasional tidak lagi dianggap sebagai pendi¬dikan kelas kedua. Apa yang pasti, rancangan penstrukturan semula sistem pendi¬dikan vokasional ini, sudah tentu ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak yang ingin melihat bidang ini menjadi teras utama dalam sistem pendidikan negara.

Untuk itu, persepsi umum terhadap pendidikan vokasional harus diubah. Jika selama ini, ramai menganggap pelajar vokasional tergolong dalam kalangan yang lemah atau dikategorikan dalam kelas kedua maka transformasi besar-besaran ini diharap mengubah stigma masyarakat umum bahawa tanggapan sedemikian tidak lagi berasas.

Jika halangan persepsi sebegini dapat di atasi, tidak mustahil pendidikan vokasional menjadi rebutan pelajar sebagaimana yang berjaya dilaksanakan di negara Eropah.

Kemajuan pesat dalam sektor industri negara yang rancak berjalan sekarang sudah pasti akan mengalami gangguan sekiranya tenaga mahir secukupnya tidak dapat disediakan. Malah, harapan seterusnya dapat memberi ruang dan peluang lebih besar kepada pelajar untuk memiliki keupayaan dan tahap kemahiran luar biasa bagi memenuhi permintaan pasaran.

Secara langsung juga, langkah kerajaan mengarusperdanakan pendidikan vokasional turut terkandung dalam Bab 5, Rancangan Malaysia ke-10.

Pendidikan dan latihan vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup penting dalam menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi seterusnya menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara. Untuk itu, kualiti kuriku¬lumnya perlu dipertingkat dan dise¬suaikan dengan keperluan industri.

Justeru dalam konteks ini, TPV yang diperkenalkan itu akan membabitkan dua aspek penting iaitu program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV) sebagai laluan dalam usaha mencapai matlamat berkenaan. Malah, la akan dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011 hingga 2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa lonjakan dari 2011 hingga 2013, fasa Peningkatan (2014 hingga 2016) clan fasa  pemerkasaan (2017 hingga 2020).

Page 12: Latar Belakang Pendidikan VokasionalPTV

Sehubungan itu, bagi meman¬tap dan melestarikan penerimaan keseluruhan sistem serta kurikulum di bawah TPV, maka mulai sesi persekolahan 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)  melaksanakan projek rintis PAV di 15 sekolah harian atau sekolah menengah kebangsaan (SMK), di samping menaik taraf 15 sekolah menengah vokasional menjadi KV, masing-masing di setiap negeri.

PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional yang ketika ini diajar di sekolah harian clan akan ditawarkan kepada pelajar menengah rendah seawal tingkatan satu sehingga tingkatan tiga, khusus kepada lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cenderung kepada pendidikan bercorak amali. Dalam aspek ini, sistem PAV akan dilaksanakan selama tiga tahun di SMK terpilih itu berdasarkan beberapa tahap sejajar proses transformasi pengajian teknik clan vokasional,

Lepasan PAV dibenarkan menyambung pelajaran di KV atau ke institusi kemahiran awam dan swasta. la akan dilaksanakan sepanjang tempoh empat tahun sehingga peringkat diploma mengguna pakai sistem semester dengan kurikulumnya berasaskan kepada kemahiran tertentu.

Kurikulum KV mempunyai dua komponen membabitkan 70 peratus kemahiran clan 30 peratus akademik bagi memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan.

Malah, kurikulum ini akan merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk persijilan yang diiktiraf pihak industri dan pada akhir tahun keempat, pelajar sudah memperolehi Diploma  Kolej Vokasional, iaitu selari dengan kepatuhan SKM Tahap 4.

Dalam merancakkan pendidikan vokasional, pembabitan sektor swas¬ta (industri) turut dipelawa bersama -sama menjayakan transformasi ini. Tanggungjawab yang boleh dimain¬kan oleh sektor ini ialah menyedia¬kan tenaga pakar industri sebagai tenaga pengajar jemputan di kolej vokasional.

Menerusi kaedah ini, pendedahan dan maklumat langsung berkaitan industri semasa dapat disalurkan kepada pelajar. Malah, sektor swasta digalak untuk membangunkan institusi vokasional berdasarkan kurikulum yang dipersetujui bagi menam¬pung kemasukan pelajar berpotensi tajaan Kementerian.

Hakikat betapa penting pelan ini perlu dilaksanakan juga merujuk kepada keperluan negara yang memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi menampung kehendak industri tempatan.

Page 13: Latar Belakang Pendidikan VokasionalPTV

Tidak terkecuali, transformasi sedemikian perlu diketengahkan berikutan penyertaan pelajar peringkat menengah dalam bidang vokasional masih rendah.

Ketika ini, enrolmen pelajar Malaysia dalam bidang ini hanya mencapai lima peratus. la jauh ketinggalan berbanding negara maju yang rata-rata mencatat paras lebih 50 peratus.

Malah negara serantau seperti Indonesia dan Thailand mengatasi jumlah peratusan berbanding Malaysia dengan jumlah pelajar yang mengambil aliran ini menjangkau 40 hingga 60 peratus. Pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu daripada kekuatan utama dalam sistem, pendidikan di German, Hampir 60 hingga 70 peratus daripada pelajarnya iaitu melebihi 1.6 juta orang memasuki sekolah vokasional. la merangkumi kira-kira 340 jenis pekerjaan dan sangat popular di kalangan lepasan sekolah di negara itu.

Pendekatan ini berjaya mengu¬rangkan kadar pengangguran siswazah dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian kepada tiga peratus sahaja. Sementara di Austria, 78 peratus pelajarnya memasuki bidang vokasional dan hampir 60 peratus mereka yang bekerja mendapat pendedahan dalam bidang itu. Berdasarkan pelbagai usaha bersungguh-sungguh yang dilaksanakan kerajaan bagi memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, diharap mampu meningkatkan peratusan pelajar aliran berkenaan kepada 20 peratus menjelang 2015.

Apa yang jelas, pelan transformasi vokasional ini bukan sekadar memberi satu alternatif dalam sistem pendidikan negara, tetapi antara pendekatan bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam mengisi perancangan dan keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).